Tuesday, January 31, 2012

zuhud


Assalamualaikum! 
Intro je dah macam ustazah pilihan! selalu takde mukaddimah dalam tulisan aku ni, terkadang perlu juga. Pagi Selasa yang sangat sejuk dan nyaman, rasa macam kat New Zealand sebab hujan renyai-renyai, sangat indah. Tapi, aku bukan nak cerita pasal hujan, dan bukan juga nak cerita pasal secawan kopi!
Aku sekarang sedang belajar mengurangkan sedikit kegilaan terhadap Facebook, gila hape! Facebook tu bai, semua orang main FB, nak tau cerita-cerita sensasi semua ada kat FB, napelah aku nak kurangkan pulak?
Bukan aku tinggalkan terus, akaun aku masih aktif, tapi ada satu perasaan yang buatkan aku rasa ingin berpisah saja dari FB tu (kecewa, ceh!). Bukan zuhud, bukan juga jumud, aku dalam satu fasa memperbaiki diri. Jangan pulak salah anggap, aku tak cakap pun FB tu jahat, aku je yang terlalu 'jahat' tuk ber FB. 
senang cakap aku tengah puasalah daripada bermain FB. And i did it! One whole day i do not touched the FB! Pergghh, payah kot! Kita dah biasa celik mata bukak FB, tapi bila dah berpantang, tengok simbol FB pun aku boleh menggigil tak tahan nak bukak! Kalau dah addicted memang payah, tapi member aku cakap benda yang kita selalu buat, lepas tu selama 2 minggu kita tinggalkan, insyaallah benda tu akan menjadi biasa. 
Aku cuba nak puasa seminggu, tengok tahan ke tidak! Tapi, bila aku dah nekad, mak aku pun tak boleh nak cakap apa! Haha, mak aku pun cakap aku ni keras kepala, itu batu besar duduk dalam aku punya kepala. Takpe, aku sedang buat benda baik apa. Tapi sape-sape nak roger makan cendol ke, teman sehirup dua teh tarik ke takde hal. Kasi roger saja, itupun kalau korang masih perasan yang aku masih duduk di Serdang ini....(ayat nak sedih aje,tak boleh blah!)


gambar pinjam kat Mr. Google


-Tolong doa ramai-ramai aku konvo taun ni jugak, tak kira!

Monday, January 30, 2012

Urus emosi

Fine, semalam terlebih emosi! Biasalah, bila emosi mengalahkan logik akal, nampak ketidakwarasannya.
Kita tinggalkan cerita-cerita sedih itu, berusaha untuk mencari lorong keluar daripada terus dibaluti perasaan itu lebih penting.
Isnin sudah, 30 Januari 2012. Bulan Februari akan menjengah, banyak urusan yang sedang menanti. Target untuk submit thesis for viva, kemudian baru boleh fikirkan temu janji bersama doc.
Harapan untuk hari yang mendatang, "Jangan mati dulu!"
Tapi, itu kerja Tuhan, kalau dah datelinenya begitu, aku juga perlu tambah satu lagi harapan, "Sediakan aku dengan kematian!"

-Gluupp, ari Senin dah cakap pasal mati! Rasa down atau lebih bersemangat, terpulang. Aku mahu settlekan tugas hakiki sebelum menjelang malam.

perasaan berulang

Mungkin terlalu banyak tonton drama sedih buatkan aku rasa sedih (ayat cover!)
WALAU APA PUN YANG BERLAKU, DIA YANG TERBAIK! 
Kau percaya pada karma? Kau percaya yang kehidupan ini ibarat roda yang berpusing?
Mungkin klise, tapi nyatanya Tuhan dah atur tanpa kita sedar, dan yang paling tragisnya Dia uji kita dengan perasaan. Dugaan yang melibatkan perasaan sangat sukar diurus. Percayalah, aku sendiri masih rapuh. Kenapa mesti dia yang perlu membuatkan jiwa ini parah? Tidak pernah  terlintas dia yang membuatkan aku tersenyum mampu jua membuatkan aku siksa. Tolonglah, aku dah penat bermain dengan emosi dan benda yang melibatkan kau.
Aku dah cakap jangan berjanji, nanti beban. Dan beban tu bukan dekat kau, dekat aku! Banyak sangat yang aku ingin luahkan, tapi percayalah, aku dah tak mampu. Tiada guna jika kau tak mahu berusaha untuk berubah. Biarku luah pada Dia, moga hati ini tak menangis lagi.

-Terima kasih kat sahabat aku yang sanggup spent cuti dia semata-mata tak mahu aku bersedih.

drama sedih

..............................................

Bieber : You totally changed.
Selema : Yes, i'm changed but what should i do?
Bieber : You asked me? Ask yourself! Just put your foot in my shoes and you can realize.
Selema : You feeling too much. Stop talking too much, get your sleep now.
Bieber : It easy for you to say.
Selema : So, you want broke up, clash?
Bieber : I don't say that.
Selema : TUT...TUT...TUT (turn off the phone lines)
Bieber : Huuuh....Breathe deeply. 

.............................................
***to be continue***

Sunday, January 29, 2012

Allah selamatkan kamu



Selamat Hari Lahir Ida,
doa
panjang umur
murah rezeki
sihat tubuh badan
berjaya dalam hidup
dunia dan akhirat

video

-moga yang dihajati tercapai. Hargai orang yang menghargai.....(^_^)

drama sebabak kat KLCC

suasana muram......................

Zainab : Hurm...Aku rasa family dia tak suka kau kot?
Saleha : Yela, sebab dia tak pernah nak perjuangkan diri aku dalam family dia!

..........................................
Saleha dan Zainab ketawa berdekah-dekah!

Saleha  :Perghh, dah macam drama hindustan pulak!

****bersambung****

Friday, January 27, 2012

Sizuka + Eirna


Both of you,

Happy Birthday! 
Semoga Allah kurniakan umur yang panjang, kesihatan yang mantap, melimpahkan kekayaan dan sentiasa dilindungi dalam pelukan Allah SWT.

sizuka ~
Puan Eirna~

moga ukhwah kita diberkati Allah...love ya! (^_^)

Thursday, January 26, 2012

ada je kat sini...

Aku ada je kat sini, ko nak jumpa aku pun takde hal nak amik, nak tolong anta.

TAPI,

ko buat aku rasa macam tak wujud je kat sini. Boleh, je lalu lalang tak singgah...

aku,

sedih kot!

pinjam kat google~
-Tiada rasa apa-apa.......

asyik nak komplen je!

Sesi mengupas pendapat di waktu lapar....
Kadang-kadang naik hangen pulak bila tengok dalam tv orang asyik ngadu barang naik harga, kos hidup meningkat, marah kerajaan sebab bila pegi kedai, bawak RM 50 tapi takde balance,kena masuk buku hutang lagi adalah. Pastu, marah-marah, merungut kerajaan tak peduli, suka hati dan biarkan je harga barang naik. Kenapalah mentaliti orang kita suka benar komplen, salahkan orang je?
Sebab itu kita yang ada pelajaran sikit ni kenalah bagitau kat mak bapak kita, bukan Malaysia je barang dapur mahal, naik harga, kat mana-mana kampung celah gunung Himalaya pun harga barang naik jugak. Cuba senaraikan negara mana yang harga barang keperluan dia asyik turun, atau tak pernah berubah, ada?
Ada pihak asyik membandingkan harga keperluan asas negara Malaysia dengan negara lain. Lepas tu, semua pakat percaya, terpukau habis dengan graf perbandingan yang dibentangkan. Perlu diingat, perbandingan sesuatu harga untuk berlainan negara perlulah melihat dahulu KDNK negara terbabit, melihat jumlah penduduk dan beberapa faktor lain (maaf, aku bukan orang ekonomi!). Ni bandingkan Malaysia dengan Brunei yang jumlah penduduknya hanyalah 365,251 orang (wikipedia). Lagi ramai penduduk Melaka (726,395)! Jadi kepada sesapa yang nak buat perbandingan, silalah pilih negara yang penduduknya lebih kurang sama dengan Malaysia!
Kenaikan harga barang memang tak dapat dielakkan. Tukarlah pemerintah berapa kali pun tak dapat nak sekat kenaikan harga. Boleh dia kasi turun harga, tapi kompom tak sampai 2 tahun negara muflis, mau? Bagi pendapat aku, sebab barang naik kerana permintaan melebihi pengeluaran (asas Ekonomi), lebih banyak import barang luar daripada menghasilkan sendiri. Sebagai contoh, bawang merah kecil, kacang tanah kita import daripada India, bawang putih, cili merah, kobis daripada China. Jadi, bila berlaku bencana alam kat India baru-baru ni, heboh bawang merah mahal, pastu marah-marah. Kesian kat Kementerian Koperasi dan Kepenggunaan kat bawah ni, 

poning den ni haa!!!

Orang tua-tua ada cakap, nak kasi rakyat tutup mulut, penuhkan perut mereka dulu. Jadi, mungkin kita perlu lebih 'gentleman' berdepan dengan kenaikan harga barang, dan kerajaan pun sedang atau sudah melaksanakan beberapa mekanisme yang boleh mengurangkan beban rakyat. Mungkin, daripada kita harapkan harga barang turun (memang tak mungkin!) adalah baik kita ubah cara perbelanjaan kita, cara penggunaan kita. Kalau dulu makan beras wangi Siam, sekarang tukarlah beras jati cap kapal layar...hihi. Dulu, masak sambal ayam pakai bawang 5 bijik, sekarang kasi 3 biji sudah...Cara kita mengendalikan stok bekalan harian dengan meminimumkan atau mengubah cara pemakanan, cara masakan mungkin sedikit sebanyak dapat membantu. Atau pun, dulu nak beli barang dapur mesti kat Tesco, Giant, Pavillion (pergghh!) sekarang mungkin dah boleh shopping kat Koop 1 Malaysia atau kat Mydin yang menjanjikan barangan dengan harga yang murah (takdelah semuanya!)




Itu belum sentuh harga minyak petrol, tarif elektrik, air, baru je bab makan. Negara semakin maju, menuntut banyak pengorbanan, bukan saja wang ringgit, sosial pun kadangkala tergadai sama. Jadi, jika rasa berpelajaran, berhentilah daripada menyalahkan, memprotes sesuatu perkara membuta tuli. Orang bijak pandai bukanlah mereka yang hanya tahu membawa sepanduk, berarak ke hulu ke hilir atas nama perjuangan. Dan, perjuangan agama juga bukan semata-mata berlandaskn di atas jalan tar saja! 
-kredit to google images

-Politik tak busuk, orang yang salahguna kuasa dalam medium politik tu yang busuk!

putih


Nampak macam bersilaulah pulak bila pakai background warna putih ni, tapi asyik hitam je bosanlah kan...so,nak kasi natural,kasi hati tenang, sesekali ubah apedehal~
Ok, hari ni macam tak berapa ok sikit, perut tak berapa nak enak rasanya, makan tak ikut jadual,main belasah. 
Kejap lagi mau buat roti telur, breakfast sedap-sedap sikit, baru semangat! Kat floor ni tinggal 3 orang je, jadi kena sama-sama bersatu padu menempuh hidup. Lunch karang dengar dia orang nak buat spagethi, perghh, omputih aku hari ni!

Moga hari Khamis kalian semua diisi dengan hal-hal yang indah sahaja ya (^_^)

Tuesday, January 24, 2012

jahit

Main 'baby-baby' dengan si Qaseh, tapi 'baby' dia dah hampir terputus leher. Tak tahulah sape yang pegi kokak leher teddy bear ni. Dari hari tu lagi dah suruh si mama dia jahitkan, tapi hampeh!
Disebabkan cik Nad dia sweet lebih hari ni, tolonglah jahitkan walaupun macam jahit guni beras je..Jadilah daripada leher menatang tu putus terus, tak dapat lagi main baby-baby' ngan Qaseh.

punyalah kritikal kekokakkannye!
TADAA.....

dah siap, nampak kemas je, tapi itu hanya dari jauh,kalo zoom kompom nampak kokaknya jugak!

tuannya yang macam takde perasaan!

turun ilmu

Sambil menonton Bella, ada tangan kecil sedang menyentuh lembut tapak kaki.

hurm...
si Qaseh yang sedang kemaruk losyen, saling tak tumpah dengan cik Nad nya....


baru adil
sebab tadi cik nad baru je cungkil lubang telinga dia!

Friday, January 20, 2012

library

Jika mahu rasa berilmu, berdampinglah dengan ilmuan
bersatulah dengan buku-buku...
Ketenangan lebih intim bila pergi ke library saat semua pulang bercuti.
Tapi, hakikatnya.
Aku dengan library mungkin tidak serasi, tak betah duduk lama bersamanya. Sejuk!

4th

It was a long time for us
full of emotions, jealousy, passion, laugh, tears
colouring this relation...
Distances separates us
times left us
but as longs as there loves in our heart
we will belong together~~

Wednesday, January 18, 2012

sign in- sign out

Aku tekan sign in.
Rasa-rasanya sudah hampir tiga kali aku sign in. Menung-menung, jari masih kaku di keyboard, tiada apa dalam kepala yang ingin dihamburkan keluar. Tiada juga perasaan yang terlebih untuk diekspresikan melalui kata-kata.
Aku masih kurang faham, atau sedikit 'cemburu' kenapa blogger lain boleh menaip paling kurang LIMA entry dalam masa satu jam sahaja? Walaupun entry hanya seperti melepaskan semput di tangga Flat Pekeliling, walaupun entry hanya menaip kembali cerita sensasi di akhbar.

Aku tekan sign out kembali.

tak perasan

Hari ni sudah Rabu, tapi aku tak perasan sangat pun budak-budak dah cuti.
Im alone ranger tapi tak terasa alone pun...sebab sibuk sangat dengan hal-hal duniawi.
Nasib ada Dr. yang sentiasa cakap,
"Eh, kita tak semayang lagi ni. Dunia, dunia..." lebih kurang begitulah...
Jadi, jangan leka sangat dengan hal dunia.

-mood tazkirah di hari Rabu yang suam-suam sejuk (^_^)

Tuesday, January 17, 2012

Selamat bertugas ustaz!

Hari ini, secara rasminya Nami selamat terbang ke Sarawak dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik. Tak dapat turut serta menghantarnya ke airport, hanya doasaja dapat dikirimkan agar hatinya tetap tenang dan bersemangat. 
Do not to worry boy, akak kau ni dah contact dengan 'abang kawasan' kat area Saratok tu, Loop cakap takdelah pedalaman mana, kira masih boleh dapat line tepon jugaklah...hihi
Loop pun dah offer adik dia merangkap 'abang kawasan' tadi untuk tolong-tolong tengokkan dak nami nanti, kalau nak pos apa-apa ke,motor ke,ikan terubuk ke (perkara pertama yang diharamkan untuk memesan!) boleh roger-roger adik dia...
Jangan sedih sangat, jangan jeling-jeling orang sesuka ati, jangan bergaduh dengan guru besar, jangan 'mesra' sangat dengan kerani or makcik kantin...haha

sekolah yang bertuah dapat dak nami...ayat puji sket=)

macam pokan Lubok Cino yo, kalau jalan kaki adalah 3 minit sampai dari Pekan Saratok ke sekolah tersebut.

sesi melambaikan tangan.

Kelihatan mak aku sedang bersedih, jiwa ibu tak boleh nak komen banyaklah kan. Kalau aku, mak aku anta pakai tepon yo,jiwa kental. Anak dia sorang ni mana penah duduk jaoh. Takpe, nak naik pangkat cepat kena berkorban sikit...hihi

Insyaallah, ada rezeki kami akan menyusul ke sana. Dah ado sedaro! 
sentiasa ingat kata-kata perangsang Cik Kiah,
"Mak yakin Mi boleh!"

-Nami baru tepon, dia dah selamat sampai di Kuching (^-^)

Monday, January 16, 2012

semangat

Mencari-cari dalam terang
mana hilang semangat
mana pergi kuat?

Atau
aku masih perlu tunggu hari esok
untuk memulakannya semula?

Friday, January 13, 2012

kari macha!

sedang menonton program masak-masak ngan budak-budak ni kat living room, tengok pulak orang masak kari. Masing-masing memandang antara satu sama lain, lapar!
Esok, bukan cakap kosong je,memang exited si Chess ngan Chummy nak makan kari! Dah siap-siap beli, menanti saja kepulangan kakak tua ni balik keje, terus je lipat lengan baju dan masak!
Aku jadi pemantau je, bairkan kanak-kanak bereksplorasi dengan dapur padahal aku memang tak pandai masak kari, hahaha!!!

Hasilnya? sangat superb walaupun first time makan rasa macam makan kari seketul-seketul daripada peket! Pekat, sedap, likat memang meletop!

mamak pun boleh nangis tersedu-sedu kalo rasa kari nih!

tengoklah, tangan sapa yang masak. Cincin di jari,kompom dah ada orang cop!

Memang menjilat jari. Arap-arap budak ni kurangkan sikit tengok cerita masakan, boleh nangis nak melayannya~~~


Nabil

Adik aku sorang ni memang jenis keras sket, keras hati. Bila dah duduk asrama, barulah boleh tengok setakat mana kerasnya tuh! Bila dah tak ada depan mata, barulah budak-budak (orang tua pun sama!) belajar menghargai...

cadar budak lelaki. maroon ala-ala pink?hilang macho!

asrama lelaki

Bila masuk asrama, sekolah teknik, teringat kembali zaman muda dolu-dolu. Arghh, sangat-sangat merindui momen begitu! Tapi, asrama teknik PD lagi best kot daripada yang ni....hihi
Arap-arap si Nabil ni boleh adapt ngan suasana baru, belajar berdikari, belajar menjadi seorang manusia (sebelum ni kurang manusia ke?) Moga dia boleh buktikan yang dia boleh buat hape....huh!

magic 1

pulut hitam,

bertukar!


tadaa...siap untuk dimakan oleh 'anak-anak' sambil layan panggung sabtu!

mengurus

Terpaksa melupakan sebentar beban kerja yang menimbun kat opis. Kena amik alih sikit tugas-tugas hakiki seorang kakak. huhu
Dah pergi kementerian buat rayuan, tapi seperti biasalah tak akan dilayan. Jadi, aku nasihatkan dak Nami supaya berlapang dada sajalah pergi sana. Mungkin ada hikmah kenapa dia seorang dalam coursemate yang tersesat jauh ke sana!
Pergi buat pasport khas ke sana, pergi sekolah mintak cop, pegi beli barang-barang yang perlu saja. Jadi, sekarang tunggu call daripada KPM jela. Bila dah berurusan dengan orang-orang kolar putih ni, barulah mengiakan sistem pengurusan dia orang masih tidak cekap, dah nak lapor diri hari Isnin tapi tak tahu macam mana prosedur, apa yang perlu dibawa, berkumpul kat mana,tiket flight, penerbangan pukul berapa. Dan sampai petang Jumaat ni pun masih takde call daripada pihak pengurusan. Segala maklumat hanya berpandukan kepada rakan-rakan yang dah dapat call dan pengalaman senior-senior saja.

ustaz sibuk susun-susun sijil

ada budak yang sibuk,
inilah budak yang menyibuk!

Cubaan menyeludup budak ni bawak pegi sana

 Kami sekeluarga banggan dengan kamu. Sebagai bakal penjawat awam yang berdedikasi, tidak mungkin sesekali mengingkari arahan pihak atasan. Komited dengan tugas, cepat-cepat naik pangkat, sambung belajar dan kembali semula ke sini..Oh yeah? YEAHH!!

*maaf ye,laras bahasa agak formal akibat berurusan dengan orang-orang yang formal =)


Tuesday, January 10, 2012

posting


Nami hantar message pegi tadi

Dia dah dapat tahu penempatan untuk mengajar

Di mana?

SARAWAK!

Adui, bukan wktu yang tepat untuk dia posting, rumah masih memerlukan khidmatnya sebagai jurucakap, jururunding dalam waktu-waktu sebegini....

Monday, January 9, 2012

masa

Semalam berjaya jugak mendatingkan diri bersama CEO Vads, Toh Puan Arn, menteri kabinet paling sibuk sekali! Dah lama tak jumpa nak cerita apa pun tak tahu dah...haha...aku pun malu-malu je nak berbual,HAHA!Disebabkan Arn dah pandai makan sushi dan dah register as a member (takmo kalah!) dia menyudikan diri membelanjakan kawannya yang sweet nih,borak je kat sushi mau makan 2,3 jam. Gambar sorilah..Arn sangat low profile, dia takmo terlibat dalam dunia artis maya aku ni...hehe
Dulu, takde kete boleh tompang kete orang datang jumpa aku,malam-malam pun takde hal, sekarang bila dah beli kete, bizi manjang je,buat gajilah,buat bodo la...
Dan, akhirnya Kumari Arn percaya jugak yang kat tangga agung memang banyak biawak!

gambo pesen dulu-dulu,mesti ada objek untuk menyandarkan badan...epik siut gambo ni!

Macha,aku letak gambo versi kurus ni....haha
aku nak puji kawan ku sorang ni tapi aku ada prinsip,
kawan tak akan puji kawan depan-depan...(^_^)
alolo~~sweet sangat!

bebas?

Huh, macam pitam pulak bila tau keputusan mahkamah. Bebas dan bukti tak cukup untuk disabitkan bersalah.
Kemon, aku tetap jugak kena siapkan tesis walaupun bertukar pemerintah!

0901

Hari ni beberapa perkara penting akan berlaku, mungkin akan membawa perubahan kepada suasana politik Malaysia yang berangkali akan lebih huru-hara. Lupakan sebentar pasal politik yang semakin busuk mainannya, hari ini beberapa perkara penting dalam keluarga perlu diselesaikan. Nabil akan didaftarkan masuk sekolah Teknik Bukit Katil, baguslah untuk lebih fokus apa yang boleh dilakukan untuk masa depannya. Najwan mungkin akan ke sekolah asrama jika masih ada ruang, fasa anak kecil ini belajar menjadi dewasa. Dan ada beberapa perkara penting yang perlu dilalui oleh kami sekeluarga. Walaupun aku tiada di sisi mereka, harap doa aku dipeluk Tuhan.
Rezeki Allah kita tidak boleh jangka. Tapi, tidak juga dengan hanya berpeluk tubuh menanti rezeki mencari kita. Yakinlah, Allah tak pernah sesaat berpaling daripada kita. Cuma teramat malu bila kita yang selalu membelakangkan perintahNya......

Sunday, January 8, 2012

yogurt natural

Fenomena yogurt sekarang tengah melanda kat floor aku. Ramai gila yang beli yogurt sampai kat kedai Big pun dah abis, tinggal yogurt stoberi je. Peti ais jangan cakaplah, bersepah-sepah yogurt sampai dah tak tau sapa punye. Aku pun heran budak-budak ni, apalah yang best sangat yogurt tu, bau pun sebijik macam bau lembu tak mandi!
Rupa-rupanya, bebudak ni buat facial muka, penangan merentungkan diri kat PD aritu. Semua dok tempek yogurt kat muka, pastu gosok-gosok sampai luruh kulit muka, kunun-kunun sel kulit mati dah dibuang. haha...Aku memang syak dia orang ni suka mempercayai benda-benda tahyul dan karut marut. Tapi, iman aku tak sekuat iman ustaz Don, aku pun terjebak sama,HAHAHA.

Dan sekrang, kalo kat living room je mesti ada budak-budak yang dok menenyeh muka,siku, leher,kaki, dagu dengan yogurt. Aku hulurkan muka je kat budak-budak ni, kompom dia orang rela hati nak facial kulit halus mulusku ini...hihi


Memang bagus yogurt ni, rasa lebih bersih (aku gosok sampai berdarah!) Walaupun time facial aku rasa muka aku macam kat celah ketiak lembu je baunya, tapi demi kecantikan aku tabah! Nak comel kena tahan busuk sikit,weee! 
ok, kepada kengkawan yang rasa feminin macam aku, boleh cuba pakai yogurt ni if tak mampu nak beli SKII. Takdelah aku bagi jaminan bila pakai esok korang bangun pagi dah tukar muka Nelofa or Nora Danish, tapi much better sikit daripada permukaan kulit bulan!haha

Thursday, January 5, 2012

teringin...

Duit ciput tapi selera besar! Tapi, aku jenis yang tak boleh nak pujuk nafsu sendiri, jadi kena jugak cari jalan macam mana nak realisasikan keteringinan aku ni...


and this


superb kan...dah usha-usha costing nak main paragliding ni,paling dekat kat Pulau Indah, average rm200. Jadi,kena partime amik upah jahit manik mulai sekarang! Sape mau join, kita kasi kaw tim maa...

baucer buku untuk pelajar IPTA/IPTS/Matrik/Asasi/Form 6

Walaupun dah hujung-hujung senja bergelar pelajar tapi sangat banyak kemudahan yang boleh dinikmati dengan bersenang-lenang. Macam post aku sebelum ni, demam ke, cabut gigi, buat cermin mata semua ada diskaun pelajar. Nak tengok wayang murah pun time bergelar pelajar macam aku nilah, takde hal nak tengok tiap-tiap hari. 
Semalam, dah disalurkan bantuan kerajaan khas untuk golongan pelajar IPTA dan sewaktu dengannya. Baucer RM 200 untuk beli buku, banyak tu bai! Budak-budak cakap napelah tak bagi duit je? Kalau bagi duit, tak tercapailah hasrat kerajaan nak tengok budak-budak beli buku, sebab dia orang akan beli baju, tudung, kasut, gincu, susuk dan lain-lain! Nak guna duit sendiri beli buku memang macam samar-samar je, ini kerajaan dah bagi pun tak mahu beli buku jugak, memang tak boleh pakai!
Aku dah merancang-rancang nak beli apa. Maybe nak beli satu bijik globe, atau peta dunia, boleh tak? Lagi 100 aku nak bagi kat adik aku jela, dia orang panjang lagi perjalanan hidup nak mencari ilmu, mungkin lagi memerlukan. Aku dah sampai jalan mencari rezeki je ni, tapi kena jugak ada buku, takut tersesat...
Kepada kerajaan, terima kasih atas bantuan pembelian buku ni, susah-susah je bagi..hihi.. sangat membantu gologan seperti aku untuk mendapatkan buku yang selama ini dalam kenangan je. Apa yang telah dihulurkan oleh pihak kerajaan akan aku balas dengan menjadi seorang warganegara yang dapat memberi sumbangan tenaga kerja, menyumbang kepada KDNK negara, tidak membuang sampah di pasar malam sesuka hati (selalu buat) dan tidak akan menjadi golongan mawasiswa yang tidak bersyukur. Yang betul kita iakan, yang tak betul tetap kita tegur, itu sepatutnya yang dilaungkan, peranan golongan berpelajaran berfikir...aik, dah macam kroni papagomo je nih!haha. Wa salut lu bro!