Sunday, October 31, 2010

hujung minggu di rumah

Pabila sudah berada di rumah, tekak, selera semakin bermaharajalela. Yela, kat kolej makan setakat untuk kenyang, kalau kat rumah boleh makan apa saja yang dihajati. Mak kata, "ko nak makan, pergi cari sendiri lauk kat pasar, mak ikut je." 
Mula-mula dah teragak nak makan sup tulang power rangers, tapi kat rumah ada orang demam pulak, tak boleh makan berminyak, jadi kita bakar-bakar, panggang-panggang jela. Beli ikan siakap,(feveret cik suboh), ikan parang (feveret cik kiah), beli ikan kembung sikit, ikan selar sikit untuk stok mak nak masak nanti, beli cencalok (feveret semua orang!).
Lauk sangat simple, tapi semua orang sangat berselera, tambah 500gram untuk makan tengahari! Arghh!!!

ikan siakap pakai jaket daun pisang, ohh,sungguh bergaya!

Mr. Cencaluk pujaan hati semua orang...

Ikan terubuk masin yang baru sampai dari sarawak, beli 2 ekor je tapi sangat besar dan masih segar!
Korang tau tak ni apa? Bukan makanan eksotik ye saudara saudari. Inilah telur ikan parang yang sungguh dikagumi oleh makcik kat pasar tadi. Dia sompek bukak ceghito, "Kalau abang ko makan kek umah ni, mengujo-ujo dio adap!" Aku dan Nami tergelak je, "Nami, istilah baru ni!"
Sebelah malamnya, kami sekeluarga makan dengan aman di Tanjung Bidara, kepada yang tak balik, jangan jeles...huahua

terima kasih

Terima kasih kat kengkawan, memember, keluarga dan silent reader yang mengikuti dan memfollow blog ini secara konsisten atau tak sengaja termasuk dalam blog ini, jutaan terima kasih diucapkan.
Tanpa sokongan peminat semua, blog ini akan suram dan tidak ceria. Lepas ni boleh buat gathering antara blogger, baru boleh mengaku sedara, hehe
Terima kasih menghargai hasil tulisan saya, yang tak seberapa cuma =)

Meh datang sini amik trophy sorang satu, cukup besar tak? Kalau tak cukup, tak suka design ni, korang amik yang kat bawah ni, mesti suka punye.


Saturday, October 30, 2010

bola

Aiseh, Kelantan sudah menang. Tak suka, itu saja .
-Bekas pakweku injured (Aidil), bolehlah de masuk gol...

Friday, October 29, 2010

sementara muda


sebelum aku mereput, sebelum aku bergerak dan tulang-tulang semua berbunyi, sebelum aku pakai tongkat or nak bergerak pun kena orang tolakkan, aku ingin melakukan beberapa perkara sebelum aku tidak sempat menikmatinya...

1) Nak panjat Gunung Kinabalu- even lutut dah menggigil, aku nak jugak panjat,nama pun reccers, ceh!
2) Nak round semua pulau kat Malaysia - nak tinted kan lagi muka yg sudah sedia sunburn. Nak minum air nyiok, laga-laga fresh orange sambil usha mat-mat saleh tengah berjemur macam ikan sepat masin.Oh,santai sungguh!
3) Nak back packing, pegi New Zealand (kalo ade duit) nek bas, turun train, tidur motel, kembara abis! dah macam Amazing Race.
4)Nak main ski kat NZ jugak, ala tempat hitrik roshan berlakon dalam Kaho na pyar hai...bolehh buat video klip versi malay plak.
5)Tak alim sangat, tapi mesti kena simpan niat nak ke rumah kekasihku, Lambaian kaabah. kalo dapat pergi ramai-ramai, mak+ayah+nenek+adik beradik, alangkah bahagianya...
Jalani hidup, nikmati hidup dengan cara kita, nikmat lagi terasa...=)

Thursday, October 28, 2010

pesan

tertarik dengan apa yang dibaca, rasa sangat perlu untuk dikongsi kepada semua. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Manusia itu sentiasa menuruti kelakuan temannya,
maka hendaklah kamu memperhatikan siapa yang dia ambil menjadi teman. (riwayat At-Tamizi)

Jelas, nabi suruh kita memilih kawan yang selayaknya untuk didampingi. Bukan pakai rembat kat tepi jalan, "Boleh kita berkenalan?" atau "Ko macam takde member je, meh kawan ngan aku."
Tapi, bila kita terlalu memilih kawan, orang kata kita macam bagus. Deorang cakap, "Kau ni pilih bulu ar..."
Masalahnya, kita pun tak pasti bulu jenis apa dia ada, lurus ke (guna kaki pun boleh) curly ke, layer, mohack, macam mana nak tahu. Apa yang aku merepek ni. Nak cerita pesan nabi tadi, maksudnya kalau kita nak jadi baik, cari kawan yang baik. Kalau kita nak masuk Motorcap GP Cross, kawanlah dengan mat rempit, kalau kita nak jadi orang agama, joinlah group tabligh kampung Paya. Kawan kita adalah gambaran kita. adus, aku dah terbayang member aku, tak maulah kawan dengan ko! Boleh ke?haha, gurau je beb.
Ok kawan-kawan, jumpa lagi pada segmen PESAN di lain tulisan...renung-renungkan dan jangan lupa bayar fidyah =)

Melania

Dah 3 bulan aku tak dapat Melania, last-last aku tepon je syarikat tu. sekali punye banyak maaf dia cakap bila tau kelewatan pihak beliau mengirimkan aku melania itu. Isnin aku report, ari ni (Khamis) sudah sampai.

uishh,macam banyak je deorang pos,bersalah sangatlah rasanya tu...hehe
Bukak-bukak nampak terus gambar KM Melaka Maju, banggo den!

Jangan jeles Melaka dah maju awal daripada Malaysia. Harap-haraplah semua rakyat dapat rasa istilah 'maju' tu, kalau jalan pun berlobang-lobang, kat Ramuan China besar tu banyak lagi lombu-lombu wat road block, camno orang Mencino nak raso maju?

Tuesday, October 26, 2010

life planning

Dalam masa beberapa hari, sudah ada beberapa agenda besar yang perlu aku lakukan dalam tahun ni dan tahun hadapan. Aku macam tak yakin boleh lakukan, tapi dengan bantuan penyelia dan member terdekat, insyaallah doakan aku success.
Aku tak berani nak war-warkan, cukuplah sekadar peminat semua mendoakan yang terbaik untukku. Wah,macam artis nak kawen plak =p
Jika dah confirm, sume benda dah ada depan mata, akan aku buat press conference,haha!!! 

-Aku perlu P.A ke?

closed note

Mencari-cari cerita yang menarik untuk ditonton. Tak tahu nak tengok cerita apa. Usha-usha kat kedai cd ade buat sale, carilah kat sebukit cd murah tu, cari-cari, gali-gali jumpa cd ni. Aku tengok muka heroin de macam member aku kat Jepun, memang sah dia orangnya. ERICA SAWAJIRI!!suke suke!!
Nasib baik murah,RM 7.90, terus angkat.

Cerita ni teknik penceritaan lebih kurang gaya Yasmin Ahmad, slow, tak banyak dialog, hanya nota tu je yang mainkan peranan, memang cantik sekali jalan cerita dan suasana yang cuba ditonjolkan, kehidupan Jepun yang tenang...Oh,aku sudah jatuh cinta dan ini memang serius terlalu dalam sehingga aku sudah tidak nampak jalan keluar.
Walaupun cerita slow, tapi aku masih boleh menangis, maksudnya cerita ini berjaya. Ok, seperti biasa setiap movie yang sudah ditonton harus diberikan bintang, dan disebabkan best friend aku berlakon dalam cite ni, aku kenalah support member. aku bagi 5 bintang penuh tuk kau, Erica. Anata ga suki desu! 

-Mau pergi punggah lagi bukit cd tu, untung-untung boleh jumpa lagi cerita best friend yang lain, ja mata  =)

Monday, October 25, 2010

kawan tadika

Cerita pasal kawan memang tak akan habis dan tak pernah habis selagi kita hidup. Masa aku bersiap-siap nak masuk opis, aku terfikir tentang satu perkara dan terus membuatkan aku terus memutar kembali zaman dulu kala. Apa yang aku terfikir? Kawan karib atau bahasa saintifiknya member kamceng,baikkk punye!
Masa aku sekolah tadika KEMAS dekat area taman perumahan (Felcra je pun!) aku ada ramai kawan, pergi sekolah sama-sama, nyanyi lagu Negaraku, lagu Melaka Bersejarah, lagu KEMAS setiap pagi. Kami makan,belajar (banyak main je) makan lagi, nyanyi, main lagi dan balik sama-sama. Usik budak-budak perempuan, eh,aku pun perempuan tapi aku kena buat-buat ganas supaya budak laki tak buli aku, tolak diaorang tengah berjalan kat taik lembu, dah nangis kawan tu balik rumah mengadu kat mak die. Kawan baik masa kecik-kecik dulu Shidey, Pidah, Wahyu dan ada beberapa lagilah.

Haha, malu bila tengok gambar dolu-dolu. Nyesal je tak posing comel-comel. Tapi ni boleh dikategorikan comel jugak. korang kenal tak aku yang mane? Aku yang tak siuman sket senyum ntah papa tu. hua...aku tak ready lagi pakcik tu dah snap!
Bila tengok balik gambar ni,banyak benda yang sudah berubah. Dari cikgu, sekolah, baju dan orang-orang yang ada dalam gambar ni. Ada yang sudah tiada, arwah Qayyum duduk paling kanan. Dia meninggal masa umur 18 tahun malam raya, kemalangan rasanya. Ada yang dah berkahwin, bertunang, bertunang sesama mereka pun ada! Yang kat sebelah aku tu, 2 dari kanan bertunang dengan budak laki yang duduk 5 dari kiri. Maybe taun depan kawinlah kot deorang ni.
Kawan-kawan ni jugaklah yang aku jumpa masa sekolah rendah, sekolah menengah.Memang dah tau sape ulat buku, sape ulat nangka, sape pendiam, kaki buli. dengan dia orang jugaklah aku main pondok-pondok, masak-masak, kawin-kawin, nyanyi-nyanyi. Sekarang semua dah besar, aku jarang ada kat kampung, kadang-kadang dah tak cam budak-budak ni. dulu kecik hingus meleleh je, keras kat pipi, sekarang dah macam Aaron Aziz. hehe. Yang ladies masing-masing dah lebih ke arah ikatan perkahwinan, jjumpa pun time deorang kawin jela. Yang masih setia, Shidey (budak laki duduk paling tengah dan muke jambu tu) Pidah, Alin masih boleh duduk semeja cerita gosip-gosip terbaru yang berlaku di kawasan Felcra Hills (berangan!) Kalau nak tau, nak update cerita panas yang berlaku sepanjang ketiadaan aku kat kampung, duduk je ngan deorang sejam, 3 bulan punye cerita pun boleh tau..hehe
Semua yang ada kat dunia ni akan berubah termasuk aku, tapi yang penting kita tetap menjadi orang yang sama =)

-nak jadi kecik balik, nak tangkap gambar puas-puas!

Sunday, October 24, 2010

wayang



Minggu yang bosan sebab tak banyak movie yang best kat wayang. Sudah pergi menonton beberapa filem dan ini kesudahannya...

REIGN OF ASSASSINS : sangat menarik dan tak rugi menonton

THE OTHER GUYS : bosan dan tak rugi pun tak tengok

LIFE AS WE KNOW IT : sweet,klako dan sesuai ditonton oleh orang yang tak mahu komitmen dalam hidup

CUTI-CUTI CINTA : tengok tajuk pun aku dah tahu jalan cerita,so membazir tengok!

Aku bukan tak layan filem melayu, cuma kalau cerita macam common sangat,dari tajuk orang dah boleh bayangkan keseluruhan cerita, tak suspenlah kan. Tengok macam Salt, penonton tertanya-tanya apa yang masin? Angie berlakon jadi chef ke? Bila ada persoalan barulah best nak tengok. La ni cek tengah tunggu movie Estet dan Crayon keluar. kalau tak silap Estet tu Mamat Khalid yang jadi director. Eh,lupa pulak movie 2 Alam, kang Dr. Rozmey merajuk lagi kang. Tapi kalau de buat promotion sape tengok cerita 2 Alam dapat free Jus Mate 5 sekotak best gak. Kompom dapat cecah target RM40juta!

-Klaka bila tengok Dr Rozmey isytihar tarikh tayangan 2 Alam, macam pengumuman raya da...

Saturday, October 23, 2010

mesin ajaib


Belek-belek surat khabar menerusi internet sambil menikmati secawan coffemix 3 in 1.Banyak jugak cerita menarik hari ni,macam adik mati sebab bergaduh berebut remote control,aduh,sadis sungguh! Pasal Rooney tak jadi keluar MU,tapi gaji nak  £200,000 or diconvertkan dalam RM jadilah RM985,772.Perghh,satu minggu satu juta,4 minggu dah 4 juta,satu tahun?Napelah mak aku tak paksa abang-abang aku dulu main bola,kalau tak kita dah senang mak...hehe
Apa sangat dengan bola sepak. Pastu aku ke Rencana utama,tertarik dengan angka 17 billiorair baru di India dan jumlah keseluruhannya dalam 69 orang. Ramai siut,tapi tak bermakna apa-apa jika hampir 1 billion rakyatnya berpendapatan RM1.30 sehari. Kalau kat Malaysia, dengan RM1.30, apam balik pun ko tak dapat, kena cari lagi tujuh posen!
Apa sangat dengan India, aku search lagi entry kat bawah. HAH, aku bace je tajuk entry ni terus aku betulkan siput rambut aku yang dah macam siput kena pijak je ni. Aku malas nak taip banyak,korang baca jela
Cerita di atas merujuk kepada Jepun. Nak digambarkan banyaknya mesin layan diri (self services) kat sana serupa macam lampu isyarat. Memang canggih...Kalau kat sini, Kita pernah jumpa mesin air coca cola je kan, tak pun mesin kad topap, itu pun sekali je dapat guna,pegi lagi minggu depan dah black out,kena pecah. Kawan blog ada cerita pasal mesin ni, bukan sekadar jual air panas or sejuk, jual bunga, sayur, pisang, payung, sup, mee ramen, beras, telur dan segala bagai benda disumbatkan kat dalam mesin tu. Kat sana semua orang jenis yang gelabah, nak cepat je, jadi memang bergantung kat mesin ni. Dah lebih kurang macam mesin jangka hayat,kalu takde boleh mati kebingungan!
Ah, aku ni kalau cite pasal jepun tak kan sudah. Entah bila nak hilang obses aku kat Jepun pun aku tak tau. Ok,mau minum kopi,sejuk tak sedap =)

Thursday, October 21, 2010

setia

Hari ni bangun awal,basuh baju dan kemas-kemas bilik. Masa aku kemas-kemas, aku baru perasan yang aku tak banyak barang. Banyak barang aku hanya dalam kiraan satu je. Aku memang jenis tak suka tukar-tukar kot, kalau satu aku pakai dan selesa,sampai reputlah aku pakai. Lagipun, aku dapat rasakan kalau aku pakai jam lain,jam yang lagi satu mesti kecik ati dan merajuk dengan aku (orang gila)! Jom kita check it out sama-sama...

Kalau tak silap aku,tali pinggang ni aku beli masa sem 1 tahun 2006. perghh,lama gila!!!Kalau bagi kat Arkib boleh dkategorikan barang berharga, hehe...
Next!
Yang ni pun lebih kurang sama gak,beli masa sem 1,baru dapat duit PTPTipu,korang tau jela kan,first time pegang duit ribu-ribu, mana tak gelap mata. Beg ni beli kat Mid Valley, masa pegang beg plastik converse,rasa macam akulah yang paling stylo,tapi bila naik bas UPM,ada dekat 3,4 orang pakai beg sama macam aku,hampeh!Next!!

 Ini jam dah hampir 2 tahun pakai,hadiah besday masa final year. =)

handphone 2008,masih guna sampai sekarang.Entah bila mau pakai touch skrin..huhu

 Sandle yang sentiasa dipakai ke mana saja,memang ada satu je dan takkan beli lain selagi tak putus,koyak,tercabut,kene gigit anjing gila or kucing miang kencing kat sandle ni.

 baju ni memang ada cerita di sebaliknya. Masa tu time baru dapat duit raya,jalan-jalan kat KLCC dengan Arn,terjumpalah baju ni dok melenggok-lenggok kat kedai Padini macam memanggil-manggil suruh aku membelinya.Dok usha-usha harga memang mahal ar bagi aku stok student. tapi sebab ada duit raya,aku rembat jugak. Dah 3 tahun aku still pakai. Sweet kan aku ni..(perasan!)

Hohoi,ini bantal bukan sebarang bantal. Harta aku yang paling lama berdampingan bersama. Bantal ni ada dua sebenarnya, satu bantal kambing (gambar biri-birilah) best friend bagi masa kat teknik dulu, satu lagi hadiah daripada Doormate. Dah kempis,aku combinekan jela jadi satu,baru adil peluk dua-dua =) (sweet lagi kan?)haha.. bantal ni jugak pernah teman aku masa kat hospital, aku kena operate apendix masa form 4 (2002).
Setiap satu benda mesti ada meaning value yang tersendiri, expecially kalau benda tu adalah pemberian kawan-kawan, aku amat-amat hargai =) Dan sebab itulah aku tak banyak barang. Tapi jangan risau,aku tukar baju kecik,suar kecik setiap hari. Untung sape dapat aku,sebab aku akan guna encik  beliau sampai expired date,mean sampai kami sama-sama sudah tua...Aku nak cakap jugak aku ni sweet!!!

-ada sesiapa nak hadiahkan kereta ke,rumah ke kat aku,sanggup aku tak tukar keta sampai tua! Tapi,bagilah Honda civic ke,baru aku pikir dua tiga kali nak tukar.

Wednesday, October 20, 2010

buboq

Aku sangat suka makan bubur nasi. Tak payah tunggu demam or sakit, kalau dah tekak nak makan aku buat aje. Lagipun,bukannya susah sangat nak buat,simple sangat!
Balik dari tuisyen,singgah supermarket yang betul-betul depan pusat tuisyen. Capai sayur kacang panjang segenggam dua sebab aku kalau makan mesti kena ada warna hijau, mean kena ada sayurlah. If tak ada sayur aku rasa seperti tak lengkap, seperti memakan karipap kentang tanpa kentang.(ngengada!)
Rumet semua hari ini ada exam bola jaring dan bola tampar.Apelah,bola jaring pun nak ada pekse,leceh sungguh. Aku rasa sangat budiman dan penuh berkasih sayang hari ni, jadi aku masakkan bubur untuk mereka yang akan balik dalam keadaan lapar dan penat. Aku dah dapat bayangkan reaksi budak-budak ni bila melihat bubur nasi aku. Tentu dia orang menangis teresak-esak+ menggigil keharuan disebabkan kecomelan aku memasakkan bubur tuk mengenyangkan perut-perut kosong mereka.Ceh,jangan haraplah! 


itu telur nak goreng dadar je, bawang+cabai+kacang panjang+ikan bilis tu aku nak kasi goreng je,senang citer.
Arghh, mana budak-budak ni?Udah pukul seblas tak balik-balik lagi.tak Jepunlah makan bubur sejuk!

rabu

Asal hari rabu je aku tensen. Bukan sebab apa, malam ni aku kena mengajar tuisyen. Budak tingkatan 1 je pun,tapi aku dah tak tau macam mana mau kasi dia orang faham apa yang aku ajar. Aku ajar bahasa Melayu, dia tanya dalam English. Aku  jawab dalam bahasa Melayu pun kena traslatekan jugak dalam English! Payah beno nak faham.
Jadi,hari Rabu tak boleh nak bergurau mesra dengan aku sebab aku perlu fokus berfikir apa nak makan sambil mengajar budak-budak tu malam ni.

-Kenapa aku tak ajar English je?not bad ape BI aku.Stakat lagu twinkle-twinkle apalah sangat...

roti telur

Disebabkan sudah berjanji kepada Ida dan Sizuka (rumet junior) yang mahu ke medan perang (exam je pun), aku gagahkan diri jugak bangun awal pagi tuk membuat breakfast roti telur.
Bila hidangkan di atas meja,terasa seperti emak pulak. Aku dah buat banyak,tak habis korang jaga!

Roti telur dilawankan dengan secawan kopi,umm, permulaan yang hebat untuk hari yang indah!

Mau masuk opis awal,
Sedia berkhidmat dengan penuh kecemerlangan!

Tuesday, October 19, 2010

bosan



Aku bukan bosan dengan kehidupan,tapi bosan dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa saling mempergunakan antara satu sama lain.Setelah bertahun di sini,sungguh terpamer sifat bermuka-muka mereka.Ah,malas aku nak layan.
Masalahnya,dengan kawan sendiri,cosmet sendiri pun boleh mengutuk sesama mereka,bila depan manis muka.Lagi bosan melihat pelakon-pelakon handalan ni.
Serius aku dah bosan tahap ketiga. Aku tak mahu jadi pelakon seperti mereka. Cakap berhabuk-habuk,pakai cantik meletup,tapi hakikatnya mandi sekali sehari. Huh,jangan terperdaya dengan kecantikan luaran tapi cuba selak sikit yang kat dalam,tak dapat nak digambarkan.
Percayalah,manusia sekarang semakin sukar untuk dimengertikan.Jangan terlalu baik dengan mereka yang kita belum pasti akan keikhlasannya, jangan terperdaya dengan kemanisan yang dihulurkan tapi tersembunyi buah peria di belakang.Apa-apa pun sekarang, kita sendiri perlu berusaha untuk hidup tanpa bergantung kepada orang. Sekali terhutang budi, diminta gadai body. Tak kuasa mak!!!

-sanggup masak bubur kalau lapar.(ada kena mengena ke?)

berkawan dalam Islam


Dalam kepayahan melalui kesukaran dan kesempitan dalam kehidupan yang penuh cabaran,kehadiran sahabat amat diperlukan.
 Susah senang biar bersama. 
Tawa nangis biar bersama. 
Lapar kenyang biar bersama. 

Makna sahabat sangat pelbagai. Dari sisi Nik Aziz, sahabat ada 3 kategori:
1)Sahabat ibarat macam hamba-Kita hanya perlukan dia bila kita susah tapi bila keadaan sebaliknya,kita buang saja.
2)sahabat seperti bank Islam-Apabila kita kesesakan,dia menghulurkan sumbangan dan tak kenakan faedah atau bunga pun. maksudnya saling tolong-menolong apabila seseorang dalam kesusahan.
3)Sahabat sehidup semati- kategori atau tahap yang paling tinggi (ithar) dan sukar untuk dicapai. tahap sebegini kita sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat.Jika kita makan,kita akan teringatkan sahabat kita,adakah dia sudah makan?Oh,sungguh bahagia kalau dapat sahabat seperti ini.

Sebagaimana hadis nabi SAW :

لا يؤمن أحدُكم حتى يحبَّ لأخيه ما يحبُّ لنفسه
“ Tidak beriman seseorang kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu sepertimana kamu mengasihi diri kamu sendiri.”
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
1) Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3) Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
4) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5) Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Seluruh amal manusia dihadapkan kepada Allah S.W.T dalam sejumaat (seminggu) dua kali. Iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Maka diampuni Allah dosa setiap hamba-Nya yang mukmin kecuali orang yang bermusuhan. Maka dikatakan:”Tinggalkanlah kedua orang ini dahulu sampai mereka berdamai.” (Muslim)

petikan dari blog minda syaheed

Terfikir sejenak,sekiranya semua manusia berjiwa sebegini,tiada lagi perang dalam dunia.

Monday, October 18, 2010

Bajet 2011


tak tahu secara keseluruhannya,tapi yang perlu tahu dan ambil tahu mestilah pasal bidang pendidikan. Berapa ratus juta telah diperuntukkan kepada guru-guru yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. bantuan yang diberi bukan berbentuk pinjaman,skim cepat kaya, tapi biasiswa. Means tak payah nak pening-pening kepala nak pergi Baitulmal, nak mohon PTPTN, nak merayu MARA or JPA or apa-apalah.Beruntungnya jadi cikgu, serba serbi ditaja. kalau tak mahu ambil peluang juga tak tahulah cek nak habaq apa.
Habis, macam mana dengan golongan yang berkeinginan menyambung pendidikan tapi tiada peruntukan? Kat mana nak mohon pinjaman?ada ke yang nak bagi biasiswa? Kesian kat golongan yang sebegini, semangat membara-bara mahu belajar tapi takda siapa yang mahu layan.
La ni,suma dok sibuk pakat ramai-ramai masuk KPLI,beli no pin,isi borang online, pergi jawab pekse, pergi temuduga. Yang terpilih,budak kelas sebelah yang selalu ponteng kuliah,yang selalu cut n paste nota. Entah bila semua urusan mahu diadili secara telus, berdasarkan pencapaian,bukan berdasarkan keturunan.Bila dah gagal KPLI, suma dok try nak jadi artis,pegilah interview AF 9 pun lagi payah nak dapat.
Belum lagi masuk gomen,tapi dah rasa seksa bila berurusan dengan 18 lapis tingkat setiap kali nak pinjam barang,nak mohon peruntukan. Bila telefon, dia pas kat sana,yang sana pas kat sini, yang sini pas kat sinun. Pukul 8.30 pagi dok lagi bercondeh kat Molana, full house!Keje mau sikit-sikit,mau senang-senang, bila PM tak bagi bonus, bising dan terus ugut nak pangkah pembangkang!
Tiap-tiap tahun mahu mintak bonus,mangsanya yang hisap rokok.Cukai golongan ini kena naik sebab nak bagi bonus kat penjawat awamlah! Haha...sesuai sangatlah tu.
Aku bukanlah anti kerajaan, tapi aku antara jutaan mangsa yang merana akibat birokrasi terlampau yang dicipta oleh mereka-mereka yang bergelar penjawat awam. Bukan semua,nak cakap sebahagian pun dah macam ramai. so,budget-budget sendirilah berapa. Bodohlah aku nak kira sorang-sorang. Tapi kerani pejabat Pos kat UPM sungguh baik =)

-Pelajar pun dikira penjawat awam ke?

kembali tenang

Fuhh,lega sugguh bila dah settlekan pembentangan proposal.
Sebenarnya, boleh dikirakan semua presenter for master thesis very lucky coz tak ramai lecterurer yang ada. ramai pergi sesi student PhD. hehe
Jadi,sesi pembentangan berjalan dengan lancar dan penuh aman. Nasib baik peminat semua dah tau,aku tak mahu soalan kontroversi.=p
Di akhir sesi, pengulas telah memberi ulasan dan menyimpulkan bahawa kumpulan pembentang pada sesi ini antara yang dinamik pernah dikendalikan.

Pia,Din makan hatilah korang...=)

Saturday, October 16, 2010

my turn

Hanya tinggal tak sampai 45 minit je lagi. Aku sudah kemas kini untuk terakhir kali. Hanya tinggal untuk membaca saja depan peminat semua.
Yakin dengan apa yang kita buat, itu saja yang boleh buatkan aku sedikit tenang.
Para peminat sekalian, jangan tanya soalan kontroversi banyak sangat, saya budak baru belajar,kalau salah tolong presentkan...(^L^)

-Mesti mak dah doa untuk aku pagi tadi =)

Friday, October 15, 2010

Michelle yeoh

menonton filem lakonan Michelle Yeoh membuatkan aku ingin meminum Anlene setiap hari!
Mungkin jalan ceritanya biasa saja,tapi ilmu pedang pancut air itu sungguh menarik sekali.Pedangnya lembut seperti belut.Tak mahu kelip sesaat bila time lawan-lawan pedang.
Lakonan terbaik Michelle Yeoh untuk tahun ini:  REIGN OF ASSASSINS

tenang


Aku mau ketenangan sebelum menempuh sesi mengoperate proposal tesis bersama-sama Tok-tok guru dan dewata bahasa. Aku dah tunjuk kat Dr dan beliau pun dah kata ok. Kata-kata beliau itu tidak sedikit pun menenangkan aku,malah bertambah kacau sampai dalam sembahyang pun terfikir pasal teori apa yang sepatutnya kena guna!Ceh,akademik sungguh aku minggu ni!
Arn suh aku tolong jaga kereta dia weekend ni,takkan nak biarkan kat parking lama-lama kan.Haruslah dibawa sambil berangan-angan. Takpe,lepas je seksa esok,akanku redah KL ini! 

-"Arn,teman udoh basoh kete kome,bio le teman bawak sestereng dua ye." =)

Wednesday, October 13, 2010

gambar

Hampir suku abad, keluarga aku memang tak pernah mengambil gambar bersama di kedai gambar. Perkataan yang lebih tepat lagi tak mampu pun nak merasa ambil gambar sama-sama. Namun,raya kali ini,akhirnya dapat juga kami sekeluarga ke kedai gambar berposing sakan. Sungguh teruja.


Ok,sesi memperkenalkan ahli jemaah.
Saf belakang dari kiri cepat jalan ialah: najwan(yg bongsu,insyaallah..haha) kak.Zai (akak ipar) Qaseh embam, dak dik (ke-3), Nami (ke-5), Nazirah (ke-6), dak bang (ke-2), kak sally(akk ipar) dan Nabil (ke-7).
Barisan saf hadapan,yang mabrur,afdal dan berkat dari kiri terus duduk situ ialah: Dak Long(compom yg paling tua) YB Suboh, Toh Puan Rukiah dan anakandanya yang jelita kalah fasha sandha adalah aku...=)
Insyaallah,ada rezeki lepas ni tiap-tiap tahun nak gambar bersama, macam ni jugak! Tapi,yang berubah mungkin bilangan ahli yang akan bertambah, akak ipar ke(merujuk kepada along) anak buah ke(tepat kepada kak Zai dan kak sally) atau Encik tunang ke (reference to me) wah,gatal!

hindustan

Semakin pelik citarasa. Bila otak dah stuck, kena hiburkan hati dengan muzik, nyanyian, gendangan, joget-jogetan. Dua tiga hari ni asyik kemaruk layan lagu hindustan. Habis semua lagu yang ada perkataan pyar, dil, mere semua aku download. Hindustan bukan buat aku hilang tensen, buat aku berhingus adalah! So touching...Ni semua mak punya pasal, mak kalau tengok industan mesti nangis, sekarang dah berjangkit kat aku. tapi, mak punya nangis dah tahap kronik. kala orang lain nangis time hero mati ke, heroin kena halau keluar dari rumah kekasih ke, tapi mak aku tidak,nehi nehi. kalau tengok lembu kena hambat dengan ayah si hero pun dia akan nangis!Kalau yash Chopra tengok bagaimana emak menghayati filem beliau,comfirm Kajol dan Rani mukherjee takde job,sungguh!
Meh layan sikit,

 dil to pagal hai

Dulu,masa kecik-kecik,budak sekolah rendah lagi memang suka ikut,tiru,hafal step menari. memang sebijik,semangat,tenaga muda. Sekarang, aku nak hentak kaki pun maleh!

-No wonderlah aku gemuk!

si capek dan bunganya...

Sungguh sesuai dipanggil comot juga. Pelik,orang lain yang teruja bergraduat dan berkonvo bagai,dia pulak yang mengidam.


Tak sabar nak konvolah ni. Aku pun tak sabar jugak, nak naik untuk yang kedua kalinya. Lepas ni baru tau skill atau teknik yang betul untuk nampakkan gambar konvo aku cantik dan meletup. Pengalaman sungguh berguna. Kawan-kawan yang akan berkonvo sekali lagi (pia,din,syam,jiji,ayu),marilah kita bertungkus- lumus,tertonggeng-tonggeng, terseliuh jari menyiapkan kerja kita.

Konvo adalah momen terpenting dan terindah kerana hari itu ibarat seperti menghadiahkan ibu bapa kita sepeti emas. Ku mohon agar Tuhan panjangkan umur kedua-dua insan tercinta ini supaya dapat sekali lagi duduk bersamaku dan tersenyum bangga saat mendengar dan melihat namaku terpapar. NADIAH SUBOH.

-Kesat air mata dan sambung bekerja!

jagung organik

Minum pagi sudah, makan tengahari pun sudah, minum petang pulak nak buat apa ye? Itulah masalahnya jika aku duduk lama-lama dalam bilik,mesti ada je benda aku nak buat.
Semalam,sempat juga pergi Bukit Ekspo,tengok pesta konvo. Tak meriah macam dulu,orang pun tak ramai sangat. Bukan nak cari apa pun,si Ida heboh sangat nak bunga,macamlah dia yang konvo. Akhirnya aku tertarik juga kat jagung organik keluaran UPM. Bukan jagung je,sayur,ikan,baja semua ada. Murah lak tu, 8 biji rm4. Murahlah kan...



Di celah-celah jagung itu adalah kuih bengkang@ bekang. Tompang kukus sekali. =)
Inilah minum petang merangkap juga sarapan pagi dan minum petang esoknya. Jimat!

asam pedas

Dari Isnin sampai hari ni duk bertapa bilik,tak masuk opis sebab Dr suruh settlekan dulu proposal dan prepare tuk present Sabtu ni. Bila dah duduk je ngadap laptop,perut lapar.Abis dah kuih tart aku makan. 
Hari tu buat ayam masak black papper, Semalam masak asam pedas. Aku bukannya pandai masak sangat, tapi setakat ni tak ada lagi yang keracunan makanan bila makan apa yang aku masak!

Bila tengok messtin,dah macam orang nomad jela aku ni. Takpe,kita kena memanfaatkan asas rekreasi dalam kehidupan seharian,janji boleh digunakan untuk memenuhi kehendak perut dan aku tersandar kekenyangan sudah...

Monday, October 11, 2010

orked

Balik kampung,ada nenek,ada Pakndak.Hanya mereka berdualah yang tetap setia menghuni di situ menunggu anak-anak cucu datang menjenguk. Senario yang biasa dilihat, nenek akan terbaring atapun duduk menyandar menonton TV, manakala pakndak akan berteleku di hadapan laptopnya sambil menggigit lidah. Haha,comel jer!
Nenek adalah seorang yang suka menanam bunga.Memang itu kehandalan nenek.Tangan beliau sungguh sejuk,jadi apa yang ditanam semua menjadi dan hidup gumbira,like happily ever after.
Nenek suka bunga orked,sangat suka.





Banyak lagi bunga orked koleksi terbaik Cik Maimon, tapi ini saja yang sempat disnap. Kalau ada pesta konvo dekat area Masjid Tanah, sure orked nenek habis togel!

-Tangan aku panas,jadi hanya boleh tanam kaktus je =(

gulai rebung


Semalam,sebelum pulang, mak tanya nak bawa bekal lauk tak. Selalunya aku yang beria-ia nak tapau apa yang mak masak,tapi semalam mak yang tapaukan untuk semua anak-anaknya (along,aku dan nami). 
Tapi,pagi tadi aku baru terperasan bekal tu di atas meja. sepatutnya kena masuk dalam peti ais tapi terlupa. Sungguh sedih bila melihat lauk itu sudah berbuih-buih."Dah tak boleh makan ni,"aku cakap dalam hati. Terus ku buang dalam tong sampah di bawah meja.
Tak sampai seminit aku kutip balik, ku buka penutupnya,ku kaut buih-buih kecil yang mungkin barangkali gas dari rebung yang menyebabkannya berbuih dan terus ku hangatkan. Mengenangkan semalam mak masak dengan ceria sambil bercerita, mengenangkan mak bersungguh-sungguh mencari bekas untuk mengisi lauk dan mengasingkan untuk setiap anak-anaknya,aku sedih. 
selalu aku cakap kat mak, mak kalau goreng ikan pun sedap. Apa yang tangan mak masak comfirm takkan ada yang boleh lawan. Aku mengutuk diri sendiri membuang lauk yang mak masak sesuka hati.



Mesti makan lauk mak bagi sampai licin. Kalau tak, aku akan rasa bersalah sehingga mak bagi bekal yang lain. (^o^)

-Hargai apa yang keluar dari tubuh badan mak kita,tak kira peluh,air mata,dan doa terutamanya...
SAYA SAYANG MAK SAYA

Friday, October 8, 2010

istilah

Dak dik, abangku yang menduduki carta ketiga dalam senarai adik beradik bertanya,
"Kak, ada pendrive tak?"
aku jawab, "Takde."
Dia macam tak puas hati lagi dan bertanya kembali,
"Kak,ko ade memori luar komputer tak?"
"What?" aku pandang beliau setepat-tepatnya.
"Ala,yang macam Nazmi punya."
Aku berfikir-fikir,
"Oh, hardisc lah bodoh."
aku gelak kaw-kaw masa tu jugak, tak lewat sesaat!

Hadoi, belajar tinggi-tinggi, kerja bagus-bagus, istilah komponen computer pun tak tau.
-Kesan jangka pendek bergaul dengan pekerja binaan

Sketsa (1)


Adat perasaan,
Bila suka
nombor telefon, nombor kad pengenalan, nombor rumah, semua dihafal. (fanatiklah sangat kan)
Bila jauh dirindu
bila dekat asyik berpegangan tangan,takut sesat
Bila asyik, setiap patah perkataan mahu panggil sayang.

Tapi, bila dah tak suka
nama pun tak mahu dengar, apatah lagi suara.
Sekali dah benci
"Eh,kau dengar sini, kalau kau aku dah benci, seluruh keturunan kau pun aku benci tau!"
nasib baik jiran bekas kekasih tak masuk dalam list. kalau tak nama tok penghulu pun terpalit sama.

Oleh yang demikian,
sayang dan benci biarlah berpada-pada.
Sekian,terima kasih.

-Ada yang benci aku tak? 

maki

Korang semua mesti pernah rasa nak maki atau pun dah maki orang yang buat korang marah tahap syaitan neraka. Kadang-kadang aku atau ada sesiapa tak dapat nak mengawal amarah ini dengan cermat, jadi terpaksalah dilontarkan melalui kata-kata makian, bukan hinaan ok, i tak like ok...
Namun, aku selalunya memaki hamun seorang diri saja, bermonolog sendiri tanpa kehadiran orang yang ditujukan kata makian itu. Aku maki masa tu je, masa aku tengah betul-betul marah tapi takde orang. Jarang sekali aku maki betul-betul depan orang yang selayaknya. Itu jela cara yang aku rasa ok untuk lepaskan marah.

Kawan-kawan, ingat ya, marah itu diibaratkan bahang dari neraka. Jika salah marah,habis rosak satu keluarga. Maka, perlu pelajari teknik menahan marah atau melepaskan marah mengikut lunas-lunas atau undang-undang sesama jiwa-jiwa manusia. Kalau marah,selalunya tak lama, 5 minit pun tak sampai. Jadi, jangan membazir perasaan sangat. Aku pun sama seperti mereka yang tak sempurna, sentiasa berusaha memperbaiki diri.

-Jangan marah nanti cepat tua, huduh rupa (^-^)

BLM

BLM adalah singkatan kepada Bahasa dan Linguistik Melayu, iaitu program masa degree dulu. Macam lebih kurang nama model kereta proton je..(^-^)
Perancangan memang dah lama buat,masa bulan puasa dulu,tapi tak diuruskan secara berhemah oleh penganjur (aku) jadi terpaksa tunggu masa yang sesuai. Tak jadi buat, semua dok marah kenapa postpone, tapi bila dah buat tak mau datang pulak, aishh...
Kehadiran beberapa orang yang bersungguh-sungguh mahu program ini diteruskan, akhirnya jadi jugaklah walaupun 8 orang.
terima kasih kepada Pito sanggup turun dari Bangi, lepas kerja terus  je ke kolej. Terima kasih juga kepada Din, Jiji, Ketum dan tunang( haha) Okina dan Wasi walaupun bukan coursmate tapi tetap mahu join.


Harap-harap lain bulan kita boleh jumpa-jumpa dan makan-makan lagi. Semoga berjaya dalam dunia kerjaya masing-masing. 

Thursday, October 7, 2010

Qaseh Qalisyah

saya baru ada hanya seorang anak buah. Buat masa sekarang, beliau menjadi raja dan permaisuri untuk semua hati yang ada dalam keluarga. kehadirannya memang dinanti, bakal mewarisi segala kehandalan keturunan Cik Suboh n family (apakah itu)
                                    sungguh comel dan kecil beliau pada waktu ini...(^-^)




sekarang,beliau sudah berusia setahun, sudah berjalan dan semestinya membuka laci-laci, almari yang ada kat rumah. Keletahnya,apa saja yang dilakukannya menghiburkan semua orang, kecuali bila dia menangis! Betul kata orang, kehadiran budak kecil menyerikan seisi rumah.

-Cik Nad cayang Qaseh...ate ate!!!

jawatan kosong

Sekarang,nak minta kerja susah,tersangat susah. Kalau nak masuk gomen, mesti kena pakai kabel besar punya. Pengalaman sementara bekerja dalam sebuah bangunan gomen cukup tuk buktikan sekeluarga, sepupu sepapat je yang ada dalam satu opis, huh!
Ni ada satu jawatan kosong, sapa nak test power boleh je...



Aha,ada sape-sape berminat?
Ala,tarikh tutup expired sudah. Lain kali ada iklan jawatan kosong sepantas kilat akanku war-warkan..

Wednesday, October 6, 2010

ungkapan


Ungkapan untuk meluahkan perasaan cinta yang mendalam terhadap pasangan adalah gambaran jelas dari hati, tak boleh diulang,tak boleh dijual beli. Cukup sekali dilafaz, sekali sahaja.
Sememangnya, tidak mudah untuk melahirkan,menzahirkan apa sebenarnya perasaan, bahkan jika diterjemahkan melalui kata-kata, masih tidak mampu untuk menginterprestasikan yang sebenar-benarnya. Cukupkah sekadar ungkapan biasa,
"Saya sayang awak", "Saya cinta awak", 'Will you marry me?" 

"...Jika benar kamu suka padanya, tak perlulah banyak kata, banyak lagak, tak perlu bawa bunga segala. Cukuplah kau tunjukkan raut muka bahawa kau bersedia menyuapinya nanti jika dia sakit, bersedia mengendongnya ke bilik air jika dia sudah tidak mampu berjalan. Bahawa, kamu juga dengan segenap hati kamu bersedia mengatakan di depannya betapa jelitanya dia, meskipun wajahnya sudah kerepot seperti jeruk purut, dan kau bersedia tetap di situ, tak ke mana-mana, di sampingnya, selama 40 tahun sekalipun..." (Andrea Hirata-Maryamah kappor)
Inilah petua asmara yang paling dasyat pernah kubaca. terkasima.

-Tak mahu banyak bicara.

Seminar


Hari ini masuk hari kedua berseminar, Seminar  Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu yang ke 6. 
Atas nama AJK, bolehlah masuk tanpa bayaran mendengar pembentangan kertas-kertas kerja dari peserta dalam dan luar negara. Tapi, untuk kali ni,penyertaan dari luar negara agak kurang, mungkin kekangan masa agaknya.
Mendengar seminar dalam bilik yang beraircond ibarat  didodoikan aje. Hanya tiga sesi yang disukai, minum pagi, makan tengah hari dan minum petang.
Buku prosiding tak dapat, mahu mengamuk dan tak mahu buat kerja tanda protes, boleh ke? Bayarlah rm50, semua mau free, apa kes?

Tuesday, October 5, 2010

perut

Bila dah senang sikit, perut mula demand nak makan yang best-best. Foodcourt,cafe? Tak lalu kunun-kununnya! padahal itulah meja makan masa degree dulu. Nak makan kat luar je,takmo nasi ayam, mesti nasi goreng ayam.Dulu air kosong je,jimat. sekarang takmo kalah dengan meja sebelah, orang sebelah order sirap limau, aku mesti kena up sirap laici!
Dulu, nak order KFC pun takut-takut, sekarang? Semua sidelines Nando's, Kenny Roasters dah ada dalam kepala. Mana ada orang kampung reti pakai chop stick? Sekarang, makan meggi pun nak pakai chop stick walau pun yang disepit sehelai dua je.
Ahh, dasar orang kampung tak sedar diri!

Tapi, bila poket dah berjerebu, hanya ada resit-resit KFC, Sushi King, Johnny, Secret Recipe dan segala resit makanan mewah lain. Baru rasa nak menyelongkar laci, cari meggi. Masak bubur segera Maggie, goreng telur hancur, goreng sikit ikan bilis+bawang besar hiris bulat-bulat+bendi+cili padi dan diperah sikit limau. Makan bersila sambil menikmati suapan pertama, Argghh, sedapnya! Nikmat makanan stok orang susah lagi berganda-ganda sedapnya daripada makanan mewah!

-Mau simpan stok ikan bilis banyak-banyak (^-^)

kawan (2)

Kawan mungkin ramai, tapi yang betul-betul ngam dengan kita mungkin hanya seorang.
Kawan mungkin ramai, tapi yang betul-betul ikhlas dengan kita mungkin hanya seorang.
Kawan mungkin ramai, tapi bila diperlukan mungkin hanya seorang.


Kawan tak payah ramai kalau ada yang iri hati
Kawan tak payah ramai kalau ada yang busuk hati
kawan tak payah ramai kalau hanya mengambil kesempatan diri

Kata kawan,
"Jika dapat  kawan baik walaupun seorang, sudah kira bertuah."

Aku sudah malas berkawan mahupun mencari kawan. Cukuplah dengan kawan yang aku ada.

kaya


Sedang berada dalam kereta sambil mata memandang-mandang kereta-kereta yang lalu lalang. 
"Wah, Lancer!Smart siut!" selang beberapa saat kemudian muncul lagi kereta lain, 
"Wah, BMW baru!"
"Wah, Audi!"
"Perghh, Hummer!"
pendek kata semua spesis kenderaan yang canggih manggih mesti terperasan. 
Aku pun kata," Bestnye kalau kaya,ada rumah besar,kereta besar." 
Sambut kawan,
"Kalau nak kaya, kayakan dulu mak bapak, pastu baru kau boleh kaya."
Aku pandang semula keluar tingkap, dalam hati cakap,
"memang betul, bukti dah ada depan mata."

Kesenangan kita adalah disebabkan berkat doa, restu dan keredhaan mak ayah. Jika mak ayah tak redha dengan apa yang kita buat, tak kan ke mananya kekayaan dan kemasyuran yang kita miliki. Dunia tak dapat, akhirat? Jawab sendirilah...

Monday, October 4, 2010

bila...


Bila pergi sekolah jalan kaki, cakap dalam hati,
"kan best kalau dapat naik bas."

Bila dapat naik bas, cakap dalam hati,
"kan best kalau dapat bawak motor."

Bila mak ayah dah bagi bawak motor, tak puas hati lagi. Cakap dalam hati'
"kan best kalau dapat bawak kereta."
Aku, atau ada juga manusia yang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada.

tapi sekarang ada mak,ada ayah, ada abang,adik.
tak pernah pula cakap dalam hati,
"Siapa nak jadi wali, ketua keluarga kalau ayah dah tak ada?"
"Siapa yang boleh masak macam mak masak kalau mak dah tak ada?"
"Siapa yang nak doakan aku kalau mak dah tak ada?"
"Siapa nak dengar dan pujuk aku bila aku ada masalah ?"
"Siapa nak bantu aku kalau abang, adik dah tak ada?"
 
Aku, atau ada juga antara kalian yang jarang menghargai apa yang ada.
...

Friday, October 1, 2010

sesat


Tak boleh diterima akal kami sesat dalam KL! Mencari Jalan Duta, follow saja sign board yang duk tulis Jalan Duta, sampai satu simpang dah takde sign board yang menjadi tempat bergantung. Terus je jugak jalan, masuk simpang, jumpa Muzium, jumpa Menara TM, jumpa Pusat Sains Negara, tau-tau keluar kat Kerinchi, apakah? Eh, aku nak pergi Hentian Duta jela, bukan rombongan! Masa kat Duke dah terlepas simpang, boleh pulak buat keje gila undur, aku pulak boleh volunteer keluar dari kereta bagi arahan, haha! Tak masuk akal betul! Last-last datang peronda highway, sungguh segan dan terus bertambah malu bila abang tu tunjukkan simpang U turn kat  depan,ceh, malu i!
Sungguh mencabar jalan kat KL ni. Kalau tak tau jalan, keluarkan jela duit simpan kat ASB tu pegi beli GPRS. Tapi, kami dah belajar satu perkara. Kalau dah sesat, jangan panik, jangan nangis. Layan je lagu kat radio tu dan terus jalan. Comfirm kita akan jumpa jalan kebenaran di hadapan. "knock me down~~~" lalala


-Siapa ada GPRS lebih, mehla campak kat sini satu...