Thursday, June 16, 2011

duta VS naduta

haha,gelak dulu sebelum korang gelakkan aku bila baca entry ni. Aku ada satu obsesi yang dari form 4 sampai sekarang masih lagi obses dan semakin hard to say. Aku minat Sheila On 7, macam aku minat Shin Chan! Terutama kat Duta, perghh,memang kalau dia ajak kawin aku kompom angguk laju2! Korang gelakkan, cakap aku takde taste. Ade ke patut korang cakap duta macam mat indon yang keje gaul simen, hampeh! Korang tengok sket betapa cool nye duta di mataku...



Aku tak taulah tang mana yang ensemnye duta ni, tapi tang keningnya yang sangat sweet,mata ke dalam,ala-ala redup-redup je macam aku..aww! Masa aku dok gila minat SO7 ni, mak aku punye bising, cofius napelah aku boleh terminat So7 ni, pastu kutuk-kutuk SO7 ni orang indon,bukan orang Malay,sungguh assobiyah betul. Lagi tak masuk akal, mak aku paksa aku minat New Boys, eeww pleaselah mak, tak keluar peluh langsung nyanyi lagu sejarah mungkin berulang!
Nak diceritakan keminatan aku kat duta ni,asal ada je story deorang keluar kat majalah,paper kompom aku beli even gambar deorang besar ibu jari je. pastu gunting, tampal berderet kat almari,huh,sungguh Sheila Gank habis! Sape je artis malaya yang digosipkan dengan duta, semua aku ingat. Maya karin, Ella antara saingan aku tu dulu,haha! Pastu, masa aku abis SPM,SO7 ade buat konsert kat MITC melaka, dengan nekadnya aku order tiket pakai phone je, tak bagitau langsung kat mak aku. masa ari kejadian, aku telah memukau abang aku teman aku dan bayar tiket,haha. Mak aku dah redha jela, first masuk konsert,nervous jugaklah tengok mat-mat indon ni macam orang hilang akidah je. nasib baik abang aku back up kat belakang...First time jumpe S07 live, perghh, tak taulah nak digambokan perasaan teman ghupe mana. Memang sweet betul duta. Masa tu mana ade nikon,canon..bawaklah kamera bodoh je pegi, zoom pun tak boleh,nampak lubang idong abang-abang pengawal jela..Tapi, kepuasannya sangat tinggi!
Pastu ada konsert S07 kat Stadium bukit Jalil, tapi takdan nak pegi...hampir semua album S07 aku ada kecuali yang pertama dengan kedua tak dapat nak cari,orang dah tak jual lagi. Sekarang ni, semua dah matured. aku,duta,erros,adam semualah.Kami dah tak terkinja-kinja sangat macam dulu, tapi semangat Sheila Gank masih tetap di hati. Ni tak sabar nak tunggu deorang datang KL release album baru, berlayar. 



Lagu hampir semuanya best, berani kata tak best!tunggu gaji baru boleh beli, dah usha-usha kat Speedy Alamanda, dah sorok kat tempat yang orang tak nampak. 


teruskan berkarya SO7,jangan risau selagi kamu ada,aku akan terus bisa berlari mendapatkanmu...

KL Gangster

4 hari dah kutip RM 6.2 juta beb,sape je tak panas punggung nak pergi tengok ape yang best sangat cerita ni!Memang strategi Skop Production tepat pada masanya, saat Aaron Aziz tengoah meletop-letop dalam kalangan suri rumah yang dok histeria setiap pukul 7-8 malam tengok Seth Tan ni.
Seperti biasa, hampir semua waktu tayang full house, memang bangga bila ade jugak filem melayu masih boleh menarik orang datang nak tengok. 81 minit terasa sangat sekejap, scene aksi jangan ceritalah, dari mula sampai akhir asyik bertumbuk je kejenya. kekuatan filem ini bukan sekadar barisan pelakon yang memang superb, tapi juga dialog yang lebih bersahaja, lawak membuatkan orang akan ingat filem ni. Tapi ada juga beberapa kekurangan yang boleh dibaiki, cara bergaduh macam main puncing bag je,statik, tak bergerak-gerak, lari-lari ke..itu yang aku rasa kurang ummph sikitla..tapi apa pun memang best dari kongsi!



Ajib yang paling best dalam ni, memang samseng kampung dusun! Good job ajib,kasi sengat sket sama wa punya tumit...
Yang tak tengok lagi, pergilah tengok, sangat berbaloi dan patriotik! kepada syamsul yusof, ang dah kaya jangan lupa wat makan-makan kasi orang miskin, jangan sombong naa...(^_^)

U-turn

setelah aku tengok banyak kali

Aku rasa

HITAM itu lebih sempurna di mata
...

Wednesday, June 8, 2011

fast furious 5

Terlewat sangat bagi aku bila dah hampir 2 minggu main kat wayang tapi still aku tak tengok lagi. Ko ingat aku keje kat TGV ke asyik nak tengok wayang je...
Tapi, memang superb, power rangers habislah citer ni. Dari mula masuk sampai habis memang banyak aksi,driff, langgar-langgar, terbang-terbang, tembak-tembak bagai. Memang full of action, thumbs up to director! 












Yang paling mantap skali tentulah The Rock yang jadi pemburu hero dalam cerita ni. Korang tengok lengan The Rock, skali macam peha dah aku tengok, buat bantal pun sakit! Korang tak tengok lagi, jangan main gila, cerita ni aku sarankan sebagai WAJIB tengok, tak kiralah apa gaya skali pun, tengok tau!

kungfu panda 2

Jangan cerita pasal kartun kat aku, memang aku kusyuk dengar!hehe. Kungfu Panda 2  dah lama tengok pun tapi seperti biasa alasannya tak sempat, tak dan tau nak bukak blog, ceh!
Semua cerita kartun yang keluar kat wayang best, kecuali Hop je yang spoiled. Bila tengok part 2, memang sangat berkembang jalan cerita dan tambahan karakter-karakter baru yang lagi kelakar! Jangan tak tau kakak angkat aku ade jugak sumbangkan sore beliau kat dalam cerita ni,hehe
Sweet kan Angie Suboh, macam aku! Lagi sweet bila Bratt Pitt pun join skali tengok Kungfu Panda,siap bawak anak lagi.
Daripada ending, aku dah boleh agak compom akan ada sambungan. Yela kan, Shrek dah abis, so arapkan kartun lain jela yang kena back up ketiadaan Shrek...=(
Korang kalau tak tengok lagi aku sarankan boleh pegi bawak anak-anak buah, anak jiran, anak angkat ke, time cuti sekolah ni kan, murah pun murah, kid price! Korang pun bolehlah tunjukkan kad matrik kalau cashier tu tak yakin korang masih bergelar student...hehe
Ok, Adios, amigos miyamour~~

nora elena

Terasa seperti suri rumah yang tekun menunggu episod demi episod! Sudah jatuh hati pada Seth (Aaron Aziz)!!!
sungguh jambu! I like jambu,hahah!


Memang tengah fenomena habis cerita ni. Cerita kalau adaptasi daripada novel macam tak best sangat. Tapi disebabkan aku tak baca pun cerita pasal ni, so rasa sangat best! Ok, iklan dah habis, Seth sudah muncul..Adios!

Sunday, June 5, 2011

snow in the I-city

Aktiviti ni dah lama pun tapi baru berkesempatan nak cerita. Sebelum final, bawaklah rumet junior ni g jalan-jalan. Kita orang pun tak pernah lagi masuk rumah salji tu, jadi bawaklah dia orang sekali, bagi rasa...hehe
Ahli rombongan : Cik Nad, Ida (mak lampir), Netto dan SIzuka.

peserta paling tua,tapi nampak macam sweet 17, auww!

tukang bagi plan nak pergi mana

budak-budak kudus,ikut je

sejuk gila, macam main dalam peti ais!

rumet 193!

ahli rombongan

kat luar pun nak main lagi

seronok gila!

ahli rombongan paling sweet =p

gumuk!

tayang jaket baru beli,yunalah sangat..haha

sekt. kerohanian(ade kena mengena ke?)

bebiri yang dapat hasil main tikam itik!

secara keseluruhannya, best jugaklah snow world, tapi kena pakai kasut dan stoking siap-siap sebab sewa sangat mahal dan tidak berbaloi pun, still sojuk mang aii! Papepun, kami semua ENJOY!

makan-makan besday

Besday kalau takde makan-makan tak lengkaplah gamaknya. Disebabkan keprihatinan dan rasa kasih dan terpaksa sebab dah janji, Ida dengan tak rela hati,tapi rela perut bawaklah besday girl makan-makan kat tempat feberet kita orang. Nandos tak grand sangat, sushi tak rasa cam sambut besday je, kat molana terlalu santai, jadi kami pergilah jauh sikit.
Adegan sesat pun berlaku jua sebab dah lama sangat tak pergi. Jeram, area pantai Remis, jauhnye nak makan!
 Pakai pun baju yang orang hadiahkan, tapi itu hadiah sampingan je,hadiah utama belum dapat lagi!

tukang belanja (^_^)

Even kita orang sampai dalam area pukul 7pm, tapi orang dah ramai gila! Last-last dapat jugak meja kat pelantar mengadap laut, macam tau-tau je ari special tuk saya =)

air teh sejag,boleh buat mandi!Berangan jela nak minum jus-jus sebab dua-dua sakit tekak...
Menu utama,WAJIB ada sebab ade orang gila ketam (Ida) Takpe,amiklah banyak-banyak sebab dia yang bayar,hoho!
First time try udang masak butter,tak boleh blah makan sekor dah senak perut!
Antara menu wajib jugak, lovely kerang=)
Jangan tak percaya makanan di atas hanya untuk dua orang je yang makan,tak upload lagi gambar ikan bakar, kailan ikan masin yang membuatkan aku mahu tido je kat pelantar tu. Akhirnya,dengan kebolehan perut ini, berjaya juga dihabiskan semua yang ada kat atas meja tu. Power rangers sungguh, or buruk lantak!haha
Thaks a lot to dearies Ida, tacing tau u blanja i beria-ia ni,takut ada udang di sebalik ketam je..waspada!haha

lahir semula

Even lambat sikit post ni, tapi nak jugak post pasal besday tuan tanah,mestilah kan!
Kek ditaja oleh Ida,ikutkan tuan tanah,tak payah kek bagai,cukup ucapan dan doa =) Lagipun,saya bukanlah penggemar tegar spesis kek ni,orang dah bagi,telan jela labu.
Apa yang menariknya tentang umur 25 tahun ni? Seperti umur 20 jugak,takde beza. Yang berbeza mungkin pembawakan diri kita dalam masyarakat,mestilah selayaknya kelakuan seperti suku usia.
Apa yang saya mahu di usia begini adalah mahu menghabiskan apa yang saya dah mulakan. Terlalu kompleks tuk disenaraikan. Hidup terlalu singkat, jalani dengan cara kita,akan terasa lebih bahagia =)
Terima kasih kepada mereka-mereka yang mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan saya,semaga doa kalian diangkat terus ke langit,Insyaallah =)
Thanks a lot to Netto bagi kek lagi dan saya menelannya dengan rela hati (^_^)

harumanis!

Itulah untungnye roomate lain-lain asal,keturunan,negeri. Orang Melaka boleh bagi cencaluk kat orang Kedah, orang Perlis boleh ulur sket buah harumanis sebijik dua..
Meleleh air liur kan tengok kegebuan buah ni.Kalau kat pasar ni sebijik boleh cecah rm10! Thanks rumet (^__^)