Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran

Masih tidak terlambat untuk saya, tuan kepada blog Sisi Aku untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kaum keluarga, sahabat handai dan juga kepada gorup blogger semua. Semoga lebaran kali ini mengeratkan hubungan kekeluargaan dan juga beroleh keberkatan hendaknya (^__^)


Makin lama makin ramai ahli keluarga...hehe

Thursday, August 25, 2011

kajang

Well,
saya akan berhijrah ke Kajang!
Teruskan hidup!

berhijrah

Mungkin apa yang berlaku pada saat ini sudah dirancang dan aku fikir sedalamnya, mungkin sudah tiba masanya untuk aku keluar daripada petempatan ini, kelompok ini. Aku memang nak keluar tapi masih ada rasa sayang kat budak-budak floor, Sizuka, Netto, Curly, Combi dan lain-lain tapi perasaan itu mungkin tidak sepenting matlamat utama aku kat sini.
Oh ya, aku harus pergi, BULAT!
Walaupun secara drastik perlu dibuat, diuruskan segalanya, aku anggap ini titik permulaan ke alam dewasa. Ok, aku belum dewasa, masih kategori remaja! Berhijrah untuk sesuatu yang indah, perghh ayat untuk pujuk diri sendiri ketika ini...dan di saat ini, Duta telah mendedikasikan lagu semangat khas buat aku.Oh Mas Duta, lagu kamu cocok bangat dengan situasi aku sekarang!


Lagu lama, evergreen tapi sangat bermakna untuk mereka yang beranjak dewasa seperti aku...Oh Duta~~~

bebas daripada keobsesan!

Masuk hari ini, adalah hari ke-7 aku tidak bermain game! Huh, rasanya sangat lapang, sangat senang dan nyaman sekali dong! Terlalu obsesnya aku kepada game online kat fesbook macam Farmville, Cityville dah tahap keterlaluan kot. Ko gila aku main sampai 7 akaun! Boleh bazir 3 jam saja-saja macam tu je kalau dok ngadap game ni!
Pernah suatu ketika, disebabkan internet kat kolej tak laju, sanggup meredah hujan gerimis pergi cyber cafe kat Sri Serdang tu semata-mata nak kutip hasil, orang gila! Dan, kena marah ngan Ida sebab heret dia sekali dalam ujan teman aku pegi SS..ahahaha,sian dia,naif sangat! Yela, aku terpaksa tipu makruh kata nak pergi check emel, tapi hakikatnya nak main game, Sedehh!!
Secara rasminya saya sudah normal sepenuhnya, anda pula bagaimana? hehe




puasa 23

Disebabkan minggu ini adalah yang terakhir berpuasa, dan juga keberadaan Pia bersama aku di kolej, makanya dia telah berniat untuk menjamu rakan-rakan yang tidak percaya kehandalan kami berdua memasak. Lagipun, lepas ni dah malaslah nak masak sebab dah sorang-sorang je...bertambah langsing macam Preity Zinta ler aku gamaknye. (berangan!)
Menu: Cencaru bakar sumbat sambal Ku Pohon Maaf
           Sambal udang petai Pulanglah
           Sayur campur Riang ria di Aidilfitri
           Terung goreng Dendang Perantau
           Cencaluk Air Mata Syawal
           Asam Pedas Musafir di Aidilfitri
           Buah tembikai Suasana Hari Raya
           Air Loncan Balik Kampung
Para peserta yang telah memeriahkan acara makan memakan ini,
-Nine aka Rahimah Rahim
-Piah aka Sharifah Aini
-Urne aka Neng Yatimah
-Arn aka Kak Sudip
-Nad aka Lisa Surihani
-Ayu aka tak dapat gelaran
-Jiji aka Pak Ustaz
-Singu aka Mid Vellu
Kesimpulannya di akhir makan-memakan, ukhwah semakin terasa erat, saling terasa kekitaan dan mengelakkan diri daripada gejala sosial yang semakin menjadi-jadi dewasa ini.

-salah-satu kebahagiaan Ramadhan adalah kita berkumpul semula dengan senang, tidak seperti bulan-bulan lain...


Wednesday, August 24, 2011

sempat lagi ke?

Bila dapat peluang berdua-duaan ngan Dr. (doktor), macam-macam perasaan yang timbul. Dia dah bagi macam-macam idea, macam-macam cara tuk melancarkan lagi penulisan tesis yang dah tergendala sekian lama.
"Nadiah, U masukkan itu, U masukkan ini, guna teori ini, bahagikan kepada gender, old bla bla bla..."
Aku pandang Dr. dengan wajah yang kerut...
"Dr rasa saya sempat lagi tak?" Soalan itu terpacul spontan.
"Kamu target?"
"Hujung tahun ni...?"Aku macam menyoal semula
"Now, data kita dah ada, yang penting data. Yang lain akan datang kemudian."
"REALLY?" (tapi aku soalkan saja dalam hati.)

Dia tiupkan semangat dengan pelbagai cara.
Sekarang, dia sudah belikan laptop baru untuk aku guna, bukan simpan, melancarkan lagi proses kutipan data dan juga menjadi semangat baru untuk terus bertesis.
Dan,
saat ini aku berazam untuk terus saja bergerak ke depan.
Move forward Nadiah!

Tuesday, August 23, 2011

bersedia

Tak pasti status aku kat kolej, sebagai penghuni atau penyewa. Makin hari makin rumit urusan yang melibatkan pelajar-pelajar seperti aku. Semakin berlapis karenah birokrasi, maka semakin tak efisyenlah kerja. Dengar, budak-budak master nak masuk kolej kena pergi BHEP, nak bayar yuran kena pergi bendahari, nak daftar kolej kena pergi GSO.
Ko nampak, berapa bangunan UPM yang nak kena dilawat. Kesiannya budak-budak yang baru masuk bukannya ada kenderaan, dahlah bangunan GSO tu tempat jin buang anak, jauhhhh...! Aku masih tak pasti status aku,perlu merujuk kepada kerani kolej. Plan B if tak dapat stay, menumpanglah kasih kepada yang sudi,uhuhuhuk...
Tapi, aku nak join lagi minggu orentasi floor...semangat sangat kan aku ni walaupun dah kertu!

puasa 23

Alhamdulillah....
Niat yang ditanam 2 tahun dulu sudah dilaksanakan, somaga diangkat untuk dihadiahkan kepada arwah atuk, nenek, mak ngah, pak lang dan seluruh ahli keluarga yang telah pergi.
Sekarang, tinggal 1 lagi niat yang belum selesai,
~selesaikan master!

emo

Pergaduhan kecil di malam yang tak seberapa nak sejuk.

A : "Fine, tak payah contact lagi!"
B : "Kenapa ngan awak ni, asal gadoh je cakap yang bukan-bukan?" What do you want?"
A : "I WANT YOU..."
B : "Cakap awal-awal kan senang, ni merepek-repek macam mak lampir!"

`Mesti B rasa nak kakikan aje muka si A tuh!!!



beza

Setelah hampir sejam tawaf pasar malam, aku baru  perasan perbezaan 'greeting' antara lelaki melayu tempatan dengan lelaki-lelaki 'antarabangsa'. Lelaki melayu panggil,
"Kak, meh beli." walaupun nyata aku lagi ~sweet seventeen~ daripada dia!
Lelaki 'antarabangsa' itu,
"Adik, mari beli." walaupun bulu dada dia masih menampakkan dia muda remaja.
Beza yang sedikit itu sangat memberi impak! Baru tau kenapa ada jugak perempuan-perempuan kita yang jatuh cinta sampai tenggelam dalam bulu dada lelaki 'antarabangsa' nih.
Weh lelaki-lelaki melayu, nuntut sikit ilmu mulut manis daripada lelaki antarabangsa nih, even kau tak rela, tapi at least luak jugaklah ikan kau 500gram aku beli!

                  nampak sangat gagah or geli? google kasi pinjam!
 Korang pilihlah salah satu, tapi yang tenggelam dalam ketiak pompuan tu dah ade awek, yang jelita itulah aweknye, ko mampu!?haha

Monday, August 22, 2011

wateve...

Tau tak bukan mudah nak lalui semua ni
Tau tak bukan mudah nak hadapi semua ni
Kita bukan lagi jasad yang satu seperti dulu
kita bukan lagi berkongsi bantal yang satu
berkongsi mimpi yang satu...

Aku merangkak belajar hidup sendirian
Mencari sendiri ruang kegembiraan
yang dulu hanya kau yang mampu berikan

Emosi aku berat
tabah aku sangat ringan
jiiwa aku sangat nipis
biarku rawat dengan cara begini

Kau perlu tahu
Aku mungkin tidak seperti dulu....

2 jam 30 minit!

Perghh, rasa seperti mau pecah pinggang berdiri selama itu! Ni semua penangan orang nak tukar duit raya, memang sakit pinggang aku dibuatnya. Bayangkan u oll, pukul 9am kot aku dah ready standby pegi bank, aku budget aku antara yang terawal datang. Tapi, sangkaanku melecet, seperti melecetnya tulang belakang aku menampung kestabilan badan selama 2 jam 30 minit!

Aku di antara yang terlambat dalam terawal. Sampai kat turn aku duit rm10 dah abis, takpelah, tak tukar banyak pun...cukup-cukup bagi rasa je kat adik beradik...hehe

Dan, untuk persiapan tahun akan datang, aku sudah tau cara bagaimana mahu menukar duit raya tanpa perlu beratur selama 2 jam 30 minit.

Kawin je ngan pak guard bank!

gambo pinjam kat google yea..

Thursday, August 18, 2011

tak terkejar



Manusia, mana pernah puas dengan apa yang dia ada.
Biologi ciptaanNya memang begitu.
Kau pakai Ipad, selamba tweet kat Mcd Mid Valley,
aku masih usung laptop 2 kilo pergi sana sini...
Kau pakai handphone touch screen,
aku masih main picit-picit cokia lama...
Kau pakai camera taik hama pun boleh snap,
aku masih senyum-senyum tangkap gambar pakai enset...
Kau dah pakai pashmina,hanatajima
Aku masih pakai tudung bawal tiga segi, atau hanatajadi...
Kau dah pakai sportrim 16 inci,
Aku mampu tersenyum dengan tayar Duro kat lagenda cabuk itu...


Kesudahannya?
aku memang tak terkejar dengan kebendaan yang kau ada
Aku tak termampu memiliki apa yang kau ada
dan aku tak pasti bila aku akan berada...
Mungkin aku patut miliki suatu perasaan yang sebegini,
"Ya Allah, cukupkanlah bagiku rezekiMu, janganlah Kau jadikan aku hamba dunia, tanamkanlah aku dengan sifat qanaah rasulullah saw, tenangkanlah jiwaku dan jauhkanlah diriku dari sifat dengi dan tamak."


Rasulullah s.a.w. bersabda: "Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''

Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Nabi saw. bersabda yang maksudnya: "Lihatlah kepada orang yang lebih rendah daripadamu dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi. Itulah tembok yang kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” (Riwayat Bukhari)

Berkata Ibnu Umar r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda : Allah telah berfirman : "Wahai anak Adam! Bukankah apa yang ada padamu itu sudah mencukupi? Mengapa masih minta kelebihan yang akan membinasakan engkau? Dengan sedikit, engkau tak pernah puas. Dan dengan banyaknya engkau tak pernah kenyang! Kalau bangun pagi, sedang engkau sihat walafiat jiwamu pun tenang dan tenteram, makan minum hari itu pun sudah tersedia, apa lagi mahu dengan dunia? Biarlah ia terlungkup!" (Riwayat Ibnu ‘Adi dan Baihaqi)

Sifat qanaah itu sangat dijunjung oleh agama. Nabi s.a.w sentiasa menganjurkan supaya kita sentiasa berqanaah dalam kehidupan, yakni sentiasa merasa puas dan cukup dengan apa yang ada saja. Apa yang telah ditentukan oleh Allah dari rezeki sehari-hari, syukur dan alhamdulillah. Tetapi usaha mestilah diteruskan. Jangan sampai kita berdukacita akan kekurangan rezeki atau penderitaan hidup, kerana itu adalah bahagian kita yang telah ditakdirkan oleh Allah Ta’ala. Segala takdir dan ketentuan dari Allah Ta’ala itu ada hikmatnya. Dia Maha Mengetahui, Maha Adil lagi Bijaksana.

Sejujurnya, aku hanyalah insan lemah yang tak terlepas dengan godaan dunia yang tak pernah memuaskan hati anak Adam. Jika kita rasa terbeban untuk meng'update' teknologi, fesyen terkini, tinggalkanlah saja...
Mesej seorang junior kepadaku,
"Janganlah kita berbangga dengan Topgirl dan Quick kerana pakaian terakhir kita adalah kain kafan, 
Janganlah kita berbangga dengan mobil dan motor kerana kenderaan kita yang terakhir adalah keranda,
Janganlah kita berbangga dengan rumah dan istana kita kerana tempat istirehat yang terakhir adalah kubur,
Janganlah kita berbangga dengan kecantikan dan ketampanan kerana akhirnya akan menjadi santapan cacing tanah..."

Yang nyata, perbezaan kita di sisi Allah hanyalah iman dan amal...Salam Nuzul Quran (^_^)

Wednesday, August 17, 2011

setelah hampir 5 jam terperap dalam opis, orang dah bagi cuti takmo cuti! Aku mahu pulang dan tidur saja. Tak boleh tunggu esok, apa yang termampu haruslah disegerakan. Dan sekarang, aku mahu segerakan tidur!
"home sweet home baby..." (^__^)

cuti

Hari ni gantung kuali, tak masak! Nami nak belanja,
yeehooo!!!

Tuesday, August 16, 2011

puasa 16

Dah masuk setengah bulan berpose, memang dah sesuai sangatlah ni rasanya.
Kad raya sume dah beli, list kawan-kawan macam biasa, memang 20 orang je stok kawan aku yang masih di hati. Yang tak dapat tu bukan tak berhati, cuma tak terberi je..huh! 
Setem dah ade, kad pun aku dah tulis, tinggal nak pos je...tunggulah pose yang ke-20. Awal-awal pos macam tak rasa raya pulak.
Thanx to Pia Anjali yang gagah bangkit sediakan sahur tanpa kejutkan aku. Kejut-kejut tahu suma dah siap je, tunggu duduk bersila makan, sangat tacing tau!
Thanx to lovely Ida dah anta baju raya yang dah diupgradekan kekilauannya, siap pos mascara lagi supaya penampilan kakaknya yang sweet ni gojes di pagi raya,"Mmm..Ida, duit raya time konvo jela bagi ye.."hehe
Bonus raya?Lepas rayalah dapat gamaknya, itu pun kalau prestasi kerja tip top...
Puasa masih seperti biasa walaupun tidaklah seghairah dulu, lebih banyak masak daripada makan luar, lagi terasa feminin daripada hip hop,haha!!Tak related langsung!
Semoga yang menyintai terus beroleh keberkatan ramadhan al-mubarak ini, AMIN...

Thursday, August 11, 2011

diri sendiri

Entry ni lebih kepada untuk diri sendiri sebab selalu lupa apa yang diri sendiri mahu. Sememangnya kita perlu belajar untuk tidak mengharapkan seseorang menjadi apa yang seperti kita mahu. Dalam berkawan, ada habit member yang kita tak suka dan begitu jugak member kita, tapi masing-masing pendamkan untuk memelihara keharmonian. Ada lagi satu cara, tak payah nak amik pusing sangat apa habit buruk member kita sebab keburukannya meneutralkan sikap kita, dan kelebihannya menyeimbangkan suhu bilik supaya tidak sentiasa bahang...dah macam nak simpan ubat je pulak!
Lagi satu aku nak ingatkan kat diri sendiri, sudah sampai masanya untuk kita tidak bergantung harap kat orang, sebab akhirnya, sampai masanya. kita perlu sendiri. Sekarang lihat, memang terjadi. Yang ada hanya diri sendiri juga yang perlu mengingatkan diri sendiri. Jangan jadi orang gila pulak cakap dengan diri sendiri...
Toleh sekejap ke belakang, tapi tak perlu terlalu lama, takut kita tidak mampu bergerak ke depan sendirian.

-entry ni banyak menggunakan perkataan diri, sendiri, sendirian, TQ (>,,<)

Tuhan masih sayang...

Baru minggu lepas terasa sangat membebankan, memeningkan kepala otak, menyerabutkan jiwa dengan masalah-masalah yang datang sekali gus tanpa diduga. Telah lahir kekesalan dengan apa yang telah dilakukan sebelum ini, tiada sebarang persediaan untuk menghadapi saat-saat getir sebegini.
Namun, itulah dugaan dan setiap yang berlaku mesti ada penyelesaiannya. Terima kasih kepada bos yang menghulurkan bantuan, kalau tak hadoi...tak berayalah den!
Oh laptopku, kenapa saat-saat warranty ko dah abis baru nak bikin ribut?!!

Tuesday, August 2, 2011

stadium

Apa je yang membezakan kita yang tengok bola  kat stadium dengan kat rumah?
Time pasukan kita score, GOALLLL!!!! Memang heaven gile!

Dengan tiket yang paling susah nak dapat, dari Bukit Jalil-Kelana Jaya- Shah Alam baru dapat!

Kawan yang dah lama tak contact, hahaha!!

 View yang clear jugakla, yela pukul 530pm dah berebut masuk!

Semangat yang jarang timbul!

Qaseh yang telah diserapkan ke dalam penyerang team bola sepak di rumah!

Kesimpulan yang dapat, panas, padat, sesak, peluh, traffic jam dan puas dapat loncat-loncat bila gol. Kalaulah Malaysia score malam tu, berbaloi rasanya dapat meloncat banyak kali! Thanks to Jiji yang bersusah payah belikan tiket =)

Our next generation!

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Bersamaan 2 Ogos 2011 iaitu 2 ramadhan, akak ipar saya yang power rangers pink telah melahirkan hero kami semua (^_____^)
Muhammad Qalif mungkin namanya,haha. Qaseh Qalisya tetap di hati Cik Nad,hehe
Meh kita tengok budak yang fresh from oven,hahaha


Oh ye, rambutnya keluar-keluar je memang dah patern macam tu,bukan dibuat-buat. Dan pastinya, anak dak dik ni compom ikut dak nabil,kenan!

 Qaseh tetap sweet mcm cik nad,compom!~

Argghh, tak sabar nak balik rumah!

ramadhan tiba

Tiba sudah bulan penuh rahmat, penuh barakah...Dan sekali lagi kita diberi peluang oleh Allah untuk menggandakan amalan kita =)
Kepada semua yang tercinta, SELAMAT BERPUASA!


Loteh tarawih 23 rakaat!!