Wednesday, December 29, 2010

FINALLY!!!

Finally, the cup is ours!Kita tutup tirai 2010 dengan satu pencapaian yang sungguh membanggakan. Setelah sekian lama martabat bola sepak dipandang sepi, namun dengan kebanjiran hampir 80,000 penyokong di Stadium Nasional hari tu memberi satu petanda baru terhadap sokongan rakyat Malaysia yang mahukan kejayaan sulung dalam piala Suzuki AFF 2010. dan malam ini,akhirnya kita berjaya merobohkan ego pemain Indonesia di tempat mereka sendiri dan juga mendiamkan semua mulut busuk penyokong fanatik Indonesia. Walaupun pemain Malaysia rata-ratanya skuad bawah 23 tahun, umur bukan faktor melakar kejayaan.
Wah, ayat wartawan habis! Walaupun dengan tv yang tak berapa clear, bola pun tak tau kat kaki sape, dan menonton seorang diri, kegagahan dan kegigihan aku duduk seinci depan tv berbaloi juga. Fahmi, u sekarang dah gantikan kehenseman Aidil dan Zakuan. I lap u skarang jugak! Babai Aidil, sayonara Zakuan..huhu
Mari kita lihat barisan pemain malaysia yang telah mencipta sejarah terulung bola sepak negara.

Eh, terletak gambar Fahmi lak, takpe, dia hero dan macam ultraman yang terbang ke sana ke sini menepis serangan daripada raksasa jahat! fahmi, boleh kite kapel?

Ya, inilah barisan pejuang kita. Safee (jersi 10) telah menjadi penjaring terbanyak, 5 gol beb, sape brani! agak hensem dan kacak bergaya jugak pemain bola sepak kita,no 24 tu pun boleh tahan gak =p
Ok, kompom esok cuti! Kalau aku menterilah...haha. Rajagopal kompom dapat datuk, Fahmi compom dapat offer iklan Rexona or jurucakap Al-Ikhsan or gantikan tempat Aidil tuk iklan Nike. Wah, kayalah ang! Takpe, korang kautlah semua tu, memang korang layak, tapi jangan pasni main-main pulak, kekalkan prestasi, jangan heboh nak usha artis seksi plak...(^-^)

cerita yang sama

Arghh, andaian aku sangat tepat. 
Dulu, kau bikin cerita ini, aku masih ingat harinya.
Aku masih terasa peritnya. 
Namun, kau janji itu tak mungkin berulang.
Ya, memang tak berulang dengan bilangan yang sama
kau tambah lagi pilihan derita
Yang aku rasa sudah cukup menyesakkan dada
Tahun baru, buku baru
Kau juga mahu yang baru rupanya...

sanggul lintang

Kawin sudah kawan aku, si Pidah bersama kekasih hatinya. Moga berkekalan selamanya,Amin. Orang Melaka kalau kawin, mesti 3 hari 2 malam baru cukup syarat!Memang Parameswara dah pesan masa rusa kick punggung anjingnya. Dialognya bunyi lebih kurang macam ni lah:
"Barang siapa anak kelahiran melaka, beta menitahkan agar sebarang majlis kenduri kendara mestilah dilakukan 3 hari berturut-turut laksana pesta gamaknya!"
3 hari tu standard lah bagi kita orang. Jadual yang dah disusun Ketua Kampung:
Khamis : Semua orang datang kupik bawang, rebus telur, dirikan khemah, makan-makan.
Jumaat : Upacara akad nikah di waktu petang, biasanya lepas Asar. Kemudian sebelah malamnya pula ada upacara berarak malam, siap kompang, junjung pengantin, bunga api, karaoke, joget lambak sikit, makan bubur, meehun.
Sabtu :  Barulah acara kemuncak, pengantin berarak cantik-cantik, tetamu ramai datang, orang datang salam tuan rumah ulur-ulur sampul surat, makan nasi minyak, tepung tawar, karaoke, joget lambak dan aksi shuffle, barulah millenium!

Lama kan orang Melaka kawin. Kalau orang Utara tengok, compom mengucap panjang, DOSA, DOSA!!!
haha,culture shock orang Kelantan menengoknye...Part paling menarik, time pengantin berarak malam, ade bunga api buluh, ni kat Melaka je ade. Aku rasalah.

Dan mahkota yang berat ni, apa namanya, sanggul lintang adalah satu identiti orang Melaka jugak. Yang kawan aku pakai ni takdelah horror sangat, mak aku punya dulu mau 5 kilo beratnye! meh usha jap jenis-jenis sanggul lintang orang Melaka.
Ini masa dak dik ngan dak bang kawin, jadi mestilah para isteri yang pakai, tengok macam berat je kan...Kalau tak mau pakai, memang mak aku mengamuk jadi Hulk!
Ini cik induk, mak sedara. Tengok sanggul lintang, berseri-seri je muka.

Yang ni Mak Ngah, entah tahun bila kawin. Tak kisah tahun bila tapi memang kena pakai pun!
Ok, yang nilah Ratu Sanggul Lintang, Puan Rokiah.Tengok muka mak aku, nak senyum pun tak mampu.Aku rasa kalau senyum tu mau pecah urat sereberum yang link ke otak sebab terlebih muatan. Haha, klako je mak aku muda-muda...=)
Aku kena pakai ke?Emm, mak ape kate kita cut cost so tak payah berarak malam, dan terlepaslah aku kena pakai sanggul lintang.
Dan, aku pasti dak Long cakap dalam hatinya, "Jangan ko haraplah!"
Mak, tak mau pakai sanggul lintang, tak princesslah...nak pakai macam ni boleh?

barulah princess mak...
compom mak dan along cakap, "Jangan ko hadap!" haha (>_<)

berkerangan,berkupangan

Lama sudah tak jumpa kawan-kawan kat Felcra Hills, semua dah ada komitmen masing-masing, susahla mau jumpa dan kumpul ramai-ramai. Jadi, hanya kat majlis kawin jela dapat jumpa. Disebabkan semua balik Ahad, so pakatlah borak-borak kat tepi Pantai Pengkalan Balak, nak pegi Melaka malaslah pulak, compom sesak!
Kerang+Kupang+Rojak= SENDAWA

Bersama Echa yang dah menjadi Yunah@Munah!





Shidey yg budget maskulin




Yang memegang tittle bujang sudah tidak ramai, yang kat sebelah aku tu pun bakal bergelar tunangan orang. Jadi pasni hanya ade Shidey jela yang boleh dibawa mengeteh. Kawan aku semua ni dah kenal masa kecik, umur 3 bulan mak masing-masing dah hantar kita orang kat taska Felcra tu. Makan sama, mandi sama, tido sama, nengok tv sama, ngaji, main, pekse, tuisyen semuanya kita orang buat sama-sama. Dengan Shidey tu dari sekolah tadika, sekolah rendah, bawak ke sekolah menengah kita orang satu kelas, tak pernah berpisah! Haha,punyelah lama!
Kawan, mana ada istilah putus. Mereka tetap kawan kita sampai tua~~

HKLBR


Movie ni merupakan sambungan daripada movie Zombie Kampung Pisang yang aku memang tak pernah tengok habis. Sebabnya? macam tak berapa masuk je ngan lawak-lawak dia orang. Kalau tengok dari mula, compom tak pernah abis, lagipun masa tu mana kenal sangat dengan Mamat Khalid. La ni baru ceq tau dia tu adik pelukis tersohor negara, Datuk Lat!
sekarang ni mesti dah pecah panggung kerusi gamaknye, yela ramai orang berduyun-duyun pegi nengok cite ni. Aku paling suke sebab dalam cite ni dia orang pakai loghat Kuale kangsor, memang sukelah hati teman mendengonye!
Yang bagusnya Mamat Khalid ni, setiap cerita diselitkan dengan sindiran sinis,tak pun memang smash habis sape-sape yang terkena...cayalah!Tahap kelawakkan pun dah diupgrade dengan kemas, tak terlalu membodohkan pelakon. Dari awal hingga akhir memang panggung tu asyik gelak jela. Sampaikan Arn sungguh berterima kasih kat aku sebab bawak de tengok cite hantu ni. Kunun-kunun tak mau tengok cite Melayu, porraahh!!!
Good job En. Mamat, harap dapat perbaiki lagi mana yang kurang dan banyakkan lagi sindirian pedas +maut dalam karya-karya anda yang seterusnya!

Tuesday, December 28, 2010

28.12.10

Wohh...arini sangat padat dan sungguh penat. Pagi berkejar-kejaran ke fakulti untuk mendapat 'wahyu' yang hilang entah ke mana. Betullah, kalau otak dah stuck, tangan dah tak boleh tekan keyboard, baca ape-ape pun dah tak boleh diterima akal, kita kenalah kembali semula berjumpa tok guru kita. Compom lepas jumpa semangat membara-bara!
Lepas dah jumpa tok guru, pergi dapatkan sign tuk hantar notis penyerahan tesis, wahh, sungguh bersemangat!Sudah settle part anta notis, sekarang aku kena bersungguh-sungguh settlekan part aku pulak, buat tesis!Nak atau tak nak mesti siap dalam bulan 2.

Sudah dapat surat tawaran sambung kontrak, sudah settle part kelangsungan hidup untuk 6 bulan seterusnya. Kemudian, sudah pergi itu pejabat PTPTipu serahkan surat penangguhan (walaupun dah mula bayar). 
Sekarang, aku hanya perlu tunggu azan isyak untuk melelapkan mata dan menghabiskan part untuk 28.12.10. Hanya perlu charge bateri badan ni tuk menghadapi hari esok (^I^)

- next challange!!!(kopi radix)

Friday, December 24, 2010

sedih seketika

Aku sungguh sedih sebab aku dah buat banyak. Bila aku tunjuk apa yang aku dah buat , rupanya bukan itu yang dia mahu. AKu buntu+keliru. Aku rasa aku tak sempat tuk catch up balik, start from nil! Aku baru faham apa yang dia nak, tapi aku keliru sebab bidang aku adalah bahasa! Apa yang aku buat adalah menghuraikan data dengan kaedah dan teori bahasa yang ada. Tapi, bukan itu yang dia mahu! 
"You have to go beyond, Nadiah." She said to me.
Arghh, aku dah stuck, tak mampu nak fikir semula. menatang apa beyond tu, macam familiar, Astro beyond or beyonce? Arghhh!!!
Aku sedih ni...tapi tak boleh letak gambar real sebab sungguh huduh rupanya. Pinjam jela kat google...wawawa!!!!!

ngilu hati

Macam biasa, rutin pagi dimulakan dengan secawan milo panas sambil menjenguk-jenguk Kosmo online. Keputusan PMR dah keluar pun kan semalam, katanya, yang terbaik dalam tempoh 4 tahun. Yolah, kang kalau cakap merosot compom kena bambu satu kementerian pendidikan pulak nanti. Lagipun, mana pernah keputusan UPSR ke, PMR,SPM hatta STPM merosot, xpernah kan? hehe...
Tapi, yang sedih sampai ngilu hatiku ini bila baca pasal budak baru amik result PMR dengan mak dia maut dalam kemalangan. Dengan lori pasir tu, aduh...! Punyalah gambar budak tu kat bawah tayar, ngeri betul! Tak sanggup nak tengok. Kesian adik tu dengan emaknya. Betullah, ajal maut di tangan Tuhan, takziah diucapkan kepada keluarga mangsa. 
Luluh hati seorang ayah bila melihat anaknya berada dalam keadaan begini. Kepada yang di luar sana, hati-hati bila memandu, tak kisahlah jalan kaki je ke, bawak basikal, bawak beca kena jugak menjaga keselamatan diri. Tapi, kalau kita dah ikut peraturan,dah confident rasa selamat, orang lain pulak yang sondol kita...memang tak boleh nak habaq pa lagilah.
Kepada encik ensem, jangan nakal-nakal, jage kesihatan diri untuk kesejahteraan kita berdua jua..
(gambar lama ni,masa degree dulu,comot+berkilat semacam je)
Lama dah si Ensem ni berjasa, dari abang aku dip kat UiTM masa tahun 2004 sampailah dah 2010, si Ensem masih mampu menabur bakti...huhu.
~Kau tak mungkin yang terakhir Ensem, tapi kau tetap HERO dalam hidupku~
-Baru teringat dah lama tak basuh si Ensem...(>.<)

Wednesday, December 22, 2010

lunch

Mau bayar beberapa bil, arini tak masuk opis sebab mau siapkan jurnal sebelum krismas. Aduh, menggelabah gak selak buku,analisis tak berapa cun sangat, malu mau kasi kat Dr kerja yang tak proper. 
Mau potong broadband, tapi sayang pulak sebab kalau nak sambung line balik kena bayar RM150.00. Macam mana ea nak buat pengurusan kewangan yang bijak. Ingatkan mau tolak broadband sebab mau bayar PTPTipu tu. Hari tu amik broadband sebab kat opis tak dapat wireless, sekarang dah ade line internet opis, so dah tak perlu kot pakai broadband tu. Aduh...macam mana nih!
Suda booking tiket Hantu Kak Limah balik Rumah. Arn half day,so mau kasi teman de gelak! Dah alang-alang tengahari terus jela lunch, sorang-sorang macam orang takde kawan...huhu
disebabkan semalam tak dinner, so rasa laparnya agak mengganas jugaklah. Prosperity Burger+ Bubur Mcd saiz kecik je + arabica coffee. Siap-siap makan tuk malam jugak =)

-mau buat kira-kira!

hantaran

Musim cuti sekolah, musim orang mendirikan masjid. Musim kawan-kawan sebaya berlumba-lumba menghulurkan kad kawin bila jumpa. Bila ditebak dengan soalan klise, Bila mau kawin? Aku jawab ujung tahun tapi tak sure tahun bila, =)
Hmm, sekejapnya rasa putaran hidup, peringkat evolusi seorang manusia menapak ke satu frasa, ke satu tahap untuk mencari kesempurnaan dalam kehidupan. Mereka sudah berjumpa pasangannya, sudah menetapkan tarikhnya dan sudah pasti saling melengkapi antara mereka. Tersenyum gembira saja bila mendengar ada kawan yang ingin bertunang, yang akan berkahwin dan yang akan melahirkan cahaya mata. Aku saja tetap begini.
Ya, banyak yang perlu dikorbankan bila memilih jalan begini. Tapi, aku tak pernah rasa sesal sebab aku tahu apa yang aku inginkan. Mungkin  Tuhan rencanakan untuk aku yang kebahagiaan berpasangan lambat dirasai, mungkin kerana DIA mahu aku bermanja-manjaan dulu dengan keluarga, POSITIF!!!
Nami tanya, "Mak, kalau ade orang minang dak kakak, mak nak letak berapa?"
Aku cepat-cepat jawab, "Tak payah mahal-mahal. Bukannya pandai masak, menjahit, mengemas. Kang naya mak mertua pulangkan balik!" aku seloroh.
Mak kata,"cari biar yang sepadan, ada kerja tetap, terjamin masa depan."
"Kalau macam tu mak carikan jela, aka follow je," aku cuba duga.
"Kang kalau mak carikan, takut dia pulak tak berkenan kat ko." Mak melawak pulak.
Ceh, terkena smash ngan mak.
Aku cuba mencari jawapan positif daripada mulut ayah. Ayah kata,
"Duit hantaran dak kakak lepas duit beli lembu cukuplah."
Ceh, lagi berdarah kata-kata ayah itu!Sudah,takmo sebut pasal ni,comfirm aku kena balik!!!
............................................................................................................................................................

salah

cerita ni dah lama pun berlaku, cuma hari tu, bila bukak balik ketawa terbahak-bahak sebab lawak spontan yang dibuat oleh hamba naif ni...
Situasi 1 :
(pelakon utama, dak bang)
Mak, ayah, dak bang pergi ladang. Dah lama sket mak rasa lapar, ayah pun suruhlah dak bang ni balik amik roti mak. Sebagai anak yang taat, dak bang pun baliklah lalu minta kat adik perempuannya,
"Kak, roti mak mana?"
"Emak uzur ke?" lalu dicapai sekeping dua, bungkus elok-elok dak bang pun kembalilah semula ke ladang dengan 'roti' mak tu.
"Nah mak roti," sua dak bang dengan bungkusan comel tu.
"Ya Allah!" Mak tepuk dahi, ayah geleng-geleng kepala...
"Roti ni nak makan macam mana?Roti kat atas meja tadi mak lupa amik."
Abang,abang. Lain disuruh lain dibuat!

Situasi 2 
Pelakon utama dak Bang lagi!
Kat dapur, mak tengah masak, dak bang mandi dalam bilik air. Lepas dak Bang keluar mak tanyalah,
"Bang, ko mandi macam mana? Syampu takde tu, mak belum beli lagi."
"Eh,ade je syampu kat dalam bilik air tu,"dak bang sungguh yakin.
""Mana ade, mak tak beli lagi," Mak ragu-ragu, Adakah?
"Ko pakai syampu ape bang,?" Mak berdebar-debar.
"Botol warna pink tu syampu kan," tanya dak bang.
"Ya Allah dak bang ni," mak tepuk dahi tekan dada.
"Itu syampu untuk perempuan!" Jerit mak sambil ketawa terkekeh-kekeh.
"La, yeke?!"
adik beradik 'syampu pink'
Itulah abang aku, asal boleh je...kalau cerita balik comfirm dak bang malu-malu sampai bini dia pun tak caya kenaifan dak bang ni...haha

Monday, December 20, 2010

jangan usik

Aku marah bila menyapu bilik, hulurkan penyapu bawah katil. Bila dikaut, keluar buku shin chan aku. Bukan satu, tapi sampai 5,6 buah dok terlepak kat bawah katil tuh! Aku hangin bila orang dah baca tak reti nak letak balik kat tempat asal. Rak buku bukan kat bawah katil! Aku dah warning kat seisi rumah, kalu aku jumpe lagi buku aku sepah-sepah, nayalah korang.






Aku tak marah korang baca, tapi letaklah elok-elok. Nanti aku dah pencen esok bila nak baca dah hilang muka surat terakhir, dah kena heart attack sebab tak dapat baca ending story. Bukan suruh korang pakai hand glove pun masa baca, hadoi!Esok sampai ke tualah tak reti jaga barang orang. Geramnya!

=nasib mak tak pandai baca shin chan!

baru punya!!!

Setelah menahan asakan bosan yang melampau duduk dalam bilik tanpa ditemani apa-apa hiburan sejak tv kesayanganku rosak(beli tak sampai setahun!), aku telah nekad tuk beli baru! Mula-mula macam takmo beli sebab takut budget lari, tapi alhamdulillah ade gak sepit-sepit sehelai dua kat bawah kain, hehe...
Aku tak beli yang mahal, tak beli yang flat screen, tak beli yang 32 inci, asalkan lepas tengok cerita,dapat dengar suara jadilah...

Thanks kat Arn yang sanggup balik keje teman aku gi makan kat satay sahmuri, pastu teman lagi gi cari tv. Bukan tv aku sorang je nanti, tv umah kita jugak esok lusa =p
Dengan adanya tv, bolehlah aku melekat lama sket kat meja ni, dapat jugakla translate sehelai dua buku Howard Rheingold.

-Mak cakap, "aja, aja fighty!"Pengaruh Full House menyerang ruang tamu!

Friday, December 17, 2010

soalan cepu cepok!

Berikut adalah soalan cepu cepok daripada seorang blogger. Aku cuba menjawab seikhlas hati, tiada unsur-unsur penipuan sebab nanti kena tangkap dengan pengawas peperiksaan, dah kena gantung sekolah, sia-sia je hidup...hehe

1. Bekas kekasih saya adalah:
Tak pernah ade kekasih, selalu suka seseorang simpan dalam hati je...huhu,sedih kan!

2. Saya sedang mendengar:
Suara budak-budak kat dataran ni angkat kerusi sebab ade program kat kolej ni.

3. Mungkin saya patut:
Lebih fokus, tetapkan hati untuk laksanakan apa yang dah dirancang....hurmm

4. Saya suka:
Makan, terutama kalau mak yang masak, sambal sardin pun terasa sedap!

5. Sahabat-sahabat baik saya:
Semua baik, mana ada kawan yang tak baik. Tapi yang betul-betul rapat Arn, Pia, Ida =)

6. Saya tak faham:
Kenapalah budak-budak sekarang kemaruk sangat nak jadi artis, nak pakai legging dan terlalu berhiburan..(mood seorang kaunselor pelajar)

7. Saya kehilangan: 

Nikmat nak main bola jaring yang sangat-sangat digilai dulu, sebab kepala lututku sudah dioperate dan tak mampu tuk lasak-lasak sangat. selamat tinggal jersi GA, GS, GD tersayang (sobsob!)

8. Ramai yang kata:
Muka aku tak berubah,macam dulu-dulu je. Tapi fizikal,err cube bagi soalan lain!!

9. Makna nama saya:
NADIAH bermaksud yang pemurah... takdelah sampai tahap dermawan, murah senyum?hehe

10. Cinta itu adalah:
Satu perasaan yang dikurniakan oleh Allah jika kita sudah bersedia untuknya. Cinta kepada Allah masih belum sempurna...

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Iron baju smapai bau hangus!

12. Saya akan cuba:
Menjadi positif, berdisiplin dan tidak bermuka-muka...itu paling ditakuti!

13. Ayat SELAMANYA bermaksud:
Nak rujuk kamus dewan ke ape? selamanya boleh bermaksud yang kekal hingga kita menutup mata...Iman =)

14. Telefon bimbit saya:
Sony, tapi versi ape aku tak ingat.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
Bangunlah, takkan nak main golf pulak!

16. Saya paling meluat bila:
Tengok perangai budak-budak hingusan yang tak sabar nak jadi dewasa.

17. Pesta/parti:
Ramai, sesak, bau busuk, panas, ganas!

18. Haiwan paling comel pernah saya temui ialah:
Kucing jela kot, masa kecik kiut miut je, bila dah besar, kucing melintas je aku buat tendangan penalti! (tipu je)

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
masa zaman sekolah teknik sampai habis degree (SPM+STPM+DEGREE) zaman yang sangat berharga dan paling bermakna. sekarang lebih kepada zaman membentuk dan menjalani kehidupan sendiri.

20. Hari ini:
Hari Jumaat, aku mau pulang ke Melaka!!!! Yaahoo

21. Malam ini saya akan:
tak pasti mau buat apa, cerita meja makanlah sama Nami ngan mak =)

22. Esok saya akan: [weeiiii banyaknye soalan]
Ke rumah Shidey,abangnya mau kawin...

23. Saya betul-betul inginkan:
Kejayaan dalam apa yang dilakukan.

24. Ketika saya lihat wajah saya di cermin di hadapan cermin pagi ini:
Mirror mirror in the world, who's the face beautiful of them all? Takde muka orang lain,still jugak muka aku..=) hehe

25. Pusat Membeli belah atau arked permainan:
Mines,Alamanda, Jusco Balakong : Dekat, cepat, tau jalan


26. Makanan barat atau Jepun:
Dua-dua mau kasi telan. Kata tekak  international patern...=p

27. Bilik yang terang atau gelap:
Tak suka bukak lampu tengah, suka ade sedikit cahaya je, baru boleh tido...

28. Makanan segera adalah:
Cepat, sedap, tak perlu nak fikir kalau pilih ikan goreng nak kena padankan dengan sayur ape...

29: Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
diakhiri dengan gelak dan bye. Kalau dengan mak take care, (speaking omputih ngn mak!)


30. Perkataan yang selalu diucapkan:
What's going on babeh? haha


Bagus soalan ni,korang nak try? aku tak tau macam mana nak tag, buta sungguh! Nanti aku cuba ye..pelan-pelan belajar =)

Thursday, December 16, 2010

pusing dunia

Serius, tak pernah termimpi pun dapat naik kapal terbang sebab aku rasa kalau nak naik kapal terbang mesti tiketnya mahal tahap gaban, pastu hanya orang-orang kaya je boleh naik, bila dah naik kena pakai smart-smart, yela kenderaan orang kaya.
Tapi, terima kasih kepada Air Asia sebab merealitikan slogannya, Everybody can fly..........!!!!Hehe, macam promote Air Asia lak, boleh je kalau Mr Tony Fernandes tu lantik aku jadi jurucakap tuk Air Asia, hahah!
Sebelum aku dapat naik Kapal terbang, Along aku je yang dah selalu naik, asyik gi melanconglah, rombonganlah, amik awardlah, part saje-saje naik tu yang aku tak boleh blah! Dia selalu menjeleskan aku dengan aktivitinya itu, tapi aku ada satu pepatah.
Ok, along boleh naik kapal terbang, pegi London, Beijing, Canada, Australia, mana-mana lagi sebab kerja. Takpe, aku esok akan jugak ke sana, tapi sebab aku dah jadi lectrerur (berangan lagi) aku pegi bercuti semua universiti tanggung, jangan jeles nanti tengok ke-gorgeous-an aku nanti kat NZ (pepatah apenya panjang 3 baris!)
Lagi satu, aku kena present paper pun kat oversea jugak Long, menangislah ko tengok aku pegi UK saje-saje je sebab nak baca slide,hahaha (gelak jahat)
Itu semua salah satu cara motivasi diri dengan rangsangan dan cabaran daripada pihak luar untuk memajukan diri. Jangan kita tengok orang berjaya, tapi kita nak jatuhkan pula, sepatutnya kita berazam untuk jadi lebih baik dari apa yang dah dicapai.



 Jika ada rezeki dan diberi kesempatan, mau lagi tengok negeri orang. Jepun, ko tunggu jelah aku kat sana, musim bunga nanti aku datang, err, tapi tak tahu musim bunga tahun bila..hehe =p

raikan mereka

Najwan@Juan merupakan adik bongsu. Dia ni dah nak masuk darjah 6 tapi gonjeng je badannya, kurus sangat! Aritu dia dapat keputusan UPKK, dapatlah 4A 4B. walaupun sedikit hampa tapi takpe, dia dah berusaha, kita yang kakaknya kenalah beri semangat dan dorongan lagi. Jadi, dengan cara sebegitu barulah dia ada sket semangat nak dapat keputusan yang lagi baik.
Ok, dipendekkan cerita, aku  pun tanyalah nak makan ape sebagai ganjaran. Dia menyebut PIZZA HUTT! Hampir pitam, tapi kira oklah tu dari dia sebut Kenny or Nandos, nasib baik tak banyak sangat iklan makanan sebegitu! Lepas ni aku harap sangatlah pihak TV kurangkan iklan makanan fastfood, letaklah iklan Warung Tomyam Kak Milah ke, Restoran Nasi kandaq ke, takdelah budak meleleh-leleh mintak pegi beli KFC, McD.
Uh, takkan nak bawak dak Juan je kan, yang lain muka macam menagih simpati je mengharapkan pelawaan aku,hehe. last-last semua pergi, Nami, Nazirah, Nabil, Qaseh si kecik tu jugak dah siap pakai gaun nak ikut!
















Aku rasa dah macam majlis meraikan si Qaseh pulak, sebab si kecik ni je yang teruja makan mushroom soup. Dak Juan yang beria-ia nak pizza tu makan dua keping dah surrender, ceh! Best jugak sekali sekala belanja adik beradik ni, sebab masa kita kecik dulu, tak termimpi pun nak mintak kat ayah pegi KFC. Kalau naik motor ngan ayah kat pekan, setakat pandang jela signboard KFC tu sambil menghidu aroma ayamnya. Kalau dapat exam bagus pun, tak pernah terfikir nak mintak ayah belikan KFC sebab tau ayah tak mampu lagi masa tu. Sebab itulah aku selalu cakap kat adik-adik aku yang bawah-bawah ni korang kira beruntung tak rasa susah macam kita orang kecik-kecik dulu. Jadi, bila dah senang sket sekarang, takde alasan kenapa korang tak boleh belajar betul-betul. (Wah, aku dah bertukar versi Puan Rokiah!)
Ok, takmo emo-emo, diharapkan encik Juan akan tingkatkan usaha lagi untuk menghadapi UPSR akan datang. Tak lupa kepada Nabil for ur PMR.

-Bring your heart home...

sorang-sorang

Pejam celik rupanya aku dah keseorangan kat sini selama sebulan!Wah, aku sangat kental dan tabah juga rupanya. Yela, orang yang selalu teman aku pegi makan, mandi, tido, jogging, jalan-jalan takde. Si Ida itu sedang enak bercuti sem di sana, aku je masih ternganga-nganga kat sini. Jadi, bila dah takde teman, nak jalan pun malas, makan pun malas, nak buat apa pun malas. 
Tapi tadi, aku dah bosan yang amat, ajak kak Ta (member phd) jalan-jalan survey rumah sewa kat area Cheras. Sungguh banyak pilihan sampai dah tak tau nak duduk kat mana. Jalan-jalan masuk KL semata-mata nak tau berapa minitkah yang perlu diambil oleh Arn untuk pergi kerja kalau rumah kami nanti kat Cheras. Aku tak maulah jauh sangat dari tempat kerja Arn, sian dia kena keluar rumah pukul 5 pagi nanti...hehe...Setakat ni average sewa dalam rm350 hingga ke rm450. Kalu ade rezeki ngorat-ngorat sket tuan rumah, rasa-rasa dapat tak rm200? Jangan beranganlah! Ni contoh rumah, selesa jugak, ade balkoni itu penting.

Dah petang, aku pergi Mines pulak, mau beli pencuci muka, dah seminggu tak cuci muka!Pakai air paip jela. Tiba-tiba terasa nak makan sushi pulak, masuk jela walaupun sorang. Aku takde selera sangat, ni je yang aku order, =)

Takpe, ade member card dapat diskaun. Takoyaki wajib ade!
Dah sorang ni, kenalah pandai bawak diri sebab takde sape nak ingatkan kita makan, tido, solat, baca buku sebab kita memang kena buat sendiri! Jadi, mak aku takya risau sangat ngan anak dara dia ni sebab along aku cakap aku ni pandai berdikari dan tabah,macam tak caya je along puji aku!!! Sunyi tu memang tak dapat nak larilah kan,tapi nak buat macam mana, kalau takmo sunyi kawin je, compom takkan sunyi! (^-^)

-Mak, dah boleh kawin ke belum? hehe

kehidupan

Realiti hidup
setiap saat yang bakal hadir sukar untuk dijangka
sukar untuk dimengerti
sukar untuk ditafsir dengan hati
Setiap hari kita lalui dengan rutin yang senantiasa berulang
kewajipan sebagai seorang anak kepada kedua orang tua,
kewajipan sebagai pelajar kepada gurunya,
kewajipan pekerja kepada majikannya,
mungkin kita mampu sempurnakannya.
Namun, terkadang dalam menjalankan kewajipan sedemikian,
kita seringkali terlupa akan kewajipan sebagai seorang Hamba
DIAlah ibu bapa kita,
DIAlah guru kita,
DIAlah majikan kita,
dan DIAlah yang menentukan dan mengaturkan segalanya untuk kita,
hatta kematian kita dalam keputusanNya
Adakah cukup tanggungjawab 5 kita terhadapnya?
Sempurnakah Rukun Islam kita?
Sempurnakah Rukun Iman kita?
Sudikah kita menghabiskan sepertiga malam untukNya?
Yang wajib kita seringkali gagal dalam mengerjakan
yang sunat bagaimana?
Tiada apa yang kita harapkan melainkan 
-Amal ibadat yang telah dikerjakan
-Doa anak yang soleh
-Ilmu yang bermanfaat
-sedekah jariah yang dikerjakan
Muhasabah diri, kembali kepada hukum Ilahi, Insyaalah dunia dilindungi, akhirat dirai...=)

derma

Semalam perlu bergegas ke KL Sentral untuk menyelesaikan masalah PTPTN. Apa tak gelabahnya, penangguhan sudah dibuat tapi still lagi dapat surat kena bayar. Bila dah sampai surat peguam, kelam kabut nak pergi rujuk kat PTPTN. Jadi, nasihatnya adalah membuat pembayaran sedikit demi sedikit walaupun masih belajar. RM 50 pun takpe, katanya. Ok, aku dah boleh bayar online, senang cerita.
Kemudian,aku nampak satu kempen kat ruang legar KL Sentral tu, ada kempen derma dara, eh darah! Aku sangat suka. Tapi aku tak breakfast tadi, so aku pergilah beli roti ngan air makan alas perut sket asalkan ada bukti aku dah breakfast. Seperti biasa, kene isi form, cucuk jari, amik darah nak tau jenis apa, aku jenis darah pemurah, O! Berat cukup, tidur cukup, takde sakit pape baru boleh derma darah. 
Sebenarnya, dah banyak kali jugak aku menderma, ada dalam kurang 5,6 kali. Kenapa aku derma? Sebab aku rasa sangat cool bila derma darah. Tak ramai yang suka derma darah. Takutlah, fobia jarumlah dan macam-macam lagilah. Ada lagi satu mitos purba yang dia orang masih percaya, kalau derma darah akan menyebabkan gemuk! WTH??!
Itu semua karut jela mak Andeh oii...Aku rasa bila derma darah, badan aku rasa bersih je, cergas dan sangat sihat sebab darah baru yang akan menggantikan darah yang dikeluarkan melalui jarum tu. Ala, korang bayangkan macam tukar minyak hitamlah, kan kalau minyak itam keluar warna hitam,jadi kena ganti minyak yang jernih untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Saya ada betul ka tuan doktor?
Pastu, dalam masa yang sama kita dapat selamatkan nyawa orang lain. Yela, orang eksiden, beranak, kan setiap hari banyak, jadi kalo dia orang tak cukup darah, darah kita boleh back up apa..Manalah tau yang dapat darah kita artis ke,menteri ke or bakal suami kita, ahli keluarga kita, who's know?
Lagi satu,kita ni nak derma duit jarang kan, asyik memanjang je kurang duit, jadi, gantikan saja dengan derma darah,dapat badan sihat, dapat tolong orang, dapat air tin free, dapat pahala tu yang lagi best. Barang siapa yang belum derma darah lagi, cuba sekali, pasti nak lagi =)

Tuesday, December 14, 2010

menyerap tekanan

Sungguh, aku bingung sekarang. Apa yang dibuat serba tak kena. Macam sudah disantau oleh kuasanya. itulah penangan yang telah ku terima. Balasan daripada apa yang dikerjakan. 
Oh Tesisku yang budiman, kenapalah engko tak tebal-tebal lagi? Sebab engko, aku dah stress sket, makan still boleh nganga lagi, tido je yang ko ganggu aku. Dulu,aku tak percaya orang boleh gila sebab sambung master dan phd, sekrang aku baru percaya kenapa mereka boleh gila. Antara sebab-sebabnya yang aku rasa:
Pertama, sebab takde perancangan. Aku ade perancangan tapi tak ikut, pun tak boleh pakai jugak!
Kedua, sebab leka dengan hal dunia. Aku banyak tengok wayang, jalan-jalan, makan sampai boroi, shopping-shopping, tido-tido, pun boleh dikira leka jugak.
Ketiga, tak fokus. Memang betul, baru dua ayat aku taip, aku dah bukak game Zombie, main sampai game over, pastu create new player, hampeh kan!
Keempat, tak ada momentum. Maksudnya, penulisan tesis itu tidak dijalankan secara berterusan. 2 hari taip, dua minggu tinggal, lebih kuranglah...
Kelima, kurang bermuhasabah diri, iaitu dalam bahasa tentera,"Kamu tidak berdisiplin, get out!
Keenam, aku hampir-hampir terlupa yang aku kena buat tesis. Perlu dihempuk dengan batu lesung oleh mak aku utk menyedarkan anaknya ini.
Ketujuh, kurang kepastian dalam menentukan semester. Maksudnya, aku asyik ingat yang aku ni sem 1, tak pernah naik sem pun. GSO, sila delete or kasi tukar nombor sem aku 4 kepada 1, plizzzz!!!

Sekarang, aku rasa masa dah takmo kawan dengan aku lagi, dah takmo berkompromi dengan perangai busuk aku ni, so aku perlu bergerak sepantas cahaya untuk mengejar encik masa. Oh encik masa, ko geraklah lambat-lambat, jap lagi aku datang!
sekarang juga, aku perlu bertesis dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan yang tenang. Aku perlu menyerap tekanan yang semakin bertimpa-timpa sekarang. Jangan khuatir, Allah akan buka jalan, motivasi ni,faktor kelima aku dah praktikkan!

-sokongan moral dan wang saguhati mungkin dapat mengurangkan stress, apa lagi, silalah hulur!(>_<)

yeehhaa!!!

Mintak maaf kawan-kawan, semalam saya telah tewas teruk hingga pukul 8.30 pm sudah nganga tido, penat sangat!Sampai makan pun tak terfikir. Aku kalau diberi pilihan antara makanan dan tilam, compom aku pilih tilam, rehat diutamakan!
Ok, even aku dah tido awal jadi kenalah bangun awal sebab pukul 5 am dah terpisat-pisat tak boleh nak tido balik. Aku tunggu jugak sampai pukul 6am sebab takut nakgi toilet sorang-sorang, i kan manje u oll! Setelah menahan senak pundi kencing yang dah penuh, aku pun redha jela pergi toilet. Ngadap laptop, capai buku Sociomedia untuk dipahamkan. Baru selak kulit, aku dah pening! Fokus Nadiah!
Pagi subuh yang indah ini member bilik aku story pasal satu peluang yang sememangnya diimpikan oleh semua orang, aku pun dah pernah tulis kat satu entry sebelum ni. Akhirnya ada juga peluang tersebut, SYUKUR ALHAMDULILLAH. Apa dia? Kena bagi suspen sket, barulah ade nampak plot penceritaan. Rasanya, bila aku dah siap tesis baru aku leh story...(>.<)


Monday, December 13, 2010

tak perasan

Sungguh tak perasan masa semakin cepat berlalu. Rasa baru semalam pergi Langkawi, hari ni baru settle claim-claim yang perlu dituntut. Arghh, penat otak nak buat pelarasan. Tulah, sedap-sedap pegi holiday,balik meraba-raba resit-resit yang penting, nasib baik simpan.Cuma resit mangkuk mahal mak aku je yang tak jumpe. Dahla warranty 10 tahun, so sila jangan bagi pecah piuk belanga itu, takde resit, tak boleh nak claim yang baru.
Sudah bulan 12, bermakna sudah hujung tahun, bermakna aku cuma tinggal 1 sem je lagi untuk menghabiskan master. Oh, banyaknya yang perlu dikejar. Tesis, jurnal, research....Mau tak mau kena hold dulu research Dr sebab aku mesti siapkan tesis aku dalam bulan 2 ni jugak!
so, esok adalah waktu yang terbaik untuk pergi ke library UM, baru boleh fokus dan serius sket buat tesis. 
Orang selalu tanya aku ni budak phd ke sebab aku dok kawan dengan kakak-kakak phd je. Bukan aku takmo kawan budak master, dah takde budak master yang ade kat fakulti tu, kalau ade pun GRF, mana pernah nampak mereka. Jadi, aku banyak refer kat kakak-kakak phd tu je...Kalau 40 orang sebut, ada jodohla tu aku nak sambung phd...=)
Jangan berangan, master pun nak karang satu ayat pun terkial-kial... Ok, aku mau mandi, rehat, tunggu isyak dan tido...Esok baru mau fikir pakai baju ape..Adios seniorita

Thursday, December 9, 2010

macam-macam hal

Lambat update cerita-cerita baru yang berlaku dalam negara. Macam-macam hal yang berlaku, baik dari segi politik, ekonomi, masalah masyarakat dan keseluruhannya. Aku rasa semua orang terutama golongan muda perlu tahu dan ambil tahu pasal negara. Tak kisahlah ko parti apa, pangkah mana, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk mengambil tahu apa yang sedang berlaku. Bukannya setakat bangun tido, pegi belajar, makan sepinggan, tengok sinetron kemudian tido balik. Jangan terkejutlah kalau ditanya sudahkah budak-budak yang dah cukup syarat untuk menjadi pengundi belum lagi mendaftar sebagai pengundi. Jawapan klise atau BODOH,
"Aku atas pagar."
"Aku malas nak amik port pasal politik."
"Bukan kena tangkap pun kalo tak mengundi."
Aduhai, cetek sungguh pemikiran golongan muda bodoh sebegini. Time nak mintak Biasiswa BKP 1 dan 2 pandai pulak korang amik port, bila nak mohon PTPTN pandai pulak korang isi form, tapi bila kena turn korang tunaikan tanggungjawab seribu alasan korang bagi. Takde sapa kisah pun korang nak sokong mana, janji korang bertanggungjawab.
Dari sudut pandangan, keadaan negara sekarang rasa semakin genting jika kita betul-betul ikuti. Dengan korupsi sana sini, menteri-menteri bergaduh macam budak-budak berebut mainan, dengan ekonomi yang tak menentu, gula naik, minyak naik, harga rumah naik, tekanan darah naik, tahap kolestrol naik dan akhirnya mati sia-sia semuanya. Yang dikejar harta, pangkat, artis, model, rumah besar sampai sesat, tapi bila difikirkan semula, untuk apa semua itu? Ya, memang untuk kepuasan, tapi bila dah puas, apa lagi yang kita rasa?
Politik sekarang tak ubah seperti satu pangkat yang diwarisi daripada nenek moyang. Jika pemimpin merupakan satu pangkat yang diwarisi, itulah tanda-tanda kiamat yang jelas disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Mentaliti pemimpin dan dipimpin tak pernah berubah, orang Melayu sikapnya cepat terpengaruh dan patuh kepada pemimpin. Kalau disuruh berdemonstrasi kat masjid, berduyun-duyun bawak sepanduk hatta tak tahu pun untuk apa didemokan. Yang peliknya, asal demo je buat kat masjid, kenapa tak buat kat tokong ke, kuil ke? Ada nampak kebodohan dan kejahilan yang nyata di sini apabila institusi majid yang sepatutnya dijadikan tempat mengukhuwahkan umat telah disalahguna menjadi tempat memecahbelahkan masyarakat dan mainan politik dunia. Setahu aku, dulu masa kecik-kecik ustaz kata dalam masjid tak boleh bincang pasal hal dunia. Sekarang ni, yang tua bangka ajar dan heret anak-anak pergi buat kecoh kat masjid. Time semayang Magrib tak pulak diheretnya anak-anak pergi berjemaah kat masjid. Oh dunia semakin jelas tanda tenatnya.

Peranan siapa untuk menyedarkan mereka? Siapa yang selayaknya mengajar mereka? Nak suruh pi rujuk alim ulama  pun sekarang dah tak boleh pakai, orang kafir je yang mempolitikkan agama...wallahualam (hanya Allah saja yang maha mengetahui)

*petikan gambar daripada blog The Unspinners

Wednesday, December 8, 2010

Researching a.k.a Shopping!

Ceh, aku ingat aku sudah cukup kental untuk berhadapan dengan syurga membeli belah di Langkawi, tapi aku silap, silap besar!
Budget takdelah beli apa sangat, tapi sampai tak cukup beg nak bawak balik. Mula-mula  aktiviti research dimulakan dengan menyinggah sekejap kedai menjual gamat
Takdelah aku heran sangat dengan gamat ni sebab mak aku beli masa rombongan 5 tahun lepas pun ada banyak lagi yang tak bukak, so tak teruja pun mak aku kalo aku lambakkan plastik gamat kat depan beliau. Setelah menghirup tenaga daripada zat-zat gamat yang ada, kami semua bersatu padu menginterview orang dekat Under Water World. 
Sebelum interview kenalah posing.
Responden yang sembat dirembat. Budak-budak kat belakang tu asyik main game pijak-pijak, ketinggalan sungguh interactive game yang disediakan...

"Jangan tanya acik banyak sangat, acik datang sokojap jo kek sini, ado sedaro kawin haa," rayu makcik kepadaku...hehe

 "Dik,kami honeymoon je kat sini, adik salah orang ni." 



Keturunan Mahsuri yang ke 8 mendoakan kesejahteraan nendanya...

Banyak gambar nak letak tapi letih ar nak upload semua,takut korang mual pulak tengok aksi daring aku...hehe
Insyaallah, ke Singapore lah kite yob pulak lepas ni =)