Thursday, July 29, 2010

semua sakit

aku masih dalam fasa penyembuhan dari demam.

rumet aku pula menyambung fasa demam yang telah dijangkiti daripada aku
dan aku kena mengantarnya ke PK kejap lagi.

along aku baru selesai operate telinganya untuk kesekian kalinya,aku pun dah tak dapat kira sudah berapa kali telinganya dikerjakan oleh doktor.

dompet aku pun sudah tenat sebab gaji masih juga tak masuk-masuk. semalam jumpa budak-budak GRF, katanya gaji kita semua kena sekat sebab ada yang tak hantar fail pengajaran
WTH!!!

aku dah kaku!!!

Wednesday, July 28, 2010

hormat?

tak perlu mintak orang hormat kau hanya disebabkan kau tua

sebab ketuaan kau tak pernah ditunjukkan dengan pemikiran dan perangai yang boleh menyebabkan orang hormat kat kau

tua kadang-kadang menyebabkan kau bertindak dengan kuasa 'TUA' tapi bila salah,tak boleh ditegur....sudah seperti zaman jepun haluan orang tua yang tak mahu menerima pemikiran orang muda.

hormat masih bersisa dalam hati tapi perangai tua kau seperti talam 17 muka,depan macam Paris Hilton,belakang macam Jebon!

tiada hormat bagimu tapi aku tak perlu tunjukkan,katakan sebab aku masih 'MUDA'

###

mengandung?yeye!!!

suspen je entry aku nih,hehe
bukan aku ye cik puan,cik tuan,bukan aku yang mengandung tapi kakak iparku (kak Sally) sudah pun mengandung, sebulan =)

semua family sungguh gembira dengan berita ini sebab hampir dua tahun menunggu dan macam-macam cara dibuat untuk mendapatkan cahaya mata,akhirnya doa-doa kami telah dipeluk Tuhan (^-^)

along tentulah yang paling gembira skali,dak abang relax je ...hehe tulah,soh kawin takmo,kang aku kawin dulu baru tau...hehe

tahniah kepada abangku dan juga kak Sally.diharapkan kandungan sihat dan sentiasa dipelihara hendaknya...
harap-harap kali ni lelaki pula...=)

nisfu syaban

dibukakan hati membaca yassin,alhamdulillah...
tapi seround je,sebab hingus meleleh-leleh,xselesa...
baring dengan kotak tisu dan tong sampah di sebelah katil,sambil kesat ingus,aku terbayang buku amalan aku tahun lepas sudah sampai di tangan Tuhan,sungguh malu mahu mengakui aku ini makhluk ciptaanNya yang lalai dalam mengingatiNya...mesti buruk,lusuh,kusam dan tak bercahaya buku amalanku itu...

*menangis dan semakin banyak tisu digunakan....

Monday, July 26, 2010

selsema

aku paling benci bila kena selsema!

demam 3 ari takpelah dari selsema 2 minggu..selalunya kalau kena selsema jangan mimpilah nak baik cepat. naik perit + melecet idung aku ni asyik kesat dengan tisu je...

baru aku perasan macam mana aku leh demam, semalam merempit dari melaka ke serdang siap bekal rambutan dalam kocek,makan sepanjang jalan.memang terbaiklah sakit tekaknya,dahla panas terpanggang,pastu dok makan rambutan, hamik ko!

kesakitan tekak yang menderitakan fizikalku menyebabkan aku tak mampu nak masuk keje,nak ngadap aircond,lagilah tak boleh blah idung aku ni...

rasa macam mau telan vick je!!!

Friday, July 23, 2010

lovely friday =)

yuhuu,jumaat datang jugak akhirnya!
setelah kepenatan menampal,menggantung,menyusun 3 ari berturut2 kat dewan besar,akhirnya dapat jugak gold medal!tahniah dr.Normahdiah dan co-researcher yang lain (aku r tuh) hehe

bangun subuh lewat sebab penjaga jam punye jam xberbunyi pun pagi tadi,so sume dok kalut smayang,ampunkan kami Tuhan...

sesudah pekena kopi secawan saja, aku kenalah kutip baju2 yang beranak-pinak selama seminggu nih, 2 round ok!!! habis rm6 dalam tabung aku dan bertambah kayalah tokey mesin basuh tu!
rasa macam nak pinjam mesin basuh mak aku je..hehe

maybe,after Jumaat sudah mau pulang ke Melaka for Family Day Saodah Generation yang berlangsung di A Famosa Resort...terpsyco bila dengar kumpulan lain da ade tag line,sorak,joget bagai,kumpulan aku? yang hado!!!!xpe,da ade pun cheer tapi xsempat nak bincang dengan group partner,korang semua sila nangis bila dengar cheer kiteorang,haha (gelak jahat)

argghh,perut sudah lapo bila teringat muka mak...mesti mak masak heaven punye arini sebab semua anak2 beliau akan pulang,hihi...
bersiap sedia jela untuk sesi kutuk-mengutuk sesama sendiri pada waktu makan!!!
adios senyorita...=)

Monday, July 19, 2010

PRPI

esok (20-22/7/10) akan ada PRPI kat dewan besar. tak ingatlah nama panjang,ingat nama pendek saja...tapi majlis ni macam presentation research pensyarah2 yang dapat geran dan hasil research mereka akan dipaparkan masa ni.
tahun lepas aku hanya menjaga saja booth,tapi tahun ni,alhamdulillah poster aku pun dapat digantung even hanya nama saja,hehe.
terima kasih kepada Dr. Norma yang mengiktiraf aku sebagai partner research beliau walaupun...haha

keterujaan juga semakin mencucuk-cucuk ke langit sebab tajuk research sudah dapat dan hanya tinggal buat soalan je...
borak2 dengan Arn,katanya sudah keluar kereta,wah,sungguh gumbira!!!
aku,sabarlah,ada rezeki insyaallah...=)
baru dapat semula senyum aku yang sudah hilang bila borak ngan arn,betul2 member yang faham apa aku rasa....

tak sabar nak lepak+mabuk2 ngan an minggu depan =)

Saturday, July 17, 2010

matured

today
i noticed that i'm not matured enough

ada beberapa perkara yang membuatkan kita matang
tapi hanya satu perkara yang kita tak boleh handle
terus menampakkan yang kita belum cukup matang untuk hidup

sungguh kejam...

something wrong somewhere

apa kena dengan aku nih??

pagi mood happy

petang mood happening

bila malam je aku depressed...

adakah patut aku tidur awal untuk mengelakkan banyak berfikir
or ini sebenarnya satu sindrom yg lebih kurang macam demam malam...
asal malam je demam,aku asal malam je murung,separuh waras...
perlu lakukan sesuatu!!!

Thursday, July 15, 2010

ring

mendapat sebentuk cincin
ganti jam baby G yg aku merengek2 nak tapau dia suh belikan

sungguh terharu mendapat ring itu...
rasa macam tunang oranglah pulak tapi yang bagi tu bukanlah kekasih,admire or skandal tapi
cik ida qaisara belikan, yang dianggap sudah seperti family dan menggantikan tugas mak aku membebel kat sini..

A thousand thanks to her kerana sudi sayang kat aku yang ntah ape-ape ni
ambil berat tentang keje aku,tesis aku
bagi ubat bila aku sakit,berjaga bila aku demam
basuhkan baju(pakai mesin ye) bila aku tak ada masa(apa aku buat??)
tak marah kat aku bila aku marah kat dia (aku garang)
belanja aku makan bila beg duit aku tinggal ic ngan lesen je (sungguh sedih)
buatkan baju setiap kali raya even aku masih belum ganti pose (sungguh teruk!)
dan....
buat aku tersenyum saat aku hilang kewarasan....(sentiasa tak waras)
terima kasih Nor Shahida.... =)

Wednesday, July 14, 2010

everything less~~

setelah berapa ketika baru aku terperasan yang aku semakin

-kurang senyum
-kurang gelak
-kurang cakap
-kurang gembira
-kurang kasih sayang

makan pun ada kekurangan jugak,kecuali kat rumah je aku baham semua yang mak masak!
rasa suram+muram bila duduk sorang-sorang dan itu bukannya aku!!!

i need some jokes from my buddies!!!!
make me laugh again or
teach me how to smile....

Monday, July 12, 2010

useless

rasa xberguna bila tak mampu nak berbuat apa-apa

sampai bila???

first time

first time atau pertama kalinya aku berasa sunyi bila masuk sem baru...
silent dalam hati...

semua sudah pergi atau sedang pergi...
tinggalkan aku dengan sakit hati
atau aku patut tinggalkan mereka dulu
supaya hati tak sakit sangat...

terasa ingin bertapa jauh dari semua...

sebenarnya,
aku sedang belajar untuk hadapi dunia ini seorang diri

(sunyi lagi....)

Wednesday, July 7, 2010

risau

aku risau,tersangat risau...tapi masih boleh tidur dengan nyenyak,hehe

aku risau tesis aku,masih tersenggut-senggut menyusun ayat,sedangkan yang lain dah anta bab 1 sampai 3!!!

risau,tapi tidak berbuat apa-apa seperti ingin buang air tapi tak mahu ke toilet!!!

aku hanya mahu pastikan tajuk apa,baru aku tenang dan boleh bergerak ke peringkat yg seterusnya

maju terus,pantang mundur!!!

Monday, July 5, 2010

isnin

seperti rasa hari sabtu,sebab ade kat rumah =)

barang2 sudah siap kemas,da loading pun masuk dalam kereta. lepas makan,baring selelap dua baru gerak ke upm.arghh,malasnya nak balik,nak kemas2!!

mau masuk opis,settlekan banyak benda!!!

Dr,maafkan aku....akanku settlekan semuanya sebelum beliau pulang...

fokus2!!!

Saturday, July 3, 2010

malas

hari bermalas-malasan
emak dari pagi sampai petang pegi rumah orang kawin,menolong apa yang patut.
ayah memang takkan ada di rumah...
tinggal si kecik Qaseh terpaksa tinggal dengan Cik Nad dia ni. ayahnya tanya,Boleh ke aku jaga anak dia tu?Please sket...

sudah masak,melayan si kecik,aku pun tido.tersedar pukul 6pm!!!what the???sambil mandi terfikir alangkah ruginya masa aku terbuang di atas katil!!!!

xpe,malam ni boleh berjaga sambil tengok bola =)

Friday, July 2, 2010

rezeki

semalam sudah berpindah keluar dari rumah sewa setelah 2 bulan menghuninya.
along(abang yang sulung) tolong mengangkut barang2 yang dikatanya seperti pasar malam dengan kuali,blender,rice cooker,belum lagi baju2,baldi..
kredit to along even de bz nak uruskan macam2 sebab de flight ke spain esok,tapi de still nak tolong aku...xsempat memunggah barang ke kolej,terus saje ke umah(melaka)

malam,pengurus pusat tuisyen call tuk beritahu yang aku dah x perlu ajar BM form 2,ade cikgu baru akan ambil alih...aku cakap ok je...
kisahnya,ade murid tak faham aku ajar??
act,aku malas nak cakap banyak pasal budak2 yang aku ajar ni,kebanyakannya chinese. bila aku mengajar kat depan,mereka main enset,menyanyi kat belakang,bila tanya selamba bapak je cakap tak tahu,tak faham...aku ajar jela 2 3 orang yang betul2 nak belajar (India).daripada cerita Indian boy ni,murid2 cina hanya akan concentrate bile cikgu cina ajar,bila sejarah diajar dalam bhsa cina,macam mana murid india nak faham?

tak perlu nak pertikaikan cara pengajaran aku,sudah 7 bulan kenapa sekarang baru cakap tak faham??aku tak kisah dan anggap tak ada rezeki saja,tapi bila teringat muka2 budak cina tu,terus aku hangin je...tak terkejutlah jika cikgu yang ganti aku tu cina! biarlah,pusat tuisyen ni lebih utamakan kehendak customer, ibu bapa yang tentukan cikgu mana untuk ajar anak mereka.

lepas ni tinggal BMform1,so must be more serious dan perlu pelbagaikan cara pengajaran agar keputusan final exam budak2 ni lepas 50!

terima kasih Tuhan masih berikan aku rezeki...Alhamdulillah =)

Thursday, July 1, 2010

penghargaan??

aku tengah marah nih!!
aku bukannya orang lain dalam komuniti 'tu' pernah duduk 1meja dengan majlis tertinggi
come on r beb...
memang aku low profile,bukan pandai nak bodek2,nak rapat2 ngan orang atas
xmencapap if xde kena mengena or x penting.
aku buat keje, still gak ade orang xkenal
tapi bila aku dah xde apa2 jawatan, (at least aku still turun padang if ade aktiviti) dah demand ngan aku,buat aku macam budak2 yang mintak simpati mengemis tempat..

sound2 perli, perlu ke untuk tahap seperti aku?
please r,sume da besar panjang,mak orang pun tak tau nak komunikasi
luar maybe boleh gelak tapi bila dah sentuh part2 sensitif takkan aku perlu pura2 gelak
argghhh!!!

moral of the story:
korang nk masuk ape pun,jawatan tinggi langit pun,tak tido siang malam pun if korang da habis,jasa korang hanya sekadar dibalas dengan plak yang xsampai rm7.
pastu,korang mengemislah macam aku ni,mintak simpati(kata mereka) untuk dapatkan tempat dlm komuniti 'itu'.

bila jadi perkara macam ni,semangat tuk habiskan master semakin berkobar2
bukan sebab ape,aku xde cantik mana, x kaya mana...xde sapa mahu perasan or hargai
hanya ilmu yang boleh tempatkan aku sedikit lebih tinggi dari mereka yang pernah x perasan kewujudan aku dan xpernah pun nak hargai apa yang aku buat utk komuniti 'itu'

*kalu aku ade duit, tak hingin r nak tergegeh kat ko!!!!

YA Allah,ampunkanlah hambaMu ini...sobsob sob =(