Monday, March 30, 2009

harta saya...

Sejauh mana dan sebanyak mana kita membaca sepanjang kehidupan kita?
Sesetengah orang mengatakan membaca itu suatu perkara yang membosankan, melecehkan dan membazir masa!
Dan bagi sesetengah manusia pula mengatakan membaca itu sesuatu yang mengasikkan, teruja dan membuatkan kita semakin mengenali dunia.
Sememangya membaca itu merupakan suatu pekerjaan yang sangat dituntut, yang perlu dilakukan oleh semua tidak kira pelajar, guru, pak Guard, pengutip sampah, pencuci tandas bahkan seorang juruterbang, semuanya mempunyai kepentingan dalam membaca.
Orang dulu-dulu juga mengiyakan peri pentingnya membaca tapi digambarkan melalui kiasan sajalah, itupun jika kita faham makna tersurat dan tersiratnya.
Dalam Al-Quran sendiri, dalam agama Islam sendiri menekankan dan memerintahkan agar umatnya membaca. bahkan, ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW pun menyuruh agar kita membaca. "Iqra" bacalah dengan nama tuhanmu yang maha pengasih lagi maha penyayang yang menunjukkan bahawa membaca itu memang dituntut oleh agama.

Sebagai seorang pelajar, sememangnya saya suka membaca sejak dari darjah empat lagi, iaitu sewaktu bertugas sebagai pustakawan sekolah dahulu.Semua jenis buku sudah saya baca. sehinggakan buku ensiklopedia mengenai tubuh badan manusia pun sudah saya baca sewaktu sekolah rendah! saya lebih suka membaca sesuatu yang mengajak kita berfikir, terutamanya tentang isu-isu semasa. Semenjak memasuki alam universiti, lagi luas skop pembacaan yang boleh saya dalami dan fahami. Contohnya, isu berkenaan Akta Universiti yang ingin dipinda atau dikekalkan. Memang hangat isu tersebut kerana saya pun salah seorang antar puluhan ribu mahasiswa yang terlibat secara langsung dengan akta terbabit. Ada yang membangkang, ada pula yang menyokong. bermacam-macam pendapat yang dikemukakan leh orang ramai dan juga ahli akademik. Bagi pendapat saya, jika sesuatu itu dilakukan dengan emosi, tambahan lagi remaja yang masih mentah tentang selok-belok dalam sesuatu perjuangan, maka tiada relevannya jika hanya ingin meminda akta semata-mata untuk berparti, berkempen, ingin bergelar'YB' konon-kononnya. Tapi, isu itu sudah berlalu dan telah pun dipinda oleh Kementerian Pengajian Tinggi.
Saya tidak punya bilik khas untuk membaca, masih dalam angan-angan lagi...hehe. Namun, beberapa buku yang ada dalam simpanan saya sudah boleh dianggap sebagai suatu khazanah yang tidak ada bandingannya. walaupun sedikit, tapi saya sayang sangat dengan buku-buku itu. Berhabisan duit beratus-ratus pun tidak mengapa kerana saya puas bila saya susun buku-buku tersebut di rak.
Buku bacaan saya pelbagai, tidak statik. Tapi, cerita-cerita yang lebih kepada cinta semata-mata saya tolak awal-awal. bukan menolak lumrah kehidupan, tetapi tidak ada sesuatu yang boleh saya pelajari dan dapat tambah ilmu pengetahuan saya. Jalan cerita pun lebih kurang sama saja semuanya, bercinta, bergaduh, berkahwin, gaduh semula, keluarg tidak restu, sudah boleh dijangka.

Berikut, adalah koleksi buku-buku saya=)


puisi-puisi pilihan

aku adalah lumpur hitam yang mendebu
menempel di sandal dan sepatu
hinggap di atas aspal
terguyur hujan
terpelanting masuk longkang
siapa sudi memandang
atau menghulurkan tangan?
tanpa uluran tangan Tuhan
aku adalah lumpur hitam
yang malang




Oh ibu
jika engkau adalah matahari
aku tak ingin datang malam hari
jika engkau adalah embun
aku ingin selalu pagi hari
ibu
derhakalah aku
jika ditelapak kakimu tidak aku temui syurga itu.



Sungguh, malam ketiga di Pengkalan Punai
aku bermimpi melihat syurga
Ternyata syurganya tidak megah, hanya sebuah istana kecil di tengah hutan
Tidak ada bidadari seperti disebut di kitab-kitab suci

Aku meniti jambatan kecil
Seorang wanita berwajah jernih menyambutku
"Inilah syurga" katanya
Dia tersenyum, kerling matanya mengajakku menengadah
Seketika aku dikejuti dengan pantulan sinar matahari senja
menyirami kubah-kubah istana
Mengapa sinar matahari berwarna perak, jingga dan biru?
Sebuah keindahan yang asing

Di istana syurga
Dahan-dahan pohon ara menjalar ke dalam
Kamar-kamar sunyi yang bertingkat-tingkat
Gelas-gelas kristalberdenting dialiri air zamzam
Menebarkan rasa kesejukan

Bunga petunia ditanam di dalam pot-pot kayu
Pot-pot itu digantungkan pada bingkai-bingkai
jendela tua berwarna biru
Di beranda, lampu-lampu kecil disembunyikan
di balik tilam, indah sekali
Sinarnya memancarkan kedamaian
Tembus membelah perdu-perdu di halaman


KETIKA DAN KALIMAT

BAHASA DALAM MULTIMEDIA? apentah yang kite nak blajar? aku pun mula-mula musykil gak, takut pun ade coz aku memang tak pandai langsung bab-bab meng'explore' komputer nih. laptop yg ade pn aku hanya gunakan utk urusan2 rasmi n yg tidak berapa rasmi. yang aku tau hanya bukak microsoft word, bkak lagu, men game je kt laptop tu. selain tu, cam adobe ke, buat laman web, blog, semuanya aku tak pernah fikir kn buat. first time msk lect dr. normaliza, aku mmg da cuak gile, sekali pandang cam garang, tp bile dah 20 minit dlm kelas tu, terus cam suke lak kat die..hehe..bukan bodek tau!

start dari hari tu, aku terus dikejutkan dengan asgmt yg mmg saje dr. normaliza bg tibe2, melukislah, mewarnalah, pose maut lah, macam2 yg x terjangkau dek akal kite yg skop pemikirannya hanyalah asgmt semata-mata. yg paling aku igt skali, time dr. lect je, rmai bdk2 ni amik gmbr, bkn amik gmbr dr, tp salin nota kuliah, haha.. mmg mengaplikasikan kegunaan multimedia yg ada=)

itu baru je part dr, belum lagi part dr. arbae'i, lom lg cik nurul n cik alia, lom lg part kawan2 sekuliah, semuanya menjadikan kursus bahasa dalam multimedia ni menjadi sangat menarik dan terkesan dalam hidup aku.

Selanjutnya, ada tugasan bertulis, tp pakai komputer r... dalam masa lebih kurang 1jam stgh, stiap kump mesti siapkan satu karangan yg dah diberi tajuk yg berlainan antara satu sama len. Mula2 pikir, ala, karangan je pn ape kisah sgt. Tapi, kteorg tak sedar ada 1 bala yg sedang menanti, tau x kne wat karangan tu berapa muka surat? Berapa panjang Dr nak? Skali Dr mintak 8 muka surat!!! Terus aku n kawan2 bertakbir dlm ati, huhu...Perghh, gile nak menipu ape je dlm karangan tuh? Badan da mula panas, fikiran plak terus buntu, punggung da kebas semacam je sebab sume orang kene duduk kt simen kan, kaki da semut2, mase plak makin lame cam cepat plak de bgerak...huhu memang psiko gile tugasan nih! tapi, malu r kalu budak BM x dpt siapkan. Rasenye, kump aku dpt siapkan tp extra 10 minit r. Dan yg paling penting skali xkne buat semula, fuhh...LEGA.

Asgmt yg seterusnya? Hmm, aku tak igt plak yg mane 1, byk sgt! Ha, kite orang kene bt papan iklan. Mula2 pilih tema untuk iklan kite, kemudian buat kotak-kotak kecik, dlm 20 kotak rasenye. Pastu, mulalah perah otak fikirkan kesinambungan idea dari satu kotak sampai r ke kotak yg seterusnya. Kump. aku pilih tema lampu. Hehe, dah macam budak engineering plak. Tapi, memang best sebab kita boleh nampak n tahu ape sepatutnya ade pada setiap kotak2, xblh sama. Ade kump tu, ape nama kump tu ea? Owh, kump Empat, die orang buat iklan n kite orang kene teka ape yg nak die orang iklankan. nampak kt dlm kotak tu mcm botol-botol minyak wangi, tp rupanya die orang iklankan botol mineral..huhu, x capai matlamat...kesian=( Seperti biasa, Dr mmg saje nak aniaya, sharp kul 2 mst da ade dpn pintu bilik de! Perghh, mana sempat! nak lukis, lakar. Tangan semua plak jenis kayu balak, letak losyen seguni pun lom tentu leh lembut, lukis lampu jd botol, lukis kotak jd bantal, mana nak siap! Tp, nama pn cool, mesti boleh siap punye... Kump D'LIMA, mana keje kteorang x pernah siap...=) dan nasib baiklah, Dr xpnh reject hasil kerja kiteorang, thanx Dr...

Kelas Dr setiap ari Rabu, kul 12 hingga 2 ptg, mmg xpnh berubah n yang aku pelik Dr mmg xpnh cuti, g seminar ke, g meeting ke, g kenduri ke, mmg sentiasa sihat je..Alhamdulillah, Allah mendengar doa murid2nya, hihi=) Hanya 2 kali je Dr Arbai'e ganti. itu pun sebab mmg Dr Arbai'e punya bidang, kalu x, mmg mengadap Dr jela... x cakap pun boring...jgn salah tafsir lak, bdosa tau... Subjek bahasa dan Multimedia ni memang seronok, n lebih seronok lg bile yg mengajar tu Dr. Normaliza. Serius, gaya pengajarannya berbeza, sangat jauh beza dr pensyarah yg len. Disebabkan itu, aku rasa cara Dr yg menyebabkan aku berminat tuk blajar pasal multimedia. aku memang x mesra sgt dgn gadget2 ni, aku cam takut je nak pegang, yela, dapat pegang komputer pun time ade masuk makmal komputer time skolah2 dulu, nak men YM, FRIENDSTER, FACEBOOK, bace BLOG, download lagu, memang x pernah aku buat. Namun, itu dulu, time aku masih kategori purba, skg aku dan berasimilisasi dgn multimedia, hehe, stakat ADOBE, ape je pun, huhu... xde r pandai sgt, tp ade jugak r improve drpd tau men game jer...

Sebenarnya, komputer ni ibarat kotak ajaib, macam2 kite leh dpt if kite rajin explore ape yg ade kt dalam tuh. Macam2 benda kite leh wat, kadang2 macam tak caye je btol ke aku yg wat kalendar ni? huhu, yela, mme xpnh tfikir pun kene wat kalendar... bile dah dpt dr Cik Nurul, terus je aku nek bas balik melaka, nak tunjuk kat mak,hehe..




Tuesday, March 24, 2009



KENANGAN BERSAMA TOKOH PILIHAN




SEKITAR SESI TEMUBUAL DENGAN DR. HAJAH NOR AZUWAN YAAKOB




ANTARA BUKU HASIL TULISAN BELIAU


Dengan sedikit paparan tentang tokoh pilihan saya ini, diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi info yang berguna kepada anda semua. insyaallah, di kesempatan yang lain pula, kita akn bersama-sama dengan seorang lagi tokoh bahasa yang lain.

Jumpa lagi pada ruangan yang akan datang =)

Monday, March 23, 2009

TOKOH PILIHAN


SALAM HARMONI KEPADA PEMBACA SEMUA...

Sebelum kita membuka suatu isu baharu, pada ruangan kali ini, saya ingin memperkenalkan seorang tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam kalangan ahli-ahli bahasa, terutamanya peringkat Universiti Putra Malaysia.

Sedikit ringkasan tentang latar belakang beliau, merupakan seorang pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. pengkhususan dalam bidang kewartawanan, penerbitan, reka bentuk dan grafik. Sebelum bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, beliau berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (1993-1999). Beliau banyak mempunyai pengalaman dalam Penyelidikan Tentang Wanita dan Pembangunan di bawah biayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP); penulisan berita dan rencana, artikel dalam majalah akhbar seperti Utusan Malaysia, Ad-Dakwah, Timang ,Wanita, Famili, dan Suara Masjid dan juga artikel ilmiah dalam Jurnal Bahasa, terbitan DBP.
Tesis Sarjana beliau bertajuk, Buku Teks Sekolah Menengah: Kajian Tentang Persepsi Guru dan Penggunaannya di Lembah Kelang. dalam bidang kerja, beliau pernah bekerja sebagai Wartawan Utusan Melayu, pegawai penerbitan/pengarang, Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat; pengarang dan pendakwah Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM); editorial Journalist, Institut Teknologi Komputer, Cosmopoint, Kuala Lumpur; dan juru gambar bebas. antara anugerah yang pernah dimenangi oleh beliau ialah Anugerah Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1977.
Pada ruangan ini juga disediakan sedikit tentang tokoh pilihan kita, iaitu Dr Hajah Nor Azuwan Yaakob.





Dr. Hajah Nor Azuwan Yaakob


Senior Lecturer

Department of Malay Language
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang
Selangor


http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/images/telefon.gif +603 8946 8753


http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/images/mail.gif azuwan@fbmk.upm.edu.my


http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/online.gifE-Learning



http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/qualification.gifQUALIFICATION

Ph.D (Journalism - UM). M.Sc (Publishing - UM) Bsc. Comm (Journalism - UiTM) Dip. Ed. (IIUM) Dip. Publishing Studies (UM) Dip. Comp. Graphic & Design (Cosmopoint)


AREA (S) OF SPECIALISATION

Journalism, Publishing, Graphic and Design, Mass Communication, Business Communication/Core Abilities, Professional and Technical Writing



RESEARCH INTERESTS

Journalism, Publishing, Language, Malay Language in Management/Organisation, Graphic and Design, Mass Communication, Business Communication, Core Abillities, Professional and Technical Writing.

http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/teaching.jpgTEACHING

BBM 3401 : Bahasa Melayu Tinggi

BBM3207: Perkamusan

BBW 3401 : Analisis dan Penyuntingan Teks

BBW 3402 : Perekaan dan Penerbitan (Designing and Publishing)

BBW 3404 : Penulisan Laporan, Berita dan Rencana (Report, Article and News Writing)

KOM 5517 : Penulisan, Penyuntingan dan Penerbitan - pascasiswazah

BLM 1053 : Bahasa Melayu Pengurusan (PJJ UUM)

Business Communication/Core Abilities

Malay Language for Foreign Students

Bahasa Melayu Korporat

http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/publication.jpgMAJOR PUBLICATIONS

- Nor Azuwan Yaakob."Sejarah Perkembangan Penulisan dalam Pembinaan Tamadun Manusia" dlm. Jurnal Bahasa 43 : 8, hlm 710 - 724. 1999.

- Nor Azuwan Yaakob. "Analisis Kualiti Bahasa Buku Teks Matematik KBSM" dlm. Monograf Jabatan Bahasa Melayu, Universiti Putra Malaysia, 2, 1999: 70 - 79.

- Nor Azuwan Yaakob. "Analisis Kualiti Buku Teks Bahasa Melayu KBSM" dlm. Jurnal Bahasa, 44:8, hlm 777 - 796. 2000.

- Nor Azuwan Yaakob. 2006. "Retorik Kewartawanan dalam Konteks Keperkasaan dan Kelestarian Akar Budaya Melayu". Prosiding Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Ke-2. UPM, Jilid 1:441-460.

- Nor Azuwan Yaakob. "Maklumat Leksikal dalam Struktur Kasus dan Argumen dalam Penulisan Berita" dlm. Jurnal Bahasa 6:4, hlm. 627-656, 2006.

- Nor Azuwan Yaakob. "Penulisan Retorik Kewartawanan Melayu dalam Konteks Pemerkasaan Martabat Budaya Bangsa". dlm. Jurnal Bahasa Brunei 12, hlm.51 - 63, 2007.

- Nor Azuwan Yaakob. Retorik Kewartawanan Melayu Akhbar Berita Harian (1957-1999). 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Azuwan Yaakob (ed.), 2009. Mencari Makna Diri Melayu : Untuk Renungan Bangsaku. Kuala Lumpur : Persatuan Linguistik Malaysia.

- (Dalam proses menulis/menghasilkan buku berjudul Perkembangan Muzik Melayu, berkolobarasi dengan Pak Yusnoref, tokoh sasterawan, budayawan dan muzik Singapura, seangkatan Allahyarham P. Ramlee).

http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/profesional.jpgPROFESIONAL SERVICES

i. Kewartawanan (penulisan berita dan rencana dll).

ii. Penulisan Profesional dan Teknikal (laporan, teks ucapan, minit mesyuarat, surat rasmi dan memo, kertas cadangan/ilmiah, dokumen rasmi kerajaan/organisasi dan lain-lain.

iii. Bahasa Melayu dalam Pengurusan/Pentadbiran/Organisasi.

iv. Penerbitan, perekaan dan percetakan.

v. Komunikasi Massa, Komunikasi Perniagaan, Komunikasi Korporat dan Core Abilities.

vi. Reka bentuk dan Grafik.

vii Penyuntingan teks (copyediting and substantive editing).

viii Penyeliaan dan penilaian tesis/disertasi/manuskrip/buku/karya non-fiksyen dan lain-lain.



http://www.fbmk.upm.edu.my/utmk/staffhomepage/themes/v1/images/seminar.gifSEMINAR/WORKSHOP

KEHADIRAN/PENYERTAAN

Konferen / Seminar

The 15th Biennial Conference of the World Communication Association anjuran FBMK dan World Communication Association pada 27 Jun 1999 - 2 Julai 1999 di Palace of Golden Horses, Sri Kembangan, Serdang. (AJK)

Seminar Antarabangsa Pengajaran dan Pemelajaran Bahasa Melayu untuk Penutur Asing pada 22 -23 Julai 2004 di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar,UPM. (Peserta)

Seminar Kisah Melaka 1511 pada 27 Julai 2004 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Air Keroh, Melaka. (Peserta)

Seminar Penyelidikan Bahasa, Sastera, Budaya dan Komunikasi pada 17 - 19 Januari 2005 di UPM. (Peserta)

Seminar Penyelidikan Bahasa dan Sumbangan Majalah dalam Penyebaran Hasil Penyelidikan Bahasa anjuran Jabatan Bahasa Melayu, FBMK dengan kerjasama Bahagian Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 28 Mei 2005. (Peserta)

Seminar dan Pameran Warisan Melayu dan Peribumi pada 13 September 2005 di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar, UPM. (Peserta)

Seminar Nilai Murni Peringkat UPM pada 22 Disember 2005 di Dewan Persidangan Pusat Pendidikan Luar (IDEAL), UPM. (Peserta)

Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera, dan Budaya Melayu Ke-2 anjuran Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Warisan serta Dewan Bahasa dan Pustaka pada 24 - 25 Januari 2006 di Dewan Persidangan, Pusat Pendidikan Luar, UPM. (Pembentang kertas kerja yang berjudul Retorik Kewartawanan dalam Konteks Keperkasaan dan Kelestarian Akar Budaya Melayu).

Seminar Melayu Mahawangsa pada 18 Julai 2006 di Dewan Persidangan, Pusat Pendidikan Luar, UPM. (AJK Pameran dan Dokumentasi)

Seminar Linguistik dan Bahasa Melayu II anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), BBSM dan KeKKWa pada 7 - 8 September 2006 di DBP, Kuala Lumpur. (AJK Pendaftaran dan penulis kertas kerja bersama Prof. Madya Dr. Haji Arbak Othman berjudul "Maklumat Leksikal dalam Struktur Kasus dan Argumen dalam Penulisan Berita")

Seminar dan Pameran Penyelidikan pada 16 - 19 Oktober 2006 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM . (Pembentang kertas kerja berjudul " Kata Pinjaman dalam Berita Utama Akhbar Berita Harian (1957-1999").

Seminar Memartabatkan Budaya Bangsa Melalui Penulisan Media dan Perhubungan Awam pada 30 Januari 2007 anjuran Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kawasan Selatan dan Universiti Teknologi Mara (UITM, cawangan Melaka di Hotel Legacy, Melaka. (Pembentang kertas kerja berjudul ’Penulisan Retorik Kewartawanan Melayu dalam konteks Pemerkasaan Martabat Budaya Bangsa’).

Seminar Kebangsaan Bahasa dan Linguistik Melayu yang bertema ’Profesionalisme Guru Bahasa Melayu dalam Pendidikan Era Globalisasi’ pada 8 Mac 2007 anjuran pelajar Master Bahasa Melayu, (BBM 5600 : Seminar Bahasa Melayu ) dan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. (Peserta)

Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Kali ke-4 pada 11 -12 November 2008 anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (Ketua AJK Buku Program/Cenderamata dan Hadiah serta Pengerusi Pembentangan Kertas kerja, dan peserta seminar).

Bengkel

Bengkel Penulisan Teknikal Eksekutif Felda pada September 2004, anjuran DBP dan Felda Holding sdn. Bhd., di Hotel Residen, Bangi, Selangor. (Penatar)

Bengkel Penulisan dan Penerbitan pada 13 -17 Disember 2004, anjuran Perpustakaan Negara Malaysia di Menara TH Selborn, Kuala Lumpur. (Penatar)

Bengkel Pembelajaran Berpusatkan Pelajar pada 28 Disember 2004 - UPM. (Peserta)

Bengkel /Kursus Penulisan Profesional, anjuran Pusat Pemajuan Profesional (PACE), UPM dan Badan Pencegah Rasuah di Maktab Latihan Polis, Kuala Kubu Baharu pada 6 - 7 September 2005. (Penatar)

Bengkel Pengurusan Tatatertib pada 14 - 15 Disember 2005 di Dewan Zaaba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. (Peserta)

Bengkel Learning Outcomes Initiatives 1 pada 15 - 16 Februari 2006 di Bilik Seminar 1-3, Fakulti Ekologi Manusia, UPM. (Peserta)

Bengkel Learning Outcomes Initiative 2 pada 22 - 23 Mac 2006 di Bilik Seminar, Blok B, Fakulti Kejuruteraan, UPM. (Peserta)

Lokakarya Teori dan Kaedah Penyelidikan Linguistik -- ( Prof. Dr. Bernd Nothofer, Ketua Pusat Pengajian Asia Tenggara, Universiti Frankfurt, Jerman)) pada 12 - 19 September 2006 anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi(FBMK), UPM pada 12 - 19 September 2006. (Peserta)

Bengkel Penulisan Laporan pada 1 - 5 Mac 2007 anjuran Jabatan Penerangan Malaysia di Hotel Kondo Istana, Langkawi, Kedah. (Penatar)

Bengkel Penulisan Punca Ketidakpatuhan pada 5 September 2007 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM (juruaudit dalaman) ISO)/(Peserta).

Bengkel Penulisan Ketidakpatuhan dan Tindakan Pembetulan pada 11 Jun 2008 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Lain-lain

The 9th International Forum on Publishing Studies anjuran Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Penerbit Universiti Malaya Press, Majlis Buku Malaysia dan Persatuan Pengajian Penerbitan Negara Jepun pada 1 -2 September 1999 di Auditorium Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. (Peserta)

Kursus Lotus Notes dan Aplikasi Smart Suite pada 18 - 23 Oktober 1999 di FBMK, UPM. (Peserta)

Majlis Perasmian Sambutan 10 Tahun Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pada 07 Januari 2005. (Peserta)

Majlis Taklimat Pelajar Baharu Program Pengajian Siswazah Semester 2 2005/2006 pada 16 Disember 2005 di Dewan Zaaba, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. (Peserta)

Ceramah berjudul Teamwork for the Peak Performance oleh Prof. Dato’ Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman pada 26 Januari 2006 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Kolokium Penyelidikan oleh Dr. Normahdiah Sheikh Said, berjudul ’An Experimental Study to Develop An Engaging Multimedia Design Model For Children’ pada 22 Februari 2006 di Bilik Seri Amar. Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Kolokium Penyelidikan oleh Dr. Megat Al-Imran, berjudul ’Political Economy of Malaysia Documentary Production’ pada 1 Mac 2006 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Kolokium Penyelidikan oleh Dr. Vijay Kumar Mallan, berjudul ’Malaysian Native Speakers in Mainstream ESL Classroom:Insights from Verbal Protocol’, pada 8 Mac 2006 di Bilik Seri Amar, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Kursus Asas Penulisan Profesional anjuran Pusat Pemajuan Profesional (PACE), UPM dan Felda Holding Bhd., pada 12 - 14 April 2006 di Rievera Bay Resort, Melaka. (Penatar)

Siri Ceramah Kelab Penulis Ilmu Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) berjudul "Pemindahan Tesis Kepada Buku" oleh Prof. Madya Dr. Hamedi Mohd Adnan, pada 21 April 2006 di Bilik Seri Amar, FBMK UPM, anjuran PLM. (Peserta)

Kursus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK3) pada 15 - 23 Mei 2006 di Hotel Residence, Bangi, Selangor Darul Ehsan. (Peserta)

Kursus Penulisan Profesional pada 28 - 30 Jun 2006 anjuran Perpustakaan Negara Malaysia di Bangunan TH Selborn, Kuala Lumpur. (Penatar)

Kursus Penulisan dan Penerbitan pada 10 - 13 Julai 2006 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysi, di Hotel Capitol, Bukit Bintang, Kuala Lumpur. (Penatar)

Taklimat Kesedaran ISO untuk staf Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. pada 10 Ogos 2006. (Peserta)

Pameran Bahasa dan Sastera Negara pada 28-30 Ogos 2006 di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. (Petugas)

Majlis Konvokesyen Ke-30 Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 19 September 2006. (Petugas)

Modul Keselamatan Jalan raya oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Pengantarabangsaan, Universiti Putra Malaysia, Prof. Ir. Dr. Raden Umar Radin Sohadi, Oktober 2006. (Penyunting)

Kursus Komunikasi Korporat (Pengurusan dan Profesional) pada 29 Januari 2007 anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia, di INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur. (Penatar).

Pertandingan Penulisan Esei Peringkat Kebangsaan (Guru-guru Agama Seluruh Malaysia) pada 21 - 23 Februari 2007 anjuran Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur. (Ketua Hakim)

Kursus Memartabatkan Adat Melayu Peringkat Daerah Melaka Tengah dan Jasin, Melaka pada 26 -27 Februari 2007 anjuran Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah serta Pejabat Pembangunan Negeri Melaka di Hotel MITC dan Akademi Pelancongan Melaka. (Pembentang kertas kerja berjudul ’Pembentukan Nilai Menerusi Pembudayaan Komunikasi Berkesan’ serta sebagai penatar)

Kursus Setiausaha Surau/Masjid Daerah Kuala Langat pada 16 - 18 April 2007 anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. (Penatar)

Majlis Jasa Dikenang, Budi Disanjung pada 29 April 2007 anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM bertempat di Hotel Residence, Bangi, Selangor Darul Ehsan. (AJK)

Kursus Penyuntingan Intensif pada 7 - 11 Mei 2007 anjuran Persatuan Linguistik Malaysia di INTEKMA Resort, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. (Penatar)

Kursus Penulisan Dokumen Rasmi pada 15 - 16 Mei 2007 anjuran Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) di Hotel De Palma, Sepang, Selangor Darul Ehsan. (Penatar)

Kursus Setiausaha Surau/Masjid Daerah Sepang pada 12 Jun 2007 anjuran Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan. (Penatar)

Kursus Penulisan Dokumen Rasmi pada 13 Jun 2007 anjuran Persatuan Linguistik Malaysia di Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan Malaysia (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri (Penatar)

Kursus Komunikasi Berkesan pada 24 Jun 2007 anjuran Bahagian Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia di Jeram, Selangor Darul Ehsan. (Penatar)

Majlis Bersama Tokoh Tan Sri Aziz Tapa pada 8 Ogos 2007 berjudul ’Pantun: Warisan Bangsa Sepanjang Zaman’ anjuran Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia.

Menerima lawatan Delegasi Communication Universityof China (CUC) ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia pada 8 Ogos 2007.

Anugerah Persatuan Kewartawanan Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT)-EXXONMOBIL pada Oktober 2007 (Panel Hakim 1)

Penilai dan Penyunting Manuskrip "Asas Penerbitan Elektronik". 2008. Penerbit Universiti Utara Malaysia.

Kursus Sistem Pengurusan Kualiti (QMS 4) pada 4 - 5 Februari 2008 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Kursus Ketrampilan Bahasa untuk Komunikasi Berkesan, Penulisan Laporan, Surat Rasmi, Minit Mesyuarat dan Kertas Cadangan pada 2 - 5 Jun 2008 anjuran Persatuan Linguistik Malaysia(PLM) dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) di ILKAP, Bangi. (Penatar)

Lokakarya Penasihatan Akademik pada 26 - 27 Jun 2008 anjuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Universiti Putra Malaysia di Auditorium Jurutera, Fakulti Kejuruteraan. (Peserta)

Menerima lawatan Delegasi Australian Defence Force School of Language ke Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM pada 23 September 2008.

Kursus Tatabahasa dan Penulisan Bahasa Melayu pada 29 - 31 Oktober 2008 anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Bangi, Selangor Darul Ehsan (Penceramah/Penatar)

Sesi Bicara Warisan bersama Bonda Rokiah Ahmad (Cucunda Raja Ali Haji) - Syair-syair Raja Ali Haji yang Terpendam pada 5 Februari 2009 anuran Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), UPM. (Peserta)

Kursus Keterampilan Bahasa untuk Komunikasi Berkesan, Penulisan Laporan, Surat Rasmi dan Minit Mesyuarat pada 23 - 26 Februari 2009 anjuran Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP), Jabatan Perdana Menteri, Bangi, Selangor Darul Ehsan.