Thursday, September 30, 2010

magika


Untuk movie kali ni, aku lambat sket update sebab aku tak berkesempatan pun nak pergi tengok movie. Tak macam bulan pose aritu, tiap-tiap hari pergi order seat, nak order popcorn tak boleh, pose!
Disebabkan cerita ni mendapat komen yang positif, if tak positif pun aku pergi jugak sebab ade  Ziana Zain, I like! Nenek, mak ngan ayah dah tengok, terbakarlah aku lagi kan. Along apetah lagi, lepas keluar hospital hari tu terus je dia pergi tengok dengan lobang telinganya yang sakit tu, isyhh... Itu semua sebab satu keluarga cik Kiah minat Ziana Zain, I like again!
Overall, satu permulaan yang bagus tuk Edry. Gambar,warna,tempat memang terbaik, UPM you all! Pasni, aku nak lakonkan semula babak mahsuri kena lembing kat bawah pokok tu, jangan jeles! kadang-kadang, bab lagu tu macam tak sedap je bunyinya, nak-nak masa babak gaduh antara Nenek Kebayan dengan Bad, ceh! nama glemer. Ziana pun suara dia macam nak cekik je suh dia cakap betul-betul, tak berapa clear sangat. Wah, aku ni dan macam Adlin plak, kang kena gam baru tau... Ni kritikan membina, menghiburkan keseluruhannya. Nak berapa bintang? Korang kutiplah bulan sekali! 

Hentian Duta


Aku dah lama sangat tak naik bas. Tak kiralah bas UPM ke, bas rapid ke, bas metro ke, bas mara liner ke, semua jenis baslah aku tak naik. Yela kan, semenjak menjadi rempit sejati sepenuh masa, buat apa nak naik bas, kena halau lagi adelah. Budak pra ijazah tak bayar yuran tuk perkhidmatan bas pun. Kalau nak balik Melaka naik bas pun kena fikir banyak kali, kalau naik bas kul 2, kul 5 pun belum confirm sampai rumah. Kalau naik motor balik rumah, sejam setengah aku dah siap makan dan ready nak tidur je. 
Ape aku melalut ni, sebenarnya malam ni nak pergi teman Arn ambil kawan beliau merangkap senior aku di Hentian Duta. Cakap nak berjimba bagai kat Sunway Sabtu ni, oh seronoknya! Hentian Duta pun aku tak tau kat mana sebenarnya. Adakah dekat-dekat dengan Jalan Duta? Kena beli GPRS ni walaupun...hak!

-Teringat naik bas PUTT HUP ke Melaka...=)

buku

Banyak benda yang harus dibaca. Buku dari library dah sebeban aku pinjam,baru sempat selak-selak je, tak sempat nak cari fakta yang related dengan kajian. Baru ni dapat pulak 2 buah buku dr Dr, hanya untuk teori saja, omputih lak tu. Jenuhlah aku nak selak kamus. Tapi, dengan kecanggihan laptop ini yang ade language translation, yakin sikitlah nak baca buku omputih tu. Bukan setakat bahasa omputih je, bahasa Perancis pun boleh.

-Dah lama tak selak buku ilmiah.

Wednesday, September 29, 2010

salam


Memang perlu dan wajib pun salam mak ayah sebelum kita keluar bergonjeng ke pekan, bandar dan kota metropolitan. Even kita pergi sekolah, pergi tuisyen, pergi mengaji, hatta masuk tidur pun digalakkan salam ibu bapa. Tak payahlah round satu rumah cari abang ngan adik korang yang dah tidur, kang naya kena tendangan om bak!
Tapi, bila dah duduk luar, jauh daripada ibu bapa, apa nak kisah sangat aktiviti salam menyalam ni. Selama aku bertapa kat sini, takdelah jumpa roomet yang salam aku setiap kali keluar. Tunggu jela masa raya, tak pun nak cuti, barulah salam.
Namun, aku terserempak jugak dengan manusia yang suka bersalam ni. Mula-mula aku terkejut gak dia hulurkan tangan, rupanya nak pergi kelas. Ingatkan dah raya, puasa pun belum. Aku blur je tengok budak ni. Asal aku pakai tudung je, dia dah ready hulur tangan nak salam. Selepas itu, berlarutan dan semakin tak terkawal habit budak ni. aku nak pergi jogging pun dia nak salam, hadoi."Weh, akak tak pegi mana pun,tak payah salam." senyum simpul je dia menerima kata-kataku itu.Then, aku cakap tak payah salam sangat, boleh ke? Biarlah budak tu nak salam pun,bukan nak cium! Nak gelak pun ada bila teringat habit pelik roomet aku nih!
Budak ni sentiasa buat aku terasa seperti mak-mak je...yela, dah dia salam aku, sebab aku tua. Eh, senior...baru tepat.

-Budi bahasa budaya kita. 



rabun

Aku tengok blog orang lain cool, cantik, menarik, tercekik jek. Macam-macam ada, ade iklan, lagu, dan segala macam lagilah, sampai snow turun dari celah mana pun aku tak tau ghope mana dia buat. 

Aku try buat, tambah sana, add sini, adjust sinun, tapi tak jugak melekat. Aku dah copy,tapi paste aku tak tau katne. Argghh, dulu time kelas amali Dr. Normaliza takmo belajar betul-betul, kan dah susah!
Nak masukkan nuffnang adds, nak masukkan feedjit, tapi tak tau macam mana. Sungguh sedih dan simpati dengan diri sendiri.

Ah kau, jam yang kat sebelah ni pun salah tak tau nak adjust!
Ada tak sesiapa yang sudi mengajar aku yang rabun jauh dengan aplikasi berblog? Aku sanggup payung cendol bawah pokok kat depan kedai Big Sri Serdang.

Tuesday, September 28, 2010

shin chan vol.50

Sedang aku mengunyah kuih tart kat rumah, tiba-tiba handset berbunyi. aku tengok nama Din, 
"Ni mesti nak tanya pasal kerja or tesis," aku cuba teka. Aku angkat, dia tanya, "Ko dah masuk keje ke?" "Belum lagi, aku kan dapat cuti lama," saja jeleskan Din. "Aku nak bagitau kau ni, buku Shin Chan yang ke 50 dah keluar." 
Hah, hampir tergelak je bila Din call hanya tuk bagitau yang buku kesukaan kami berdua telah keluar. Apa punya bagus dapat member camni, sungguh bertuah+terharu+comel.

Aku cari kat Mines, versi bahasa cina je ada. Akhirnya,dapat jugak jumpa buku berkenaan di Jusco Balakong. Belum sempat baca lagi,tapi dah belek-belek, comfirm ini volume yang terakhir. Oh, gelap seketika dunia ini kurasa. Sudah tidak ada lagi sambungan, yang ada mungkin Dik Cerdas versi baru sebab penulisnya, Yoshito Usui dah takde lagi di muka bumi ini, sudah sayonara bunuh diri awal tahun lalu. Sudah hampir 8 tahun aku melalui zaman remajaku bersama Shin Chan. Aku tak mau baca majalah or buku lain,aku nak shin chan jugak! 
aku tengah bersedih ni,tak mau tulis banyak-banyak....

nazmi dan sushi

Mencari printer dengan membawa perut yang lapar. Nami pun kata dia lapar. macam tau-tau je gaji aku dah masuk,ceh!
akhirnya,aku heret dia masuk ke Sushi King. Saja je nak bagi dia rasa makanan Jepun, cakap nanti ada program kat Jepun tahun depan...haha
nak gelak pun ade bila nami tanya,
"Knapo pulak bondo ni bergerak-gerak?'
"Kono cokau ko apo yang kito nak makan?"
Bila dia hirup air teh Jepun, "Apo pulak air dio tawar hebeh?"
Loghat negeri memang automatik terpacul if kumpul adik beradik, jadi faham-faham sendirilah yea dialog di atas....


Cubaan nami menyepit takoyaki                 Berjaya akhirnya masuk ke mulut!!!

Lepas bayar bil, aku tanya, "Boleh tak idup kat Jepun?"
Terus nami jawab, "Kena suh mak masak sambal goreng banyak-banyak."

-Rasa-rasa ayah aku nak tak makan sushi? Comfirm kena baling keluar pagar kalau aku beli, haha!!!

printer 2

Sudah dapat cari printer baru,yeay!!! Mula-mula cari kat PC fair kat dalam UPM ni. Banner gantung bukan main, tapi 4,5 khemah je yang tercacak kat situ. Baru masuk, baru 3,4 langkah dah keluar khemah! Ape je ade... Terus jela cari kat Mines. Pusing-pusing aku rembat jela HP Deskjet 2480. Harga lebih kurang dengan model yang lama, rm163.

printer

Susahnya bila takde printer. Bukan takde, tapi adik aku (nami) pinjam dan terus melekat kat sana. Memang takmo kasi baliklah tu. semalam dia telefon,suruh aku cari printer lain. Takpelah, memang nak beli yang lain je kalau dia nak guna printer lama tu. Harga printer dengan harga catridge lebih kurang sama je, baik angkat printer baru.
Mau ke PC Fair kat parking Student betul-betul depan dewan besar UPM, survey printer, kot-kot ada yang berkenan. Yang penting mesti brand HP, kualiti dan murah.

JEPUN

Sudah lama kupendam hasrat tuk menikmati keindahan musim sakura dan sonata di bumi Jepun. Jika tanya orang lain,mesti Paris, London, UK menjadi pilihan tuk melancong. Korang tanya aku? Dari dulu sampai sekarang aku tetap pilih Jepun, tak pernah berubah! Macam aku minat Sheila On 7 (SO7). Korang cakaplah buruk mana pun, Mas duta sama itu Erros tetap ganteng di mataku. hehe
Aku jatuh cinta kat Jepun ni hanya satu sebab je, SHIN CHAN. Kelakar tak? Tak masuk akal kan? Aku mula baca Shin Chan sejak tingkatan 4 lagi, dan sampai sekarang! Sape cakap baca komik takde faedah? Sebab Shin Chanlah aku tau budaya Jepun tu macam mana, dari orang Jepun celik mata sampailah dia orang tidur, apa yang mereka lakukan menggambarkan budaya mereka. Kalau nak buat kajian pasal budaya Jepun  dengan hanya menggunakan komik Shin Chan pun boleh tau. Bukan baca kosong je, aku dah hafal beberapa perkataan Jepun bila aku terjebak dengan kartun  gila ni.

 Masuk U, obsesiku  terhadap Jepun bertambah-tambah selepas menonton One Litre of Tears lakonan Erica Sawajiri. Oh, suasana lembap-lembap, tak berapa panas, tak hujan, nyaman sekali membuatkan aku jatuh cinta. Terus, aku hafal lagu-lagu cerita itu, beserta maksudnya ok! Tak dapat nak digambarkan perasaan ini...
memang aku sedar diri, kalau ade duit setakat 2,3 k, takyah beranganlah nak pergi Jepun. Air Coke setin je dah mencecah rm20! kadar harga makan tengahari dalam rm30-40. Info terbaru, harga sepinggan sushi yang ade dua kepal je tu dah 300 yen, bersamaan rm 10.++. Mahal kan? 

Musim bunga nak masuk musim sejuk, Pegi panjat gunung Fuji main ski seround dua sambil pekena kopi Melaka, betul-betul kaww!!
Kalau nak ke Jepun paling kurang pun bawak rm10k. Baru boleh gonjeng puas-puas. Nak naik shinkasen( Kereta api laju) dari ujung utara Jepun sampai selatan. macam kita dari Kedah ke Johorlah tapi dalam 2 or 3 jam dah boleh sampai. Tak macam KTM, dari Seremban ke Serdang sejam pun belum tentu sampai! Then, jalan-jalan bawah pokok sakura,bentang tikar, makan+minum sambil usha pakwe-pakwe hensem Jepun. Dapat iras-iras Takeishi Kinishiro atau Takuya Kimura pun jadilah, boleh gak dia orang teman aku mabuk-mabuk minum teh jepun je pun..hehe
Gambar di bawah ni adalah aktiviti wajib orang-orang Jepun masa sakura berbunga. Kena datang awal pagi nak dapatkan tempat yang best. (macam dah pergi je gaya cerita) haha 




 walaupun aku tak tau tahun bila aku akan dapat menjejakkan kaki ke sana, tapi aku dah prepare dari awal. Kalau masuk MPH, mesti aku cari map Jepun, baca buku pasal Jepun sampaikan aku dah terbeli buku translate bahasa Jepun sampai rm 40.++! Bagero!!!


Senang nak faham buku ni. Mula-mula aku usha je, sebab harga cam mahal aku tak beli. Bila aku datang balik 3 bulan berikutnya, tinggal satu je buku ni. Ramai sangat ke yang pergi Jepun? Kena beli jugaklah sebab buku translate yang lain macam susah nak faham. (Aku ni beria-ia je,pegi tak pun!)
Mengikuti perkembangan orang-orang malaysia yang sedang duduk kat jepun membuatkan aku melinjang-linjang seronok nak merasai apa yang dia orang ceritakan. Kak ida antara member blog yang menetap di Kanagawa ikut husband dia bekerja di sana. Blog beliau banyak menguji keghairahan aku terhadapJepun. hehe
Oklah,panjang sudah entry ni. Keghairahan menghanyutkan aku...Bak kata Dr, "Bila kamu sudah asyik, kamu akan berbuat apa saja untuk itu."
Mata ashita =)

-Mau kumpul duit, buat pasport, tunggu Air Asia bagi promosi khas tuk aku ke Jepun!

Monday, September 27, 2010

TER...

Hari Sabtu, seperti yang dirancang, Arn muncul juga di parking agong walaupun janjinya pada pukul 7.30 am tapi sampai pukul 10! Aku tak mandi lagi,sebab aku tau yang dia tak mungkin akan terpacak kat sini seawal itu. kedatangannya semata-mata ingin merasai nikmat teh tarik dan roti tampal kat Molana. Dah TERingin sangatlah tu...
Lepak-lepak sambil pekena teh tarik dan memetik nama-nama tempat yang ingin dituju selepas sarapan. Aku tak tau mana nak pergi, setakat area KL, malaslah nak menyakitkan hati menempuh jalan-jalan yang had lajunya 20-30 km sejam. Arn tanya, "Nakgi mana ni bai?" Aku geleng kepala je sebab mulut penuh dengan roti cecah kuah dal. "Aku rasa macam nak pergi Kedah, boleh ke?" Aku kesat mulut dengan tisu,habiskan sisa teh tarik dan jawab, "Kalau nak pegi jom sekarang." Terus bangun dan bayar.
Capai baju sehelai dua, Arn memang sehelai sepinggang je pergi, ambil si Ida sebagai bahan ketawa,kalau tak nanti bosan lak. Tanpa membuang masa, Arn memulakan pemanduan pada pukul 230 pm, berhenti di hentian ape aku dah lupa tuk mengosongkan pundi kencing, berhenti di Tapah tuk mengalas perut. Stereng bertukar ganti, aku pulak ditugaskan membawa sampai ke tol Juru. Tak sangka, pukul 722pm kami selamat sampai ke Kedah.
Malam sudah, aktiviti makan-makan dilakukan di Georgetown. Semua kepenatan. Hari Ahad, lepas makan tengahari di Pekan Baling, pukul 340pm masuk semula ke tol Juru. Hujan lebat membuat aku nervous, tambah pulak Arn dah tidur nyenyak kat belakang, harapkan si Ida jela jadi pembantu. Pukul 4.45pm, sampai ke Hentian Tapah, refresh balik tenaga dengan secawan nescafe+mee kari (tak sedap), Arn pulak bawak kereta, aku kepenatan. Around 9pm baru sampai kolej. "Terima kasih kerana telah merealisasikan impian aku," Arn bermain bahasa. Ada duit, sampai sempadan China pun boleh...dalam hati aku pun tak sangka dan percaya, ape kejadahnye aku buat ujung minggu ni. Lantak ko lah Arn,asalkan ko bahagia =)

-Minggu depan ke Sunway Lagoon, yuhuu!!!

Saturday, September 25, 2010

pagi yang indah


Bangun tepat pukul 6.30 pagi. Rendam baju, basuh muka dan solat. Bukak tingkap untuk memastikan udara segar melingkari seluruh bilik ini dan mengurangkan tahap karbon dioksida yang semakin tepu. On laptop, check emel, dengar Buletin Pagi TV3, betulkan abstrak yang telah direpair oleh penyelia sambil menghirup secawan kopi.
Aku menggeliat sambil pandang ke kolam,
Aku sudah mendapat rentak kehidupan yang dulu...

-barangkali,ini post aku yang ke 100. Good job Nadiah =)

Friday, September 24, 2010

makan


pada satu malam, aku tengah landing depan tv. Tiba-tiba mak datang bawak sepinggan nasi. 
Mak berkata, "Mehla teman mak makan, sedap ni." 
mak sedang mengumpan aku.
Aku jawab, "Takmo makan malam,nanti gemuk."
Mak tak puas hati. Beliau menggaul-gaul nasi putih +asam pedas+ikan masin sepat+ kicap cap ayam dan berkata lagi,
"Nah sesuap."
Aku tak mau jadi Tanggang,aku bukak juga mulut. 
Memang air tangan emak ade perisa ajaib.
Aku terus ke dapur cari pinggan
Nak sedapkan hati,
"Aku takkan kurus walaupun aku tak makan malam ni."
Ceh, habis program diet aku!

kiriman

baru saja mendapat kiriman daripada Makcik Balqis. Sungguh terharu atas ingatan beliau terhadap diriku ini...walaupun tak berkesempatan bersua muka, berkhidmat jauh nun di pahang, tetap juga dia suruh adiknya poskan barang kat aku. Siap dapat duit raya lagi =)

Kepada makcik Balqis, terima kasih di atas kiriman itu, sangat-sangat dihargai. Ada juga orang perasan kite masih kat sini (masih blajo!) Selamat Hari Raya,moga ukwah persahabatan diberkati dan mendapat barakah dariNya...Kite sayang makcik =)


-tak mampu nak refresh kenangan lalu kerana hanya aku yang masih tetap di sini...

sakit

Hari selasa along masuk hospital, mau dibedah lagi. sudah tidak pasti kali ke berapa. banyak penyakitnya,ujian Allah...

Terus ke KPJ Shah Alam. Memang setiap kali sakit situlah tempatnya. Aku datang dah lewat, mak ngan ayah pun dah nak balik sebab ayah tak mau tidur sini. Nak jugak ngeteh kat Kedai jenal tuh. hehe
Along pun ok aku tengok,tapi sakit dalam sape jela yang boleh rasa...Nasib baik ada AmAssurance, selesa dan sungguh bersenang hati duduk hospital. Dapat pulak duduk kat The Suite, macam hotel sudah...

                                                              Bantal busuk tetap bawak...


 
                                                      Qaseh pun ade melawat Pak Long..=)

Aku pun sudah ade AmAssurance card, jadi tidak perlu risau sangat jika sakit tengah bulan.  semua ahli keluarga pun dah ada medical insuran. Setahun hanya rm 400 saja, itu pun bukan untuk orang lain,diri sendiri juga. Kamu semua sudah dilindungi? Jika ada sebarang pertanyaan berhubung medical insuran, boleh je tanya...=)

air botol longcan

Air ajaib ini hanya dapat dinikmati time raya saja. Dari aku kecik-kecik sampailah aku kecik jugak (perasan) still ada minuman ringan ini.
Mungkin ada orang jumpa tiap-tiap hari sebab mak dia jual kat kedai makan, tapi aku dapat rasa masa hari raya sajalah...
pernah jumpa orang jual air ni kat uptown,taapi harga sebotol dalam rm2 or 3 kot. Punyelah mahal mengalahkan harga air coke!


Rumah aku setakat 10 botol, belum letak dah hilang. Jadi, supaya semua tidak jakun dan dapat menikmati air longcan sepuas ati, sampai boleh buat mandi! maka, ayahku telah meng'order' 3 pax! Hamek ko...member aku datang beraya siap bawak balik 1 botol masuk dalam handbag,hehe...

Oh,sedapnye air longcan sarsi berais!!!
-Mau tepon mak suh de sorok 2 botol tuk aku.

Thursday, September 23, 2010

tukar lagi

Tajuk terbaru setelah Dr.Zatul berjaya meragukan tajuk dulu.
"Pembentukan Komuniti Maya Melalui Bahasa". Titik!
Aku tak mau tukar lagi!

Monday, September 20, 2010

lurus

Pengumuman:
Aku straight orangnya,tiada bengkang-bengkok. Sungguh lurus! Mungkin anda-anda,mereka-mereka melihat dan menilai aku dari sudut yang kurang tepat atau kabur. Tak perlu aku mengekpresikan keghairahanku terhadap kaum adam semata-mata tuk menghindar tanggapan yahudi mabuk mereka-mereka yang ingin mencari keburukan semata-mata. Aku juga masih tidak bersedia membawa keluar lelaki budiman itu untuk tatapan kalian. Biarkan kami menikmati saat percintaan dalam 'silent mod'. Tak perlulah meletakkanya sebagai profile picture. Banyak lagi perkara yang jauh lebih ilmiah yang boleh aku kongsikan. Macam artislah pulak mak rasa...
jangan risau ye,sudah tiba masa lelaki budiman itu akan memimpinku dan tunjukkan kepada mereka-mereka jalan yang kami pilih, confirm LURUS!

-suka Allan Degeneres walaupun dia tak lurus!

services



Rasa tak yakin dengan tahap keselamatan aku bila bersama dengan si Ensem (MBE ****) Aku lupe sebenarnya no.plat motor sendiri! ampeh...

sejak akhir-akhir ni asyik kedengaran bunyi yang kurang menyenangkan dari roda belakang. Lepas tu pula, hon motor bunyi macam pondan tua menjerit. Asal kecemasan,aku terpaksa guna suara sendiri tuk menggantikan fungsi hon! Sungguh kurang ayu! Entah apa pulak merajuknya, starter pulak tak berfungsi. Aku memang malas nak gunakan kaki model ni tuk start secara manual dan aku memang tak pernah diskaun dengan keselamatan diri. Oleh kerana hari tu aku kurang berkemampuan, lambatlah hantar motor ke workshop. lagi 3 hari nak balik Serdang,baru berkesempatan pergi services.


Maniam Inspector Gadget =)

Aku pergi betulkan kat tempat biasa, Maniam memang best. Semua inci aurat motor dia check. yang aku pelik kalau motor ni berjangkit-jangkit sakitnya. Mula-mula bateri,kemudian skru belakang,brek, hon, lampu...memang saja je nak kasi aku menangis kat bahu Maniam tuh!
Ingat, jangan diskaun tentang keselamatan! Setelah mengenyit mata dan cubaan mengangkat seluar jean tuk menampakkan buku lali, anak tokey surrender memberi diskaun rm 5 je! semuanya, RM 89.50. Harga service yang paling murah pernah aku bayar...Selalu paling cikai pun mesti RM200 ++. Nasib baik ada duit raya =( Sodeh mak!



Skru tayar belakang patah dua dek aktiviti kerempitan yang keterlaluan.

Aku harap motor ni takkan meragam lagi. aku sudah jaga kebajikan kamu sehabis baik. Nanti aku bawa kamu berjalan-jalan,kita dating dengan aman... =)

semput

aku baru berjumpa Dr.Zatul. Nasib baik aku jumpa, kalau tak,memang sangkutlah thesis aku. Memang tak boleh blah dengan dapatan dan takde progress yang lancar, akankah tajuk aku bertukar lagi?

Susudah mendapat sinar daripada Dr. Zatul, lepak jap kat kafe dengan Din. Membuka cerita thesis dan konflik budak-budak master dengan mereka-mereka yang asyik mencari lubang ulat (cari gadoh!). Aku sudah malas nak amik pusing dengan hal-hal yang tak memberi apa-apa makna, asalkan aku bayar duit kolej setiap bulan, anta buku merit, pergi turun bawah memposterkan muka,datang meeting floor tengah-tengah malam buta, enough!



20.01.08 - 20.09.10

berapa lama antara 20.01.08 sehingga 20.09.10? Aku malas nak kira pagi-pagi nih. Kandungan kafien belum sampai ke otak.
Tak perlu aku beritahu sejarahnya,cuma dengar jela apa yang aku nak karutkan. Apa yang boleh aku katakan,aku sudah malas nak menghitung. Sebab, aku sudah penat. Nak set reminder dalam handset pun aku dah malas. Maksudnya, aku memang betul-betul penat!

-Perlu ke aku tunggu 20.01.11? Aku semakin tua kerana menghitung!

mana nak mula?

Hari Isnin,permulaan kepada sambungan kerja yang dulu aku tangguh-tangguhkan sampai aku dah lupa beberapa perkara. Jadi, antara senarai kerja yang perlu diselesaikan minggu ini (mesti!):

1) Betulkan sijil PRPI kat RMC
2) Hantar plak dan sijil kat Dr. Rahinah di Fakulti Rekabentuk
3) Jumpa Dr. Zatul,bincang pasal thesis
4) Settlekan claim numerator dan claim Dr.
5) Buat report FRGS
6) Pegi library negara jumaat ni.
7) Lakaran questionair tuk thesis.
8) Soalan tuk ngajar tuisyen.
9) Betulkan ic sebab menyusahkan aku tak boleh detect cip!
10) Abstrak tuk proposal bulan 10

Oh, berikan aku kuasa Sailormoon tuk siapkan semua ini...Dengan kekuasaan bulan,akan menghukummu!

-Teringat dalam kelas Dr. Lim Swee Tin,kata beliau, "Kerja bertangguh tidak menjadi'. You hit the nail bro.

Friday, September 17, 2010

cuti

P.Ramlee kata, "patah tumbuh hilang berganti."

Tepat sangat,betul sangat.

Cuti lepas jumpa orang lain.
Cuti kali ni jumpa yang lain pulak.
Cuti depan?
Aku yang kena angkat kaki...

Selamat tinggal sayang.

soon

It's hard to believe that you will be live alone soon.
What should you do?
Can you cheer up with your own?
Who can make you smile?
and for who you want to smile?

I realized, life never stop. We just will decay and die,
ALONE.

Just silent and wait the moment will happen. No more things you can do it. You will never can't stop time or previous it. Be prepared people, so you not feel too hurt. Believe me,it's really hurt!



Wednesday, September 15, 2010

once upon a time...

suatu ketika, dia berkata,
"I want to be a normal".

Aku,
"Speechless."

Sekarang,

Kau pergi ikut jalan kau, aku ikut jalan aku.

Akhirnya,

Kita tetap bertembung kat simpang depan tuh!

So?

RAYA : pagi raya

Korang tau tak pagi raya aku bangun pukul berapa? Pukul 5! Betapa awalnya,tapi dah biasa sebab beratur nak mandi sunat aidilfitri,tau jela 2 bilik air mau digunakan seramai 26 orang. Jumlah tahun ni berkurang sedikit sebab keluarga Pakngah dan Makcik tak pulang beraya. Pukul 630 pagi semua dah settle mandi,makeup, masa untuk bersalam-salaman di pagi raya.
Uniknya keluarga kami, cara bersalam agak teratur sedikit. Bermula dengan anak yang tua, kedua,ketiga dan seterusnya kemudian diikuti cucu sulung dan seterusnya, akhir sekali barulah cicit. Awal kan keluarga kami bermaaf-maafan... =)


Sesi bermaaf-maafan

Sebahagian ahli keluarga yang ada

Dak dik,Kak Zai dan Qaseh Qalisyah


Keluargaku, cuma dak Bang je takde...


Dua tahun lepas kuning, tahun lepas biru, tahun ni ungu,tahun depan? Any suggestion? =)

RAYA : Lemang Daut

Teringat masa kecik-kecik dulu, atok sorang je yang uruskan lemang,dari cari kayu api,buluh,pulut,kelapa,semua atuk uruskan. Aku hanya tau hulurkan lemang je, sekejap duduk sebelah atuk,pastu ghaib sebab tak tahan bahang api. Atuk sajalah yang sabar, hentak buluh-buluh panas supaya lemang padat,isikan santan jika kering, jaga api supaya masak sekata.


inilah satu-satunya gambar kenangan kami semua bersama arwah atuk. Aku yang berbaju kurung biru tu,tetap cantik even kencing malam,haha.

Sekarang,walaupun atuk dah takde,kami tetap meneruskan tradisinya. Giliran cik Suboh pula mengambil alih tugas atuk.

Seterusnya, di sebalik tabir membuat lemang Daut:



Dak Dik sedang belajar cara-cara mengisi lemang,tahun depan boleh ganti tempat ayah =)


Cik Suboh gagah melawan bahang api, Cicakman! hehe

Haziq beria-ia nak anta lemang,lepas 5 batang dia dah hilang!

Sebanyak lebih kurang 96 batang lemang berjaya dibakar dan dijamu kepada tetamu,raya kedua dah abis! Lemang, jumpa lagi raya haji! =)

RAYA : aneka rendang

Tahun ni sebanyak 4jenis rendang telah disediakan oleh chef-chef terlatih,import khas dari Felcra Hills dan Kelemak. Antara rendang wajib di pagi raya mestilah rendang kerang power rangers Maklang. Nasib baik 30kilo je kerang, kalau 60 kilo macam tahun dulu-dulu,mau tercabut kuku! Selain rendang kerang,ada rendang bali,rendang daging rempah dan rendang ayam. Agak meletup jugalah juadah raya kali ni.




Aku agak-agak je ni,Rendang ayam,


yang ni paru masak rempah,



yang ni aku kenal sangat, rendang bali dak long!

ok,yang ni MUNGKIN rendang daging berempah...hehe

Ini je ke makanan keluarga besar kami? Silap besarlah kan...banyak lagi,tunggu post seterusnya!

HARI RAYA

Adakah aku terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya pada kamu semua? Baru raya keenam,awal lagi...

Di kesempatan ini,saya dengan rasa rendah diri ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali diri ini,maaf atas segala kesilapan yang dilakukan samaada secara sedar atau separuh sedar,harap dimaafkan. Semoga semua beroleh kegembiraan dan kebahagiaan,berkat bulan syawal yang mulia ini...amin.

Monday, September 6, 2010

alahai rima..

Sape Rima? Kalau ikuti Pencarian Miss Universe, mesti kenal sangat minah sorang ni. Aku bukan best friend dia, cuma ada benda yang menarik tentang si Rima ni.

Rima ni wakil Miss America yang satu-satunya beragama ISLAM! Mula-mula macam bangga jela kan ada juga orang Islam boleh wakil negara yang sememangnya anti Islam tuh. Tapi, alangkah sedihnya bila si Rima ni yang beragama Islam katanya, boleh selamba tenggiling je bergambar bogel sebab salah satu syarat wajib dalam pertandingan tu kena ambil gambar bogel or separuh badan dengan dada didedah. Bila reporter tanya,minah ni jawab kecantikan arus dihargai dan walaupun dia berbogel bagai depan rakyat jelata,dia tetap berpuasa...Pelik? Aku sedang menggambarkan Minah ni pergi Jalan TAR sambil berbogel tapi tetap berpuasa.hurmm....

Nak tambahkan lagi rasa, reporter pun tanyalah pendapat Rima tentang pembinaan Masjid berhampiran kejadian 11/9 tu, boleh dia jawab TIDAK sepatutnya masjid dibina di situ.

Aku bukanlah orang yang tepat untuk berbincang tentang agama,ilmu tentang agama senipis bawang cuma. Bagi aku,orang seperti Rima Fakih ni merosakkan agama beliau sendiri semata-mata untuk masuk dalam Miss Universe. Mungkin kita tak tahu yang kewujudannya di pentas Miss Universe adalah merupakan salah satu propaganda America ataupun si Minah tu dah kemaruk nak jadi Ratu kononnya sehingga sanggup menelangjangkan agama sendiri...

- cantik?terlalu subjektif untuk dikatakan...

Friday, September 3, 2010

sampai akhirnya...

Dengan menggunakan kudrat motor kesayanganku or si ensem, aku telah selamat sampai ke rumah... Menunggang dengan keadaan haus membuatkan perjalanan dari Serdang ke Pedas terasa seperti 3 jam, tambah pula si ensem tak boleh memecut terlalu laju, aku pasrah...

-Mak, bagilah anakmu ini sestrereng dua...huhu