Monday, October 31, 2011

ubat

Belum pukul 8 pagi tadi aku dah pergi ke pusat kesihatan (PK) dan orang dah pun beratur. Aku ingatkan aku yang paling awal selepas nurse dan doktor, tapi ceh!
Dengan keberkatan orang sakit, tak sampai 20 minit pun dah settle. Doktor seperti biasa dialognya,"Jangan makan pedas-pedas, minum banyak air bla bla bla blah! Agaknya orang mengandung pun doktor tu gunakan ayat yang sama. Boleh request kat doktor nak ubat clarinase tuk selsema tapi doktor kedekut bagi 4 bijik je! Please doc, aku bayar yuran jugak hape....
Masuk opis jap, tepon doktor dan memang kami serasi, doktor pun demam dan suaranya pun dah sepeten ngan aku. So, kami sama-sama kena rehat di atas katil.
Jadi, dah tapau bubur nasi kat mekdi, aku pun balik, makan, telan ubat dan boom! TIDo sampai pukul 2 pm. Patutlah doktor tak bagi banyak ubat tu...
Mandi dah, kemas dah dan tiba masa untuk berjuang sambil tengok drama korea yang aku dah 3 kali tengok, cerita tukang masak istana tu, Jangjeum...
당신을 사랑 maksudnya saya sayang kamu semua (^_^)

november

Bulan November
angkanya 11
mungkin akan dipenuhi dengan pengorbanan
dan memerlukan 1000 peratus ketekunan

November
bulan untuk berjuang!

amik kat google

Sunday, October 30, 2011

demam

Ari Jumaat dah keneneng rasa perit je tekak, dan suhu badan macam suam-suam air teh. Aku pun suruhlah Doktor Rokiah rasa leher, dan beliau telah mengesahkan aku demam. So, aku pun terbaringlah, sampai tengah malam tekak aku rasa macam nak meletop je. Dalam terhuyung hayang aku pun pegi ke dapur, nak buat milo panas untuk legakan tekak, bila aku suruh kak Zai tolong buatkan,  baru perasan suara aku dah takde dan terus je meleleh air mata Wan maimunah ni. Sebak sangatlah kot. Kak Zai seperti biasa panik dan terus buatkan air.

Mak bangun, terus buatkan air asam jawa, tuamkan dahi dengan kain basah. Barulah lega bila mak yang jaga. Esok paginya, mak buatkan air madu, suruh minum dan fuuhh, lega sikit tekak. 

Orang jarang demam, bila sekali demam memang parah! Esok, aku mau ke PK, kutip ubat batuk, clerinese, dan ubat sakit pinggang. Luka lama kembali lagi. Dah telan ubat batuk, doa jela boleh tahan gatal tekak ni sampai pagi esok.

Sakit, penghapus dosa. jangan dimaki, jangan disoal...

baby


Oh baby
kita belum pun sambut first anniversary
tapi u dah sakit-sakit...
how come?
penat i jaga u tau
tapi u sakit jugak
bila u sakit, i pun sakit jugak,sakit poket!
baby, u jangan macam-macam
kang i cari lain baru tau!

makan malam gala aka galak!

Penutup rasmi bagi Family Day 2011 telah diadakan di laman rumah nenda Salmah, bersebelahan rumah nenda Maimun. Kedua-dua belah keluarga telah berkumpul seawal Magrib untuk solat Magrib berjemaah, kecuali keluarga Cik Suboh, sebab semua terlajak,ponek!
En. Raman telah bersudi hati menaja persiapan dan hiasan khemah, kerlasss sangat! Majlis tetap meriah walaupun nampak jelas masing-masing kepenatan berjimba-jimbaan siang tadi di waterworld.

tempat berlangsungnya majlis makan sampai boroi....errrkkk!

Cik Nad featuring Gee Cantik mengacara majlis, yang hado!

Hadiah-hadiah yang menjadi idaman...

Majlis perasmian disempurnakan oleh otainer or pioner

persembahan khas oleh ketua-ketua kumpulan

tempat ketiga, UNGU boo!!!

tempat kedua, rumah MERAH!boo jugak...

rebut kerusi kanak-kanaks

jaguh yang selamba rebut sambil menyandar

the winner yang banyak main tipu, rumah KUNING! nampak kak haiza bersungguh menjulang hadiah kemenangan,hehe

satay yang fresh dibakar...

sup ayam enak dimakan bersama mee atau meehun

pulut kuning dilayerkan bersama serunding,perghh,SODAP!

kek yang sangat-sangat sweet...

dan kek lagi,suprise for Sis Aishah

Loop dan Pajar yang sangat sporting dan gigih mensnap gambar untuk Family Day kali ni...

yeah,acara masukkan mic dalam mulut!

aksi spontan yang sangat mencuit hati..(asal aku skema nih?!)

antara tetamu yang hadir


bendera telah digantung, kita jumpa di lain kali...

Saturday, October 29, 2011

FAMILY DAY (part iv)

Sambungan seterusnya, walaupun sekarang aku tengah demam sehingga suara pun takde, aku gagahkan jugakla menaip dan mengupload gambar untuk tatapan peminat tegar di luar sana, expecially si Pia yang setia menanti aku mengupdate blog, thanks baby =)

Now, kita dah boleh cerita part acara-acara sukaneka yang sudah disediakan oleh pihak penganjur.

acara untuk kanak-kanaks...

isi air dalam botol

lompat-lompat kangaru

pancing undi,hihi

Fira yang comel...

Haziq dan chop stick gergasinya...

SUKANEKA UNTUK DEWASA PULA...

mumia kembali!

hasilnya...

sport rim adventure

bola jaring edisi gol di perut





jatuh tergolek!



bersungguh sangat...




sesi makan-makan



main sudah, makan sudah, gembira pun tentu sudah! Sudah berakhir sesi bermain sukaneka, selepas itu,masing-masing terjun tiruk dalam kolam tanpa berlengah sesaat! Gambar?Alhamdulillah takde! kalo ade,kenalah upload lagi sampai muak! Ok, ade sambungan lagi, korang jangan ingat dah abis. Sebelah malamnya pula ada makan-makan di teratak nenda Salmah. Jadi, tunggu update yang seterusnya....!

Friday, October 28, 2011

FAMILY DAY (part iii)

Untuk entry kali ni, akan banyak gambar sebab aku malas nak cerita. Jadi tengok gambar pun dah boleh tau betapa happening dan sportingnya semua orang time tu. So, let's check it out!

perarakan masuk, serius macam hari sukan time sekolah dulu...


line up!

sesi bacaan doa,moga beroleh barakah...


sesi pemanasan badan dengan tarian poco-pocong!

gelek inul cekwa...yihhaaa!!!

semua ketua kumpulan dah naik sheikh




SESI CHEERS (^_^)

rumah biru...boo!!

rumah putih,MANTOP!

rumah Ungu,sedih!


aksi masuk yang bersungguh-sungguh!

bersorak?hip hip horey!

"I believe i can fly~~"

kepak-kepak-kepak!

Ya Allah, baru part cheers je? Aku rasa macam dah banyak je cerita... maksudnya akan adalah part-part yang seterusnya. Ok,azan dah berkumandang, mau mandi amik berkat hari Jumaat...hehe