Tuesday, November 30, 2010

dasar perbelanjaan berhikmah

Setiap hari mesti dengar orang cakap duit makin sikit, peruntukan susah nak dapat sebab kerajaan menggalakkan kita berbelanja secara sederhana. Memang sedikit terasa bahang dasar yang cuba dilaksanakan, tapi nampaknya bukan secara menyeluruh. Orang kat bawah, jabatan-jabatan kecik kat hulu-hulu kampung disuruh belanja ala kadar, tak boleh mintak itu, tak boleh mintak ini. Kalau boleh, mesyuarat pun dia suruh buat kat bawah pokok, tak payah pegi hotel, jamuan tak payah pakai katering, beli je karipap kat tepi jalan. Tapi, yang kat atas bila tengok dalam paper lain pula cara perbelanjaan berhikmahnya dilaksanakan. Makin boyot perut masing-masing.
Walaupun dah kurang berbelanja (katanya) tapi kalau penyelenggaraan tak sempurna, tak jalan jugak. Ini antara gambar yang sempai disnap untuk menyatakan perbelanjaan berhikmah mereka.



Pili air tu rasanya dah lama meleleh je airnya, ntah berapa liter padu tersia-sia begitu saja. Matahari masih bercahaya tapi lampu dah dibuka. Kalau pakai tenaga solar sedaplah sikit nampaknya. Ini pakai tenaga elektrik. Masih ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum dasar perbelanjaan berhikmah tu dilaksanakan. Aku memang tak rasa apa-apa sebab sebelum dasar ni memang dah sehabis berhikmah berbelanja. Lainlah pelajar pun dapat bonus,haha!

komitmen

Mahukan sesuatu tapi masih ragu-ragu sama ada mampu. Adakah sudah bersedia memberi komitmen, ada tanggungjawab? Walaupun mulut kata 'ya' tapi hati terdetik 'boleh ke?' Ataupun ikut konsep hidup, "ko redah je'. Aku semakin tak tahu kedudukan aku sekarang. Masih berbelah bahagi walaupun esok lusa sudah menjanjikan aku perlu berkomitmen. 
Setelah berfikir, setiap orang akan berkomitmen. Orang yang lari darpada komitmen adalah orang yang tak bertanggungjawab dan tak percaya pada diri sendiri. Komitmen menjadikan kita seorang yang optimis, berperancangan dan melakukan sesuatu pada hari ini untuk masa akan datang. Ya. aku yakin dan pasti apa perancangan aku pada kali ini adalah sedikit bayangan tentang kehidupan yang akan aku lalui pada tahun yang berikutnya. Jadi, aku pilih, "bolos saja dinding itu!"

Saturday, November 27, 2010

Tak apa...

Pergi jalan-jalan kat Pasar Malam Sri Serdang, round dua tiga kali terserempak dengan bekas senior masa kat Teknik PD dulu. Sesi bertegur sapa bermula...

Senior :Ang ngaji kat UPM ka?
Aku @DD (Diana Danielle) : A'ah, blaja kat sini jugak ke?
Senior : Dah nak abis pun (muka macam poyo). Ko bila abis?
DD : Baru masuk sambung.
Senior : Owh, tua lah ko nanti bila dah keluar.
DD : senyum ala-ala je.

Dah abis sesi beramah mesra tu aku terfikir, tua ke aku nanti bila dah keluar? Atau aku sambung sampai umur 50 baru dapat abiskan belajar, atau hormon ketuaan dah terlihat di mukaku? Aku tak percayalah, senior aku tu jeles kot aku dapat sambung awal dari dia. Dia baru abis degree aku dah sambung.
Lagipun aku rasa banyak manfaat dan kelebihan duduk terperap macam ikan masin dalam UPM ni jadi student.Antaranya:
1) Aku rasa awet muda, dikelilingi oleh budak-budak yang baru sweet 20 gitu. Aku pun dapat sket sweetnye...hehe
2) Aku tak pening nak bangun awal-awal kene kejar LRT pegi keje.
3) Aku boleh tengok wayang guna kad matrik, dapat murah!
4)Tak yah pikir utang PTPTipu
5) Nak buat spek mata pun murah, student price!
6) Kalo aku sakit perut, pening sikit-sikit, demam, cedera parah pergi je PK, compom semua ubat percuma, korang dapat?haha
7) kalo demam yang pura-pura tak payah pening nak cari klinik mana nak kasi MC, aku boleh tulis surat je kat lecterur,hehe...tapi aku tak pernah buat tau.
8) Boleh tak datang kuliah 6 jam sebab kedatangan perlu 80% je, macam korang dapat cuti tahunlah...
9) Tak tergolong dalam statistik penganggur...=p

Senarai kat atas tu baru sikit je, tapi malas nak bagitau semua, takut korang menyesal lak keluar cepat-cepat dari institusi pendidikan. Hehe, tapi takpe, korang sungguh produktif dan menyumbang kepada peratusan KDNK negara, aku sungguh bangga dengan korang =)
Tapi yang bestnye korang yang dah bekerja ialah korang dah boleh potong KWSP or EPF,banyak dowh duit korang...(aku puji sket jaga ati korang =p)

Thursday, November 25, 2010

STPM

Arghh, terlambat satu ari tuk katakan, Selamat Menghadapi Peperiksaan Tinggi Pelajaran Malaysia kat adik aku, Nazirah@Ila atau Cik Leng. Semoga dapat menempuhinya dengan sukses. Harini paper sejarah, antara paper yang tidak digemari ramai kecuali aku. Aku suke sejarah! Mari berdoa bersama-sama agar beliau yang berwarna pink dalam gambar dapat menjawab dengan tenang.


Aku dah duduk jawab semua peperiksaan am yang  disediakan oleh kerajaan Malaysia. Dari UPSR (2A, 3B), PMR (4A,3B,1D) BI aku memang tahap kuno masa nih! SPM (2A,3B dan yang lain-lain) aku tak berapa ak ingat atau takmo ingat pun result SPM aku, memang kategori teruklah. Masa ni memang aku dah putus asa, takkan aku nak terima jugak tawaran Poli sedangkan aku tau aku takkan mampu bawak bidang engineering lagi. Jadi aku dengan rasa rendah diri masuklah Form 6. Malu dowh budak teknik masuk F6, paling busuk pun masuk Mara or Poli je kawan-kawan aku. Aku je yang tersangkut kena pakai baju sekolah putih kain kaler itam. Tapi, aku malas nak layan perasaan malu sangat, pekse pertengahan tahun dapat pelajar terbaik F6 =) dan akhirnya dapat jugaklah aku 4 prinsipal dan terus UPM cepat-cepat amik aku sebelum aku dilamar oleh Oxford University (aku tipu je).
Sebenarnya, berjaya atau gagal adalah hasil usaha kita sendiri. Kita je yang boleh mengubah keadaan. Mak aku doa macam mana sekalipun tapi aku still dok main-main gak masa SPM dulu, tetap tak ke mana. Masa depan kita bermula dengan hari ni. jangan salahkan masa tua korang nanti bila kena duduk rumah orang tua kalau masa sekarang korang tak didik anak dengan sebaiknya. lebih kurang macam tulah aku nak cakap. Aku tak taulah masa tua nanti nak duk mana, Paris, Jepun or tak sempat pun merasa tua...Perumahan tetap adalah di tanah perkuburan, insaf seketika dan harap kekal selamanya =)

Tuesday, November 23, 2010

beringat sebelum...

Owh, sakit kepalaku datang menyerang kembali. Entah napelah sejak dari raya qurban aritu kepala aku berdenyut-denyut sakit. Aku suspek aku terover makan daging. mana taknye, dua hari aku balik asyik lauk daging jela. Daging rendang, daging goreng kunyit, daging masak kicap, sayur masak daging, sup TULANG yang dah terang-terang lemak+minyak terlekat kat dinding perut aku. 
Tapi, pagi ni aku sakit kepala lagi. Eh, common ar, aku makan roti cecah milo je malam tadi tau, ko jangan bagi aku suspen. Aku risau migrain je, susur galur darah diraja aku memang migrain ni pakejlah, Along, Dak bang, nazirah semua ada migrain. Pastu aku takut pulak kena darah tinggi. Ini memang penyakit pakej keluarga jugak. Adoi, aku masih setahun jagung, muda remaja, tak cantiklah kan muda-muda dah ade penyakit. Aku terus selongkar laci ajaib, kot-kot ada tangkal ke =p Eh, syirik, jangan jadi bodoh. Akhirnya, aku jumpa...

Sekali bukak laci ade Hi Goat, punyelah mewah laci aku ni,haha. Ni barang si Ida tapi beliau dah mewasiatkan kepada aku tuk menghabiskannya. Aku memang tak sentuhlah susu-susu ni. Ida cakap susu ni bagus, mak dia minum setiap hari dan dah nampak cergas, tak lenguh-lenguh kaki. Jadi, aku pun belikan tuk mak. Aku suruh my mom minum. Bila aku balik lagi, mak cakap dia pun dah jatuh cinta dengan HiGoat ni. Mak dah tak rasa penat sangat, rasa sihat dan bila nampak cermin seperti iras Nora Danish, Haha! Aku pun up lagi sekotak tuk mak biar pasni dia pandang cermin dah boleh nampak Angelina Jolie plak. 
Bila dah lihat bahan kajian telah berjaya (merujuk kpd mak aku), aku pun dengan redha kena minum jugak, tapi aku mix sket dengan milo, tak lalu nak telan kang! 
wah, botol pun cap zhulian, takmo kalah! Tak dapat pakai emas zhulian, botol pun jadilah. Aku pun menelan dan terus aku minum coffe mix tuk menghilangkan rasa loya susu. Padahal, takde ape pun sebenarnya, mind set tu kena hapuskan! Aku terpaksa telan sebab aku tak mau sakit, nanti apa kerja pun tak boleh buat. Dahla time ni aku memang banyak keje, pastu menyusahkan orang pulak.Dah, aku nakgi tengok cermin, dah tukar rupa jadi Scha tak, or dah jadi Norlia Ghani? Owh, TIDAK!!!!

Monday, November 22, 2010

tandas

Ada sesetengah orang sangat sensitif dengan tandas, kalau tandas kotor atau tak berkenan dengan citarasa dan jenis yang punggung demand, sanggup terkepit-kepit menahan asakan pundi kencing dan saluran kumbahan daripada menahan bau yang teramat dasyat. Tapi kalau jenis hidung tersumbat seperti tersumbatnya mangkok jamban tu, takde hal nak menyangkung sekangkang dua, siap boleh nanyi lagu lagu Madah berhelah, part korus lak tuh! Huduh sungguh perangai!
Aku pun amat memilih untuk membuang hasil seni aku. yela, kami akan berpisah untuk selamanya, dah tak akan bersua lagi. So, aku kenalah pilih tempat yang standard sketlah untuk membuat majlis perpisahan, hehe, merepek-repek! aku paling kepantang sangat kalau nampak tisu bersepah-sepah, memang aku selak pintu tandas lain. Pastu, takde tandas menyangkung, semua jamban duduk. Alamatnya, aku terpaksalah bersilat sikit dalam tandas tu. Korang jangan ikutlah ye. Meh usha jap rating tandas terpopular kat malaysia. Nama tempat memang gah, tapi tandas, bersih lagi tandas sekolah rendah adik aku!

Tandas Mines : Bersih, bau pun tak ade, selesa, pintu nak masuk toilet pun cantik, ade tempat pengering tangan yang unik, tapi aku selalu buat kering seluar jean bila pergi Mines time ujan. Maksimumkan penggunaan katanya.

Tandas Mid Valley : Sederhana saja, kadang-kadang wangi,kadang-kadang busuk. kalau makcik-makcik dari kampung datang pastu nak terkucil, mesti gabra atau dah jerit kat member yang tunggu kat luar sambil pegang beg tangan dia, "Woi Milah, mano cedok eh?Ekau bawak keluar ko tadi?Den nak cebok dah susah ha.." Minta maaf makcik, kat Mid tak disediakan cedok or gayung dalam bahasa rasmi, gotah paip pun takdo! Makcik cuba pusing sikit kepala kat belah kanan, nampak tak kepala paip tu, makcik putar pelan-pelan, kang putar laju-laju abis kain luar, kain dalam makcik kena air yang datangnya dari belakang. =p 

KLCC : Weh, don't judge the book by its cover, macam korang nilai Fasha Sandha takde bulu ketiak. Banyak-banyak tempat aku pergi, KLCC yang paling teruk sekali keadaannya dan paling terkesan sampai aku mau pengsan! Aduh, teramat hanceng macam kencing kucing+ kencing orang minum kopi ginseng! Pekat dan melekat baunya kat seluar jean korang. Memang mimpi ngeri ar sape-sape yang ade insurankan punggungnya macam aku ni. Bukan tak kuasa, tak mampu nak teran sekalipun! Korang janganlah minum air banyak-banyak masa pergi KLCC. Boleh macam tu?

Alamanda : Alamanda buat masa ni sederhanalah bagi aku. Masalah tisu jugak membelenggu diriku. Rasa nak lilit-lilit je badan orang yang suka buang tisu kat lantai nih! Yang bestnya tandas kat Alamanda ni, dia banyak tandas menyangkung, banyak pilihan =) Tak payah nak beratur lama-lama.

Rating tandas ni mengikut pendapat aku, korang janganlah sampai takmo pergi KLCC pulak pasni. Mana tau, time korang bersih pulak tandas tu siap boleh baring-baring sambil minum fresh orange. Manalah tau jugak korang jenis tak kisah macam aku, Ade aku kesah?! =p Tapi, tuntutan agama juga agar kita menjaga kebersihan dan menjaga kencing kita sebab sebab salah satu perkara yang dihisab nanti di akhirat ialah adakah kita menjaga kesucian kemaluan kita, bersuci dengan tuntutan syariat. Jangan main-main ya, aku baru baca Melania tadi =)

Sunday, November 21, 2010

rumah sewa

Aku sudah mahu meninggalkan zon selesa. Sebenarnya istilah lain sudah muak dan jelak dengan mentaliti pihak pengurusan yang kat kepala otak dia asal budak master mesti banyak duit. Tiap-tiap bulan menyalak suruh bayar duit kolej. Common lah, pengurusan dulu 3 bulan tak bayar pun takde masalah. Yang menimbulkan masalah adalah mereka-mereka yang dah perabiskan duit kolej dengan aktiviti yang ntah apa-apa pastu yang jadi mangsanya pelajar. Aku dah malas nak fikir, boleh stress dibuatnya. Menaip tesis pun tak sestress bila memikirkan perangai jelik makcik-makcik tu. Mereka buatkan aku stress sampai game Zombie pun aku dah abis main, yela, stress memanjang je...
Arghh, persetankan golongan setan itu, aku dah nekad, bulat mau keluar dari lingkaran selesa ini, aku mau berdiri dengan kaki aku yang masih mampu menampung berat badan yang masih normal ini. Yela, aku tipu, dah tergelincir sket 2 kilo dari paras normal, puas ati ko Gayah? hehe 
Setelah berbincang dengan partner, rakan niaga, rakan ngeteh, rakan kongsi, kami mau menyewa, mau mengenali erti rumah bujang, perghh! Tapi, nak sewa rumah yang macam mana? Adakah rumah flat?
Aku dah merasa keperitan menumpang sekejap di rumah member aku. Sungguh sedih dan tidak selesa. Nak- nak kalau bangunan lama, compom jamban muat-muat badan ko je. Jadi, sebulat suara kami tidak berminat untuk menyewa rumah flat. Mungkin akan jadi last choice kalau dah tak nampak jalan. Jadi, kami berbincang lagi, pick satu jenis rumah, apartment kah?
Kerja KFC kat Mid Valley selama 2 bulan setengah terasa seperti setahun bila aku terpaksa duduk kat sebuah bangunan yang bentuk dia memang sebijik macam kat dalam gambar ni. Luar nama je Apartment Syurga Kita, tapi kat dalam tuhan sajalah yang tahu betapa 'nikmatnya' syurga buatan manusia. Mana aku tak serik, bila ko nak membuang, ko kena pakai payung sebab air dari sisa buangan orang atas melimpah masuk melalui pembentung rumah ko. Mana ko tak azab bila nak mandi kena menimba dulu air kat lantai bilik air sebab lubang tersumbat. Mana ko tak serik bila ko nak pergi kerja tiba-tiba lift rosak dan ko berada di tingkat 11?! dan mana ko tak loya bila sekeliling ko adalah manusia daripada spesis imigran, iaitu Indon, Bangla, Nepal, Myanmar dan dapat yang rupa ala-ala hero bollywood dari Pakistan. Asal ko keluar ampai baju je dah ada orang fewiit, usha-usha macam die hard fan korang. Tapi, part ni memang aku suke, macam fasha sandha keluar siram pokok bunga je,hak! Bakal partner pun tak mahu duduk di rumah seperti in atas sebab-sebab keselamatan, kebersihan, keramahan jiran-jiran dan untuk memelihara kecantikan juga. 
Jadi, rumah macam mana yang kami mahukan sebenarnya? Ikut selera partner, dia mahukan...

sebuah rumah teres, puas hati sebab ada parking kereta sendiri, tak perlu berebut, pecah tingkap, gores dan menang kereta orang. Dia pun cakap rumah macam ni senang sikit nak basuh kereta, boleh main badminton dan jadikan pintu pagar sebagai net. Aku pulak boleh tanam serai, cili padi, lengkuas, limau nipis, pokok kari dan nak lagi nampak suasana kampung boleh bela ayam sereban dua,hahaha! Ok, kami sudah boleh tersenyum sebab dah ada jenis rumah yang mahu diduduki. Tapi timbul pulak satu masalah. Kos sewa rumah macam yang kita orang impikan ni sungguh mahal, nak-nak kat area Cheras ni. Mau jugak makan rm800 ke atas. Kita orang mampu dalam enam ratus je.Ada yang murah pun kat nilai, nak aku nangis tolak motor sebab duit dah abis bayar sewa rumah! tak cantiklah aku menolak kan...
Kalaulah aku ada duit, setakat rumah macam ni takde hallah...
  Sungguh heaven kalau dapat rumah sebijik macam ni. Tak ada ke peraduan beli kopi cap tupai dapat hadiah sebijik banglo macam ni? Weh tokey, ko kasi buat peraduan macamaku cakap ni!
Kan best bila penat-penat balik kerja, meredah gelombang tsunami kesesakan jalan raya, lepak-lepak jap kat kerusi warna cokelat tu sambil tengok ikan duyung peliharaan membuat aksi akrobatik, bukan erotik ye. Kemudian upah dedak ayam, eh dedak ikan. Pastu asal nak buat tomyam, hulur je tangan kat luar tingkap, capai cili padi, serai, daun kesum. Tak payah lagi nak beratur panjang- panjang kat Giant. Tapi korang tolong lempang aku sebab aku berangan je...Nak buat kolam renang je mesti ada 70k, nak sewa rumah 8 rat pun tak mampu...hehe. Aku hanya mampu survey je dulu, doa-doalah dapat rumah macam yang kita orang impikan tu. Tercapai jugaklah hasrat kita orang nak menempuh alam bujang dengan riang gumbira dan selesa dan cantik...

-Ayah aku cakap kalau aku sewa rumah duit aku makin kelat.Korang paham tak maksud ayahandaku itu? =p

Saturday, November 20, 2010

minyak hitam

Balik dari melaka terus bawak si Ensem pergi servis. Dah hampir 2 bulan tak servis, kang merajuk pulak susah aku nak bergerak. Sampai ke bengkel terus cakap nak tukar minyak hitam, aku tanya mana yang paling bagus. Dia tunjukkan aku bekas warna jernih. 
"Ini brand paling bagus, ini bukan air paip maa.." 
Aku tanya lagi,
"Kenapa warna minyak hitam ni putih? Lu jangan tipu wa."
"Haiyya, ini minyak memang warna putih, lu sudah letak dalam, sudah guna minnyak terus tukar warna hitam."
"Oohhh...."
kudusnya aku ni...
Lepas ni kena cakap, "Tokey, kasi tukar minyak putih."

mengikut

Semakin keliru dan berkecamuk dengan identiti golongan remaja yang lebih ke arah keglamouran dan mengikut perkembangan fesyen katanya. Memang remaja, termasuk aku suka mengikut. Tapi, dalam konteks remaja sekarang, mereka hanya mengikut perkara-perkara yang menjurus ke arah keseronokan, ketrampilan tapi bukan pada semangat, wawasan dan rohaniah. 
Jika dulu, heboh dengan musim rock, semua orang pun ikut jadi rock. Pakai gelang besi anjing yang tebal tu, koyak jean kat bahagian lutut yang kematu tebal dek jatuh motor. Pergi berdondon-dondon konsert Rock kapak, rock pisau belit, terjerit-jerit, bukak baju dah macam orang gila meroyan.

Dah habis musim rock, masuk pulak musim punk-ska. Dah kena pegi Bundle cari jaket, kasut, seluar jean ketat. Lepas tu amik eye liner adik pompuan nak pakai kat mata semata-mata nak nampak punk. Duit sekolah mak bagi buat beli krim rambut yang boleh kasi keras, dah tercacak-cacak je rambut macam tanduk kerbau. Tak cukup dengan itu, nak join group punk secara serius. Malam-malam buat bulatan mengelilingi api, bersumpah taat setia kepada kumpulan, minum darah ayam,kambing,nyamuk, bakar Quran dan disusuli dengan adegan rogol merogol sesama ahli. Yang terang-terang sesat mereka ikut, bila suruh bangun malam Qiamulai tak mau.
Bila satu malaya dah heboh pasal punk sesat, dah hilang semua taat setia, keluar parti (macam Zaid =p) Follow pulak group Hip Hop. 
Alamak, kena pergi Bundle lagi nak cari seluar besar,gelebeh sampai nampak spender, rantai seluar, topi, baju panas tebal-tebal, kasut Mcdonald, baru nampak macam Eminem! Dah masuk hip hop kenalah pandai buat break dance, terlompat,terkinja-kinja macam beruk kat tepi-tepi jalan. Masa menari tu tak tanya pulak, "Brader,kita menari ni untuk apa?" "Bro, step bintang,segitiga ni apa maknanya?" Kenapa remaja kita tidak menyoal sebelum mengikut? Sebab masa kat sekolah dulu bila cikgu tanya, "ada apa-apa soalan Seman?" Dia dok geleng je, dan habit itu berlarutanlah sampai dia sesat sebab tak mau tanya.
Sampai bila remaja sekarang harus berpegang kepada budaya mengikut tanpa berfikir? Apa mekanisme yang paling ideal untuk melahirkan remaja yang berkarisma? Tak perlu tanya menteri sebab anak depa pun mungkin dok main lagu ni. Dia je yang tak tau...
-Aku pun pernah terjebak dengan hip hop,nampak sangat cool...hehe

Tuesday, November 16, 2010

perasaan

Dia baru hilang dari pandangan, aku sudah mula rasa kehilangan...Teringat lagu SO7

saat-saat seperti ini
pintu telah terkunci lampu telah mati
ku ingin pulang tuk segera berjumpa denganmu
waktu-waktu seperti ini
di dalam selimut harapkan mimpi
bayangan pulang
tuk segera berjumpa 
denganmu...
Ku ingin kau tahu
ku bergetar merindukanmu
hingga pagi menjelang...

Jangan ikut perasaan, semalam berdua, hari ni sendiri, tetap sendiri.

Eid Mubarak

Hampir terlupa kita ada raya lagi yang perlu disambut. Sibuk settlekan dua research report yang dah sampai memo kena hantar minggu ni jugak, nasib baik dah siap. Dengan berlapang dada, bertolak ke rumah, hujan sangat lebat, lepak kat Petronas dulu dengan Nami sambil makan Big Apple yang Ida tinggalkan tadi. Hampir sejam barulah hujan reda. Tapi tetap basah jugak. Sampai rumah, tersenyum bila melihat juadah raya yang telah menantiku...



Jadi jugak ayah bakar lemang,ingatkan tak bakar. 80 batang pulak tu, memang Superman betul! Dah sejuk redah hujan tadi, jumpa pulak sup tulang power rangers cik kiah, tak toleh belakang dah makan....hehe
Pape pun kawan-kawan, Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Berkorban ke arah kecemerlangan =)

Monday, November 15, 2010

MEGAMIND

Dalam sibuk-sibuk ,dua kali jugaklah pegi tengok cerita ni. Memang sungguh menarik dan teramat lawak, kalau tak apa jadahnya aku tengok sampai dua kali! Korang katalah aku gila, bodoh tapi aku da pegi tengok gak cerita ni, hahaha.
jalan cerita pun lain dari yang lain, tak klise sangat, tak tahan dengan lawak-lawak yang ada dalam cerita ni, memang salute ah sape director dia. Ala, dia pun buat cerita Shrek jugak, . Patutlah aku suka, cerita Shrek 3 pun aku tengok sampai dua kali kat Mid valley! (gila punya orang)
Takmo cakap pun sinopsis cerita ni, terlalu menarik dan tak sanngup nak kongsi ngan korang. Ape kata korang pergi tengok sendiri, kalau cite ni boleh buat korang gelak, maksudnya betullah kata aku. Weh, Brad Pitt pun ade tau....hihihi

 tengok watak jahat dia pun ko dah nak gelak.Jom gelak reramai,HAHAHAHA

Thursday, November 11, 2010

Korang bengang bila....

Terdapat beberapa situasi yang sentiasa akan membuat darah tinggi korang naik sampai ke bijik mata. Dikelilingi oleh makhluk-makhluk purba yang tak tau nak cover, syok sendiri atau berasa segan sket dengan orang sekeliling. Korang mesti pernah berada dalam salah satu daripada situasi di bawah :

Situasi pertama: Bila tengok wayang, ada segorombolan lembu gila bercakap-cakap, siap bagi komen kat cerita yang korang tengah tengok! Sepanjang cerita, korang dengar suara lembu je, apa yang Brat Pitt cakap pun korang tak dengar. Lembu ni pun tak retilah nak silent enset, dah keluar bunyi enset yang semestinya membuatkan kata-kata makian bermain-main di hujung lidah korang!

Situasi kedua : Dengan perasaan hangin satu badan masa dalam wayang tadi, hangin pulak masuk dalam perut, bergegas pergi ke tandas. Melangkah je masuk, tisu belambak-lambak, bersepah-sepah kat lantai, kat dalam mangkuk jamban, korang berhangin lagi! Tu belum campur bau-bauan semulajadi...hangin+hancing :Gunung Merapi!

Situasi ketiga : Dah perut masuk hangin, berbunyi-bunyi sebab lapar teramat sangat, korang pun bergegas ke Mcd atau KFC. Alamak, beratur bukan main panjang. Adalah dalam 30 minit kemudian, barulah turn korang kat depan cashier tu. "bagi bubur Mcd besar 1, big mac 1, nudget 1, eskrim 1, coke besar punye 1." cashier tu pun toleh belakang nak capai burger yang korang pesan tadi. Pastu dia dengan persis model syampu Rejoice berpaling semula kat korang dan cakap, :Kak, kena tungu lagi 30 minit." Apa reaksi korang time tu? Merapi sudah berapi-api....hahaha

Situasi keempat : Korang pun dah merajuk takmo datang lagi ke shopping complex haram tuh, korang pun balik dengan langkah longlai, perut masuk hangin, badan berhangin. Korang pun memandu sambil mendengar lagu Keroncong untuk Ana (Ade ke?) yang memang secocok dengan mood korang time tu. tengah memandu, tiba-tiba lori depan terus masuk simpang tanpa memberi signal. Nasib baik korang bawak 60km je, kalau tekan lebih sket, compom dah bawah tayar lori gila tu! "Ko nak pergi mana syaitan!!!" memaki drebar lori.
Kalau kesemua situasi berlaku secara serentak, memang sah itu Hari Malang korang.

Wednesday, November 10, 2010

kursus

Setelah dua hari menghadiri kursus kewangan penyelidikan, barulah aku faham perkara-perkara yang selama ini researcher pun tak tau macam mana nak habiskan duit, putar alam duit...haha
Sudah terang lagi bersuluh,even beli laptop,camera even harganya bawah rm3000 masih dianggap inventori PTJ, jangan buat harta sendiri. Itu semua duit rakyat yang dok bayar segala cukai...Ada jugak penyelidik tak pernah dengar tentang SGRA, sungguh sedih bila perkara sebegini tidak dihebahkan secara umum. Kesian kat sape-sape yang tak ada pembantu. Kepada sesiapa yang berminat nak jadi SGRA atau GRA, boleh mohon terus kat GSO. Kalau yang bukan pelajar siswazah, boleh usha-usha Dr yang tengah pening cari RA.


Pergi kursus,part yang paling best ialah di meja makan! Yuran kursus pun dekat lima rat, kalau bagi makan biasa-biasa je, compom kena boikot ramai-ramai, aku follow je...=)

Sunday, November 7, 2010

musim demam

aku telah dijangkiti virus demam. Kenapa sekarang cik demam nak datang melawat aku? Aku tengah sibuk ni cik demam usha-usha pulak...sudahlah banyak kerja, demam pulak, emosi sungguh tidak stabil sekarang. selsema sambil jerawat batu tersembunyi di celah-celah idung, sakit bukan? Arghhh!!!

 

Dengan kombinasi dua ubat ini,diharapkan mereka berganding bahu melawan musuh hakiki mereka, iaitu cik demam! Lagi 2 hari kebahlah ni.Doakan aku ye...(^L^)

dewali

Selamat menyambut Dewali kepada Pia, Arn dan Ida. Semoga diwali kali ini membawa cahaya kebahagian dalam hidup anda. Jangan lupa pergi bayar niat dekat Batu Caves. Tak payah pecah kelapa banyak sangat, kelapa mahal dowh sekarang!
Cuti dewali dihabiskan di Melaka. Even aku orang Melaka tapi dah lama jugak tak jalan-jalan kat area Melaka, dah tak tau jalan mana nak ikut, MAJU sangat! Ikut gerak ati jela bawak sambil usha-usha bakal sekolah ida tuk praktikal nanti, jadi orang melaka ye kome! Sekolah de betul-betul sebelah opis Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, silap hari bulan tiap-tiap hari Nazir datang buat sport check,haha. Padan muka. Nasib baik dah ade Jusco card sebab sekolah tu dekat dengan Jusco, mari bersorak!!!
Masuk kawasan pelancongan macam orang asing je sebab banyak sangat benda baru yang dah dibina. Kalau datang waktu malam mesti lagi seronok, lampu lip lap lip lap pasang. Serius dah macam orang seberang baru first time datang Melaka!




Banyak sangat gambar, macam over lak orang melaka teruja,hehe. Korang datanglah Melaka, nak pergi satu tempat ke satu tempat dekat, senang, jimat masa. Nak naik Menara berputar Taming Sari, nak masuk kapal, panjat bukit A Famosa, jalan-jalan kat Jonker Walk, menyusuri Sungai Melaka, semuanya berbaloi-baloi, berani jamin!

Saturday, November 6, 2010

sibuk


Oh, sangat sibuk merencana beberapa perkara membuatkan aku tidak punya waktu untuk menjengah blog. Sibuk dengan dateline report research, sibuk dengan progress research, lantik software engineer, draft questionair, siapkan jadual perjalanan tuk research di langkawi bulan 12 ni dan macam-macam lagi. 
Nasib baik tiket flight dah booking, hotel dah tempah, yang lain-lain serah kat jawa je bila dah sampai sana. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus mengikuti dan menjadi sebahagian daripada team research =)
Pasni,mau menulis tesis pulak, budak-budak lain senyap je, ntah-ntah da antar kedai nak binding tesis je, takutnya!!!
Pia, Din di mana kalian???