Monday, July 25, 2011

finally!!!

Hajat untuk memiliki gadget ni memang dah lama tapi apakan daya dengan upah sebagai buruh binaan (huhu), hanya cukup makan...
Akhirnya, dengan kuasa berjimat cermat amalan mulia di samping perlu melupakan seketika aktiviti shopping+makan-makan+jalan-jalan, aku sudah berjaya memilikinya...

-apakah ia? malulah nak habaq kat hangpa suma...when-when la ya! (^_^)

Sunday, July 24, 2011

pagi minggu

Terasa seperti tiada satu perkara pun yang berfaedah aku buat untuk minggu ini. Pagi minggu, bangun dan terus ku buka tingkap. Ah, terlepas lagi saat pagi merangkak berubah warna, momen yang selalu ku hayati. 
Seorang diri, seperti rasa seorang diri juga.
Secawan kopi hangat cukup untuk awali minggu terindah dalam hidupku...


-ingin kembali semula di sini...

Saturday, July 23, 2011

puisi

Tidak Tergenggam

Cinta, ditaburkan dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
berebut-rebut menangkapnya
banyak yang dapat secupak
banyak yang dapat segantang
semakin banyak

semakin tidak tergenggam



Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman

Orang asing
Orang asing
Seseorang yang asing
Berdiri di dalam cermin
Tidakku percaya akan pandanganku
Begitu banyak cinta yang telah diambil dariku
aku kesepian
Aku kesepian dalam keramaian
Mengeluarkanmu daripada ingatan
Bak menceraikan angin daripada awan

Takut
Takut
Aku sangat takut
Kehilang seseorang yang yang tidak pernah kumiliki
Gila, gila rasanya
Gila kerana cemburu buta
Yang tersisa hanya kenangan
Saat kau meninggalkan aku sendirian
Di bawah rembulan yang menyinari kota kecilku
    yang ditinggalkan zaman
Sejauh yang dapat ku kenang
Cintaku tak pernah lagi datang

Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman
Bulan di atas kota kecilku yang ditinggalkan zaman

                                                  -Andrea Hirata, 2011

Bila Andrea berbicara....


Tengok tajuk pun dah boleh membuatkan aku teruja sampai separuh gila untuk mendapatkan hasil karya terbaru novelis kesukaanku, Andrea Hirata. Yang menariknya aku beli satu, tapi dapat dua cerita!


Depan belakang design, memang menarik! Ceritanya, tak pernah menghampakan aku, boi! Kata-kata Andrea seumpama lirik-lirik lagu yang mengasyikkan, sangat terkesan!
Contohnya, "Tidak ada selembar pun daun jatuh tanpa pengetahuan Tuhan, boi."

Terlalu banyak rasanya kalau mahu ditulis, korang beli, baca, hayati sendirilah ye...

-Aku larut dalam kata-kata sakti Andrea Hirata....

dibelanja

My boss merangkap my PA, my Lect dan komuniti tesis telah pun bersudi hati membelanja team researchnya makan. Dari bulan lalu dia dah cakap tapi masa tak ada. Kita orang sentiasa on je, anytime! Jadi, dikesempatan yang ada, dia call pagi-pagi buta suruh search hotel mana buffet lunch yang meletop, dia nak belanja. Setelah diselidik, akhirnya kami pergilah Palm Hotel, kat belakang UPM je pun...
Diebabkan pergi redah macam tu je, maka tiadalah table kosong tuk rombongan kami, aku dah redha je makan kat padang..hehe

Sementara boss tengah fikir nak makan kat mana, kami snap dulu, nak masukkan dalam jurnal research. Akhirnya kami pun makan jela kat Thai Restaurant yang sebumbung jugak dengan hotel ni.

Jiji ngan Ayu yang redha kena bebel ngan PA Dr...

Dr. dengan Mahfuzah...

Nama pun Thai, tak lengkaplah kalau tak pekena tom yam, apa yang boleh dikatakan, Pergghhh,TERBAIK!

Jus tembikai tak nak kalah,SEDAP jugak!

Sepinggan nasi goreng harga rm22.++ Mau pitam nak makan!

Air tembikai ni kalau tengok gambar time pose, memang naya jela...hehe

Sekian sudah acara makan-makan, dr pun dah baca speech tuk team terus berusaha keras untuk PECIPTA bulan 9 ni. Harap-harap kali ni boleh menang Gold pulak =) 
Tq dr, ada rezeki belanja lagi...

secawan teh tarik

Sudah lama tak pekena teh tarik molana. Pergi kedai mana pun, teh tariknya tak akan sama, tak mungkin sama dengan molana. Cukup pekatnya, cukup susunya, cukup panasnya...buatkan penghirup tegar berasa puas.
Terkadang , aku dah tau kenapa payah sangat aku nak berhijrah ke bandar lain, mungkin sudah terkena panahan cinta secawan teh tarik molana...(^_^)


Dengan secawan teh tarik, segala hal yang berlaku sepanjang hari akan terlepas bebannya dalam setiap hirupan. Bercerita tentang ketidakwarasan manusia yang keturunannya mengikut, menyembah membabi buta, bercerita tentang kroni yang mengenyangkan koloninya saja, fesyen muda mudi yang semakin jelik melihatnya,  semuanya diceritakan dengan kuasa secawan teh tarik.
Sekiranya ada kopi cap tupai buatan mak kat molana ni, comfirm tak ada sapa yang teringin nak order teh tarik!

kasut sukan

Sesi memanaskan kasut sukan yang sudah penuh bersawang telah kembali. Jiwa atlet yang aku warisi daripada siapa pun aku tak tahu sebab semua family aku bukannya orang sukan! Dulu,mak cakap aku terkinja-kinja melebihi anak-anak terunanya yang sopan santun tu.!Ceh,semua bodek!


Sedih kan tengok kasut aku, lari boleh rasa jalan tar! Tapi,itu menunjukkan graf penggunaan kasut sukan sangat cemerlang =) Bersenam bukan sebab nak cantikkan badan je, lagi penting nak fitkan kembali tahap kecerdasan dan juga nak rasa sihat, duduk je dalam bilik, punggung pun dah lebar sama dengan kerusi!  Mari bersenam!

-Teringin nak panjat tangga Batu Caves...

Friday, July 22, 2011

apa mau bikin...

Hayyo...bila sudah ada budget aku tak boleh nak buat keputusan. Mau grab je apa yang diingini atau mau langsaikan komitmen yang sememangnya dah jadi benda hakiki yang wajib dibuat. Aduh, tak tau apa yang sepatutnya dibuat. Perlu fikir lagi rasanya....
Ada sesiapa lagi nak tambah budget aku?huhu

mesyuarat?

Oh Doc, common lah...
orang lain sudah punch out,kita baru nak tunggu ahli jemaah meeting...
pukul 5.00pm? WT.....?

Wednesday, July 13, 2011

irama

mendengar durian gugur bersahut-sahutan bagaikan memainkan sebuah irama yang hanya alam sahaja yang faham.
irama itu, hanya dimainkan pada musim durian (^__^)

Sunday, July 10, 2011

kenduri

Plan tak sampai seminggu, drastik je nak buat kenduri dan alhamdulillah, sukses jua akhirnya. Kenduri tahlil untuk semua saudara yang dah tiada dan juga sempena nak menyambut ramadhan. Dapat jugalah berkumpul ramai-ramai. 
Pukul 6 pagi dah kena pagi pasar cari ikan cencaru. Tokey ikan kat pasar pun belum bangun tido lagi, kenalah tunggu sekejap sementara orang jual ikan bukak kedai. Gambar tak dapat nak diupload berikutan enset ada masalah sket. Nanti ade masa akan diupload sebagai rujukan,hehe
Tragisnya, makcik-makcik ni sempat gurau kasar ngan aku, "Acik ingatkan kenduri dak Nadiah tunang." Aku pun menjawab dengan sopan, "Ni kenduri baru nak couple r cik,lambat lagi nak tunang," dah tergelak je makcik tu.
Mr.Playboy aku menjadi mangsa, asyik digomol oleh orang-orang yang datang, jangan hilang sudah!
Oklah, mata sudah kuyu, hati pun layu, jiwa takyah nak sayu sangat, aku just mau say Good Night!

Thursday, July 7, 2011

2 hari!

Yeay!!!
Sudah 2 hari pose, al-maklumlah kaum hawa special sikit, dah nak dekat ramadhan ni ramailah yang pose, ganti pose. Nasib baik tahun lepas tuhan bagi full day pose,Thanks Allah! Tahun lepas Allah sayang lebih kat aku,jadi bagilah aku can pose penuh, tapi tarawikh tak gak penuh! Ampun ya Allah...
Bila pose, tengok embun kat rumput pun boeh mendatangkan keghairahan kat anak tekak ni..haha. Memang macam budak baru blaja pose! Semalam, dah balas dendam pegi minum air kelapa, cendol kat uniten, benda yang asyik aku teringat bila pose,hampeh betul! Try jugak nak ingat benda lain still jugak terngiang-ngiang mesin kisar ais kat kedai mamak tu...

 Setelah memenuhi kehendak tekak ni, singgah jap kat pokok majika tu, melepaskan lelah dan memutar kembali kenangan lalu.


Tempat masih sama, tapi orang saja yang berbeza. Nyata, hidup ni tak ubah seperti memandu sebuah bas. Setiap perhentian akan kita bertemu dengan seseorang, dan akhirnya pada perhentian yang seterusnya, dia harus pergi, kita harus menurunkannya dengan rela dan di perhentian yang kelak, dipertemukan lagi dengan orang yang berlainan. Episod ini akan terus berjalan sehingga kita abadi.  Yang pasti, berjalan saja hidup ini tanpanya dan bertahan juga sebab menunggunya... Wah, semangat Erros sudah meresap ke dalam pori-pori jiwa!

Tuesday, July 5, 2011

Arnab

Arnab atau nama saintifiknya 'rabbit' bukanlah kegemaran aku sangat. Tapi,bila orang bagi free je arnab, takdan lah aku nak berkata,"Sorry, i dont want" or "Sorry, i dont like it". Tak sopan dan ayulah kan... Jadi dengan penuh keredhaan aku pun jawab laju-laju, "nak,nak!" walaupun tak sedar akan nasib yang bakal menimpa aku dan arnab malang itu. Hahaha

Eh,ini bukan gambar haiwan peliharaan. Nak bagitau kat sinilah jodoh aku dan si arnab berlaku...



 Aritu,si arnab dah jadi ikan sepat masin,tak perasan terjemur dua ekor ni,dah nak nazak baru perasan,jadi Cik Kiah dengan rasa bersalah terus prihatin dengan kebajikan si arnab ni...hehe
Jadi,setiap hari akan ku call mak untuk memastikan arnab-arnab kesayangan itu tidak menjadi ikan sepat masin lagi...
oh,saya dah merindui 'playboy' itu!

Monday, July 4, 2011

poyo

dalam opis,sunyi sepi fakulti seperti hari raya, elok bukak lagu-lagu jiwang.
Mood : Larut dalam perasaan sendiri...~~

Friday, July 1, 2011

gurau cik suboh

seperti biasa bila dah malam, kenalah makan malam. Jadi,dah nak pukul 9 tengok budak-budak kat rumah ni diam je, aku dah lapar pun panaskan lauk. Lalu pergi ke ruang tamu untuk mendapatkan confirmation. Kelihatan cik Suboh sedang kusyuk menonton Buletin Utama, Nazirah dan Kak Zai sibuk mengupdate blog (budak baru blaja,huh!),dak dik main PSP, dak bang selak-selak paper. Aku pun bersuara
Aku : Sape nak makan?
Ayah : bingkas bangun dan terus cakap, "Jom makan, lapar dah."
Kak Zai : Tunggu alonglah, deorang pegi Masjid Tanah. 
Aku pun jawab, "takpelah,kita dahulukan yang tua", sambil jalan beriringan dengan ayah ke dapur. lalu tanya kat ayah,
Aku : Ayah dah tua ke? (merujuk kpd penyataan aku sebentar tadi)
Ayah : Sambil tersenyum dan menjawab, "Tengok kau rasa tualah."
Aku " Hahahahaha....
Itulah antara lawak simple ayah aku yang sangat menyentap!

akhir kisah kita

....
penutup kisah ini diisi dengan sembahyang asar berjamaah, meruntun hati bila terkenang segala kisah yang dicipta bersama sepanjang keberadaannya bersamaku. Usai solat,kami berpelukan,bersalaman, barangkali yang terakhir. Aku tidak mahu mengungkap kata-kata sedih, dia tidak mahu berbicara tentang hal ini, biar ia berlalu secara semulajadi.
Akhirnya, bererai jua air mata ini yang ditahan. Sebak,tenggelam dalam emosi sedih. Jangan ditanya mengapa perlu ditangisi?4 tahun menjalani hidup bersama,saat ramadhan datang,kali ini aku sendiri. Dia tidak meninggalkan kesan perit,sisi hitam dan gelap seperti yang dulu. Dia hadir dengan sinar, membawa bersama sisi sempurna dalam hidup ini. Tak perlu disingkap satu persatu kebaikan yang dibuat, cukup ku katakan bahawa dia umpama guru yang mengajar aku tentang banyak hal.
Hanya sejadah dan telekung yang ku pinta ditinggalkan,hanya itu yang membuatkan kita dekat. Semua pesanan sudah ditulis, semua harapan sudah disemat, semua kenangan perlu disimpan kemas. Walau tidak bertemu lagi, ku harap jiwa ini sentiasa diingati dalam bait-bait doanya.
Ku katakan dengan indah, kau sahabat yang paling terindah tuhan ciptakan untuk manusia. Terima kasih untuk jiwamu. untuk perhatianmu, untuk kasihmu. TERIMA KASIH.
Ingat,
Yang jauh hanya jarak
Yang berjalan hanya masa
Yang abadi tetap kita 
Qaisaranadia
.....