Tuesday, August 31, 2010

ego

Bosan menunggu ego seseorang jatuh
Apa, ingat aku takde ego ke?
Bukan 3 hari aku tunggu,bukan tiga bulan...
Sudah 3 tahunlah bro....
Come on lah, engkau telah mensia-siakan 3 tahun kita.
Aku dah penat tunggu ego kau yang di langit ke 17 lapis tu nak sampai ke bumi...
Aku tak mahu tua dengan sia-sia sebab tunggu kau.
Terima kasih dan harap kamu bahagia menempuh alam baru
Aku ikhlas ni...

kawan

Dalam berkawan, adakah istilah putus sahabat?
Kenapa perlu putuskan?

Cara lelaki berkawan sungguh simple,tak banyak kerenah,tak perlu mau jaga hati,takde istilah kecil hati.

Cara perempuan berkawan agak complicated. susah mahu ramal, kena jaga hati. Kawan dengan perempuan kena berhati-hati sebab banyak dari kategori dulang;talam dua mukalah!

Kawan cara lelaki,mereka tak pernah berpisah,tak pernah terputus walaupun sudah berkahwin.
Kawan cara perempuan, susah nak cari mak-mak budak yang beria-ia mahu buat runion...

Aku ni lelaki ke perempuan? Nyata perempuan tapi berkawan dengan aku takkan complicated.

-Orang kata kalau kita betul-betul faham lelaki kita gay, fakta apakah itu?haha

merdeka?

Aku tak pernah sambut merdeka, never! Bukan sebab aku tak patriotik, tapi mesti tertido awal sebab sungguh lambat menunggu pukul 12. Tau-tau jela kan,kawasan kampung pukul 10 dah macam pukul 1,senyap sunyi!

Kadang-kadang terasa hairan dengan budak-budak muda yang belum pun lagi habis tumbuh gigi. sambut merdeka berkonvoi sana sini, ke PD, ke Dataran Pahlawan, kalau area Melaka... Merempit bagai,buat aksi tunggang terbalik. Yang lagi menyakitkan mata bila ada pulak minah-minah rempit dok peluk sakan mamat-mamat rempit nih! Adakah dengan cara sebegitu dianggap patriotik berbanding aku yang dok ontok-ontok kat rumah je?

Makin lama pengisian merdeka oleh mereka yang seumur denganku, aku maksudkan remaja atau belia atau golongan muda semakin terpesong daripada pengertian merdeka itu sendiri. Bagiku sama saja, hanya mahu seronok-seronok,berpeluk-pelukan sambil nyanyi lagu Negaraku, lilit badan dengan bendera, akhirnya hanyut...Kalau tak percaya,kita tunggu dalam area bulan Mei atau Jun,comfirm banyaklah kes buang bayi disebabkan aktiviti yang dijana pada malam ini. Itulah harga kemerdekaan, bagi mereka barangkali....

-Mak tak bagi keluar malam,banyak hantu!

Monday, August 30, 2010

semua pasal raya part 3

KUIH RAYA

sila lihat gambar di bawah,kuih-kuih berkenaan bukan untuk di bawa balik,tapi hanya untuk di makan oleh saya.makin lama makin mahal harga biskut raya, ni yang nak suh mak buat kuih raya banyak-banyak. mesti mak jawab balik,"Banyak cantik muka ko!" Disebabkan macam sudah jangka jawapan mak aku,pandai-pandailah beli sendiri ye... Lagipun, mesti dak along jeling kalau aku angkut balang kuih raya nanti!

-Sila telan air liur...

semua pasal raya part 2

DUIT RAYA

sape je tak suka dapat duit raya? orang gila pun pandai tunjuk sampul raya!
Alhamdulillah,tahun ni masuk tahun kedua aku mampu beri duit raya walaupun tak seberapa cuma... Bukan apa,seronok tengok mak ayah pegang sampul raya dari kita =)

tahun ni budget raya bertambah sikit sebab gaji pun dah masuk full. Tak sabar nak beratur pagi raya,tengok masih dapat lagi tak duit raya...kena bawak student card lah baru dia orang kesian sket...hehe


-Mau cepat-cepat hari mantai,buka pose terakhir beramai-ramai,tukar-tukar hadiah,main mercun!

semua pasal raya part 1

KAD RAYA
masa raya adalah masa untuk aku bertegur mesra dengan kawan-kawan lama. Walaupun aku di antara manusia yang mereka susah mahu jumpa,tapi aku tetap bagi kad raya kat mereka. Sejak dari teknik dulu,sampailah sekarang,tak pernah satu tahun pun aku miss kirim kad raya. Memang agak costing sikit,tapi bukannya selalu,setahun sekali je kan...

list yang perlu dikirim adalah dalam 20 orang,itu pun yang dah tetap orangnya...tak mampu nak bagi sampai satu kelas!


Thursday, August 26, 2010

marah

Aku bukanlah seorang yang amarah sifatnya. Aku juga bukan seorang yang dingin. Aku biasa-biasa saja, seperti kamu, seperti kalian. Marahku seperti ribut,cepat datang dan segera pergi. Tiada sisa tersimpan dalam hati. Mak pernah kata, "Aku marah aku diam..." Itulah aku.
Apa bezanya marah dengan panas baran? Marah mungkin pada memek mukanya, masam mencuka, membatu seribu kata. Panas baran perlu disertai kata makian, dilontarkan dengan nada yang tegang ataupun dilengkapkan dengan perbuatan memukul,melempang,menendang, mungkin juga memarang!
Aku marah akan hal-hal yang berhak untuk merasa marah; lambat, tertinggal, menunggu. Dan kerana itu seboleh-bolehnya aku cuba untuk tidak membuat orang tertunggu aku.
Amarah, ibarat bahang api dari neraka. Tak cekap dikawal, rosak hati, rosak diri, rosak hubungan. Dalam agama, sabar separuh dari iman. Tertanya hati, berapa inci sangat iman jika tak sabar. Orang kata pula marah jangan disimpan,rosak hati, reput jiwa. Tertanya lagi, jika semua harus diluahkan, terjaminkah akan ada rasa aman?
ikut formula orang tuaku, rasa marah,rasa tegang,keluar dari tempat itu. rasa reda,rasa lapang pulanglah... Ikut formula aku, kalau marah,tidur saja lelapkan mata. Esok bangun seperti biasa...
-Jangan tunggu bulan puasa saja untuk kurangkan marah...(^-^)

Tuesday, August 24, 2010

scan,scan dan scan

Dari semalam, hari ni sehinggalah ke Khamis, tugas aku dan pasukan gerak khas Dr. bergelumang dengan printer tuk siapkan application for Associate Profesor...
kena belajar,manalah tau ada rezeki boleh mintak..(berangan!)
- Prof. Madya Dr. Nadiah Bt Suboh, perghh!!!

Monday, August 23, 2010

tepu

setelah hampir 2 minggu puasa,aku rasa macam sudah sedikit ringan dan kurus...(perasan)
Sungguh exited mencari mesin penimbang,last-last...

800 gram je berjaya dikurangkan?

berat lagi ikan kembung cik Kiah beli!!!

maksudnya, bukan jumlah makanan yang menyebabkan aku berat tapi disebabkan kandungan lemak tepu yang menyaluti organ,abdomen dan bahagian-bahagian tertentu...
Aku perlu bersenamlah,tak payah tahan lapo!

-sudah beli tali skipping =)

Thursday, August 19, 2010

bazar ramadhan

Sungguh tidak berminat tuk menyinggah bazar ramadhan. Bukannya apa,pusinglah banyak kali pun belum tentu ada juadah yang aku beli. Paling tak pun, air tebu atau air tauhu sebungkus. Tak ghairah langsung tengok lauk pauk yang menyeksikan diri mereka tuk menggoda nafsu makan aku. Last-last,aku beli jela roti john tuk berbuka. Air takde masalah sangat, teh o suam pun dah cukup...Ai, nampak gayanya boleh kurus aku camni.

Aku mahu masak sendiri apa yang aku rasa nak makan. mana ada jual sambal ayam cik kiah kat bazar kan? Puasa tahun lepas takde masalah pun nak masak, tahun ni pulak tak bagi pelajar masak,WTH? Aku rasa cam nak simbah lebih minyak ikan masin je kat pengurus kolej yang baru tu! Aku terpaksalah menyorok-nyorok masak dalam bilik, macam pelarian!

disebabkan waktu buka aku tak banyak makan,so masa sahur kena cover baliklah supaya kekal cergas di siang hari. Setakat ni masih jumpa nasi lagi waktu sahur walaupun berlaukkan telur goreng saja...Mak!!!

- Mau masak sambal ayam!


Wednesday, August 18, 2010

HATE!

i want to stop thinking about him
i dont want him to disturb my quality time now
and the important thing
i never hate him, start now

if u're the right man
u can get it
and when the time has come
see me and take it
and leave it
i swear...

Tuesday, August 17, 2010

tidur...zzz

Apalah salah aku kat beliau sampai macam mana aku mahu tidur pun beliau susah hati. Adakah ketidaksenangan beliau terhadap keakraban kami menyebabkan beliau sentiasa berfikir bagaimana aku tidur.
Untuk pengetahuan beliau, aku sentiasa tidur dengan lena sekali. Graf keasyikan tidur aku tak pernah menghampakan dan tak pernah menyebabkan aku tak cukup tidur. Kalau membayangkan,tak perlulah menggunakan saiz badan beliau tuk membayangkan cara tidur aku.

Yang aku pelik,kenapa hal tidur aku menjadi isu,kenapa tak beliau memikirkan sakit ulu hati aku ni tak elok-elok? Oh beliau, aku mengucapkan terima kasih kerana mengambil berat akan apa-apa perkara yang aku lakukan, tindak tandukku diperhatikan,kalau beliau iri hati atau berjauh hati aku tak pernah mempelawa beliau pergi mengeteh kat molana, akanku ajak beliau duduk semeja, sama-sama berkongsi rasa menapa beliau sungguh berminat untuk mengetahui apa yang aku lakukan.

-Adakah beliau secret admire kat aku? Terima kasih saja di atas perasaan itu,aku tak perlu dan aku tak lalu!!!

Monday, August 16, 2010

farmville

aku perlu kembali bermain farmville setelah beberapa ketika aku meninggalkannya. Akhirnya,telah mutlak tajuk master tesis aku Aspek Kerjasama Komuniti Maya dalam Permainan Internet Terpilih (Farmville).

Hahaha,aku gelak. Sebab tak sangka game yang aku minat gila main macam orang gila,akhirnya menjadi tajuk tesis aku. Tapi agak mencabar jugak sebab sampai sekarang masih samar nak mencari di manakah aspek bahasanya. Hendak dikategorikan sebagai pragmatik, takde aspek fizikal yang dapat dilihat. Hendak dilihat dari aspek semantik, tiada proses komunikasi yang menggunakan bahasa semasa memainkannya. Teori Keasyikan + Teori ? untuk aspek bahasa = My Thesis.

Oh jiran-jiran Farmville aku, marilah kita beramah mesra nanti. Dalam bermain,aku bekerja. Are you enjoys??? (Ella berkata..)


Sunday, August 15, 2010

GAVISCON

Sakit ulu hati sejak hari pertama puasa, rasa tercekik je,macam buah kurma tersengkang kat dalam tali perut! Rasa macam nak lalukan dengan air tebu je.

Tak tahan menanggung ketidakselesaan,mak suruh beli Gaviscon. Dah 2 peket aku telan,tiada perbezaan...

-emak tipu atau ubat itu yang menipu?

Wednesday, August 11, 2010

1st Sahur

sahur hari pertama memang meriah! Ajaran daripada Cik Kiah,mesti bangun sahur walaupun aku uzur,sebab mak kata malu abang-abang,adik lelaki, ayah tahu kita uzur,ortodoks sungguh mak aku tapi sebenarnya ada kebaikan kenapa mak suruh begitu. Time uzur,tak dapt cik puan oi makan suka ria, mak cakap kalau nak makan nasi, silalah ke bilik air, tak mahu bagi adik-adik aku tengok. Yela,budak-budak baru nak belajar puasa asyik round dapur jela. Aku redha dan pasrah jela...

Masa kecik-kecik dulu, mak akan kejut aku dulu,yela,anak perempuan sulung,kenalah tolong mak. Untuk sahur,mak selalunya goreng-goreng je,sayur goreng,telur goreng, ikan bilis goreng, perghh,sedapnya! lepas dah makan nasi, mesti ada pencuci mulut,air kopi ngan biskut ke,kalau mak sempat,mesti dia goreng cekodok atau pisang goreng. keluarga aku kalau sahur macam berbuka,meriah+bising! rumah orang sebelah senyap sunyi je,itulah kelebihan orang beranak ramai...hehe

Sekarang,dah hidup sendiri kenalah pandai-pandai cari makan sendiri. Berkat didikan mak, aku tak pernah terlepas bangun sahur, mesti sempat je goreng telur dengan masak nasi. Jadilah tuk isi perut. Air kopi? itu syarat wajib sahur untuk aku,memang tak boleh tinggal! Bila minum kopi, teringat rumah...barulah rasa macam dekat je dengan mak +ayah =)

Ini baru part sahur, belum lagi kena tolong mak buat kuih, hari mantai, berbuka...kalau larat, nanti akan adalah sambungannya...salam ramadhan =)

salam ramadhan



Datang lagi bulan penuh keberkatan dan barakah...
Terima kasih kepada Pencipta kita semua kerana masih lagi diberi satu kali peluang untuk memohon keampunan dariNya dan diberi pilihan untuk memilih pintu-pintu syurga yang terbuka luas untuk kita. Setiap hari, setiap detik dalam bulan ramadhan umpama bonus pahala bagi kita semua yang mengunjur kepada lunas-lunas ajaranNya.

Semoga ramadhan kali ini dapat menjadikan kita salah satu umat manusia yang terpilih untuk mendapat zat malam Lailatul Qadar, malam yang dinantikan oleh para wali,para nabi dan juga para muslimin, Insha allah...

-Mod tazkirah di satu puasa,hehe


Monday, August 9, 2010

tunang

kawan masa sekolah teknik PD dulu, Eirna sudah selamat bertunang,juga dengan budak teknik. Sungguh tak sangka. Aku tak dapat datang sebab balik kampung, nak amik geran motor,roadtax sudah mati! Tahniah Eirna dan bakal suaminya Ilmam. Semoga kekal jodohnya dan bahagia sentiasa...=)

Saturday, August 7, 2010

malu

Malu mau cakap aku rindu...
Mod gatal datang menyerang
Dia perasan ke aku gatal
haha...

Sale

Baru balik dari Sogo, member card sale. Baru pukul 12, saiz baju banyak dah habis! Takkan aku nak pakai saiz s. Hangin pulak bila cari baju takde saiz,nampak sangat ramai orang Malaysia bersaiz seperti aku,huhu

Ramai orang kat Sogo buat aku pening, beratur sampai urat keting aku kejang. Aku rasa orang-orang yang datang ni amik cuti semata-mata untuk shopping hari ni. Sudahlah baju saiz aku dah takde, nak test baju beratur,tunggu lama, nak bayar pun beratur dan lagi lama, dah tu nak makan pun lagi mau beratur dan lagi lama! Arghh, kenapa aku tak kaya macam Siti Nurhaliza, panggil je Rizalman ke buatkan baju, tak payah beratur!

Nak senang cari baju kaya macam Siti or kuruskan badan!!!

Friday, August 6, 2010

sushi


Hampir senak perut tunggu untuk dinner. Aku pun terus jela bawak motor dan pembonceng setia, si Ida pergi ke Mines. Mahu pergi Alamanda terasa jauh dan malas pula. sampai Mines terus je pergi booking The Last Airbender tuk hari Isnin, sebab pukul 8pm punya tayangan tinggal seat depan yang boleh mengundang migrain! aku sudah lapar, terus menabur janji-janji manis kepada Ida supaya belanja aku makan sushi. aku cakap gaji masuk minggu depan,nanti aku belanja dia Johnny, wah! Ayat manis je tu...

Masa jalan-jalan kat Pavillion hari tu ternampak Restoran Jepun yang tengah tunjukkan skill buat mee soba. aku pun apa lagi,terus je order Udan Soba Black papper, pakai belasah je,sedap tak sedap lain cerita, yang penting mesti kasi try dulu. ida dah menyambar pinggan-pinggan sushi,dia lagi hantu! Benda wajib yang aku mesti order ialah Takoyaki dengan sushi tuna, feveret aku nih! tak membazirlah try mee soba, boleh tahan sedap. Silalah meleleh air liur tengok gambar di bawah, gambar aku tak ada sebab terlalu buruk,makan macam orang Jepun,gelojoh! hehe


Thursday, August 5, 2010

rambutan



Mak datang bawak bekal rambutan, adus,tak boleh tahan! Baru baik dari demam,n memang penyakit yang sengaja diundang...takpe,kat Serdang ni,rambutan sebijik pun kena beli,so makanlah puas-puas.

Sambal ikan bilis?Jangan haraplah dak Long mau kongsi dengan aku,semua dia bawak naik flight. Takpe,minggu ni aku balik nak suruh mak masak banyak-banyak sambal ikan bilis, tuk sahur nanti.

Masa untuk berpuasa sudah semakin hampir.aku masih di sini, berpuasa seperti biasa, cuma dalam keadaan dan keghairahan yang sudah menipis. Jika dulu,masa aku jadi junior, exited buat kalendar bulan puasa, kira berapa hari lagi nak raya, gantung kat floor. masa sahur, jerit-jerit kejutkan floormate,jerit dah puasa berapa hari...sungguh indah dan manis momen itu. Masa tak puasa, serentak pula dengan member kamcing aku, apa lagi, suruh floormate chinese belikan nasi! haha,tulah keje yang paling nakal aku rasa aku pernah buat. bila waktu buka,semua dok jerit tanya dah azan belum, masa tulah suka kenakan akak-akak senior cakap dah azan padahal belum masuk pun lagi,haha!!! Beli mercun,malam-malam budak-budak perempuan akan lalu kat MPC, aku dari tingkap bilik 1st floor campaklah mercun. korang semua boleh tekalah kan macam mana menjeritnya perempuan-perempuan di bawah sana. aku dok gelak bahak-bahak jela ngan member aku tuh. klakar sungguh! barulah seronok dan terasa raya.

Sekarang,aku rasa sama je puasa or tak puasa. tak ramai yang bangun tuk sahur. Adalah dua tiga kerat je yang bangun sahur. Jadi tak terasalah bulan puasa. Buka puasa pun tak semeriah dulu,masing-masing makan dalam bilik sendiri,senyap-senyap saja...tulah,masa sudah berubah,tapi adakah kita juga perlu berubah?

Rasanya,mungkin puasa kali ini yang terakhir aku di KTDI. Tak sedar pun dah 5 tahun aku puasa kat sini. ramadhan tetap datang, dan aku harap masih diberi kesempatan untuk melaluinya dengan keberkatan...AMIN

-mau Tarawih bersungguh-sungguh!!!

Wednesday, August 4, 2010

sambal ikan bilis

sekejap saja lagi cik suboh dan cik rokiah sampai upm, nak ngantar sambal ikan bilis kat along. sungguh terharu bila mereka sanggup datang nak anta bekal tuk anaknya...emak ayah sanggup buat apa saja tuk anak-anaknya,dan aku harap adik beradik aku pun akan mampu dan dapat buat tuk mak ayah kita....

takmo jadi si Tanggang,mau jadi Sinderella...auww =)

Tuesday, August 3, 2010

confius

adakah aku keliru?

mana satu manusia, mana satu plastik?

sebab sama je,sifatnya.

*sedang menilik ngan Cik Embun...

Sunday, August 1, 2010

genting lagi kite yob!



aduhai,suda naik jelak dan muak mau naik genting, tapi dah orang sponsor,aku bawak diriku yang hanya 52kg (sila percaya) mendaki bukit keriangan itu.

rasa semakin tak best bila ada permainan yang tak bukak. semakin menipis kesabaran aku bila mau main kena beratur hampir 45 minit dan main hanya tak sampai 1 minit setengah!!! tak berbaloi sungguh...

hanya roller coaster ngan spiderman je yang boleh menggelikan perut aku. permainan yang lain sudah tidak menerujakan!
sesudah turun kami suma lapo tahap orang mau buka puasa.awal-awal sudah plan mau makan seafood kat Pantai Jeram, area mana pun aku tak tau. tapi,ketam bercili memang heavenlah!!tak sia-sia sesat cari jalan,sampai kena tanya aku ngan mak guard estate mana ntah. Akhirnya, aku seperti tong sampah bila kena habiskan semua makanan,cepat sangat mereka-mereka itu surrender!

dalam keta,aku tido jela. Mr. Crab menari-nari joget Hawaii dalam liang-liang tali perutku.harap-harap mereka semua menuju ke tangki septik dengan lancar,jangan meragam ye cik perut,aku sudah penuhkan kamu!!!


terlebih garam suda...

asyik update movie jela..dah itu yang aku buat,takkan nak cerita benda yang aku kena reka lak kan..hehe

angelina jolie memang sungguh 'salt'! dari start cerita sampailah nak abis,asyik melompat,mengguling,menumbuk,menembak,menyalin baju jela keje si angelina nih. orang kata biasa-biasa je,tapi bagi aku terbaiklah cerita ni sebab aku memang minat mama hot ni...dari cerita zaman gelap dia sampailah dia dah semenggah sikit skang,lakonan dia memang bestlah.part yang menarik bila dia bercakap,sungguh kagum dan jeles ngan keseksian bibir beliau, auww...=p

tuan director,sila buat sambungan,ini adalah arahan!!!




mimpi dalam mimpi dalam mimpi...

kalau mimpi da sampai empat layer,memang takkan bangun sampai bila-bila! tapi hanya heroku yang tercute je yang dapat bangun, oh my Leo..=)

sebenarnya aku tak tahu pun apa cerita ni,pakai belasah je beli. mula-mula memang tak paham apehal pulak si Leo ni asyik tido je,aku macam nak mintak balik je duit aku! bila dah mula paham,aku pun da tak bergerak-gerak, tambah lagi ngan kemachoan Ken Watanabe dan kehenseman Joseph Gordon_Levitt, aku hanyut dan terselit dalam mimpi-mimpi mereka.

cerita ni memang tak terjangkau akal,sungguh unik dan penuh.... isyyhh,sampai aku tak tau cam mana nak describe cerita nih!korang layan sendiri r...tapi lama gak cite mamat hensem nih,nyesal tak beli popcorn!

jadual yang seterusnya, The Last Airbender 5 Ogos!harus tempah seat kelas heaven punya!!

MALAYSIAKU

FAKTA TERBARU TENTANG MALAYSIA YANG KITA SUDAH BOSAN:

1) kereta api or train or bas (semua kenderaan awamlah) yang paling lambat macam siput kat dalam dunia! ini 1st ranking dalam semua hati rakyat malaysia!

2) pendatang asing yang paling banyak menetap or buat cam negara sendiri kat malaysia! setiap dua langkah mesti korang jumpa orang arab,tak pun orang indon,arghhh,aku kat mana??!

3) ubat yang sama akan diberi kat klinik. orang demam, orang mengandung, orang kena heart attack pun akan dapat ubat yang sama!!! panadol?weh,kt kedai mamak pun boleh beli r....

sebenarnya,post ni aku tulis sebab sudah bosan dengan situasi yang aku tulis nih!

bilakah akan aku berjalan hanya jumpa rakyat malaysia sahaja?
jawab orang atas: ko jangan mimpilah!sila berangan...