Thursday, April 21, 2011

research again...

Hampir 80% persiapan untuk research ke Kedah esok sudah diselesaikan. My boss memang memang serahkan bulat-bulat kat aku,dari tarikh nak pergi, booking hotel, flight, cenderamata untuk responden, segalanya! Tapi, itu bukan sesuatu yang membebankan, malah sungguh teruja dan bersemangat sebab Dr mempercayai aku untuk melakukan semua itu. 
Mungkin research kali ini yang terakhir untuk geran FRGS, so lepas ni boleh bernafas sikitlah...
TESIS?
sudah dapat due date,comfirm Julai kena proceed,so kenalah bertungkus lumus,krem jari menaip! Mau segera melalui momen ini, sudah hampir berputus asa sebenarnya.
Jalan masih jauh, sudah masuk highway, mana boleh patah balik! Aku mau pecut laju-laju, mau cari signboard EXIT dan terus pakai jubah graduation!!!
YIIHAAA!!!!! (^___^)

Thursday, April 14, 2011

BERBUAL...

Ada orang pandai cakap, tapi tak terkesan pun pada perbuatan, perasaan.
Ada orang tak pandai cakap, tapi boleh mengaplikasikan pada pekerjaan.
Ada orang tak pandai cakap, tak pandai laksanakan, tapi masih mahu bertanya, supaya tak nampak memualkan.
Kadang-kadang, sudah mahu jelak dengan sikap mereka-mereka yang hanya pandai berkata semata-mata, tapi komitmen pada kerja diabaikan.

Aku mahu marah,tapi apa gunanya...kalaulah perkataan "You are fired" di atas kuasa aku, perghh, bertambah lagi orang yang menganggur kat UPM nih!

ARGHHH!!!!!

Friday, April 8, 2011

tesis

Berbicara pasal tesis, boleh buat aku :
> Menggigil
>Tak lena tido
>Bermain game sampai pening
>Menguyah sebalang Mister Potato

Jadi,sila jangan sebut perkataan 'tesis' terutama masa aku nak masuk tido! SEKIAN!!!

sikap agung

Misi membalas dendam sebab dah lama sangat tak menulis. Banyak sangat benda dan cerita yang ingin dikongsi tetapi biasalah,masa juga yang dipersalahkan!Dush!!
Tsunami kat Jepun pun dah nak masuk sebulan,arap-arap tak lambatlah nak cerita pasal tsunami ni..korang tau jela aku memang asal dari Jepun, Saitama!hehe
Bukan nak ulas pasal kejadian tu,ada moral value yang sangat agung ditunjukkan oleh bangsa Jepun yang sepatutnya dijadikan contoh dalam masyarakat kita. Orang Jepun ni memang terkenal dengan sikap berbaris,tak kiralah kat mana-mana pun.Sentiasa relax dan tenang dalam menghadapi masalah walaupun dalam hati menangis teresak-esak!

          beratur selama dua jam hanya untuk mendapatkan 2 botol air mineral...





                  Beratur lagi untuk dapatkan makanan dan minuman panas.

                                       Beratur untuk beli barang

Semuanya beraturlah pendek kata. Tak ada pun dengar cerita kedai kena pecah masuk, kecurian, rogol. Masing-masing saling membantu sebab semangat 1 JEPUN... (ada ke?)
Takde pulak dengar berita harga barang naik, bekalan minyak,gula, beras tak cukup sebab peniaga dan pembekal tak sorok pun macam kat Malaysia. Negara aman,takde gempa bumi pun dah sibuk minyak tak cukup,padahal pergi seludup bawah jambatan kat selatan Thai tu...
Realitinya, Jepun maju dengan peradaban masyarakatnya....NIPPON GAMBATTE HAIT!!!