Friday, April 10, 2009

Talentime?

sebelum aku ckp panjang2, aku nak korang pegilah tengok cite talentime ni,memang best tahap dewa, bagi akulah...
aku sememangnya penggemar dan obses dgn karya2 yasmin ahmad, salut kt de. dan bile da kuar cite ni, aku terus jela pegi tgk ngn adik aku. sebelum tu, aku mmg da frust gile pasal cite mualaf deorang tak kuarkan, ntah pape ntah yg deorang jaki sgt ngn yasmin ni, sume cite de kne tapis, kene saring, kne gam, da mcm logi kumbahan je plak. itulah orang kite, bile da buat citer yg menunjukkan budaya kita sndri, ape yg betul2 tjd dlm masy, xnk terima, kate tak soanlah, x mencerminkan org melayu n mcm2 lg r...tp, yasmin pedulik hape, yg penting de mmg best!
ok, terus masuk ke talentime!!
mula2, aku sukelah kt pelakon2 yg ade dlm cite ni. adibah nor, harith, ida nerina, muke2 yg familiar ngn yasmin ahmad. dialog de, mmg xperlu dinafikan kualitinya, superb! apa yg menariknya tentang cite ni adlh kerana terdapatnye cerita berkenaan orang india. sebelum ni, yasmin hanya cite pasal org melayu n cine je. mmg intersting n cantik sungguh garapan, jln cerita, lokasi, mmg semuanya mengindahkan lagi cerita ni.
yasmin mmg byk bermain dgn cara die shoot, dr site yg berbeza dgn pengarah len. aku rase peminat di mst perasan care die ni. aku nk terangkan secara tepat pun tak dptlah, coz aku bknnye org multimedia, tp aku tau r sedikit sebanyak pasal multimedia, hehe..
pemilihan muzik,lagu mmg aku bg 1000 bintang kt de. lagu2 ore piya, pergi, kasih tak kembali sememangnya mmbuatkan aku mengalirkan air mata...sob2
ape yg aku dpt dr cite ni?
korang dpt faham ttg sensitiviti stiap kaum, cara fahaman mereka thdp cara hidup kita, kesanggupan kita berkongsi semua perkara...
inilah karya yasmin ahmad yg terbaik buat masa ni. compom de leh menang award lg, bolot abis, jgn tinggalkn habuk pun kt org len
manesh, u're very cuter one.. hehe,betul ke english aku?
apepun, sokong karya kita, karya tempatan. masih ade lagi yg bermutu...
adios

Wednesday, April 1, 2009

DUNIA KECIL SAYA YANG INDAH...

Aku dilahirkan pada 28 mei 1986, tepat pada pukul 4.19 petang setelah lebih 2 minggu mak menahan kesakitan di wad bersalin Hospital Besar Melaka. Bayangkan emak aku sakit dan duduk kat hospital tu sampaikan nurse yg keje kat situ cakap mak aku ni sawan, sebab tak bersalin-salin lagi! Aku yg dengar dari dalam perut panas je hati...hehe Namun, akhirnya aku berjaya gak keluar dengan bangganya pada petang esoknya. Emak aku yang selama ini memang mengharapkan anak perempuan tersenyum bila doktor India tu cakap, "Akak, U dapat anak perempuan. Ada suka tak?"
Aku pun terus dibawa ke sebuah rumah dalam kawasan petempatan baru peneroka Felcra. aku membesar dan terus membesar. status keperempuanan yang aku miliki bukanlah menjadi penghalang kepada tingkah-laku aku untuk bermain permainan perempuan. disebabkab atas aku ada 3 orang abang, maka aku lebih suka bermain dengan mereka. memang dari kecil aku sudah lasak, "macam jantan", mak aku membebel. sehinggakan aku telah mendapat parut di kepala kerana terjatuh daripada buaian sewaktu ikut mak aku pergi kelas mengaji. Mana tak jatuh, budak lain main duduk elok-elok atas buaian tu, aku pulak berdiri, memang patut jatuh. akhirnya, aku kena 6 jhitan di sebelah kiri dahi dan terus kekal di situ untuk kenangan. kawan-kawan aku gelar 'Harry Porter' scar', hmm...
Walaupun aku lasak time kecik-kecik dulu, tapi aku masih boleh dikategorikan agak cute r...lebih kurang macam Suri, anak Tom Cruise, hihi. Aku ada 8 orang adik-beradik semuanya. pertama, Along aku, Mohd Shahril, yang kedua adalah kembar, Mohd Azhar dan Mohd Khairul, keempat, akulah kan, kelima, Mohd Nazmi, keenam, Nazirah, ketujuh, Mohd Nabil dan yang bongsu sekali Mohd Najwan. hanya 2 orang saja perempuan, yang lain semuanya lelaki. jadi, memang aku sentiasa dikelilingi dengan lelaki dan aku pun tak kisah sangat takde pakwe sebab semuanya abang-abang aku boleh bagi. hehe
Kehidupan aku sekeluarga sederhana saja, xdelah susah sangat dan takdelah kaya sangat . Alhamdulillah, sejak abang-abang aku dah keje, ringan sikitlah beban yang mak ayah aku tanggung. Di sini tempat aku sekeluarga berteduh




Keluarga aku jenis yang peramah dan sporting. sememangnya, kalau berkumpul mesti ade je permainan yang nak dimain. Capklicap memang permainan wajib untuk keluarga aku. Semua orang mesti main, tak kiralah mak sedara ke, cucu, cicit, menantu, semua kena! Antara mangsa-mangsa permainan yang psiko ni, tengok jela...



Cuba perhatikan kat gambar no.4, yang duduk kat blakang tu nenek aku, tukang jaga radio. Nenek aku pun sporting tau.

Mak aku seorang yang tegas, garang cam The Rock mase kiteorang kecik-kecik dulu. Memang garang! kalau ta sembahyang satu waktu, 5 kali rotan. Jenis rotan memang mak aku tak tetapkan, apa yang dia nampak, itulah yang dia hayun kat badan kiteorang. 5 kali rotan cam sikit je dengar, tapi kalau korang nampak cara hayunannya, memang ngerilah. Getah paip, tempat penyangkut baju, reket badminton, rotan buluh, bulu ayam, semuanya pernah hinggap di badan kiteorang adik-beradik. Kalau tak hafal sifir, mak aku dah siapkan satu cawan cili padi, sorang-sorang kena baca sifir kat dia. Sebab itulah mulut dik-beradik aku tebal atas, kesan jangka panjang mengunyah cili padi, hehe. Memang takut nak buat salah, sebab takut kat mak. Ayah aku pulak jenis yang cool je, tak banyak cakap, memang manja ngan ayah aku sikit dulu. Kalau bawak buku rekod, jika dapat nombor baik, senyum-senyum tunjuk kat mak, kalau ade merah, janganlah berserah diri tunjuk kat mak, baik sorok-sorok suruh ayah sain. Ayah akan cakap, "Asal merah-merah ni, belajar lagi'. Itu kalau ayah, jika emakku, lebih kurang beginilah dialognya, "Apa nak jadi dengan ko ni. Belajar malas, ko tengok dak Masila tu, tak pernah keluar rumah, duduk je baca buku dalam bilik. ko macam jantan, naik basikal sana-sini, main dengan budak-budak laki, belajar malas, asyik pakai seluar je, macam jantan...." camtulah lebih kurang. Padahal buku rekod je tajuk utama, tapi mak aku leh kembangkan kepada benda-benda yang memang dia dah 'aim'.
Nak tengok tak gambar keluarga aku? bagilah korang tengok sikit...



Ok, gambar keluarga sudah. kalau nak tahu, kedua-dua abang aku yang kembar telah pun kahwin pada bulan 12 tahun lepas. kahwin serentak, senang dan jimat kos. Memang meriahlah, orang Melaka kalau kahwin memang ade berarak malam dan bunga api.