Saturday, March 31, 2012

Allah selamatkan kamu

Oh yeah, kalau aku lambat post atau tak ingat keistimewaan hari ni, maka durhakalah aku...huhu

Dia seorang yang penyayang dalam tegasnya. Dia seorang yang sensitif dalam tabahnya. Dia seorang kawan dalam keibuanya. Dia seorang yang kuat dalam lemahnya. (aku belum abis tulis aku dah nangis!)

Selamat hari lahir yang ke 51. Harap boleh mantain muda, mantain tabah, mantain cekal, mantain sihat, mantain kasih sayang. Kurangkan garam, kurangkan risau, kurangkan banyak kemungkinan, kurangkan sedih, kurangkan kekesutan. Tambahkan keimanan, tambahkan kegagahan (The Rock), tambahkan kegembiraan, tambahkan kegembiraan...

Bidadariku,
namamu terukir dalam catatan harianku,
Asal usulmu hadir dalam diskusi harianku,
wajah wujudmu terlukis dalam sketsa mimpi-mimpiku,
indah suaramu terakam dalam pita batinku.
Kau hidup mengaliri pori-pori cinta dan semangatku
kerana
kau adalah hadiah agung dari tuhan untukku,
bidadariku....

 takde pulak gambar mak yang sorang-sorang yang cun
ada satu!


Gambar mak tengah jeling maut menusuk ulu hati! Aku harap abang-abang dan adik-adik aku amik gambar ni dan buat profile picture kat enset, baru takut nak buat nakal...hehe

-Orang cakap kalau nak tengok kita masa tua macam mana, tengoklah mak kita. Bila aku dah tengok mak aku, aku putus asa....haha..Takdelah, aku rasa epy sebab umur 50 pun boleh angkat batu-bata, sihat, dan masih mampu mengira! Takdelah anak nak kelentong....hehe....Mak, i lap u lebih!
 

sahabat nabi vs realiti

Salam Sabtu ya kawan-kawan semua. Awan ada menangis sedikit pagi ini, meredupkan bumi. Jap lagi mau buat kopi sebab dah ada peminat kopi aku...hihi. Tapi tiba-tiba mahu bercerita pasal sahabat. Bukan sahabat aku, tapi sahabat nabi. =)
Sahabat nabi semuanya sangat pemurah. Habis harta benda mereka diinfakkan ke jalan Allah, tolong nabi menyebarkan agama islam dengan harta mereka, tolong nabi semasa berperang dengan musuh islam dengan menggunakan harta mereka. Subhanallah, persahabatan mereka sangat agung. Saidina Abu Bakar sendiri sanggup mengahwinkan anaknya Aishah dengan hanya sebab mahukan jalinan persahabatan mereka lebih erat dan kukuh. Sahabat nabi sanggup pertahankan nabi dalam apa cara, walaupun dengan nyawa. Tetap yakin nabi itu benar walaupun ditentang dengan maha dasyat. Mereka tidak berpaling, mereka tidak lari meninggalkan nabi, mereka tetap teguh bersama nabi.
Realiti dunia sekrang sangat sukar untuk mencari sahabat. Ada satu ketika seseorang bercerita tentang kawannya. Handphone dia hilang, kawan dia suruh  pakai handphone yang dia ada walaupun takdelah semahal mana. Dia beria-ia suruh kawan dia tu ambil, pakai dulu takut nanti kehidupan dia terganggu. Dia tersentuh. Kemudian, waktu nak daftar pengajian, dia takde duit. Kawan dia juga yang beria-ia suruh pakai duitnya dulu walaupun dia sendiri tak cukup duit. Sekali lagi dia tersentuh. Dia tersentuh sebab dia tahu yang kawannya sendiri pun tak cukup pakai, bukan orang yang senang, tapi sanggup nak dahulukan kawannya dulu dalam susah.
Kadang-kadang kita tak perasan sesuatu perkara yang terjadi dapat menunjukkan siapa mereka yang berada di sekeliling kita. Ada lagi satu cerita pulak lagi sedih. Kawan dia dah keje, mean dah ada duit. Dia pulak macam aku masih belajar. Tahulah student mana banyak duit. Duit loan tak masuk lagi, dah dua bulan takde duit, makan minum semua ehsan rumet ngan kawan-kawan. Bila kawan baik dia dah masuk gaji, dia yang suka, yelah mesti kawan baik dia akan tolong dia. Tapi dia tak minta sebab dia yakin kawan baik dia akan tolong dia. Dah dekat seminggu takda apa-apa perkembangan. Kawan baik dia pun senyap je ntah ke mana. Bila ditanya, rupa-rupanya gaji dia dah habis beli handphone baru. Menahan sebak jela dia sebab dia ingatkan kawan dia, iaitu KAWAN BAIK dia tolong dia, tapi, bila dah senang, nama dia pun tak terlintas dalam fikiran. Sedih kan cerita dia. Aku mampu sabarkan jela, aku cakap dunia ni tak seperti yang kita rancang. Orang asing kadang-kadang lebih memahami kita berbanding orang yang rapat. Kita memang tak boleh nak harapkan orang, bergantung kat orang. Semuanya kita yang perlu usaha. Kawan, bila dah senang, pakai baju pun dah mewah-mewah, kasut, handbag main order,  bayar pakai paypal, kita yang sendiri makan meggi pun dia tak ambil peduli. Kawan dia yang sedih ni pun tengoklah kat facebook sambil makan meggi, bukan main lagi kawan baik dia tu posing, check in sana, check in sini, post gambar baju, gambar handbag yang baru dibeli. Kesian dia....Kesian sebab dia baru tahu yang hidup ni tak boleh nak harapkan orang lain yang akan tolong kita. If u are somebody, peope will come. If u have something, money, people willing die for u. If u have nothing, even u are big and fat, no one remember u. Reality is very cruel.


Aku tak mengharapkan kawan macam sahabat nabi, cuma aku harap aku boleh jadi seperti sahabat nabi dalam hati kawan-kawan aku. (^_^)

-Keluarga yang tercinta, sahabat yang setia, suami belum lagi...=p maybe suami yang sweet sangat-sangat~~~bluekk!


Thursday, March 29, 2012

kena lepaskan

Kita mesti tahu apa yang hak kita dan bukan hak kita. Memang, sangat sukar untuk melepaskan apa yang kita paling sayang, boleh separuh gila! Aku tanya kat seseorang, macam mana kita mahu berlapang dada? Dia nasihatkan aku fikirlah apa-apa masalah kita mestilah sentiasa bersandar kepadaNya. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Iya, memang sukar, memang sakit, tapi jika dah itu disuratkan ianya bukan untuk kita, maka lepaskanlah...
Aku tarik nafas dalam-dalam. Apa yang berlaku sekarang cukup menyakitkan. Perkataan maaf aku rasa macam mainan. Sorry to say, aku tak rasa apa-apa.
Mungkin aku perlu optimis memandang sesuatu masalah, mungkin aku perlu lebih positif menyelesaikan masalah. Aku redha.

-aura positif daripada mereka yang terdekat sangat menyenangkan perasaan. =)

Wednesday, March 28, 2012

dipermudahkan

Takde yang lebih bermakna bila bangun pagi dan mengharapkan hari inilah yang paling terbaik dalam hidup. Moga dipermudahkan urusan, dilapangkan dada dan pintu rezeki dibuka seluas-luasnya. Ada beberapa urusan penting untuk diselesaikan, harap diberkati.

-mood pakai baju kurung =)

Tuesday, March 27, 2012

teori evolusi

Semalam, aku gatal-gatal ikut si Netto dan Sizuka pegi kuliah. Selama ni asyik dengar si Netto ni cerita tentang kuliah yang sangat mengujakan aku. Falsafah Sains, jangan main-main! Sape cakap budak bahasa tak boleh bergabung dengan budak sains? Bidang ilmu sentiasa akan berkaitan, saling menyandar antara satu sama lain.
    Ok, berbalik pada kuliah tersebut, aku sangat teruja walaupun pada mulanya agak takut-takut kena hambat keluar je. Duduk selama 2 jam memang tak terasa, terlalu banyak fakta-fakta yang sangat bernilai dan membuka minda.  Aku memang tau teori Darwin memang palsu, tapi tak tau yang sebenarnya agenda untuk menghancurkan Islam memang dah lama dirangka dan dirancang sejak zaman dulu-kala lagi, tepanjat boboi! Korang tau tak yang Darwin tu orang sejarah, bukan orang sains!
    Sejarah tentang ilmu sains dan ketuhanan diasingkan, ilmu fizik yang menyangkal ilmu biologi, dapatan statistik yang menyatakan teori evolusi adalah palsu, tapi tetap diangkat sebagai ilmu yang benar walaupun dusta semata-mata dan ironinya ilmu yang palsu itu digunakan dan diterima masyarakat dunia bahkan dalam sistem pendidikan kita. Realiti sangat kejam.

    Aku masih cetek dalam berbicara tentang ilmu sains, istilah sains memang sangat asing, tapi kita jangan takut untuk mengetahui benda baru. Asas evolusi, Survival for life, yang kuat akan menindas yang lemah, yang lemah kena pasrah dan itulah kata kunci mereka untuk menjajah.
    Aku terlalu kagum dengan dunia sains, kagum dan bangga dengan orang yang cerdik sains sebab bidang mereka sangat dekat dengan ketuhanan. Apa yang mereka perolehi adalah jawapan kepada rahsia-rahsia Tuhan, subhanallah...
    Kuliah minggu depan? Aku memang akan pergi!

    -kromosom manusia adalah 46, iaitu sama dengan sebiji kentang! Jadi, kenapa Darwin tak kata yang manusia adalah berasal daripada sebiji kentang? hahaha, memang kentang lenyek sungguh Darwin tu!

    Allah selamatkan kamu

    Terlewat sehari, tapi bukan bermakna aku tak ingat! Siap celebrate ngan Along, dak bang, kak Sally ngan kak Aishah kat Alamanda semalam walaupun besday girl takde,haha

    Kepada satu-satunya adik perempuan aku yang memang sangat kontra, tak mewarisi kecomelan dan keayuan aku, selalu sorok-sorok amik baju aku tanpa sedar, selalu usha apa yang aku guna, selalu nak ikut apa yang aku buat (sebok je!) selalu bertekak bila part kemas rumah dan selalu juga buat aku sirap! itulah namanya adik perempuan, Nazirah a/p Maniam, hehe
    Happy Birthday ke 21, moga panjang umur,murah rezeki, sihat tubuh badan, dipermudahkan urusan dan cita-cita tercapai. 
    Hadiah? Barang-barang akak yang ko dah rembat tu akak halalkan jela...haha


    -gegel r sangat....

    Wednesday, March 21, 2012

    my boys-friend forever

    Sesi orang bujang bila berjumpa dalam keadaan memakai pakaian formal.


    muncung cekelet!

    suka nau amik gambo sendirik!

    Dulu-dulu, Nami ada, rajin jugaklah pegi umah dak Long, masak-masak, makan-makan, jalan-jalan paw dak Long. Sekarang, nak pegi umah dak Long pun takut, ada antu Kak Melah! hehe

    jangan ikut!

    Jika anda ada anak kecil, dinasihatkan supaya tidak menjadi model ini sebagai ikon...=p

    semangat nak pakai tudung!


    -Cik Nad rindu sangat-sangat kat Ateh...uhuk,uhuk!

    asal usul

    Jika rasa hilang jati diri, cuba-cubalah panjat tangga muzium.
    Jika rasa pudar semangat jati diri, baca-bacalah buku sejarah tingkatan satu.
    Jika rasa marah dan rasa tak cukup dengan apa yang kita nikmati sekarang, ingat-ingat balik Leftenan Adnan dan peristiwa bukit Kepong.





    tak dapat patung lilin kat London, dalam muzium pun jadilah...

    Kalau ada orang offer aku keje kat muzium, memang aku tak toleh belakang punya. Patriotik kan? Sweet sangat-sangat~~~

    wong solo~

    Pukul 4 petang baru nak cari makan, memang kena makan benda yang meletoplah kan...Jadi, merempit dengan si Netto itu, kami ke Wong Solo!

    set ayam penyet yang menggiurkan~

    bukan lahap, ikut sunnah nabi...hihi

    budak yang paksa orang amik gambar dia~

    Nasib ada yang tak makan tengahari lagi, kalo tak memang makan megi jela kat dalam bilik. Tq Allah atas nikmat makan untuk hari kejadian =)

    kaya siut minah ni,dalam diam-diam dah ada butik (bwueek!!)

    -nak makan ikan keli penyet jugak!

    Friday, March 16, 2012

    KTM


    Sudah lama tak naik KTM, yela selalunya tak pegi jauh mana pun, setakat Mines dan Alamanda jela tempat nak ronggeng-ronggeng.
    Nak cakap pasal sistem dan KTM ni memang dah naik loya, aku rasa tiga tahun dulu ada gak cakap pasal perkhidmatan KTM yang maha lembap ni. Ingatkan dah upgrade sikitlah kan, tapi hampa. Dengar kat pembentangan bajet untuk perkhidmatan awam beratus-ratus juta setiap tahun, tapi yang aku nampak lift sajalah yang upgrade, ketepatan masa, kecekapan, kecepatan masih ditakuk lama.
    Time aku naik adalah time pick hour, semua orang pejabat berpusu-pusu nak balik cepat, makcik-makcik dah risau nasi tak masak lagi, takut anak ngan laki lapo, mengamuk, merajuk dan rumah tangga tak bahagia...hehe
    Nasib baik aku dari stesen Bank Negara, takdelah sesak mana, dapat jugaklah duduk. Bila sampai je KL Sentral, berlakulah adegan tolak-menolak, jerit-menjerit, bergasak-gasak kat pintu tren tu. Makcik-makcik pun redah jugaklah asalkan dapat loloskan badan jadilah. Bila dah penuh, nak pegang tiang pun tak boleh, dah terhuyung-hayang bila tren bergerak. 
     



    Aku terfikir, larat ke dia orang nak berebut-rebut naik tren sampai pencen? Larat ke dia orang nak berlari-lari kejar tren? Yela, umur pencen sampai 60, bayangkanlah nanti yang dok tunggu kat stesen KTM tu nenek-nenek, datuk-datuk je. Kesian kan hidup mereka.
    Mungkin lepas ni dah boleh siapkan gerabak khas untuk orang tua pulak.

    konvo nami

    Selamat bergraduasi Ustaz Nami! Walaupun tak dapat apa yang dihajatkan, tapi jangan risau, itu aturan Tuhan =)

    Aku ahli jemaah yang paling lambat walaupun PICC dengan UPM sekangkang ayam saja! Ada hal kat opis, jadi kenalah pay attention sket apa yang bos besaq cakap. Konvo kat PICC tak nak kalah ngan Lisa Surihani lah tu,hehe

    Bunga? Tengok sendirilah....

    sampai kena tompangkan kat kete tolak si Qashah =p

    dan gambar-gambar di sekitar majlis graduasi ...

     Bersama abang Fazli, abang Pijat dan kak Lela

    Qaseh,Cik Nad dan Makteh Leng =p

    Ahli-ahli jemaah yang lain,Along,Kak Sally, dak bang,dak dik dan kak Zai

     bersama Tok Jaafar ngan Nek Long

    bersama Cik Suboh dan Cik Rokiah

    Qaseh over!

    Itulah sebahagian gambar yang sempat disnap. Kredit tu Chi Chi sebab ini gambar dari camera beliau. Tahniah lagi sekali, moga menjadi pendidik yang terbilang dan dapat melahirkan permata-permata yang bernilai untuk negara dan bangsa. 

     dompot!



    Allah selamatkan kamu

    Lambatnya nak post, tapi kena jugaklah post untuk meraikan hari mereka-mereka dilahirkan. 

    Selamat hari lahir yang ke 27  pada 13 Mac kepada abang-abang kembar aku nih, dak bang dan dak dik. Moga graf kesihatan naik, graf kebahagiaan naik, graf kasih-sayang naik dan juga graf gaji! hehe

    Dan, juga kepada si Netto, budak paling senget aku pernah layan pada 14 Mac hari tu. Gambar kek tak sempat nak amik, nak humban-humban dalam kolam pun tak dan sebab dia sakit kepala time tu. Saja! Ok netto, semoga murah rezeki, jangan senget sangat, jangan tensen-tensen dengan penunu bunsen dan jangan buat-buat sweet ngan akak...hehe=p

    Makan kek bukanlah kegemaran, tapi kek tu sangat bermakna untuk orang yang menyambutnya...=)

    Saturday, March 10, 2012

    Hahaa!!
    Aku tak sabar nak jumpa si Nami aka Wo Chi Chong tu! Dia balik cuti sekolah, mau konvo. Jadi dalam seminggu ni aku mau duduk rumah, jalan-jalan, makan-makan, berenang-berenang dengan dia. Nak pergi sagil kat Gunung Ledang rasanya!
    Tak sabar nak jumpa dia. Dah gemuk ke, makin kurus ke, hitam ke, beruban ke?hehe =)

    tanggung

    Kadang-kadang kita terlupa yang kita masih ada bahu untuk bersandar.
    Keperitan memang susah untuk dirasai bersama, tapi boleh didengar, difahami.
    Jangan pendam, jangan simpan seorang. Luahkan, jika tidak kepada kawan, luahkan kepada keluarga. Jika tidak mahu juga, luahkan kepada Allah.

    -Jangan tanggung sendiri, mari kongsikan rasa itu bersama.

    Friday, March 9, 2012

    bagus

    Semenjak dua menjak ni rasa lebih terisi, tak terlalu melayan perasaan. Itu petanda yang bagus! Aku sudah semakin kurang kadar obses terhadapnya. Sehari tak bersua pun tidak tak apa-apa. Itu juga petanda yang bagus!

    Semalam, menghabiskan masa dengan orang yang menyenangkan kita, dapat buat rutin yang dah lama tak dibuat, makan apa yang kita nak, borak apa-apa yang kita mahu, ya, sangat bagus rasanya dari dalam!

    Mohon obses itu akan semakin berkurangan, jika boleh hilang terus dan jika itu juga yang terbaik untuk aku, itu lagi bagus!


    Wednesday, March 7, 2012

    bernandos yop!

    Semalam adalah hari kelaparan, tengahari tak makan pape. Tak taulah kenapa lapar sangat, padahal pagi tu Dr. dah belanja roti canai sekeping! Tunggu jela budak-budak ni ajak pegi makan, Neto pun datang bilik dan cakap dia lapar sangat. Ok, siap-siap dengan Chess sekali kami pun pergilah cari makan kat Mines, jauh gila!
    Disebabkan Netto murah hati nak belanja makan, aku ngan Chess tak bagi pilihan lain, kami terus je cakap Nandos! Haha, si Chess tu pun dah mula kemaruk Nandos. Walaupun orang yang nak belanja tu cakap Nandos tak sedap tapi dia pasrah jela. Eleh, bila dah makan terus cakap sedap!

    Ingat awak tu kecik sangat ke Chess?


    Netto punya, ada nasik!

    Chess punya

     Aku punya, lapo, lapo!!!

    Makan-makan, borak-borak sambil bagi ikan makan, gelak-gelak, sakat si Netto yang cepat terperanjat tuh memang seronok. Lepas ni mungkin giliran si Chess lak belanja makan, Nak Fish Manhattan katanya. Lepas tu giliran Netto balik, pastu Chess, Netto, Chess, Chess lagi dan Chess...hahahaha! Giliran akak arini, akak belanja begedil je, itu pun buat sendiri!
    -Thanks Netto (^_^)

    Kopi Satu

    Menguruskan hal-hal pembayaran yuran dan daftar kursus hari tu sangatlah mencabar, dah la ramai  orang, bendahari penuh, bank penuh, toilet penuh, semua penuh! Nasib ada Pia dan Nippon, kalo tak memang tak teruruslah benda tu semua. 
    Tapi, yang best Pia mengoffer diri membelanja kami kopi ais. Bagai orang mengantuk disarungkan bantal, tak pun bagai orang haus di offer air sejuk, aku malu-malu kucing jela tolak, tapi compom Pia paksa gak aku pilih salah satu daripada menu yang terdapat kat badan lari kopi ais tuh! Nippon pilih coklat, Pia pilih caramel, aku pilih cappuchino. Western sket bro!
    Sesedut di tengah panas mentari sangat mengasyikkan!

    Tengok gaya orang belanja, sungguh bergaya. Pia, kau kawan aku yang paling beautiful sekali...heheh!

    Sedap, sejuk, berkrim!

    Terima kasih Pia, ada hari boleh belanja lagi!

    Qaseh dan Qashah

    Aritu, sebelum balik ke UPM, singgah jap kat umah kak Zai merangkap akak ipar aku, nak jumpa buah hati aku si Qaseh itu sebelum kami berdua berpisah untuk jangka masa yang lama. (ngengada!) Qaseh itu tersangatlah manja ngan aku, sebab Cik Nad dia ni gila, jadi dia sukalah!
    Setelah diracun dan dituba oleh Kak Zai yang merengek-rengek tak bagi aku balik aritu, buat muka dua puluh sen ajak aku jenjalan, maka aku redha jela. Kesian lak kat suri rumah sorang ni, ada laki sibuk manjang!
    Ingat senang ke nak bawak 2Q ni pegi jenjalan, memang seksa! Sebab itulah Kak Zai mengalami kemurungan bila time sale tiba...hehe

    tengok si Qashah ni, sikit punye comel! dia dah pandai jalan nanti memang si Qaseh tu aku tolak je pakai kaki, hahaha...tak, tak, Cik Nad sayang Qaseh sorang je...=)

     Tak sampai 10 minit dah tido~~

    Semua kereta dia nak main!

     Ok, korang tengok rambut depan tu macam gondol sikit kan. Itu semua kerja si Qaseh ni, dia pergi gunting rambut dia. Bila tanya kenapa gunting, dia boleh jawab, "Qaseh rimas!" Adoi~~
    Nak melayan dua orang ni bukan senang, si Qaseh tu jeles kalau kita main-main dengan si Qashah, dia nak orang bagi perhatian kat dia sorang je. Tapi Qaseh ni sweet, boleh diharap jaga adik kalau mak dia mandi ke, masak ke, tapi sekejap jela, pastu dia dah mula marah-marah adik dia macam orang tua! Kepada Pak Ndak Joyah dia a.k.a Nami, ko simpan jela ciuman beracun ko tu, nanti balik sini ko gomollah si Qaseh puas-puas!

    Bila dah ada anak buah, barulah kita ni jadi penyayang sikit dan mesra budak-budak. Tak gitu =)

    Tuesday, March 6, 2012

    ok dah...(^_^)

    Huh, aku dah cakap sakit pinggang ini kena inject, selagi tak inject selagi tulah kena tanggung sakitnya. Seperti dijangka, sakit lama datang kembali. Kenapa agaknya pun tak tahulah, tetiba je nak main cak cak ngan aku.
    Inilah akibat kalau time muda belia dulu gunakan badan terlebih had, semua jenis sukan nak main, ballet, zapin, tenggo, hip hop, semua aku tibai (hehe), belum tua dah sakit sana sini.
    Ubat dah dapat sekepuk, tapi makannye idok! Kena makan berat dulu baru boleh makan ubat, ntah bilalah aku nak makan berat. 
    Kepada kawan-kawan semua, saya dah sihat, no need to worry =)

     aku dah tak boleh buat lagi joget camni...huhu

    Monday, March 5, 2012

    sakit pinggang lagi

    Sudah tidak tertahan rasanya. Jadi, sedang berkira-kira mahu ke klinik dan paksa doc inject. Ubat makan dan ubat sapu tidak berkesan sudah, dah rasa melecet asyik sapu ubat!

    I need a doctor!

    Sunday, March 4, 2012

    maaf

    Minta maaf itu bagus, menunjukkan kita masih ada rasa bersalah, rasa rendah diri, dan tak kan buat salah lagi.
    Tapi,
    yang tak bagusnya kalau asyik minta maaf berpuluh-puluh kali dan masih jugak buat kesalahan yang sama.
    Takut,
    harga maaf yang keluar dari mulut kita itu dah tiada harga, macam sampah.

    Janganlah salah guna perkataan maaf untuk pertahankan diri.
    Jemu.

    Thursday, March 1, 2012

    setahun yang lalu

    Aku try bukak post-post yang dulu, nak tahu apa yang telah aku lakukan setahun yang lalu. 1 Mac 2011, aku tak tulis apa-apa pun, hampeh!

    Jadi sangatlah kerugian jika tidak menulis. Dulu, ada diari bolehlah refer apa yang dah kita buat. Sekarang, harapkan blog sajalah untuk mencatat segala-galanya. Aku nak try usha, 1 Mac 2008 aku buat ape ye?

    "xde akiviti, hujan...Just tengok tv,baca Shin Chan, makan, tengok tv balik, tido,huhu"

    Itu je yang aku buat untuk sehari? Ceh, memang dasar malas!
    Tapi untuk 1 Mac tahun ni aku memang banyak perkara yang perlu dibuat. Nak pegi GSO, pegi bendahari, pegi bayar denda lambat daftar dan macam-macam hal. Dari naik cuti aritu asyik ke hulu ke hilir, penat sangat. Pukul 9 malam aku dah telentang je tido. Terasa letih sebab dah lama tak letih, hehe...
    Ok bro, jangan lupa tuliskan apa yang korang buat untuk hari ni, jangan nanti nyesal takde nilai sejarah dalam hidup korang...=)