Tuesday, February 7, 2017

India-Kashmir Trip- Srinagar Day 4&5


Hari keempat bersamaan dengan hari Jumaat, plannya hari ni adalah nakpi Universiti Kashmir untuk urusan kerjalah, dan lebih jugak nak tengok-tengok rupa U kat sana, mana tau lagi canggih ka. Dah breakfast macam biasa, tunggulah si Raashid tu datang amik. Mak dengan Along katanya nak jalan-jalan sekitar sini. Sementara nak tunggu Raashid tu sampai, tetiba ada orang jual bunga datang. Alang-alang belikan penyelia aku benih bunga sebab dia ada kirim. 

Aku pun tak tau nama bunga tu ape, tapi penyelia dah pesan siap-siap. Aku belikan jela. Jangan nanti dia semai, tetiba tumbuh sawi, naya aku, hahaha

So, Raashid dah sampai, terus kami bertolak.

view nak ke Universiti Kashmir


Nak ke sana dalam 15 minit je, tapi bila kami dah nak sampai simpang ke U tu, tiba-tiba polis tutup jalan, tiba-tiba kecoh je kat situ. Aiseh, kami dah cuak jugakla even si Raashid tunjuk kad matrik dia pun tak boleh masuk jalan tu. So, kami pun ikut jalan lain, jalan tikus katanya, huuhhuu. Finally, dapat jugak kita orang masuk kawasan U, kira besar jugaklah U dia ni, tapi fakulti dia semua kecik-kecik je. 

Main library, dari jauh dah nampak




Dah settle urusan kat pentadbiran, so berpusing-pusinglah tengok kawasan setempat. Disebabkan pemberontakan, maka semua aktiviti pembelajaran dihentikan, bak kata Raashid dia pun dah tension sebab asyik tunda je exam. Nak buat macam mana, politik punca! Tapi masih ada lagi student yang stay dalam kawasan U pi kelas study, cuma yang formal class jela takde.

cuns gilak gambar ni, view dialah...

one of main entrance, sunyi. Yang ada minachi selendang merah =)


tiba di fakulti yang dicari


Time ni aku tengah balas-balas pantun dengan Raashid,
"Jo teri khatir tadpe pehle se hi
Kya usey tadpana o zaalima, o zaalima~~~"

Pastu dia balas, jenis takmo kalah jugak dia ni!

"Jo tere ishq mein behka pehle se hi
Kya usey behkana o zaalima, o zaalima"




video

nak jugak....

Dah hampir 3 jam kat sini, dah nak masuk solat Jumaat so terus kita orang berdezup balik. Sebelum tu, sempat Raashid singgah kat tepi jalan nak bagi kita orang try local food.

Ini orang sana panggil Masaal Chot, dibuat daripada kentang yang direbus dan dilenyek, dihidangkan dengan roti Kashmiri, Lawaasa, ditabur dengan spicy onion dan jugak serbuk cili. (Sumber: Raashid, 2016).


Tengok muka Nami pun dah tau dia takmo rasa punye. Tekak dia nih kategori business class, agak cerewet sikit. Habis jugaklah makan benda ni, rasa plain je, nak cakap sedap tu takdelah kan, tapi sebab menghormati si Raashid ni aku buat-buatlah berselera, hihihi

Dan kebetulan suruh dia carikan fried lotus atau teratai goreng sebab orang kata if datang sini kena try. Dia mula-mula tak berapa nak tangkap sangat ape benda tu, so dia pun berentilah kat tepi jalan tunjukkan teratai fresh, hahaha. Mau muntah dak Nami nak telan!

Ini bukan buat makan, buat libas muka orang bolehlah!
Teratai fresh

Pastu dia berenti lagi, haaaa, ini barulah fried lotus! Sepanjang Dal Lake memang berlambak orang jual, cuma tak tau je...Beli sebungkus sebab nak bagi mak rasa. Nami cakap dia terbayang katak berenang-renang kat celah-celah teratai ni, hahaha! Rasanya agak melekit, bergetah. Maybe sebab dah sejuk barangkali, if panas-panas dah if yang tukang jual muka macam Ranbir Kapoor maybe lagi sedap. 

Sampai ke houseboat ngam-ngam Jumaat, sebelah petang pulak ingat nak jalan-jalan sekitar Dal Lake sebab kiranya dah hari terakhir kat Kashmir kan. Dalam pukul 4 petang Raashid lak call cakap ada hal nak jumpa aku, aigoo. So aku terpaksalah melayan si Raashid sementara Along dengan mak pi jalan-jalan naik auto. 

Melayan si Raashid dan kawannya Owaise



Sempat jugaklah kan bergambar. 

Disebabkan keje tak boleh nak settle kat houseboat, terpaksa pi pejabat si Owaise ni. 


Usha -usha software yang dia ada

Owaise ni pun ada dua degree, lawyer dan finacial.. Haishh, muka hensem, bijak, ayoo....Malu-malu pada mulanya, tapi bila dah lama sikit barulah banyak cakap, biasalah game dia, kita dah khatam, hahaha. Dah settle semua urusan, kami pun pulang ke houseboat, packing-packing barang, makan and tido. Esoknya flight dalam pukul 11pagi if tak silap.

Breakfast terakhir di Kashmir


 Dah settle bayar semua benda, salam-salam si Hashim and family semua, kita pun terus gerak ke airport.

Sampai di airport Srinagar, pehhh memang payah betul nak masuk. Sampai 5 kali scan luggages, sampai naik tension sebab banyak sangat check point, asyik kena raba jela. Askar setiap penjuru ada tapi keadaan tenang jela. 



 Dialog dak Along, "Tak payah beli kat sini, Delhi banyak..." Sampai ke sudah semua takde, hahaha



Berakhirlah episod Kashmir kami sekeluarga. Tak seronok sangat pun nakpi Delhi tapi orang kata alang-alang sampai kasi jadi! Flight ke Delhi 1 jam 30 minit dan akan bersambung di entry yang seterusnya, chaos!


*Teringin nak beli kayu kriket India, buat beduk orang!

Monday, February 6, 2017

India-Kashmir Trip- Srinagar Day 3


Dah masuk hari ketiga, hari yang paling best sepanjang berada di Kashmir sebab kami semua akan pergi ke Sonamarg, tempat paling popular, paling jauh dan paling cantik! Trip lebih kurang 2 jam setengah rasanya dan kami bergerak dari Dal Lake dalam pukul 830pagi. Cuaca makin sejuk, dah bawak selimut untuk tido dalam van nanti. Macam biasa, breakfast ala kadar daripada tuan boat, asalkan ada labu. Trip kali ni paling banyak gambar sebab tempat cantik, superb! Korang layankan jela gambar-gambar bawah ni sampai lebam. 

View awal pagi




Dalam sejam setengah berjalan,  singgah jap pi toilet and pekena chai. Aku pantang jela kan dengan chai, terus segar!



Memang sana banyak anjing, jinak je korang tengok. Bukan setakat orang Kashmir je friendly, dengan anjing-anjing pun friendly

Kemudian, kami pun meneruskan perjalanan lagi 1 jam setengah, agak jauh jugak tapi tak terasa sebab view is ohsem! Kiri kanan banjaran, memang dok tangkap gambar jela kejenye. 




Dah sampai di Sonamarg, terhidang di depan mata puncak-puncak gunung yang dah mula diliputi salji. Sebelum nak mulakan perjalanan, kami pi buang apa yang patut sebab perjalanan memang amik masa, if cepat sejam setengah, if lambat dua jam. Cramp la pungkoq masing-masing sebab naik kuda kan. Pengunjung memang tak ramai, aku rasa adalah dalam sepuluh orang je. Memang effect teruklah insiden yang berlaku kepada orang tempatan. So, bila dah tak ramai pelancong, memang dia try tekan kita kaw-kaw la kan, nasibla aku dah riki canteeekk je game dia orang ni, takdelah kena kencing kan. Dia nak 1500rupee sorang, aku mintak 700, last-last kita amik 1000rupee dorang. Dia pun offer nak bawak pi Thajiwas, puncak gunung paling tinggi naik 4x4, harga dalam 7000rupee tapi terpaksa aku menolak dengan hati yang sayu sebab budget takde, huhuhu.. Sepanjang kat Kashmir, korang memang kena NEGO sentiasa sebab harga yang dia tawarkan sambil memberikan senyuman yang menawan boleh membuatkan korang mengangguk kepala. Makanya, sebut harga separuh daripada yang dia orang minta dengan tegas, cakap korang dah tau harga, kawan baru datang semalam, blablabla, nampak yakin dan tegas tau time nego tu, tapi janganlah sampai korang kena baling tahi kuda lak mintak sampai 70%! So, dah deal harga, aku pun dah senyum sekali dengan depa, kuda pun dah ready dan terussss kami memulakan pengembaraan yang sangat mengujakan! Eh, sebelum tu tanya jugak CIkBoh dan Cik Kiah ok ke nak berkuda 2 jam ni...Mau dia orang cakap tak, mau kena tinggal, hahaha




Hari kedua naik kuda, masing-masing dah pro


Baru 10 minit jalan, tengok ada orang dok guling-guling, joget-joget. Rupanya ada shooting filem time kita orang datang tu. Tak heranlah nak tengok!

Sejam setengah berkuda, baru nampak manusia kat kawasan gunung tu, pelancong India jugak. Guider bawak kami dengan kuda-kuda sekali naik kaki gunung, sebab dia nak bawak pi tempat glacier. Weh, tinggi kot, boleh ke kuda naik sekali? Bila dah setengah jalan, dia suh turun and jalan kaki ke tempat glacier, agak menjakunkan bila dapat pegang glacier real, hahahaha. If winter, memang tempat ni tak boleh nak access masuk sebab salji tebal.


Yang bulat tu khemah ala-ala pit stop. Yang kicik-kicik tu orang dan kita orang kat atas peha gunung dah kiranya, bukan kaki lagi! Mencanak naiknye


Bergambar dengan glacier, jadilah Semah...



I made it!

view sebelah kanan


view sebelah kiri


Ntah hape yang hepi benor pun tak taula...
Tercapai jugak impian bawak mak tengok Kashmir secara realiti


Mak cuba tiru aksi kepak Shah Rukh Khan


Baru nampak Cik Boh. Janganla korang terpinga-pinga bila takde gambar ayah aku sebab dia mana nak amik port bergambar bagai ni....


Checked! Ngeteh di Banjaran Himalaya

Sekali lagi, kita orang je anak beranak yang ada kat banjaran tu, sampai tak cukup kakilah nak round semua tempat. Kat sini femes sebab cerita Bajrani Bhaijan tu, if time summer view dia lagi cun.


Spectacular!

Dah puas amik gambar sampai jem kodak, pekena chai di lembah gunung, borak-borak pasal India-Kashmir, awat gado dan guider pun story la sikit-sikit kan. nampak je dia selebet tapi ada dua degree tau! Tanya jugak kenapa takmo cari keje yang ok sikit, dia cakap dia dah hepi dengan life dia, apa lagi nak katanya. Minat orang lain-lain kan, hehehe. Dah puas walaupun tak, kami pun beransur pulang meninggalkan banjaran Sonamarg dengan hati pilu. View time balik pun amazing jugak, nangis tengok!






Terserempak pulak dengan para gadis tengah memikul kayu api, nak ready untuk musim sejuk katanya. Ini baru boleh cakap, "nak cari kayu, nak cari kayu!"


Dah sampai ke pangkal jalan, masing-masing lapar. So, kami pun makan tengah hari kat situ terus, ada kedai makan. Nasi putih sorang satu and kari ayam.



 Muka ada sinyummm dapat makan nasik

Dah kenyang, say bye bye kat Sonamarg, kami pun kembali ke satu lagi pangkal jalan, iaitu house boat, huhuhu. Dalam pukul 5 sampai, siap-siap tapau nasik kat pekan Srinagar tu untuk malam. Seperti biasa aku takdelah nak tido sangat, rugi. Baik pi lepak dekat luar dengan orang-orang sini, kebetulan houseboat sebelah tengah buat preparation untuk kawin, bolehlah kita tengok culture dia orang macam mana kan...

Anak si Hashim, asalkan ko hulur choki-choki je dapatlah bermesra-mesraan dengan budak-budak

Inilah rupa teh garam, warna pink. Teh ni memang minum waktu petang je, sebab katanya untuk beri tenaga. Takdelah sedap sangat, rasa masin jela kan tapi seronoklah untuk dijadikan kenangan.

Sebelah malamnya, macam biasa makan, tengok tv, share gambar, gado-gado sebab semua takmo mandi, scroll fb, insta,segala mak nenek alam maya dan tido. Esok, rancangnya akan ke Universiti Kashmir dengan si buah hati, Raashid, hahaha Tapi tak boleh nak bermesra berpegang tangan sebab Nami ikut sekali, cehhh!


*Tak rindu teh garam