Tuesday, November 29, 2011

kepada shima

Aku rasa budak ni memang pelik sikit dari yang lain
Luar nampak gagah, nike, adidas, sporty
tapi part dalam macam pakai bedak cap maybelline!
Kami tadelah serapat mana
kami takdelah semesra mana
tapi macam ada instint antara kami
mungkin sama-sama sporty (tak boleh blah!)
hahaha

kepada Shima,
terima kasih atas ambil berat itu
jangan risaulah, akak ok je
doakan akak cepat-cepat abis belajar =)
jangan malas update blog
dan jangan pernah berhenti belajar menyayangi...

Monday, November 28, 2011

Ida

Dia memang dah tak nampak pun depan mata
tapi rasa sentiasa dekat di hati yang lara..cewah!!!
Nak buat apa rasa seperti dia ada...

Nak gosok gigi terpandang berus gigi dia
Nak pakai baju terambil baju dia
nak mekup pakai eyeliner dia bagi
nak minum kopi, pakai kopi yang dia bagi
nak pegi keje pakai kasut dia bagi
dari atas kepala sampai ke bawah kaki
semua dia dah sediakan

Dia selalu cakap,
"Ida nak akak nampak cantik bila keluar."
Nak harapkan aku, entah bilalah...
Kadang-kadang dia merimaskan
ditambah dengan bebelan yang boleh menanahkan telinga
tapi itulah dia
yang buatkan aku bukak mata.

Dia cakap kita dah macam adik-beradik
tak kira apa, susah senang kami dah harung bersama
dari berbas, bermotor sampai berkereta, dia tetap setia,tak pernah merungut
melayan panas baran, emosi, egois orang tua

Dia tak ada depan mata
tapi dia selalu pastikan ada orang yang take care kat saya bila saya sakit
Berani tipu dia cakap dah makan ubat?
Kena bebel separuh matilah jawabnya!

Kepada Ida yang mungkin bulan depan baru baca post ni
terima kasihlah atas segala apa yang telah dilaburkan
masa, tenaga, perasaan, kewangan dan segala-galanyalah
Nak labur lagi pun dialu-alukan
Moga ikatan suci ini sentiasa subur dan dilindungi Allah

-moga niat nak pegi haji sama-sama tercapai,amin (^_^)


.

untungla...

Baru aku perasan

yang budak-budak sekarang suka cakap 'untungla...'

Hoh, nampak sangat dah semakin kurang bergaul dengan budak-budak

atau aku yang dah kurang bergelak-gelak?

Untungla....

cuti

Dulu, memang selalu time cuti kau bosan seorang diri
Kau cuba memasang janji dengan mana-mana yang sedia menanti
Bila habis cuti, kau putuskan tali tanpa sebarang janji lagi

Sekarang, dapatku hidu
Kau tak betah duduk seorang diri
Kali ini kau tak perlu khuatir, tak perlu kau susah hati
sebab aku sendiri yang bagi
"Cuti kamu sama aku sudah habis bro...."

Carilah yang betul-betul pasti
musang sekarang pun dah pandai main 3G
apatah lagi nak tengok versi 3D!

Jangan kau kata kau tak mahu sakiti hatiku ini
Sebab belum kau mengaku aku sudah tahu..
Jauh macam mana dapatku hidu
Tapi percayalah, aku dah bagitahu
Tak usah kau ragu-ragu....

Hidup memang macam ni
susah macam mana kena juga harungi
walaupun terpaksa seorang diri.

-sape mau sambung cuti?

Sunday, November 27, 2011

pulih

Setelah tiga hari aku demam, dah kena inject punggung, ubat sampai seratus lebih, beli smart tag pun lagi baik, akhirnya aku sembuh jua, walaupun belum sepenuhnya. Terima kasih kepada Pia yang tak putus-putus tanyakan khabar walaupun aku tak bagitahu sapa-sapa pun (kalo tulis kat blog bukan bagitau jugak ke?). Satu rumah demam, memang kuat betul virus kali ni!
Nasib baik sebelum demam aritu sempat jugak settlekan sistem projek dr,kalo tak memang nayalah aku. Dan, banyak sangat kerja-kerja yang tertunggak, perasaan yang tertunda, maslah dan dugaan yang tersekat, tapi perlulah diselesaikan satu persatu.
Thanks a lot to my herolah,Along sebab dia yang amik aku kat kolej then bawak pegi KPJ Shah Alam, masuk sekali jumpa doktor, part kena inject tu takdelah, kang takmo kawin lak dia tengok corak harimau bintang aku ni...hahaha

kepada yang tercinta,yang menyinta, terima kasih atas doa kalian...(^_^)

Thursday, November 24, 2011

demam lagi

Ntah daripada manalah berjangkit virus demam ni, yelah satu rumah demam dan akhirnya giliran aku sampai jugak. Terlalu panas sampai meracau-racau sorang-sorang pukul 2.30 pagi. Gagahkan diri bangkit tuk tuam kain basah kat badan. Rumet takde, jadi sorang-soranglah mengharung kepanasan. Pagi, Sizuka ketuk pintu, si Idalah yang suruh tengokkan. Ada jugaklah orang yang jadi nurse, gilir-gilir Sizuka dengan Curly jaga aku. Sweet sangat....hihi
Dan kejap lagi, dak long mau datang amik aku dan terus ke KPJ Shah Alam, dia suruh inject dan masukkan air. Mana taknya, dah sepapan aku telan panadol, tak jugak elok. Jadi, serah sajalah kat doc. Saat-saat begini, kepala dah tak boleh pikir tesis, kena pikir Cameron Highland ke...hehe

-Doakan aku kembali gagah!fuyoooh!

Sunday, November 20, 2011

Along

Along, 
mungkin tidak mampu diluahkan saat berdepan
tidak mahu air mata adikmu ini merimaskan keadaan
Usahamu, pengorbananmu takkan mampu aku lakukan jika aku berkemampuan
kau umpama ketua keluarga,abang, kakak kepada kami semua
Kami goyah jika ketiadaanmu
keberadaanmu meniupkan semangat setiap isi rumah
bangkit melawan musibah
mencari penyelesaian melepaskan kita sekeluarga dari terus dibelenggu kesulitan
Along, hanya kau tempat kami berjuang dan jangan risau kerana kau tidak bersendirian.
(Along+dak bang+dak dik+akak+nami+nazirah+nabil+najwan)
TERUS BERJUANG DAN BERTAHAN

bertahan

Alhamdulillah atas segala rahmat dan kasih sayangMu
Aku melihat apa yang terjadi dengan berlapang dada
Kau ambil dia untuk Kau sedarkan kami betapa pentingnya dia
Kau ambil dia,Kau uji kami untuk kami suburkan kembali rasa kasih yang telah hilang
Kau ambil dia dari kami untuk kami mengingati kembali segala pengorbanan yang telah dia lakukan.

Terima kasih atas sokongan keluarga yang tercinta
terima kasih atas usapan semangat sanak saudara yang setia menemani saat kami diduga
terima kasih kepada jiran-jiran yang memahami
dan terima kasih kepada semua yang mendoakan yang terbaik.

Kami adik beradik lapan saudara
takkan pernah tunduk memalingkan muka menghadap dugaan
kami kuat,kami bulat dalam mempertahankan apa yang telah dia usahakan selama ini dalam membesarkan kami lapan saudara, kami takkan mengalah,takkan rebah.
Berharap, dia tetap mampu bertahan di sana, janganlah Kau ambil dia terlalu lama Ya Allah,
kembalikanlah dia agar kami dapat menjalankan tanggungjawab kami pula.
Kau duga kami Ya Allah, kami redha, kami bersyukur, namun Kau peliharalah dia Ya Allah.Jangan Kau gugurkan lagi air matanya Ya Allah....

-saya bangga saya dilahirkan dari benih dia yang bejiwa pemurah....

Wednesday, November 16, 2011

berat

Sekarang mungkin adalah masa-masa yang amat sukar untuk aku sekeluarga. Dugaan yang tiba-tiba datang menjengah perlu kami hadapi dengan lebih tabah. Apa salah orang-orang yang aku sayang sampai begitu sekali mereka diperlakukan.
Aku? Air mata tidak dapat dititiskan di hadapan emak, dia sudah cukup menderita. Aku perlu lebih kebal menahan asakan emosi. Melihat yang lain, Along, abang, Nazirah, Nabil, Najwan menangis cukup buat ku tersiksa. Hanya dak dik yang masih boleh relax, melihat apa yang berlaku dengan pengaruh nikotin.
Dugaan ini sangat memerlukan kami adik-beradik bersatu menenangkan perasaan emak, mendoakan kesihatan ayah dan harap ayah lebih tabah dari kami.
Adik-adik aku tak cukup kuat tuk hadapi semua ini di sekolah mereka,kenapa mesti mereka?Biar aku saja yang berdepan dengan orang-orang itu. Ya Allah, jika ini ujianMu, aku bersyukur Engkau uji kami sekeluarga kerana petunjuk yang Kau menyayangi kami. Dan, kami hadapi dengan redha, segeralah Kau tunjukkan kebenaranMu jika kami di tempat yang benar. Moga sisa-sisa hidup ibu bapa kami diakhiri dengan kemuliaan,Amin...

Kepada kawan-kawan, berdoalah agar aku sekeluarga tabah mengharungi dugaan yang bagiku sangat berat.....

Monday, November 14, 2011

sakit pinggang


Sakit pinggang dahulunya sangat sinonim dengan aku, iaitu selepas operated apendix masa form 4 dan dua minggu after operated, terus masuk asrama kat Sek. Teknik Port Dickson. Sakit terjadi akibat daripada ketidakpantangan dan ketidaksopanan dalam menjalani kehidupan sebagai orang sakit. Aku tak bagitau pun kengkawan yang aku baru je operate dan mereka melanyak aku seperti orang sihat. 
Operate appendix sebenarnya sangat sakit, sebab masa tu masih lagi pakai pisau, tak pakai laser macam sekarang. dan ye, memang ada parut pun dan tak bolehlah berbikini bagai seperti JLo! Bayangkan nak cakap pun perlahan-perlahan sebab terasa sakit sampai ke perut, apatah lagi gelak terbarai!!! Dan, akhirnya, aku terpaksa bagitau member-member dorm sebab luka jahitan tu dah berdarah akibat budak-budak ni bergurau ala-ala main rugby! Korang tau apa action budak-budak dorm aku? Terus sangat take care, aku tak boleh makan pedas, aku tak boleh minum air coke lagi, aku tak boleh macam-macam! Masa tu memang macam princess abislah, siap warning kat makcik dewan makan jangan bagi lauk yang pedas-pedas kat aku, tacing siuttt!!!
Dan Siah, terus diiktiraf segabai nurse, bersihkan luka jahitan tu setiap kali aku mandi, sweet sangat kan...hehe Warden pun take care kat aku sampaikan suruh aku tukar dorm kat tingkat bawah, tapi time tu semangat dorm sangat kuat, assobiyah habis,jadi aku tolak tawaran itu mentah-mentah,hahaha!!!
Ok, aku nak cerita pasal sakit pinggang tapi dah melalut. Itulah sejarah sakit pinggang aku. Mesti ada koyok dan koyok itu jugaklah yang menjadi bahan kepada diriku yang sweet ni. Selalu pompuan kawan tegur tudung senget ke apa, tapi part aku, kawan aku selalu tegur, "Nad, koyok nampak!" Korang rasa macam haram je kan...
Disebabkan aku tak pantang betul-betul, baru sebulan operated dah main bola jaring, kawad kaki kadet polis, terus effect kat bahagian pinggang aku. Agak lama jugaklah aku mengidap sakit pinggang sampaikan tak boleh duduk lama, tido sakit, macam-macamlah. Sampai kena amik injectionlah nak bagi ilangkan sakit. 
Dan sekarang, sakit itu kembali menyerang dan aku cuma boleh berharap aku mampu bertahan....

-argghh, tak sukalah kenang kawan-kawan yang memberi kesan dalam hati!!!!

tintin

Sibuk tak sangat sebab sempat je aku pegi tengok wayang. List movie yang perlu ditengok bulan 11 ni sangat panjang sebenarnya tapi tak syoklah tengok sorang-sorang kan. So, kebetulan Nami ajak keluar dan terus ajak tengok The Adventures of Tintin.
Kartun? Tak payah nak pikir apa jalan ceritanya. tengok sapa pengarah pun dah tau cerita ni memang superb! Bila Spielberg bergabung dengan Peter Jackson, mana tak meletop!


Secara keseluruhannya, cerita yang diadaptasi daripada komik ke layar perak memang sangat mengagumkan. Mula-mula aku dah confius ni cerita kartun ke real sebab memang nampak real gilak! So, aku bagi 11/5 bintang untuk filem ni, memang superb, nallek! Sangat rugi kalau sapa-sapa yang suka cerita kartun tapi tak tengok ni, macam tak basuh tangan time makanlah kiranya, tak lengkap! Apa tunggu lagi, pegilah beli tiket sekarang jugak!

minggu-minggu

Nak mulakan entry ni pun aku mengambil masa yang lama, nak mulakan dengan apa ya? Apa pun harap semua yang tercinta dan yang menyinta sihat-sihat saja. entry ni lebih kepada rangkuman apa yang berlaku minggu lepas dan minggu ni juga. Senang cerita dalam satu post.
So, minggu lepas mungkin minggu yang sarat dengan emosi, lebih kepada kerisauan tentang diri. Doakan sajalah yang terbaik. Mungkin tidak aku kongsikan di sini, cuma jangan buat spekulasi aku nak suntik botox, nak ubah muka sudahlah ye! Aku ok jela, sangat optimis dan bersemangat sampaikan tesis aku bergerak dengan lancar sekali (^_^)
Rutin harian yang semakin awal, dalam 5.30 pagi dah bangun tuk buat tesis. Memang aku hanya boleh menulis di awal pagi saja sebab shetan sume tido time nih! Dah masuk tengahari, nak tengok Full House kat NTV7 pukul 12pm, dah makan nak tido sebarang 20 minti yang akhirnya berlarutan sampai ke dua jam! Pastu bangkit siap-siap nak tengok Janjeum kat Tv Al-Hijrah pukul 3.30pm then sambung lagi cerita Pasta kat TV2 pukul 5pm...so sangat sibuk dengan aktiviti menonton drama episod, bukan sibuk apanya!
Masa semakin cepat berlari dan harap kali ni titik fokus aku sentiasa tetap. Dugaan memang sentiasa datang dan memerlukan sisi tabah dalam diri. Apa yang datang kita lalui, moga ada sisi baik dalam setiap dugaanNya.
Kata putus masa belum dibuat, jangan khuatir sangat. Lepas dah habiskan beban tesis ni barulah boleh difikirkan langkah yang seterusnya...doakan saja ya...
Minggu ni balik sebab ada hal. So, lamalah percutiannya. hehehe....
nak request asam pedas daging tetel boleh tak? Perghhh!!!!

Wednesday, November 9, 2011

SALPBM

Selama 2 hari, akan berada di SALPBM, atau nama penuhnya Seminar Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu. Kali ni,tak jadi makalah pun jadi AJK pun tak, jadi pemerhati saja,hehe
Takpe,doktor sponsor yuran,dengar sajalah. Mana tau ada yang related dengan tajuk aku ke dak.

Mau pakai cantik-cantik =)

Tuesday, November 8, 2011

picnic

Masa Ida ada kat kolej hari tu, dah plan dengan Netto dan Sizuka nak pergi mandi-manda,mengisi masa terluang daripada terbuang dalam bilik tido! So, prepare sikit-sikit dan terus shoot ke sungai Congkak. Plan awalnya nak pergi pukul 8pagi, tapi lepas subuh masing-masing tarik selimut balik, ceh! Makanya, pukul 10 pagi barulah kami bertolak.
 Sampai-sampai orang dah ramai, tengok macam dah penuh je pondok nak parking barang. seronok tengokbudak-budak main air, masing-masing berebut port yang best tuk menyelam, padahal takdelah dalam mana pun. Dah parking barang, keluarkan periuk bagai, masing-masing buat menu yang dah ditetapkan. Netto + Sizuka + Ida buat sandwich. ida buat meehun. Aku? jaga beg..hehe

perghh,lapo pulak tengok sandwich!

Netto,Sizuka,Chalk (suma nama floor)

bakul pink cik nad...sweet dak ade bakul picnic =p

starting mesti kena ada air tangan orang yang berpengalaman...

taadaaa!!!Dah siap!

makan-makan,kicap tak boleh tinggal!

dapur masterjii,kecil tapi penuh di perut=)

first terjun tiruk

last-last,jatuh, hanyut....haha

budak rombongan sekolah excited dapat main air...


Main air sampai kecut-kecut, selam walaupun air sejengkal je. Baru sampai dua jam, hujan turun. Dan terus packing barang pulang ke pangkal jalan. Dalam perjalanan, budak-budak semua tido, hehe..........
Ada rezeki, tunggu Kak Chalk datang kita pergi lagi (^_^)

booked!

Demi kesinambungan hidup, untuk menghilangkan rasa gusar, memadam persoalan yang ada, aku perlu lakukan sesuatu. satu panggilan, satu tarikh, satu jawapan yang mungkin akan mengubah apa yang akan aku lalui pada masa mendatang.

dengan kesedaran yang ada, aku sudah booked! Khamis insyaallah masih ada sinar...

kenduri

Masa cuti deepavali, orang lain pecah kelapa, mandi minyak, tapi kita orang pecah perut makan-makan, tapi bukan maruku ok. Kesempatan cuti yang ada kami sekeluarga telah mengadakan kenduri aqiqah Qashah dan juga doa selamat. Walaupun penat masa Family Day tak habis lagi, tapi dengan gabungan seluruh tenaga dan bersatu padu, maka berjalan jugaklah majlis yang dirancang. Aku tak boleh nak taip, dah beku jari doktor pasang aircond kuat sangat! Korang layankan jela gambar-gambar yang sempat disnap oleh Nazirah,aka anak Leng!

makcik-makcik...

pakcik-pakcik

dak Long dengan along jugak

kambing salai

hasil klon yang gagal...haha,sori Pak Ngah!

group marhaban

senyum macam paklong!

sesi menggondol kepala

AJK ulur dulang lauk (jambar)

PakNdak yang letih...sian pakndak..huhu

Mak budak

bapak budak dan budak-budak

 dan akhirnya,sesi makan-makan

Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan semga diberkati dan diterima Allah hendaknya, amin...

Congratulation!

Ok, cerita dah basi! Bukan tak mahu cerita, tapi terlambat sket nak story sampaikan Induk tanya kenapa tak tulis cerita tentang Nami aka Wo Chi Chong!haha
Okla, dengan rela hati akak kongsikan kegumbiraan itu di sini. Masa Family Day hari tu, masa kita orang semua sedang bergumbira, telan air kolam sampai kembung, Nami tak dapat nak join sekali sebab dia kena pergi Brunei tuk wakil Malaysia dalam Pertandingan Pidato Pendidikan Islam Peringkat Institusi Pengajian Tinggi Serantau. Akhirnya hasrat murni beliau tuk berada di pentas antarabangsa tercapai jugak, dan first time naik kapal terbang...hihi
Dan nak dijadikan cerita, Nami menang dan memang tak sangka,serius! Yela, dia pun tak sangka boleh menang, mungkin baju melayu warna biru dia yang menyerlah tu menarik hati juri,haha. Memang he deserved to win! Dan berita kemenangan itu kita orang dapat tahu waktu malam gala penutup Family Day, time masing-masing sibuk kunyah satay, terus live call Nami dari Brunei...
So, inilah hasilnya...

Piala pusingan yang kena hantar balik ke maktab...

kat Brunei, orang sangat mnghormati guru sampai panggil yang mulia
keratan akhbar dari Brunei

lagi akhbar yang menyiarkan cerita kejayaan Nami

penyampaian hadiah daripada Qaseh

Qashah yang dah mula belajar membaca tuk cari isi pidato...haha


dan akhir kata, kami sekeluarga berbangga dengan kamu (^__^)
Teruskan legasi Suboh's Family, 
maju terus,pantang mundur!

salam lambaian kaabah

Post yang lambat beberapa hari, orang dah habis licin makan sup tulang, aku baru berkesempatan nak ucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
MOGA IKATAN UKWAH PERSAUDARAAN KITA SEMUA BERTAMBAH ERAT
DAN MENCAPAI MISI UTAMA PENGERTIAN IBADAH HAJI ITU SENDIRI.

Sambutan raya qurban keluarga Cik Suboh memang tak pernah menghampakan,tapi kali ni bersederhana saja. Lemang tetap ada, ketupat buat sendiri masih ada, rendang bali tetap ada, sup tulang gear 1 pun ade! Cik Timah hulur sepinggan satay, Cik Seni hulur sebekas rendang kerang, Mak Lang bawak rendang kerang+kari ayam, Kak Sally bagi nasi lemak, tak cukup meja nak letak, err tak cukup space dalam perut nak telan sebenarnya...huarggghhh!!!!

dan menjelang malam,semua mencari minyak yuyi cap limau tuk menghilangkan pening keneneng penangan daging berlebihan!

Thursday, November 3, 2011

twitt

Perghh,

aku twitt?sape?

Lisa Surihani bhai....hahaha
tak sangka main-main sebut nama LS terus je jadi peminat tegar LS!!!

Cannot wait to watch 'Istanbul aku datang'.

 pic yg paling cantik aku bg korang tengok...(amik kt fb)

tersengih pun mcm ada iras-iras aku je kan...hihi

Haha,hape pun tak boley...tak kisahlah,janji aku sudah suka sama LS. Sikit aribulan lagi mungkin aku suka Fasha Sandha pulak...hahaha

Wednesday, November 2, 2011

perhatian!

Kepada semua blogger, ataupun member-member yang lalu-lalang kat blog aku ni

ada beberapa soal-selidik versi maya punya kat sebelah kanan korang yang kotak warna oren tuh...

pinjam kat google jap

Harap sudilah jawab ye sebab ada kena mengena dengan kajian aku....

Tak dapat nak bagi pen UPM, nak tuntut hadiah sila tinggalkan alamat anda =)

Thanks you alls!!!!haha


p/s:brani buat bentuk badan macam huruf 'c'?

Tuesday, November 1, 2011

tekak

Sama seperti semalam, mungkin lebih teruk!

Tekak yang sensitif dengan ais ni dah macam rasa calar-balar je, sampai terkencing-kecing batuk!

Dan menunggu Isyak untuk menelan segala ubat yang ada

Mungkin penangan makan ayam pecal ngan Pia tadi kat Kampung Pandan.

Pia, ko punca!!!!hehe