Friday, February 25, 2011

pilihan raya

Budak junior tanya, 
"Kak Nad sokong mana?" 
Aku jawab, "Tak pergi mengundi pun."
Masuk paper, masuk berita, rusuhan, demonstrasi, apa kehenye?
Masing-masing nak jadi pemimpin, nak jadi MTM, MPP, YDP. Tapi nak kemas, nak handle bilik sendiri pun tak mampu. Macam mana nak handle masalah orang? Nak jadi pemimpim yang menyuarakan masalah rakyat, tapi bila dah pakai baju batik, pergi dinner, masalah bas lambat tetap tak boleh selesaikan. Bila muka dah masuk Buletin MPP, masuk ruangan Suara Siswa, dah glemer, toilet tersumbat, toilet dah 2 minggu takde sapa basuh pun buat dunno je, pejam mata. 
Aku tak nak highlightkan mana-mana parti, cuma sikap dan personaliti seorang pemimpin yang perlu diperbahaskan. Baca menifesto budak-budak yang nak jadi MPP pun aku dah meluat. Ada ke menifesto, "Ce..citer, ce..citer", "SIMPLY CT", 1,2,3, Wah banyaknya undi" yang nak diangkat menjadi perjuangan? Ingat, ni nak pilih,undi tuk AF9 ke? Daripada situ pun dah nampak tak matang!
Tak payah nak jadi MPP, nak jalani hidup macam manusia normal pun tak mampu. Bangun sampai tengahari, bilik berselerak, mandi sekali sehari, bila masa ntah mau fikir masalah orang.
Malas mau ulas lebih, tak menuju pada sesiapa pun. Muhasabah diri sendiri, tanggungjawab seorang pemimpin sangat besar dan kelak akan dipersoalkan. Jika amanah sudah diberi, laksanakanlah dengan bijaksana. 
-Ni toilet dah 2 minggu xcuci, sape mau jawab???

nasihat


Bila kawan yang budget kental tapi nangis-nangis call, aku terus terasa luluh. Jalan ceritanya sama saja, apa yang berlaku 4 tahun lepas tapi kenapa masih diulang kembali? Kesilapan dulu sudah cukup buatkan aku dan dia tersiksa, cuba bangkit daripada kesedihan. Kenapa perlu berlaku lagi?
Kenapa dia terus menyiksa diri, tak kesian ke dengan diri sendiri? Situasi aku juga sama, tapi sekarang aku lebih terbuka dan redha dengan apa yang berlaku dan akan berlaku. Ku cuba katakan padanya, dekatkan diri dengan Tuhan, DIA tahu apa yang kita rasa. Tapi dia cakap, dia bukan aku, yang boleh berlagak cool. Aku bukan cool sangat, tapi itu yang terbaik untuk diri sendiri. 
Adakah dia mahu aku tampar dia lagi sekali macam aku tampar dia 4 tahun dulu? Sedarkan dia yang kita bukan muda lagi, yang kita bukan sampah yang tiada ego, tiada perasaan? Dia selalu cakap kat aku, "ini bukan caranya kita sayang orang." Tapi, sekarang, dia menderita dengan perasaannya sendiri. 
Aku risau apa yang berlaku padanya. Keputusan untuk pergi mencari orang yang menyebabkan dia begitu aku tak rasa bijak. Dahla drive sorang-sorang, tak makan, tak cukup tidur, ntah ada duit ke tak, selamat ke tak, dia tido kat mana nanti kalau tak jumpa? Risaunya aku! Bila kawan yang akrab dengan kita buat tindakan seperti ini, aku yang tak tenteram. 
Dia kata dia mahu face to face, cari jawapan. Aku harap sangat dia selamat. Sebenarnya, dalam perhubungan begini, banyak perkara yang aku pelajari. Jika hubungan kita ikhlas kerana Allah, jika kita sayangkan sahabat kita kerana Allah, Insyaallah kita akan berpimpin tangan masuk ke syurga kelak. Jika kita sedih, kecewa, sunyi, itulah petanda yang Allah bagi kat kita tuk dekatkan diri kita denganNya. 
Jika kita sayang mereka kerana Allah, insyaallah hati kita lebih tenang...Aku harap sangat dia selamat.

Wednesday, February 23, 2011

alamak

Pagi-pagi dah terasa macam artis kena warning-warning bagai. Aduh,drama apa pulak yang tengah shoot ni. Aku banyak keje kot, dan banyak lagi benda lain nak fikir.
Lagipun, kalau yang diwarning tu suami orang ke, balak orang ke, sedaplah sikit, ni budak-budak junior, hadoi, bukan boleh dibawak kawin pun! Kawan tak payah nak warning-warnig, kawan jela. Yang ko feeling lebih sape suruh...

-Drama King!

Monday, February 21, 2011

air kelapa

Hilang rasa terkinyam (mengidam) nak minum air kelapa! Belum dapat, sabut kelapa tu pun rasa nak kunyah, bila dah dapat, air kelapa pun tak larat nak sedut sampai abis. Memang power rangers ar air kelapa ni, dari 2 minggu lepas ajak Nami masa balik rumah nak minum kat gerai ni sebab asal lalu je mesti ramai orang yang dok lepak pekena air nyiok! Akhirnya, dapek jugak ngaso ea...even bukan dengan Nami, tapi dengan mereka yang tiada saudara di Melaka (ayat Cik Yah)..hehe







-Lepas ni, apa pulak yang tekak ni nak mengidam?

cuti sendiri


Hari Isnin, hari orang malas nak bangun pergi keje, malas nak mulakan balik apa yang ditinggalkan pada jumaat lepas. Buku, beg keje, kasut sekolah, kad matrik semua kena carik balik sebab ntah mana dicampak masa Jumaat dulu.
Terasa sangat penat, letih dan tidak bersemangat untuk masuk opis hari ni. Mana taknye, minggu lepas dari Isnin sampai Sabtu tak cukup rehat. Jadi, mau topap balik masa tido dan mengecas semula bateri dalam badan ni. Plan hari ni, mau turun bawah start motor (Si Ensem) yang dah merajuk sebab 2 minggu aku abaikan dia! Memang compom tercabut skru lutut aku ni nak hidupkan dia kejap lagi. Then, nak masak sambal ayam sebab aritu tak puas makan kat rumah. Ayam dah beli, cabai pun dah beli, tinggal masuk dalam kuali je. Ohh, sungguh lama tak menjalankan aktiviti memasak, ntah manalah sudip aku campak!
Lepas dah masak, mau packing-packing makan kat taman ngan Nami dan Ida. Tunggu mereka-mereka ni pulang saja. Dulu, tersangatlah rajin dan banyak masa. Lepas masak je, bungkus-bungkus dalam plastik, letak dalam motor terus je parking kat taman depan Masjid Putrajaya. 
Itulah plan saya pada hari ini. Harap-harap cuaca elok sampai petang =)

Thursday, February 17, 2011

terapi jiwa

Kalau tak mahu hati rosak, jiwa hitam, dingin beku macam ais dalam cendol, luahkan apa yang kita rasa. Jangan simpan dalam hati dan jangan pula luahkan sesuka hati. Biar kena pada masa, orang yang sesuai untuk mendengarnya. 
Tapi, ada jalan yang lagi mudah dan selamat untuk menguruskan perasaan kita ni. Tulis saja, tak perlu membazir air liur. Tulis lagi ikhlas, lagi tulus mengekspresikan jiwa kita, apa yang kita rasa. Betul juga cakap Dr. Normaliza, menulis tu terapi jiwa. 
Aku suka tulis diari. Setiap tahun mesti ada diari, tapi yang hampehnya adik aku si Nami tu suka nau curi-curi baca diari aku. Tapi yang lagi tak boleh diterima akal, boleh dia bahagi dua diari tu, depan diari aku, belakang diari dia. Punye cantek je dia menulis kisah dia pulak kat dalam diari aku! Itu kat rumah, bila kat kolej pulak, si Ida yang jadi dak Nami, tapi bukan curi-curi, boleh selamba je baca depan aku, itu dah lebih!!!
Mengenangkan perangai huduh budak-budak ni, aku dah tak berani nak tulis diari sangat, aku tukar je daripada diari ke organizer book!
Aku suka sangat diari aku masa 2008, comel sangat...nanti if ada masa aku upload yea.
Kepada yang suka memendam rasa, marilah kita menulis, wang jimat, harga hebat!hehe



Wednesday, February 16, 2011

Sedar

Sedar yang tahap kecemburuan masih terserlah di raut mukanya. Sekali sekala perlu juga diekspresikan untuk menunjukkan diriku di mana...
Hari ini. esok dan seterusnya akan berkhemah kat KLCC sambil makan jagung rebus, usha-usha artis or mereka-mereka yang nak jadi artis.
Ahad?Mungkin terpaksa ke Melaka untuk urusan rumah sewa lagi. Kalau sempat singgah sekejap kat rumah mak =)
Masa tinggal sedikit cuma dan aku tak perlu berkata apa-apa.

-Bila orang dah bau minyak atar bila peluk aku?

Monday, February 14, 2011

ISNIN

Sangat bersemangat untuk menempuh minggu ini! Walaupun jauh di lubuk hati ada sedikit terkilan, rasa nak merajuk, nak bawak diri yang besar ni menyorok kat dalam almari, tapi takde sapa pun perasan or nak cari dalam almari. Mati lemas jela...hihi
Jadi, tak perlu beremosi sangat, jangan membazir perasaan bak kata cekgu aku! Teruskan saja hidup seperti biasa. Sudah pukul 8am tapi tak mandi, packing barang nak balik Serdang! Banyak sangat benda yang perlu diselesaikan, jadi harap-harap kesibukan nanti boleh menghilangkan sekejap bayangannya dalam fikiran, perghh!!!
Kepada yang menyinta,tetap saja di situ, aku akan datang dan bawa kau pulang...(^____^)

En.Nami

Hari ni 14.02.11. Selalunya orang akan sambut valentine day. Aku pun tiap-tiap tahun sambut,tak pernah miss! Tapi bukan sambut hari haram tuh, aku sambut besday cik Nami kite yang memang secara tak sengaja lahir sama dengan tarikh kontroversi ni. Takpe Mi,senang ingat....hehe
Ok Cik Nami, Selamat Hari Lahir yang ke 27, haha!Sebab proses penuaan nami tercepat 4 tahun! Semoga Allah panjangkan umur (akak mati dulu,ko jangan risau), murah rezeki (boleh tolong tukar sport rim) sihat tubuh badan(melayan budak-budak nakal kat skolah), dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam lindungan Allah.

alamak Mi,ade gambar raya je dalam laptop akak ni, tapi still nampak gojes! Apa-apa pun selamat menempuh kehidupan yang jauh lebih mencabar daripada sekarang. Tapi jangan risau sebab akak sentiasa ada dekat dengan ko...Tema hidup:Susahkan dak kakak selagi dia dokek! haha

-Err,akak dah sambut awal-awal aritu kan...=p

kita sama

Apa yang boleh menyebabkan kita rapat walaupun hanya sehari bersua?
KEBERSAMAAN.
dengan kebersamaan itu kita lebih mengenali tanpa perlu berbicara,cukup sekadar hati yang memainkan peranannya.
Kau, aku sama. Kita melalui peristiwa yang sama walaupun pelakonnya, watak dan masanya berbeza. Tapi kita dibayangi oleh jalan cerita,tema penceritaan yang sama. Itu yang nyata.
Keberadaanmu membuatkan aku kembali mengenang masa itu. Terasa sakitnya,sama apa yang kau rasa.
Ku tak mampu tuk menyapamu, tak mampu tuk berdamping denganmu
tapi kau seperti dekat denganku dan menyamankan luka yang sudah lama berkudis.

Tahu tak, yang kita mula rapat saat kau sudah mahu berangkat?
Kejam kan...

Saturday, February 12, 2011

tak berapa

Bangun daripada tidur, badan terasa sakit-sakit, raba leher, raba dahi, alamak,panas! Aku tak boleh demam, tak boleh sakit dalam masa terdekat ni, banyak perkara penting yang perlu diselesaikan. Minggu depan dah totally spend masa kat KLCC untuk MTE (Malaysia Tech. Expo). Dr. memang harap kat student-student dia sajalah yang jaga booth nanti. Memang tak boleh nak harapkan kat sape-sape tuk uruskan kerja kat sana nanti. 
Dah 2 hari tak dapat tido, tak tahu apa yang difikirkan. Maybe kesan ubat yang Ida bagi kot, ceh! Pulangkan balik masa tido akak!!! =p
Cepat-cepat telan panadol, bagi ringan sket sebab jap lagi dah mau gerak balik kampung, kawan kawin mestilah kena datang. Kalo tak datang, esok aku kawin sorang-sorang jela...Ok cik panadol,aku masih percayakan kuasa sakti kamu tuk sembuhkan aku. Ok semua, selamat berhujung minggu yang sekarang ini tiada erti bagi aku...wah!!!

- cepat pulangkan partner saya!!!

Friday, February 11, 2011

saya sayang...

Saya berada dalam dilema,kemurungan yang sekian lama hilang datang kembali. Banyak benda yang terlalu saya sayang,tapi saya terpaksa lepaskan. Hurmm...beratnya keluhan.

Saya sayang Shin Chan saya, tapi saya terpaksa lupakan sementara...
saya sayang motor saya, tapi dah seminggu saya mengabaikannya...
saya sayang Andrea Hirata, tapi saya tak beli lagi buku terbarunya...
saya sayang baju-baju saya, tapi asal Jumaat je dah penuh bakul baju tak basuh...
saya sayang gigi saya, tapi saya takut nak pergi jumpe puan doktor,ngilu...
saya sayang tesis saya, tapi saya taip tak sampai satu muka surat...
saya ingat dia, tapi saya tak tahu dia ingat tak kat saya
saya sayang mereka semua, tapi saya tak tahu mereka semua sayang saya atau tak...

Berapa kali saya pun masih tak mampu mengurangkan apa yang saya rasa, apa yang saya fikir. Saya hanya mahu hari Isnin, hari untuk bertemu dengannya, dengan semua.

URNE ^____________^

Aku sangat gembira di pagi ini walaupun ada terselit sedikit rasa sedih.Dapat sms daripada Un,akhirnya dia dapat KPLI,dan secara rasminya tittle penganggur tegar yang dipegang selama 2 tahun telah dilepaskan dengan penuh bergaya,hahaha!
Mana tak gumbira,dah macam-macam kerja dia apply,dah beratus-ratus resume dia hantar,akhirnya dapat jugak. Terus direct masuk gomen lak tu!Itulah,jika dah memang rezeki kita,lambat atau cepat tetap jugak akan dapat. Dan yang lagi meninggikan graf ke-happ-an aku,dia dapat kat maktab lembah pantai!Compom pasni aku ngan Arn lepak area Bangsar jela..huwahuwa....
To Urn,tahniah di atas kejayaan menempatkan diri sebagai pendidik. U deserved to get it bro.
Ini je gambar Un yang ada dalam laptop aku,masa kami muda remaja sem 1. Un,nanti aku nak beli rumah,leh pakai nama ko,senang lulus...hehe

tulisan

Seronok baca blog yang sangat sempoi dan bersahaja. Dari gaya penulisannya, jelas apa yang ditulis lahir dari hati, bukan direka-reka. Aku pun bila baca balik post-post yang aku tulis masa dulu-dulu, nak tergelak pun ada,klakolah aku ni..(puji diri sndiri!)
Ingat,senang ke nak menulis?Satu ayat pun payah apetah lagi satu post? Jadi,adalah satu rahmat jika kita dapat menulis dan orang paham ape yang kita merepekkan.Yela, ada orang boleh bercerita berhabuk gila, tapi tak boleh nak menulis sepower A.Samad Said. Jadi,marilah kita sama-sama menghargai hasil tulisan kita dan bloggers yang lain. Lagipun, dengan adanya tulisan kita, nanti esok lusa dapat jugaklah anak cucu kita tau apa yang kita buat time muda-muda. Tak payah nak cerita kat pangkin. Korang suruh je anak korang bukak blog, baru futuristik!haha
Kepada bloggers sekalian,teruskan menulis,ada je orang yang baca. Aku pun tengah usha blog berbentuk perniagaan dan diari tuk research..If somebody can suggest any blog,just leave the link,ok =)

-Gud night all of you,jumpa di syurga (mimpi)

Thursday, February 10, 2011

Al-Fatihah

Mati itu adalah pasti.Semua yang hidup pasti merasai mati dan bergembiralah kepada mereka yang cukup bekalan untuk menempuhi kematian. 
Al-Fatihah kepada arwah ayah Ida, Mat Jenoldin Bin Awang yang telah pun pergi meninggalkan dunia untuk melengkapi perjalanan sebagai seorang hamba. Perginya seorang hamba untuk bertemu dengan Penciptanya dan bersemadi dengan abadi. Hanya amalan,sedekah jariah dan doa-doa anak yang soleh mengiringinya di sana. Kita akan bertemu, kita juga akan merasainya. Cuma, yang membezakan kita amal soleh dan kebaikan yang telah kita kerjakan. 
Berbicara mengenai kematian, terlalu sulit untuk dilafazkan,gementar jiwa mengingatkannya. Kematian adalah pasti, mempercayai mati dituntut dalam sebahagian iman. Mengingati mati juga diharuskan agar mampu menginsafi diri.
Wahai jiwa-jiwa yang tenang, bersemadilah dalam dakapan Penciptamu,hanya mereka yang mengetahui apa yang tidak diketahui oleh kita. Ya Allah, ku bermohon kepadamu, Kau ampunkanlah dosa ahli keluargaku,seluruh kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi. Kau kasihanilah mereka, Kau lepaskanlah mereka dari azab siksa kuburMu Ya Allah, Kau luaskanlah kubur mereka, Kau terangilah kubur mereka, Kau nyamankanlah kubur mereka dan Kau terimalah segala doa yang kami panjatkan kepadaMu Ya Allah. Sesungguhnya, hanya Engkau yang Maha Pengasih, hanya Engkau yang Maha Penyayang dan hanya kepadaMu tempat kami bermohon. Amin,Ya rabbal alamin....


-dedicated to my late grandfather,Daut Haji Abdul Ghani,my late grandma, Dara Dorani,my auntie, my uncle and for all muslimin muslimat...AL-FATIHAH

kebaikan minum YOGHURT

Aku memang dah lama tak kawan dengan spesis susu ni sebab aku memang tak sudi nak meneguk dan membenarkan spesis susu bergumbira main ski dalam perut aku. Gila! Memanglah tau tulang aku dah berbunyi-bunyi mengalahkan makcik-makcik,tapi aku still takmo minum susu.
Akhirnya pintu hatiku telah terbuka,aku sudah lupakan sengketa aku dengan Cik Susu,aku mahu berdamai demi kesihatan. Terima kasih kepada Nami sebab beliaulah aku minum susu! Tak perlu bagi fakta banyak-banyak, satu point je yang telah menyebabkan aku minum susu. Nami cakap minum susu ni salah satu daripada sunnah Nabi. Jadi, sape-sape yang minum susu,maka dapatlah dia pahala mengikut sunnah Nabi. Nak ikut sunnah Nabi yang lain seperti bangun sembahyang malam,puasa selang sehari  payah nak ikut, jadi dapat ikut yang mudah pun dah dikira pengamal sunnah Nabi, wallahualam...(^_^)
Sekarang,dah asyik mau telan yoghurt,sudah jatuh cinta gitu. Apa bestnye minum yoghurt?aku pun terfikir gak. Jap, aku listkan,memang berbaloi-baloilah minum yoghurt ni...

1) Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
2) Bagus untuk sistem penghadaman
    Lebih kurang melancarkan proses pencernaan,sape-sape yang ada masalah sembelit,kencing tersepit           eloklah minum susu.Perut akan terasa lebih ringan dan selesa je...
3) Memerangi kanser
     Bakteria asam laktat dalam usus besar mampu menyerap zat mutagenic dari makanan. so, pengambilan    yogurt secara teratur dapat membantu mencegah kanser  usus.
4) Nampak awet muda,kulit licin, badan sihat sebab tiap-tiap pagi dapat buang benda yang dah tak penting   dalam badan =)
5)  Dapat pahala, sebab ikut sunnah nabi =)

 yoghurt pekat camni aku tak mampu lagi nak makan...Pernah try tapi macam tak mesra je tekak aku menerima kehadiran yoghurt ni. Kalau korang rasa takde hal  nak teguk susu, ataupun korang dan susu saling mencintai antara satu sama lain, kalau brani testlah minum cara ni..
Ada bran?haha,naya je kena kencing ngan lembu!

Wednesday, February 9, 2011

doakan..

Mungkin sekarang adalah masa yang sangat sukar untuk Ida. Saat-saat sibuk dengan persiapan berpraktikal, ayahnya pula sedang kritikal sekarang dan terpaksa bergantung pada mesin pernafasan.Jangkitan kuman sudah sampai ke otak, jadi kita hanya mampu berdoa yang terbaik untuk ayahnya. Harap Ida dan sekeluarga tabah...
Aku pun turut merasa sedihnya, melihat anak-anak semua berada di sisi ayah mereka saat-saat begini membuatkan aku menangis dalam hati. Melihat, mendengar anak-anak membacakan surah Yassin di saat-saat begini, aku sayu. Segera aku berpesan kepada emak supaya tengok-tengokkan ayah yang degil sungguh menjaga kesihatan.
Doaku, "Ya Allah,jika mati itu adalah baik bagi ayahnya, Kau ambillah nyawanya dengan penuh kelembutan.Jika hidup itu lebih baik untuknya, maka Kau sembuhkan dia dari segala kesakitan,Kau ringankanlah beban penderitaannya Ya Allah,sesungguhnya Kau Maha Mengetahui Segala-galanya.Amin ya robbal alamin..."