Wednesday, September 28, 2011

rumah lll

Semalam dah pegi Tesco cari barang nak buat kuih, so hari ni ingat nak buatlah..Tapi terasa ada sesuatu yang tak sedap mungkin berlaku di opis. Jadi, rasanya akan balik jugak tengahari ni or petang. Dah telefon bendahari tanya status claim yang membuatkan aku seperti ingin mencekik semua orang! Nak merajuk dengan bos, mampu?haha
Mak dah tanya bila nak buat kuih ni, tapi aku akan double comfirm balik ngan bendahari, if semuanya ok insyaallah aku balik esok...haha

-mesti abang aku cemburu dengan kadar cuti aku yang banyak!

Tuesday, September 27, 2011

rumah ll

Masih lagi di rumah, berkira-kira mahu pulang atau tidak. 
Tapi yang pastinya mahu buat kuih!!!yeyeh



gambar pinjam dr blog kak asmara=)

Inilah idaman tekak untuk hari ni. Masih awal,jam baru di angka 8. Sempatlah ke pasar mencari bahan-bahan, tak pun kejap lagi selongkar stor, ada tak stok tepung beras...
Adios,amigos miyamour~~~

Monday, September 26, 2011

rumah

Hari Isnin sudah mahu habis, tapi aku masih di rumah. Bukan tak mahu balik tapi keadaan tak mengizinkan.
Orang hanya mampu membuat andaian, kita sendirian menanggung. Jadi, konsep hidup sekarang,

"Pedulik apa orang nak kata, kita susah bukan dia belikan beras!"

Sentap sangat konsep hidup tu, tapi realitinya memang begitu. Memang fitrah kita mesti dengar cakap mulut orang tapi sampai bila...Yang melaluinya kita, bukan dia. Yang lapar kita, bukan dia. Jadi, abaikan saja mulut busuk masyarakat yang memang tak boleh tengok orang lain senang. Janji, kita tahu apa yang kita buat betul, jangan pulak buat-buat betul...hehe

-Boleh start masak bubur...huhu

oktober

Tak sabar untuk menunggu Oktober. Mengidupkan semula api cinta bersama di floor..Oh Ahcai, Ida come to kakak!haha
Apa-apa pun memang tak sabar nak bersua muka (^_^)

-tragedi oktober?

Friday, September 23, 2011

tahniah

 Semalam adik aku, Nami message, bagitau yang adik perempuan kepada aku dapat tawaran tuk masuk UiTm. So, tahniahlah kepada beliau di atas usahanya menempatkan diri yang Hado di UiTM. Doket jo, kek Londu yo ha! Sesuai sangatlah tu sebab Mira (sepupu) yang sama baya dengan dia pun kat UiTM Lendu.

 anak keling (panggilan manja di rumah!)

 bersama Mira yang sama-sama akan bergabung di UiTM

Pesanan, khidmat nasihat dari kakakmu yang lebih berusia lebih jelita dan lebih berpengalaman ini :
Jadi, bila dah masuk U tu, janganlah terkejut beruk, kejutan budaya, memang penampar Jepun akak bagi free. Dan janganlah rasa diva sangat, show off, ikut trend, memang silat besen kelapa rela ku lekatkan di badanmu itu. Kenalah fokus, dah ade pakwe kan, apa nak lagi, belajarlah betul-betul. Apa ko nak semua mak ayah bagi, Ko dapat lebih dari akak yang mungkin ko tak pernah perasan. Peluang dah ada, jalan dah tersedia, rempuh je. Tapi janganlah sebarang rempuh, takut binasa diri. Pilih kawan jangan pilih macam nak beli baju bandle, pilih kawan jugak jangan macam nak beli rumah. Sangat berkias kata-kataku! Bak kata dak Long, muka tak seberapa, pembawakan diri tu yang utama....hahaha!
Masuk u bukan macam masuk Akademi Fantasi (tak mungkinlah kan) dan juga Ustazah Pilihan (akak ko sesuai!), belajar, cari pengalaman, join aktiviti yang boleh bawak diri dan minda ko keluar dan berkembang sepeti minum Anfagrow! Dah jauh dari keluarga (eleh, 15 minit dah sampai!) sembahyang jangan lupa, kalau rumet ko tak semayang, ko pun ikut tak semayang. Dan lagi satu, jangan berangan nak bawak buku Shin Chan pegi sana, kalo tak cukup siri 1-50, memang ku bakar blog kolej ko tu!hahaha

Wah, sangat panjang pesanan aku. Tapi, takut tak sempat balik rumah je...Jadi bagilah nasihat  melalui tulisan ini. Good luck, good looking good everythings!

-mesti pakwe ko nangis-nangis kan..haha

permulaan yang suam-suam

Oh,aku termiss Subuh,7.45am baru terjaga dan teruslah mandi kan, nak pergi kerja dan qada' Subuh semula. Mesti Tuhan dah jeling aku....ampunkan hambaMu yang tersalah set jam Ya Allah. Set 6.30am tersalah pm..hamek ko! Nak harapkan teman sebilik, seperti tiada orang je pulak, kenalah usaha sendiri...
Hari ni nak settlekan beberapa perkara penting dan tak berapa penting, iaitu:
-BAYAR YURAN!
-settlekan claim bos
-order ink printer, stapler, A4 paper
-Usha harga buku bahasa Perancis, member kat UMP nak beli
-Berjumpa dengan kekasih separuh kelabuku, Miss Pia dan masak sambal goreng petai together forever
-Settlekan design CV dengan private designer aku, Arn

Yang pastinya permulaan untuk melakukan perkara-perkara di atas haruslah dimulakan dengan secawan kopi panas (^_^)
Aku memang penggemar kopi tegar, sangat maskulin bukan? hahaha

Thursday, September 22, 2011

PECIPTA 2011

Ahahah! (baca dengan nada yang betul!)
Hari tu aku nak bagitau pasal result PECIPTA, sedihnya.....

dapat bronze jugak...(*_@)
Tapi, alhamdulillah, atleast masih dapat award daripada tak dapat langsung! Lagipun, dah ramai yang mula suka dengan sistem ni, boleh ukur keasyikan,bukan kegemukan!
3 hari berkampung kat KLCC, macam-macam orang boleh jumpa. Yang paling bestnya jumpa yang macam Lisa Surihani!!!!Wow, i like it!


Ceh, mak ingat mak yang paling meletop, tapi wallpaper UPM sama patern ngan baju mak, BENCI!hahaha
Kagum dengan bahan pameran,bukan pempamer....
peminat cilik bersama LS,hoho




budak-budak sekolah pun join.

Perjalanan masih jauh, bermula dari PRPI 2010 - MTE Mac2011 - PECIPTA Sept2011. Dari mula memang tak tau apelah yang Dr. aku buat ni. Tapi sekarang, Dr pun tak tau macam mana nak running sistem ni, semua serah kat aku,hihihi. Mungkin kalah dari segi pingat, tapi saya menang dari segi pengalaman =)

-hancur berkecai nak paw boss pegi honeymoon kat cameron!

Monday, September 19, 2011

Melihat senario politik kini, di samping kekeliruan fakta sejarah yang sengaja ditimbulkan, membuatkan kita sepatutnya sedar akan hak kita, peranan kita dalam melestarikan keamanan dan keharmonian bersama tanpa menggadaikan hak pribumi yang sedia ada. Jika ditanya kamu Melayu atau Malaysia, jawablah dengan yakin dan bangga tanpa ragu atau takut bahawa, "Ya, saya Melayu!"

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua’alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
“Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

~ Usman Awang ~

Di akhir zaman, mereka sanggup menggadaikan maruah, agama dan bangsanya untuk kepentingan diri, kemewahan duniawi dan kekuasaan sebagaimana Firaun yang mentabalkan dirinya Tuhan manusia. Kuasa, kekayaan, kecantikan adalah dugaan daripada Allah, beruntunglah dan berbahagialah mereka yang bersederhana dengan dunia...

tak jadi

Well,merujuk kepada tajuk pindah dulu yang pernah aku post, aku tak jadi pindah even dah hangkut semua barang keluar dari kolej! Last day aku nak pulangkan kunci, kompomkan lagi sekali kot-kot ada space kosong tuk aku mencelahkan diri, akhirnya ada...
Sekarang,
budak-budak sudah panggil wa taiko ma....Setakat mau suruh wa kakikan badan orang, muka orang, wa takda hal...hahaha
Bilakah masanya untuk aku berasa tua?

Saturday, September 17, 2011

perasan

Pernah tak rasa korang sangat penting bagi seseorang?Macam kawan ke, best friend ke(bf), best friend forever ke(bff)...hehe
Tapi yang sedihnya apa yang korang rasa itu hanya syok sendiri je. Langsung diri korang tak penting  dalam hidup mereka-mereka.
Dan perasaannya, rasanya....sakit, really suck!

dan sekarang, pejam mata dan cuba lupakan semua. Jika ini Tuhan punya kerja, redhalah. Tapi hanya pinta gantikanlah apa yang Kau ambil dengan yang lebih baik dari sebelumnya....

Thursday, September 15, 2011

Penat

Sepanjang minggu ni memang takde life,nak ngadap PECIPTA dari 13 sampai 15 September ni. One more day to go...Hari ni keluar result, harap-harap boleh tukar bronze kepada silver..Kalo terus tukar kepada emas, lagi acik suko! Boleh paw Dr pagi rehat-rehat kat Cameron ke sambil makan stoberi!

Dont have much time to story about it, see you guys at KLCC Exhibition Centre, Hall 4 (^__^)

Monday, September 12, 2011

tunang-tunang

Pada 5 Sept. bersamaan hari raya, dua orang sedara telah pun selamat bertunang. Seorang pangkatnya adalah mak sedara, dan seorang lagi dua pupu, betul ke idok, tapi kira sedara jugaklah kan...


sangat lembut make up Gee Cantik!

Inilah Gee Cantik sebagai makeuper (suke hati tambah /er/) dan Azrin Hashim sebagai designer baju pengantin!
sungguh ayu bukan...(^_^)
Tapi yang kat bawah ni lagi ayu!

sangat gediks!

Ok, Selamat menempuh alam pertunangan, cepat-cepat pilih tarikh kawin! ok, yang akan menyusul pula selepas ni, jeng jeng jeng....


En. Rawi dengan pasangan bahagianya, Miss Semah! hehehe

Sunday, September 11, 2011

ubat

Penyakit lupa aku yang di tahap kronik bila masanya membuatkan aku sentiasa gelisah dan tak tenang hati. Jadi, aku rasa aku patut berubat...

Telah ku rembat kat Giant 3 kotak dengan harapan dapat menguatkan semula memori ingatan aku yang dah loose nih. Nabi pun cakap, kurma, kismis, kacang kuda boleh menguatkan otak, tapi aku pun macam konfius. Aku dah terlalu terlewat untuk sembuh sedia kala...hahaha! Kalo mak aku dulu kecik-kecik bagi aku makan benda ni, mesti memori aku dah jadi macam hardics, bukan pakai disket!

-Marilah makan makanan yang berkhasiat!

Saturday, September 10, 2011

promise

You make a promise twice
but you still broked it.

Tuesday, September 6, 2011

submit

Dalam perjalanan ke KPJ Seremban, tiba-tiba doktor call, aku agak kompom dia nak update pasal software. Ok, itu memang pertanyaan wajibnya tapi ada lagi satu pertanyaan atau saja nak dapat kepastian..

"Nadiah, orang GSO dah tanya You punya thesis submission, sempat tak you anta before 9th ni?
AKu soal balik, "What?" dan dia pun tergelak sama. Aku pun cakap, "Doktor pun tau objektif 3 saya pun dalam proses lagi, hahaha."
"Saya tau, saja je nak tanya you. So next sem jela anta ye..."
Sangat beruntung dapat penyelia yang bertoleransi seperti beliau.
If penyelia lain, kompom aku dah kena tomoi, dilanyak, lenyek! Dan yang paling tragis, kaki penyeliaku di mukaku.... Oh tidak!!!!

 Tragis sangat kan....

KPJ

Pergi ke KPJ Seremban menghantar Cik Suboh yang sesak nafas. Kerja? Aku hangkut beg laptop ke hulu ke hilir sebab dah telefon si software engineer tu datang Seremban if Cik Suboh tak settle lagi urusan paru-parunya...

Aku macam budak baru dapat laptop rasanya bukak tengah orang ramai. Mesti makcik-makcik keliling ni budget aku jakun agaknya nak bukak tayang laptop kat sepital. Hello makcik, kalo tak kerana kerja, tak hingin aku nak memikul laptop ni ke hulu ke hilir! Kalo Ipad 2 tu adelah jugak modal nak dibuat berlagaknya...hihi

Korang rasa, dapat tak aku kumpul data untuk 30 orang dalam masa 2 hari yang mana hampir 1 hari aku bertenggek kat sepital ni? Seorang responden ambil masa 40 minit, kalo 30 orang bersamaan 1200 minit iaitu bersamaan 20 jam...Insyaallah sempat or SEMPUT....

gambar cilok dari google =)

Monday, September 5, 2011

tertangguh lagi

Baru pagi tadi aku masuk keje, merempit dari Melaka ke UPM memanglah tak lama, tapi musim raya ni banyak speed trap, so agak sopan jugaklah gaya pemanduannya sambil feeling-feeling pegi konsert SO7 (tak abis-abis!)
Masuk opis, doktor sudah naik hangin sebab data yang sepatutnya di collect time raya tak dapat sebab masalah dengan software itu. So, tugas aku sekarang adalah kena deal dengan software engineer itu,listkan game online mana yang boleh dimain bersama dengan NEMD 2.0. Dan, sekiranya list itu sudah ada, aku harus segera pulang ke Melaka semula untuk tujuan mengumpul data daripada responden yang berada di sekitar rumah! Dalam rumah pun dah boleh dapat 10 orang, aku paksa jugak Cik Kiah main games, tak kira!
Balik ni sambil merempit aku nak nyanyi lagu khas ciptaan sendiri,
"Duit raya hangus terbakar di jalan raya"
Kompom meletup-letup-letup!

-Err mak, ade duit raya lebih tak?hehehe

puji


Berkongsi masalah dengan penyelia sendiri yang telah dianggap seperti emak sendiri-sendiri jugak. Berkongsi masalah supaya dia faham situasi aku sekarang sangat rumit dan sungguh tertekan,tiada hala tuju yang tepat untuk dihalakan muncung kapal. Dalam berkongsi rasa dia berkata,
"At least nadiah, you still strong, kuat."
Aku sambut dengan senyuman kata-kata itu,
"Mana ada doktor..."
"Yela, if orang lain tentu dah menangis, meraung tak tau nak pergi mana, you kira kuat jugaklah..."

Teringat kata-kata dak Nami, kakak saya wanita tabah!
dia orang tak tau aku dah menangis sambil mandi, feeling ko!

petunjuk

Semakin hari, semakin jelas petunjuk dariNya
Bait-bait doaku seperti di angkat ke mahrashnya, dijawab dalam pelukanNya
Adakah ini suatu petanda atau hanya kebetulan cuma?
Oh Tuhan,
jika ini petunjukMu untuk aku sedar dari lena panjangku, aku sudah tersedar.
Jika ini petunjukMu meluruskan jalan hidupku, aku sedar.
Jika ini petunjukMu untuk aku segerakan apa yang patut aku laksanakan, aku tekad!

Doa ibuku, kasih saudara-saudaraku, genggaman semangat sahabat-sahabatku buatku semakin bersemangat meneruskan jihad yang semakin hampir ke titik noktah syahid.
Alhamdulillah, atas nama Allah, rasulullah, ayah, ibu dan sahabat yang menyinta.


-Hidup bahagia kita kerana adanya doa ibu dan ayah...

Thursday, September 1, 2011

bahagia

Hampir 4 tahun aku tidak berhubung dengan kawan karib masa form 6 dulu disebabkan persilisihan faham, akhirnya lebaran kali ini ikatan persahabatan itu disambung semula. Aku ingat-ingat lupa je nombor rumah dia, tapi akhirnya di hujung talian kedengaran juga suaranya.
Oh ya, dia bakal berkahwin, tahniah untuknya...
Hidup tak lama mana, dunia tak besar mana, apa guna bermasam muka, lain hari silap-silap kubur sebelah-sebelah agaknya...heheehe

short term

Semakin hari, semakin teruk daya ingatanku ini. Aku sangat susah untuk mengingat semula mana barang yang aku letak. Dalam sehari, aku boleh hilang 3 barang berturutan! Sangat teruk! 
First, waktu pagi raya....
aku dah lupa mana aku letak beg duit, aku memang jenis tak suka pakai handbag bagi, jadi suka pegang or kepit kat celah ketiak sajork! Dan, bila beli barang, aku pun letaklah dalam plastik barang-barang itu. Kemudian di pagi raya baru aku teringat akan kehilangan beg duit itu dan teruslah menggelabah mencari-cari, menyelongkar pelusuk rumah mencari plastik tersebut. Aku dengan redha dah fikir mesti dia orang dah buang plastik-plastik yang tak guna itu dan terus membakar dan buat unggun api. Nenek aku pun tolonglah kaiskan tempat bakar sampah tu, at least puas hati dapat tengok dengan mata sendiri. Last-last jumpa kat celah beg Nazirah yang jumpa!
Kedua...
Pak Ndak bagi pendrive suruh trasfer gambar-gambar raya yang kita orang dok lenjan tangkap sehari suntuk, dan selepas aku mencabutnya, aku ke depan dan balik semula ke laptop, aku dah lupa mana aku letak pendrive, macam hampeh! last-last jumpa kat celah beg laptop yang aku dah selongkar banyak kali dan sepupu aku Mira yang jumpa.
Dan sekarang, aku dah lupa mana bateri laptop aku dah selitkan. Harus tido kejap esok baru boleh ingat!Malas aku nak melayan penyakit lupa aku nih!
Mak Lang cakap, kalau asyik lupa je jugak, cari jelah laki, kompom baik!