Tuesday, February 28, 2012

haisshh!!!

Ntah apa-apalah budak-budak ni. Sedang menonton Kungfu Hustle sambil minum-minum kopi dan peluk-peluk Qaseh, tiba-tiba dengar bunyi mesej masuk. Bukak mesej, ermm, budak comot tu bagi mesej. Dia tulis, 
"Kak Nad dah balik belum? Kita mimpi Kak Nad lalu depan bilik kita pakai baju putih. Are u ok?"

Hehehe, gelak sumbing aku baca. Hari tu ada makhluk lagi sorang tu call,
"Kak Nad, semalam kita mimpi Kak Nad kurus sangat-sangat!"

Hadoi, budak-budak ni dah kritikal sangat tahap rindu kat aku, jap lagi kita jumpa ye. Peluk boleh tapi jangan ketat-ketat sangat....pantang di situ. Wee~~

Sunday, February 26, 2012

suda abis...

Setelah bersenang-lenang bergoyang kaki, jauh dari haruk pikuk manusia, esok tibalah jua harinya aku akan bermula semula menjadi manusia yang digasak dengan hal dunia. Perghh, starting ayat meletops!
"Cuti gua sudah habis bro..."

Jika disenaraikan perkara-perkara yang patut dilakukan, memang berkajang macam karangan STPM. Jadi, aku tak mau psiko diri sendiri, mana yang terlintas atau teringat jela esok aku buat. Ok, Dr sudah rindu dendam dengan aku, petang dia mau dating. Comfirm berterabur opis rasanya sekarang. 

Dan, aku mau buat home run untuk tesis. Satu perkara utama aku sudah selesaikan, cuma perlu laju sikit. Oh ya, target untuk konvo mungkin sangat malap, jadi aku tukar target kepada viva je dulu. Jadi, tak mahu rushing, pushing, raining bagai, aku mau rainbow je...alolo~~

Partner seperjuangan ada yang dah surrender di tengah jalan, ada yang jalannya tak diturap dan ada masih tabah seperti aku, huhuhu. Dan ada juga yang dah bertambah, Zura dah selamat mendaftar sebagai pelajar! Jadi, ada jugak peneman di fakulti statusnya sebagai rakan sebaya. Asyik nampak budak-budak yang aku tak kenal je.

Jadi, esok kena pegi check up lagi skali, jangan doc offer mc lagi sudeh, aku tak larat! Segalanya dah selesai, terus ke Serdang, UPM tercinta sangat-sangat! Ramai dah rindu-rindu nih, malu-malu lak nak jumpa....hihihi (gedik!)

-Err, sape mau teman gi ngeteh kat molana esok?


Selamat Hari Lahir

Untuk nenek adalah terlambat sehari, iaitu semalam 25 Februari dan untuk along adalah hari ini, 26 Februari. Jadi, bagus jugaklah lahir dekat-dekat, senang nak ingat...

To both of you, Selamat Hari Lahir, dipanjangkan usia, dikurniakan rezeki, kekayaan, kesihatan dan nikmat kebahagiaan. To nenek, jaga kesihatan, jaga pantang, jaga badan, hehe...


To Along, pesanan sama macam nenek jugak sebab dia kategori reput dalam, luar je cover tough. Cuma kena tambah kuatkan semangat, kuat kerja, kurangkan angkat dumbell, baik angkat baja! Dan copek-copek kawin!


-Umur tiap-tiap tahun bertambah, aku je umur 3 tahun sekali bertambah,tu yang nampak macam budak SPM je...kuikui >..<

Thursday, February 23, 2012

Along

Erk, nak tulis pun rasa cam ego je tapi kenalah jugak cakap walaupun ringkas.

Dia ni memang penyayang, amik berat dan sangat mengutamakan keluarga. Dia jugaklah orang pertama yang aku bagitau aku sakit walaupun dia lelaki. Nak bagitau mak takut mak runsing dan asyik makan aiskrim untuk ilangkan runsing. Bila dia tau, asyik digesanya supaya terus pegi buat rawatan. Aku ni jenis yang malas nak fikir, aku delaykan dulu. Lagipun, takde rasa pape, selagi boleh tangguh aku tangguhkan. Tapi, dia still suruh jugak pergi jumpa doc. Aku cakap nantilah aku cari tarikh yang sesuai.

Along jugaklah yang bawak pergi jumpa doktor, pilih doktor yang terbaik untuk 'usik-usik' aku, hihi. Along jugaklah yang pesan kat doktor, "Buat betul-betul ye doc, saya tak mahu ada parut. adik saya tak kawin lagi." Along jugak yang settlekan semuanya, kemudian baru dia pergi balik ke Shah Alam sebab ada kerja, meeting sampai pukul 2 pagi.  Esoknya, pagi-pagi dia dah datang, bawak sarapan, belikan pati ikan haruan. Dia cakap, "Even an takde duit, tapi untuk adik an tak kisah."

Dekat rumah, dia yang panaskan pati ikan haruan, paksa aku makan. Dia cakap, "Kau nak jadi Neelofa kan, baik ko makan!" Dia takde kat rumah pun hari-hari dia telefon, tanya ok ke idok, ubat dah makan ke belum. Dia dah macam kakak, dah macam emak. Walaupun dia seorang lelaki, dia tak pernah nak rasa terbatas untuk jalankan tanggungjawabnya.

Aku tak tahulah dia baca atau tak entry ni, tapi aku nak cakap terima kasih banyak-banyak bukan untuk hari ni saja, tapi selama 26 tahun Along menjaga aku dari kecik sampai sekarang. Terima kasih atas apa yang Along dah laburkan,berikan selama ini. Mungkin tak terbalas (mesti dia menjerit!), tapi jika ada rezeki, insyaallah nak layan Along lebih baik daripada sekarang....

Bukan aku ego, tapi pernah sekali aku text dia, say gud nite, tapi dia cakap aku buang tebiat! Takpun dia cakap "Along takde duit. " Apa, dia ingat aku wish gudnite adalah bunga-bunga untuk paw dia ke...?hehe

saja je upload gambar cari makan dia. Bagilah dia femes sket dalam blog aku ni....~~

-Dia cakap kalo de tak kawin aku jaga dia. Yelah, kita sama-sama tua, aku tolak dia ke toilet pakai kaki je, sebab masa tu pun aku mengensot, aku pun dah tua tak larat nak berjalan!

mau sihat ke idok?

Kalau dah sakit tentunya kena makan ubat. Takde hal pun nak telan ubat yang doktor perubatan bertauliah yang bagi, sebab semua dalam bentuk kapsul, tiada bau, tiada ragu!
Tapi, jika ubat itu adalah daripada doktor yang tidak bertauliah dan berdasarkan pengalaman semata-mata, adalah sangat sukar untuk ditelan, sebab semuanya dalam bentuk cecair, ada bau dan sangat meragukan!
Tak makan? Nayalah jawabnya. 

tengok kotak je dah boleh terbayangkan baunya~~

bila bukak kotak, perrgghh,BAU!

Aku fikir untuk 3 hari yang lepas, ini adalah botol terakhir yang akanku teguk an kami tidak akan bertemu lagi. Tapi, dak Along dah tepon tanya aku dah habiskan ke belum. Dengan yakin aku cakap sudahlah semah.
 "Ok, nanti Along belikan lagi sekotak." 
Haha,mau pitam bila fikirkan aku perlu mengharungi 6 botol lagi! 


Yang ini memang tak boleh tinggal lagi, sebab nurse Ida aka nenek bidan akan tanya dah makan ke idok setiap hari. Tipu? kompom dia akan hantar lagi 2 botol!

Tengok kotak pun dah terbayang aku versi Latifah Omar,haha... Ini mestilah nurse Rokiah yang suruh makan, katanya untuk kekuatan dalaman, supaya luka-luka cepat sembuh. Mak aku amat mementingkan kekuatan dalaman, mesti tip top A+! Sebab tu even Cik Kiah dah masuk 50an, setakat nak alihkan batu 30-40kg takde hal. Aku nak pukul nyamuk sekarang pun kena fikir dua tiga kali!

Jadi, itulah barisan ubat yang perlu dihadap setiap hari. Takpelah, nak baik kenalah tahan sikit...Apa benda yang aku nak sangat makan sekarang? Telur goreng mata kerbau, arggghhh!!!!

Monday, February 20, 2012

cuti dan retro

Seminggu cuti sememangnya sangat heaven, jika sihat! Tapi, dengan pergerakan terbatas, menu makanan yang sangat tidak mengghairahkan, tentu saja buatkan aku cepat bosan. 
Rutin harian, pagi-pagi meneman nurse Cik Rokiah bersarapan sambil melayan perasaan dengan klasik FM. Mak cakap lagu-lagu lama ni boleh menenangkan perasaan. Aduh, aku memberontak dalam hati! Pliz mak, aku perlukan suara Anuar Zain dalam sesi fisioterapi! 

Selang tiga hari, aku sudah mula ikut nyanyi lagu-lagu lama, ceh! Pengaruh rakan tua yang sangat kuat!

berangan posing ala-ala Saloma~~

Sunday, February 19, 2012

jahat

dia cakap aku jahat sebab remove dia daripada facebook aku,

tapi

dia lagi kejam sebab tak perasan pun yang aku dah sebulan remove dia.

Nampak sangat dia tak perasan kewujudan aku dalam friend list dia....

Persoalan : Aku jahat atau dia yang kejam?

Monday, February 13, 2012

pose


.....
sahaja aku berpuasa pada malam hari kerana Allah Taala~~
.....

Jangan banyak tanya kenapa aku pose malam, dukun suruh amik angin pukul 12 malam ni...


Saturday, February 11, 2012

Lagu Cinta


Kepada pencinta setia
lagu ini khas untuk kamu semua~~~

Friday, February 10, 2012

meet



Finally, we meet again!


Nasiblah ada temuduga kat area sini, kalo tak memang ntah bila jumpanya... Agak terlewat sampai, aku yang cuak. Tapi, bila tengok Ida keluar dewan sambil tersenyum, fuhh, lega kot!

Seperti aku semakin mengecil di dalam gambar, mata agak mengecil, chinese look sangat! Buweekk!!!

PICC


Hari yang indah, teramat indah. 
Kau bagi ruang yang sangat sempit
untuk aku luahkan semua.
Tak mungkin sempat.
Jangan sebut apa-apa
biar kita nikmati saat ini dengan senyuman







Sorry, gambar tangkap guna enset yang tak seberapa ni.

sesedap ABC

Melepak gaya feminin di mamak bersama si Netto yang bersudi hati menemani aku di kolej selama 4 hari. Budak kecik ni memang sweet! Sebelum cuti hari tu dia dah janji nak datang teman aku time cuti. Tak sangka dia betul-betul datang,haha!
Aku, seperti biasa takmo air lain, mesti teh tarik 3 tingkat! Netto sibuk asyik nak minum cool blog je, mana nak cekau time cuti sem nih! Jadi, kita gantikan jela cool blog dengan cooling air, eh, ABC...hehe


netto,akak bagi tengok gambar jela ye...=p
 
Agak lama jugak si macha tu buat ABC, sampai roti canai pun dah abis aku makan. Ntah apa yang specialnya pun tak tahulah sampai lama bebenor, tapi bila nampak macha tu bawak dari jauh, dah macam bawak ice tower pulak, KAGUM!


Memang special betul, ada mangga, nenas, anggur dan segala macam buah! Agak terloponglah mulut si Netto melihatnya dan compom mulut dia kebas kena abiskan! Nampak tak laici tu, yang berada di puncak kegemilangan. Tapi tak sempat masuk mulut dah jatuh ke lantai, haha, padan muka buat tinggi-tinggi sangat!
Kesimpulannya? Tak abis pun, tapau bawak balik!

Thursday, February 9, 2012

hak DIA


Pagi sedih, petang gembira, malam berduka kembali. 
Uruslah hati dengan baik, takut dalam berduka sempat menyelit bisikan syaitan yang mahu mengambil kesempatan.
Uruslah hati dengan zikir, perasaan itu datang dari Dia, rasa itu hak Dia, maka rujuklah kepada Dia bila rasa terbeban dengan perasaan. 
Aku mahu rasa yang biasa-biasa saja.
Aku mahu jalani hidup ini dengan biasa-biasa saja. (^_^)

-post yang agak sentimental sket...hehe

Wednesday, February 8, 2012

jadi kipas

Mengeluh itu boleh, tapi jangan selalu.

Aku baring, pandang siling, tengok kipas. Tak pernah berhenti berputar melainkan ditutup.

Aku juga harus jadi seperti kipas, tetap bekerja, terus berusaha sampai mati yang menutup semuanya.

blogger baru

Macam dah jadi trend pulak budak-budak buat blogger. Jika mereka tanya perlu ke buat blog, aku tegas akan cakap, 'Wajib!"

Sekarang, budak-budak pun dah rajin update blog, takdelah sunyi je nak tunggu 'mereka-mereka' yang sibuk tu update.

Aku selalu pesan, menulis tu terapi jiwa. Tak gitu Sameon?

-Welcome to the club! Netto, Chess dan sesapa jela yang baru update blog!

done!

Akhirnya, aku telah berjaya juga mengumpul data! Fuhh, sangat lega bila melihat deretan nama-nama responden. Sangat susah collect data pakai sistem yang mengong ni, memang boleh down, sampai mahu berhenti di sini saja. Tapi, bila dah bungkus kain baju, nak pegi mana? Nak balik kampung kompom kena parang ngan cik Kiah, jadi nak tak nak kena jugaklah tekad siapkan!

 

Contoh data yang menggunakan si senget netto sebagai responden. Nampak simple je tapi percayalah, aku pun dah hilang sabar dengan karenah teknikal sistem yang tak menentu hangin pasangnya itu! Ok, data dah ada, sekarang ni tinggal macam mana nak translatekan data aku ni. 
Semalam member tepon tanya progress tesis aku. Masing-masing ada masalah tersendiri. Dia tabahkan aku, aku tenangkan dia, sama-sama rasa perit mengadap tesis ni. Aku mau positif saja, noktah.

-Terima kasih kepada floormates yang banyak membantu dalam proses pengumpulan data aku...kredit to Nazirah jugak=)