Thursday, May 26, 2011

RON 95

Sejak akhir-akhir ni banyak sangat iklan yang main kat Tv pasal subsidi-subsidi yang ditanggung kerajaan. Hari tu gula dah naik harga, dalam setahun dua ni semua barang naik. Ayam dah bukan lagi kategori barang kawalan ye makcik-makcik,jadi jangan nak mengamuk bila ayam sekilo rm10!heh,cokek darah!
Yang suri rumah memang dah mengeluh panjanglah pasal semua barang naik, bawang,minyak masak,gula naik,darah tinggi pun tak nak kalah nak jugak naik... Tarif elektrik, tarif air pun dijangka akan dinaikkan. Kadar inflasi pun semakin mencanak-canak naik,duit RM100 bawak pegi Family Store dapatlah beli 4,5 barang je...=(
 Semalam dah diumumkan bahawa kerajaan tak akan menaikkan harga minyak pertol, diesel dan gas. Jadi, kita seharusnya mengucapkan syukur dan terima kasih di atas keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh kerajaan. Namun demikian, dalam masa yang sama kerajaan terpaksa menanggung beban subsidi sebanyak 18 billion untuk ketiga2 barang ini. Sampai bila kerajaan nak tanggung semuanya?
Jika diikutkan harga minyak kita msih jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran yang lain. Bila kerajaan dah tanggung, ada jugak 'nate beruk' dok pegi seludup minyak subsidi ke negara jiran. Bila naik marah, bila dah bagi tak tahu nak hargai...
Ini antara barang-barang yang masih disubsidikan oleh kerajaan. Sampai bila kerajaan sanggup tanggung, kita hanya perlu bersedia untuk menjadi masyarakat yag tidak dimanjakan dengan subsidi. Orang kita, sport rim 2,3 ribu boleh beli, minyak naik 20sen dah macam gila meroyan. Marah minyak ron 97 mahal, dah tak mampu pakai jela ron 95, abis cerita. kalau tak mampu sangat, pakai motor, cikai sangat naik LRT diam-diam... Peringatan untuk diri sendiri juga (^__^)

what next?

Sedang dalam dilema
apa yang harus dilakukan selepas ini
keluar dari bilik ni dan tapau sebungkus nasi?
minum teh yang dah ade dalam termos?
bukak tesis dan diam sekejap?
tepon nami teman ajak makan?
atau yang paling sadis sekali pegi alamanda dan booking kungfu panda 2?
huh,
NADIAH SUBOH paling susah untuk diramal...

Thursday, May 19, 2011

bangun

Kadang-kadang kita perlu menangis hari ini
untuk bangkit semula pada keesokannya...

Jangan kita terlalu berharap
apa yang kita rangka itu yang terlaksana
dan jangan juga terlalu mengharapkan yang mereka-mereka itu sangat penting dalam hidup kita
tanpa sedar,kita sebenarnya tidak berkepentingan langsung dalam hidup mereka.

Hidup sentiasa begini
Kamu ada sesuatu,pasti ada yang mendekat
Bila susah sendiri,percayalah
Kamu tetap sendiri.

i'm back!

Wah,macam ada orang je lak yang tertunggu-tunggu post terbaru aku kan...hehe
Ada je memeber yang tanya nape dah lama benau tak update blog,sungguh touching bila ada jugak yang mengikuti blog aku yang hidup segan,mati tak nak!
Aku mahu rentak yang dulu,kembali fokus dengan rutin-rutin normal sisi hidup. Dah lama sangat leka ni,terlalu lama!
So untuk menaikkan mood semua,aku mau bakar perasaan korang dengan cerita Nur Kasih The Movie and Pirates of Carribean-on stranger tides. Menangislah yang kat rumah sana sebab saya dah beli tiket tuk tengok both of the movie,sekali hadap senang! 


mula-mula pukul 5.00pm kita tengok Nur Kasih. Dah nangis-nangis,meraung,basah tudung dengan air mata pastu kita berlari-lari anak ke bilik lain pulak tuk tengok Johnny Deep. Confirm meletop!
Acara movie marathon ini turut disertai pak ustaz kita,Nami dan juga cekgu separuh masak,cekgu Ida. Yang lain,pegi beli sendirilah tiket wayang,pakai je student card...=p
Ok semua,nantikan ulasan saya terhadap kedua-dua movie ini. Tapi,rasanya memang berbaloi untuk harga tiket anda...(^__^)