Sunday, January 30, 2011

hujan

Hari ni sepanjang pagi hujan,dari subuh sampailah sekarang. Macam tau-tau je aku beli blanket baru, sungguh tebal,gebu dan tak mahu keluar bila badan dah masuk dalam selimut itu!
Hujan menyebabkan kita malas nak buat apa-apa. Sebenarnya sendiri yang malas, nak salahkan hujan! Bila hujan, perut cepat lapar, mau makanan yang panas-panas. even keseorangan, tak bermakna aku kebuluran,hehe.Malas nak keluar beli makanan, aku budget nak masak jela ape stok yang ada. Cantek sangatlah ade lagi tertonggok daging ngan tulang. So, sudah sahlah menu tengahari ni Sup tulang dan daging,yeehhaaa!!!
Tak boleh nak upload gambar makanan sebab henset ade prob pulak.Guna jela gambar hari tu, compom sama!

Partner tuk makan,gaduh dan paksa dia basuh pinggan mangkuk dah takde,jadi nak tak nak kenalah gaduh dengan diri sendiri. Sambil tunggu daging tu empuk,bolehlah buat seperenggan dua tesis, ye dak? =)

shaolin

Mari kita mulakan segmen wayang kita dengan movie SHAOLIN!
Uiit,sungguh sadis+menangis teresak-esak bila tengok cerita ni. Memanglah cite lawan-lawan,tapi mesej dia memang menusuk hati. 2 jam tidak terasa sebab aksi lawan-lawan dia memang best. Korang boleh bayangkan jela bila Andy Lau, Nicholas Tse dengan Jackie Chan bergabung, MELETOP!


Cerita ni lebih kepada penekanan nilai-nilai positif dalam diri seseorang pemerintah. Jangan gila kuasa,jangan tamak,jangan terburu-buru dan banyak lagilah yang jangan. Semuanya kembali kepada prinsip-prinsip ajaran Budha, kalau kita kembali kepada ajaran Islamlah...semua agama menuntut kita menjadi orang baik, takde agama pun suruh kita berperang, betul tak?
cerita ni sangat berbaloi tuk duit korang.Pergilah hari Khamis,rm6 je bai...Kesimpulannya,5 bintang aku campak kat pengarah,Benny Chan =)

cemburu

cemburu,
tandanya kau sayang
barangkali kau ragu
ataupun kau benci

cemburu
buat manusia jiwanya
buat manusia hilang nuraninya
hilang manusianya

Friday, January 28, 2011

hutang

Hidup kalau tak banyak duit kenalah berhutang,ye tak?Masa kita jadi student pun kita dah berani hutang sampai puluh ribu! Itu, duit PTPTipu tu bukan hutang ke? Lainlah mak ayah kaya,harta karun tinggalan nenek moyang pun tak terabis nak makan,toksah ler gatal-gatal nak pinjam.
Hutang ni ada dua jenis,hutang dengan manusia dan hutang dengan agama. Hutang dengan manusia biasalah berbentuk wang ringgit. Hutang dengan agama seperti ganti puasa, bayar fidyah, qada' sembahyang yang kita pernah tinggal (banyaknye!!!), zakat dan apa yang dituntut oleh Allah. Tapi yang paling diutamakan selesaikanlah dulu hutang sesama manusia sebab itulah beban yang akan dibawa nanti di padang masyhar. Dan hutang-hutang itu akan dilangsaikan dengan pahala amalan kita. dahlah pahala sikit,pastu kena pulak bagi,agih-agihkan kat orang-orang yang kita pernah berhutang, alamatnye, sampai masa nak timbang dah negatif! Astagfirullah...
Wah,dah macam kuliah agama pulak. Takpe,aku sekadar nak mengingatkan diri sendiri, pastu dapat jugak mengingatkan kome-kome sekalian,manalah tau terlupa ke bab-bab hutang ni. Idup baru je suku abad tapi hutang dah bertimbun. Takpe,jika kita pernah berniat tuk melangsaikan hutang-hutang, Allah akan permudahkan jalan...(^_^)

-Kalau hutang dengan abang-abang, itu boleh tak dikategorikan sebagai tanggungjawab?Err,Along sila jawab...hehe

Thursday, January 27, 2011

Oh, lamanya...

Ape kes dah lama tak update blog?banyak sangat urusan dan masalah-masalah dalaman yang menyekat aktiviti berblog ini dilakukan. Qaseh si tembam masuk hospital, kesian dia demam panas sampai 39.5 degree!Dahla demam, bahu dia yang jatuh hari tu Dr suspek patah...Dah tak tahan tengok si kecik tu meragam asyik tunjuk perutnya yang sakit, bawaklah pegi Mahkota Medical, barulah tau yang perutnya sakit sebab banyak taik berkumpul!Ceh, sembelit rupanye budak kecik ni.

sekarang tengah sibuk ngan writing, settlekan urusan kewangan research yang asyik bertukar prosedur sampai aku dah menyampah nak telefon bendahari. Nak kena rangka schedule research ke Singapore, nak plan balik pegi Kedah tuk second research, kena fikirkan si Baby yang masuk wad, aduh!!!
Semua kita kena hadapi dengan tenang.Dalam keadaan sihat ni, kenalah buat kerja, takut pula nanti demam ke, dah menyusahkan orang lain...Bila sebut sakit ni, teringat pulak kena renew medical card bulan 4 ni...kena amik upah mesin rumput la nak tanggung sume bil.
Kepada kesayangan semua, jaga kesihatan leklok, banyak minum air masak, banyakkan berdoa...hehe

Monday, January 17, 2011

masak lemak cili padi

Aku sudah rasa musykil dengan identiti blog aku sendiri, asyik post pasal masakan je, dah macam suri rumah pulak rasanya. Tapi, nak compare dengan ketereran kak ida kanagawa, memang compom aku kalah!
Berbalik semula pada tajuk kita, hari tu ada pasar malam, ternampak ikan talapia tergedik-gedik melompat dengan riang ria kat dalam tong ikan tu,aku pun dah naik teruja! Sepinggan (7 ekor) RM5, aku pun belasah jela beli. Mula-mula nak goreng aje, tapi kalau masak lemak cili api masam-masam sket mesti meletop! kalau masak guna santan ni,aku memang fobia sikit, takut naik minyak. Teponlah Tok Guru kat rumah tu, ajarkan dari jauh, memang berbaloi-baloi, aku sendiri tak percaya yang aku masak lauk fobia nih!Korang kena percaya, sebab aku ada buktinya...
Percayalah aku yang masak...haha

Bahan-bahannya:
5ekor ikan(tak kira spesis ape)
1 biji bawang besar*
15 biji cili padi*
kunyit 1 inci*
asam limau secukup rasa
santan sebiji
garam ikut tekak
2 asam keping

Yang bertanda * korang tumbuk or blender je, pastu masukkan kat dalam kuali bersama ikan, kecutkan barang seketika dua dengan kadar api yang kecil. Agak-agak ikan tu dan kecut masukkan asam limau. Relax-relax dulu sambil tengok cinetron tapi sekali sekala jeling sket ikan tu. Agak-agak rasa asam tu dah menyerap ke dalam liang roma ikan tu, masukkanlah santan. Part ni aku memang nervous sikit,kacau pelan-pelan, dah mendidih, warna menarik, rasa meletup,tutuplah api. Kemudian makanlah dengan sepenuh jiwa... =)
Send kat mak hasil masakan, mak kata dari luar nampak sedap, rasanya tak tahulah..Ceh, aku pun balas, sedap sampai hirup siku. Mak smash balik, makanlah puas-puas, sebab aku dapat masak lauk ni setahun sekali je...hahaha (>.<)

Wednesday, January 12, 2011

mari panaskan dapur ajaib!

Hahahahaa!!! Baca entry je boleh buatkan aku terasa lapar semula. Masih terbayang-bayang Mr. Crab yang sungguh sasa hari tu. Seperti biasalah, kadang-kadang, tekak dah jemu ngan makanan kedai je, sekali-sekala mau gak masak dan makan air tangan sendiri. Takkan nak basuh tangan pastu minum air tu, yeark!! Jadi, disebabkan cik qaisara kite tengah loaded ni (ptptn je pun), aku ikutkan ajela rentaknya. Malas mau cakap banyak, takut ade yang baling piuk nasi lak kat rumah tu...haha. Meh usha ape lauk yang terpilih sebagai hidangan pemanas dapur ajaib kali ni 

 Mr Crab yang rela digoreng rangup-rangup!!!

 Sup daging+tulang dikala cuaca sejuk,musim ujan katanya...

 Pengaruh movie Korea + Jepun, mesti lauk nak ala-ala jugak =)

 Mr Crab yang telah bersedia cair di dalam molot...

 Ingin seperti berada di dapur emak, kena ada kicap ini walaupun bukan kicap cap ayam!

Pelengkap atau penutup kepada keraian, kopi cap tupai sebalang!!!!

Haahahaa,aku masih mahu gelak!Mesti ade yang hentak kepala tengok menu dinner nih. Ala, bukan selalu dapat makan cam gini. Papepun, terima kasih kat dapur ajaib sebab selalu ada bila aku lapar. Goreng telur pun jadilah kan,ye dak? (^7^)

Tuesday, January 11, 2011

cik salmah...

Apa yang berlaku semua kehendak Tuhan. Sihat,sakit, kawin, mati semua di tanganNya, cuma kita tak tahu bila. Berkesempatan berjumpa semula dengan kawan lama, Ain atau nama glemernya cik salmah, aku terus menginsafi diri. Tabahnya dia mengharungi dugaan. aku hanya mampu kata, "Tuhan sayang sangat kat kau, tu yang Dia duga kau sebegini. Kalau aku kat tempat kau, aku tak tahulah aku mampu ke tak tanggung." Aku cakap kepadanya. sungguh sadis ayat aku, yela,empati dan simpati sampai menusuk tulang hitam!
Cik Salmah ni member masa degree, tapi tak dapat konvo dengan kita orang sebab tak tahu kenapa. Lepas tu dengar berita dia eksiden teruk, tak sedarkan diri. Aku tak dapat nak melawat sebab kat area Kedah or Penang Cik Salmah ni duduk. Dan, hari tu aku terjumpa dia, tapi aku takut salah orang pulak sebab nampak macam lain. Pastu, dia pandang aku, aku tegurlah, "Ain ke?" dia senyum je dan cakap "Yelah." Aku dengar je loghat Kedah de terus pegang bahu dia tapi takdan pulak nak borak lama-lama sebab aku ada kerja. (aku tak ngular tau!)
Semalam, sementara tunggu my boss bukakkan opis sebab kunci aku hilang, aku pun carilah port nak duduk,kebetulan terjumpa cik salmah. Teruslah borak panjang lebar dan cerita dari mula sampai akhir. Dia rasa seperti orang lain bila dia dah sembuh. daripada koma, sedar, terbaring atas katil, pakai pampers, makan pakai tiub, kurang penglihatan, duduk atas kerusi roda, jalan dipapah, dia tetap juga mahu sembuh seperti sedia kala sehingga dia kembali sambung belajar sekarang. Aku rasa sedih, serius aku sedih dengan apa yang berlaku kat dia. Aku terus rasa aku sangat sombong kat Tuhan sebab jarang mengucapkan syukur setiap kali aku selamat pergi dan balik atas jalan raya. Aku jarang cakap terima kasih kat mak sebab selalu doakan keselamatan dan kesejahteraan aku. Aku rasa berdosa sangat....


Kisah Cik Salmah buatkan aku menghargai kehidupan. Tahniah sebab dia dah lulus ujian dari Tuhan. 

Kepada kawan-kawan yang mengenali Cik Salmah, berdoalah agar dia tetap dan masih mampu tersenyum menjalani kehidupan yang mendatang. 


antara gambar bersama cik salmah masa buat assigment Multimedia




AJL 25

Sape pernah sangka, tak terlintas pun,tak disebut-sebut pun oleh orang, lagu ni boleh menang. Mungkin, orang lebih menilai sesebuah lagu berdasarkan siapa yang menyanyi, populariti, bukan pada susunan kata-kata, bukan daripada nota muziknya. Oh,aku sudah seperti Ramli Sarip!!!
Bila Ana Rafali menang, ramai tak puas hati, marahkan si Ana ni yang dok lagi terkejut sebab macam mana dia boleh menang. Aku pun terkejut jugak,tapi aku cepat-cepat cari lirik lagunya. Jom kita usha jap...

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Chorus
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Ulang Chorus
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
(uploaded from 1liriklagu.com)

sedap kan liriknya?Sungguh puitis, nak-nak part :
                                                         Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa ditebus hari
Jadi memang layaklah lagu ni menang. Yang kat luar sana, janganlah emo sangat. Apa kata korang try buat lirik,gubah sendiri lagu, pastu try nyanyi, baru boleh kritik orang. Ini ilmu sains tak cukup, ilmu muzik pun ntah tau ke tidak, pandai-pandai je nak kritik orang...huh!

Bestnya bila Sharifah Aini+ Ziana Zain + Siti Nurhaliza perform, itu baru betul juara. The epic win!!! Jumpa lagi tahun depan =)

Thursday, January 6, 2011

PERHATIAN!

Kepada sesapa yang melintas kat blog ni, aku sungguh alu-alukan kehadiran anda semua. Sambil-sambil baca tu korang try usha kotak warna merah kat sebelah tu. Ada beberapa soalan yang aku mau tahu jawapannya sebab aku sedang membuat research tentang blog. So, harap korang jawablah yea, tak banyak pun,3 soalan je..=)
kalu nak tambah soalan sendiri pun boleh sangat, taipkan je kat kotak respon tu. Aku nak blanje coklat tak tau plak korang duk mana,hehe(ayat manis!)
Kalau korang dah tolong jawabkan,aku ucapkan jutaan terima kasihlah yea..nanti raya jemput datang rumah!!

Tuesday, January 4, 2011

melayu kita

Pagi ni seperti biasa baca kosmo online,terkeluar cerita pasal Karam Singh Walia. Sape je tak kenal big man ni,orang yang sangat tegas kata-katanya dengan selitan peribahasa di setiap akhir bicara. Namun,disebabkan arak sebotol,hilang sudah ketegasannya, hilang sudah imej baik yang selama ini didukungnya. 
Mahukan kepastian,aku tengoklah video pasal gado-gado kata yang uncle Karam ni hina orang Melayu. 
korang klick sini jap

Bagi aku, biasalah bila orang dah mabuk,hilang kawalan,dah tak tau apa yang dicakap. Sebab itulah arak diharamkan!Lagipun dia dah minta maaf secara terbuka,dah tau apa yang dikatakan salah tapi ada jugak brader-brader kat belakang tu yang nak tunjuk hero,kunun-kununnya dialah pendekar Melayu yang pantang mendengar bangsa Melayu dihina. 
Ek eleh,jelik pulak aku nengok mamat-mamat ni. Kalau bangsa lain,kaum lain hina orang Melayu, bukan main singsing lengan nak bertumbuk,nak bergaduh. Tapi,bila orang Melayu sendiri,'pemimpin' Melayu sendiri sanggup menjual maruah Melayu, menginjak-injakkan hak Melayu, yang mamat-mamat kat belakang tu buat apa? Common lah bro, tak payah tunjuk lagak kat Karam Singh walia tu. Malu lagi kita tengok yang bila Karam mahu sujud,dah mintak maaf beria-ia tapi mamat-mamat budget hero remaja 1987 ni still lagi nak tengking-tengking dia. Aku malas nak ulas banyak,kang kena gam pulok! 
Dari raut muka dah tau yang di sekeliling Karam tu semuanya dah belia belaka, maksudnya sudah cukup matang untuk berfikir dan bertindak.Jadi, lu fikirlah sendiri!

semangat

Semalam,sudah buntu,tak tahu mana nak tuju.Akhirnya aku tepon jugak mak. Saja-saja tanya apa yang patut, berita yang perlu diupdate. Dan akhirnya aku terpaksa jugalah mengadu tentang resah hatiku ni.Serius, aku tak pernah cakap kat mak masalah belajar aku,mak pun tak pernah tahu aku blaja cam mana. Bila mak tanya, aku jawab, "Ala,kacang je." Semalam juga aku dengar mak bagi kata-kata semangat yang orang lain tak boleh bagi.Betapa dia bangga ada anak perempuan macam aku yang berjiwa kental (aku nangis tp aku rasa mak mcm perli balik je..hehe) Mak kata lagi, aku jarang diduga, mungkin ini salah satu dugaan dariNya.
Aku rasa macam baru dengar kursus motivasi je,rasa ringan dan selepas itu kena bangkit dengan bergaya! Thanks to Nami coz always pray for me.Thank to Mun coz always be there to motivate me when i down. Sekarang,energy sudah ada,bateri sudah dicas,aku hanya perlu ke depan saja.

 upload from google image

Bukan mudah untuk berjaya.Ada orang senang buat master,setahun dah boleh dapat segulung.Mungkin jalan aku jauh sikit tapi aku kena sabar skeettt je.
Tak lupa a thousand thanks to Along for the lovely gift.Pasni compom tak kan sesat!!! lalala

Saturday, January 1, 2011

2011

Terasa sangat pantas masa berlalu, meninggalkan aku yang masih tak bersungguh-sungguh menghargai masa. Malam 2011, aku sudah tidur seperti biasa tanpa apa-apa sambutan atau special ritual, cukup sudah aku sambut awal Muharam, itu baru betul tahun baru bagi umat islam. Tak perlu bunga api bagai, duduk tengah padang kena tungau sambil melalak ikut artis menyanyi. Janganlah dijana lagi generasi tidak ber BIN kan ayahnya pada malam ini. Aku sudah tidak mahu mendengar berita banyak bayi dibuang pada bulan 9 nanti...
Semua orang menanam azam, membina azam. Aku hanya mahu selesaikan apa yang sedang dikerjakan, ibarat menyempurnakan sebuah misi. Misi itu adalah menyiapkan tesis, publish jurnal dan bergraduat dengan jayanya.
Sebelum terlambat, Selamat Hari lahir tuk member terkiut, Miss Urne a.k.a Un, sama jek!
Aku mahu konvo tahun nih!!!