Monday, April 30, 2012

korban

Hidup rasa sempit
tapi masih mampu senyum bahagia.
Berkorban?
Saya rela.
Jangan pernah tanya tentang pilihan
saya tak pernah tahu apa yang Tuhan sudah rancang.
Tapi, sekarang
Dia suruh kita bersama
Jadi, mari kita raikannya.

rasa

Rasa......

seperti mahu balik rumah, amik kaki mak main losyen.

-mesti ada yang maki aku tulis post pendek-pendek!

Friday, April 27, 2012

sekarang...

Saya rasa, saya perlukan kelas pengucapan awam untuk betulkan alat-alat artikulasi saya.
Saya rasa, saya perlukan kelas bimbingan kaunseling untuk menambahkan keyakinan saya.
saya rasa, saya perlu pergi grooming class untuk betulkan penampilan saya yang horror nih.
Saya rasa, saya perlukan seseorang untuk beritahu apa yang saya rasa sekarang ini.
Dan, saya rasa saya perlu memeluk seseorang untuk tenangkan hati saya.

-Kan best kalau bukak almari baju jumpa mak kita....haha
Mak, meh aihong kat kolej dalam sehari dua, jeles jugak tengok ada mak budak boleh selamba lepak kat kolej, tido sekatil, bersihkan bilik anak dia!

Monday, April 23, 2012

kerja

Oh, oh...
Along sudah mintak resume, lepas tu dia tegur apa yang salah.

Dan aku sudah rasa cuak di situ.

Ada hati aku nak kerja bawah dak Long, memang bertekak jela jawabnya!

-sanggup keje jaga stor daripada jadi receptionist!

masa dulu-dulu

Masa kemas-kemas kotak kat rumah, terjumpa kotak time belajar degree dulu. Bukak-bukak, selak-selak, jumpalah cd-cd yang ada gambar lama.
On laptop, sumbat cd dan tengok-tengoklah gambar apa yang aku simpan...
Dan start dari momen itu, aku terus ketawa berdekah-dekah macam pontianak dapat kacau orang! sampai mak masuk bilik, takut anak dia kena sampuk mambang gelak!
Gambar dulu-dulu, epik kot!

 dinner rec 2007


masa road relay 2008, muka suci!


first year basketball


sahara 08. Baru perasan ada si ida, punyelah tak kenal dan tak perasan langsung pun minah tu. Pandang pun tidak ye,tak heran pun time tuh!haha

Minggu Mesra 08...

time kelas mandarin, dulu mesti bertiga =)

Charlies Angel

baby face sangat!bluewwk!

Banyak lagi gambar tapi takdan lah nak tunjuk kat sini. Video-video semuanya buatkan aku hampir menitiskan air mata. Gembira masih lagi boleh melihat gambar-gambar dulu dan sedih juga bila semuanya sudah tiada di sini.

Kenangan, jangan tangisi sangat. Pejam mata dan terus lihat ke depan. =)






Saturday, April 21, 2012

balik

Memang ada gerak hati nak balik tapi terpaksa tahankan dulu kerana urusan hati di kolej sangat-sangat kuat.
Selepas sarapan, mak telefon. Tanya tak balik ke? Mak dah sembelih ayam 3 ekor. Emm, aku masih cool lagi, mak sedang memancing selera nampak!

 cubaan mak memancing aku..hihi

Kemudian, ada call lagi dari rumah. Dan kali ni mak telah menggunakan Qaseh untuk memancing Cik Nad! Argghhh, tidak betah di situ, sudah kalah mendengar suara manja si Qaseh itu!

 yeah, kena sudah!

Tulis note sehelai dua, tinggalkan pesan, tinggalkan hati tak menoleh ke belakang terus balik. Kalau toleh takut tak jadi balik je...huhu
Sampai rumah mak tegur, "Asal dah kurus, macam hantu berjalan!"
Malam dak long pulak tegur, "Eh, asal kau kurus sangat kak? Dah macam jerangkung."(spesis hantu jugak!). Cubalah mereka ni bagi perumpamaan kurus macam Lisa Surihani ke, kurus macam Heidi Klum ke, sedap sket!
Aku kurus bukan sebab sakit, aku kurus bukan sebab makan hati, sekarang hati tengah bunga-bunga riang je, kalau ada orang kalau ada orang komotkan tudung pun aku tak kisah...haha...Dan aku pun bukan kurus sebab manusia....Cuma mungkin makan tak teratur je kot...
Ok, mau on YM, jom chat!!!

lebiu~


"I love you, lillahitaala....."

Perghh, perghh, perghh!



-Menggelabah macam mana pun tetap sayang =)

Friday, April 20, 2012

Ikhlas....

Ikhlas? Kita tak boleh nak ukur dengan CM, tak boleh jugak nak timbang dengan KG....

Ikhlas? Kita tak dapat lihat, tapi kita boleh rasa...rasa yang sangat mendalam!

Ikhlas? Susah nak tentukan seseorang itu ikhlas ke tidak, tapi percaya sajalah pada kata hati, detik hati. Lihat anak matanya, jika ikhlas, kita akan lihat diri kita dalam dirinya.

Ikhlas? Berapa kali mau repeat!!!

Bak kata Boyzone, "Everyday I love you."
Kata N'sync, "This I promise you."
Kata Yuna, "Terukir di bintang."
Kata Backstreet boy,"Drowning in your loves."
Kata Bruno Mars, "Everyday is rain."
Kata sheila On 7, "Pastiku bisa!!!"

-Jangan lupa namaku, Pompa Bensin cakap tadi....hehe

Thursday, April 19, 2012

BATTLESHIP

Aku bagi amaran dulu, sapa-sapa yang mabuk laut disarankan tak usahlah nak tengok cerita ni, memang 80% cerita kat atas kapal! Aku terpaksa pura-pura tak mabuk sebab ada orang nak belanja! Yiihuuu!!!

Battleship, bolehlah dikira sebagai ok! Tak segempak transformer tapi masih boleh duduk tegak jugaklah. Ada jugak part yang bosan tapi dapat dicover dengan wajah heronya yang sangat menawan! Cerita pun maca mklise je, main-main anta message ngan Alien, pastu Alien marah terus serang bumi. Dan dah pertengahan cerita baru aku perasan yang pelakon perempuan tu adalah Raihanna! Please dont stop the movie!tetiba



Raihanna, sikit punye smart! Boleh pulak minah ni pakai baju full version, hihi

Dan, dah last-last (lembap) baru aku perasan yang cerita ni sebijik macam main game Battleship! Sesapa yang kaki games mesti tau game ni. Main susun-susun kapal,ala-ala strategi gitu....

gila main games ni dulu!

Untuk filem ni berbaloilah kalau pergi tengok kat panggung. Lagi-lagi kalau guna CIMB Debit card, 2 tiket hanya RM8, berbaloi-baloi!!! Tapi rasa nak gigit purse je bila ada orang tu tak bawak kad! Takpe, dia belanja, hehehe....

-saya sudah ada debit card, anda bagaimana?=p

dia cakap

dia cakap saya ni hanya fikirkan sebelah pihak saja, tidak optimis, tidak fikirkan pihak yang lagi sebelah.

Saya cakap kat dia balik, kalau saya tak fikirkan sebelah sana, takdelah saya datang ke sana.

Dia berpaling dan menangis.

Baru sepuluh hari kot, tak sangka boleh ada perasaan mendalam sebegini...

-sudah, mau pergi tengok battleship!

berhabuk sudah

Duduk-duduk saja dalam bilik, mau keluar makan malas nak capai seluar. Last-last capai jela periuk nasi, masak sendiri.

Perghh, berhabuk! Lama sudah tak dengar bunyi menumis bawang kat dalam bilik ni.... Stok banyak gila sampai dah expired! Jadi, apa yang boleh dimakan, konsep kita sayur-sayur je...hehe

ikan masin yang buat lapo!





buat sup sayur + kentang, asal boleh campur aku campak je....


Ok, nasi sudah masak, makan sorang-sorang tak heavenlah kan...Jadi, sedang menunggu si Sizuka dan netto pulang dari kelas. Kompom lapar budak-budak tu.. Korang, jemput makan =)

-rasa mak-mak sangat!

Wednesday, April 18, 2012

mana satu?

Bulan 4 atau bulan 5? Mana satu? Harus pilih salah satu.

Sudah buntu, sudah menangis!


google,pinjam sat! 



 Jika ada rezeki,adalah. Jika ada jodoh, adalah. Jika itu aturannya, relakanlah....

Monday, April 16, 2012

Isnin yang sarat!

Fuhh, selamat sampai sudah. Sangat gembira dapat jumpa semula sign board UPM! 
Isnin, penat, hitam, tak cukup tido tapi excited nak mulakan hari. Empat hari tak dapat tido, sangat pelik untuk aku. Takpe, fasa baru, semangat baru, cinta baru! Tuiih!

Hati berbunga riang, tak tido tak kisah janji muka ada senyum.....
Macam adik aku cakap, "sayang ko ketat-ketat"...Ceh, budak-budak, dah dapat apa yang dia nak baru sayang.

Hari ni adalah hari ini. Tak payah fikir semalam, tapi hari esok kena fikir sebab kena rancang apa yang patut dibuat.

Hari-hari kena senyum sebab ada peminat misteri suka curi-curi pandang aku...haha

Thursday, April 12, 2012

hoyeh,hoyeh!

Haha, terasa sangat teruja dan tak sabar-sabar nak menunggu hari esok! 
Hari tu baru request ada tak sesapa nak sponsor vacation idaman aku...
Terasa sangat bertuah sebab ada jugak hamba Allah yang sayang kat aku, yiiihuuu!!!


terima kasih kat mantraguru =) 
serius, i sayang u lebih!

"u're not my friend, u're my sister, she always told me that..."

Nak pergi mana? Dengan siapa? Nanti gua kasi hapdet lain entry. Doa-doa selamat pergi dan pulang ke jalan yang benar....(^_^)

-tak sia-sia packing barang hari tu...hehehe

Wednesday, April 11, 2012

masa

01hour
25minutes
20seconds

Masa berjalan sangat pantas. Apa yang patut kita lakukan? Duduk saja, menunggu saat itu tiba atau buat-buat tiada apa?

Ok, petikan lagu dalam komik doraemon yang aku salin 4 tahun dulu dalam diari, sweet kan? ptuiih!

"Ada sesiapa yang perlu ditunggu lagi
untuk kita menaiki kereta api masa depan
penjelajahan yang menerujakan hati
seisi dunia sedang menunggu kita
untuk diwarnai dengan tawa kita
untuk disirna langit dengan tangis kita
untuk membias angin dengan kasih kita
Matahari mengecil, semakin mengecil
diganti dengan hangat pelukan kita."

Selamat bercuti di hari Rabu =)

Tuesday, April 10, 2012

war


friendship is like a war
so i declare to make a war with u
and i will never say peace!

times is running out
Distances separates us
but as long as there loves in our heart
we will belong together~~



can u be my Patrick?
answer me! 

(^_^)

apo buek?


Ok, aku hampir terlupa yang esok adalah cuti umum, nampak sangat pekerja berhemah! Dr kasi cuti, dia paksa aku jangan datang kerja sebab aku ni terlalu workoholic! Tapi aku dah ada rancangan, cannot back home maa...
Selesai menyiapkan PRGS, dah sain, dah cop, dah bergegas pulang. 
4.00pm= pergi singgah CIMB, cimb clicks gua tak boleh nak bukak!
Kad kena telan pulak dah! Hadoi, kena buat kad balik semula padahal baru minggu lepas pergi tukar kad!
5.00pm= Balik, semayang dan capai beg yang aku dah standby sebelum pegi keje tadi.
520pm= Merempit sorang-sorang, sekejap je sampai. Baru 2 ketul je orang dalam pool. Tanpa berlengah, aku pun terus pakai google dan cap yang baru dibeli, baget terer macam Maya Karin!hahaha!!!
540pm = Orang dah mula ramai, semua tayang swim suit, aku je pakai t-shirt,kampung sungguh! Berenang tak banyak, sengayut kat tembok je lebih.
615pm = Dah rasa bosan dengan diri sendiri, nak berenang ke tengah malu, takut berlanggar ngan orang,jadi berenang ketepian jela. Lemas dua tiga kali terus naik. 
630pm = Siap, pegi Giant beli milo (alolo~~) lapo sangat-sangat!
700pm = Singgah Petronas beli air tuk Ensem, sanpai kering aku lenjan tekak dia!
710pm = Pegi Mcd beli bubur dan kopi, terlalu lapar sampai dah takde selera nak beli makanan panas.
720pm = Tepat-tepat parking moto, azan pun bergema. 

Pack tak idup aku arini? Takdelah pack sangat tapi disebabkan aku tak mahu memikirkan kesunyian yang melanda, haruslah pandai buat apa yang patut, sibukkan diri dengan benda lain.Lagipun kat kolej ni ada aktiviti, takdelah sunyi sangat. Still ada bunyik orang-orang....=)

-takmo sunburn!

ulu bendul

Aritu, masa sambut besday mak, tak tau nak pegi mana. jadi kita orang pakat-pakat, mesyuarat, gado-gado dan bersetuju semua puak kita berpicnic!
Takkan mau picnic pantai? Mau kasi kecut-kecutkan tangan mestilah kena cari air terjun. Nak pergi Sagil Ledang jauh lak aii, jadi pergi Ulu Bendul. Dah siap masak, packing-packing, terus gerak dalam pukul 12 lebih. Kasi layan sama gambar jela kan...

Qashah,tak takut air langsung!

Qaseh yang memang takkan kata tak kepada air....

main pasir ngan cik nad....sweet sangat!

model air terjun

ini semua keje pak long dia...


dak dik berjaya menyelam! Perutnya tidak tersekat di dasar, dasyat!


najwan terjun tiruk!

dak dik terjun tenuk!

tengok mak aku,ada koci sebungkus, takkan heran de kita orang main air...=p

ayah aku? Lagi de tak kisah....

aku dari belakang jela...kang bagi gambar full histeria lak pulak...hehe

nabil?Lagi penakut!Suruh buat terjun tiruk tak berani!

Aku dah sedaya upaya cuba buat aksi stunt tapi tak jadi. Sampai naik lemas! Takpe, aku sedang usaha,nanti sudah berjaya takde hallah nak membanting badan kat air....hihi

-sedang menggila swimming pool =)


kawan saya

Kawan, saya sayang sangat kat dia. Walaupun dia comot, cemas tapi saya tetap sayang dia. 

beliau bersama Qaseh



cubaan menyumbatkan diri tapi sia-sia...hihi

dia tetap setia menemani saya kalau saya out station area KL, dia tak pernah kata tak kat saya....

Dia selalu ada bersama saya, waktu susah, waktu senang. waktu lapar, waktu kenyang. Tak pernah menolak jika ajak pergi ngeteh kat Molana. Sampai dah tau roti canai kosong+ tosei + air limau panas + teh tarik = RM 4.40. Nampak sangat dah kerap makan bersama. 


Dia pernah menangis saat saya menangis. Dia pernah ketawa sampai keluar air mata saat saya berlawak, bergurau. Dia pernah marah saya saat saya silap. Kami pernah berkongsi beg duit, kami pernah berkongsi makanan, kami pernah berkongsi katil dan kami pernah berkongsi perit. dia juga sanggup kopek petai simpan siap-siap dalam bekas daripada Tapah bawak naik bas kerana tahu saya sukakan petai.

Kami menghabiskan bulan puasa bersama, masak bersama, sahur bersama, tak pose pun still jugak sahur minum kopi...hehe. Dia sanggup temankan saya waktu takde sesiapa kat kolej ni. Dia sia-siakan masa 3 bulan semata-mata tak mahu saya keseorangan. dia jugak sanggup makan 2 kali semata-mata tak mahu kecewakan saya tuk makan ikan keli pecal kat Kg. Pandan.

Tapi, saya sedih dan rasa tak guna bila saya tiada di sisinya waktu dia sedang menangis. Saya tiada di sisinya waktu dia memerlukan telinga untuk mendengar masalahnya. Saya tiada untuk mengurut belakangnya waktu dia menangis teresak-esak.

Kepada kawan saya, saya harap dia dapat bertahan di sana. Saya kat sini pun tengah belek majalah Ujang, nak cari lawak baru tuk buat dia tersenyum. 
Saya sayang awak, Pia.....(^_^)

count....

Let's times speak!


                                                                      still counting...

different stuff but still counting...

(^__*)

....................

Monday, April 9, 2012

esok ye...

Aku cakap tadi nak pose menulis kan, tapi cannot go loh! Esok boleh?hihi


video 
to my lolipop =p

minggu ni banyak rancangan, walupun bersendirian. Tak sabar menunggu Khamis. Tak sabar nak bersua, habiskan masa dengan sangat indah.

Harap-harap apa yang dirancang menjadi, cuaca menyebelahi kami, kesihatan juga harus tip top! 

sastera

Kerana angin 
daun punya lambai
kerana air 
laut punya biru
Kerana kau
aku punya rindu~~

Kena jugak post sebelum aku terlupa akan bait-bait katanya. Kelas Dr. Lim Swee Tin ni dulu blaja, ntah macam mana boleh terlintas pulak di fikiran. Mengenang orang jauh barangkali, tett!

-esok dan lusa mau pose menulis blog.

rindunya!

Ah, sangat berat untuk diungkapkan. Tiada satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan apa yang aku rasa sekarang. Hanya aku dan dia sahaja yang tahu betapa 'peritnya' perasaan ini.

Ya Allah,
Aku mengenalinya kerana Allah,
Aku rapat dengannya kerana Allah
Aku mengasihinya kerana Allah
Aku merinduinya kerana Allah
Aku menangisinya kerana Allah

Syukur, Allah bagi rasa nikmat kasih ini kepada aku, Allah menerbitkan rasa rindu ini buat aku lebih menghargainya. Moga berbaloi untuk semua perit ini. Terima kasih kat awak mengajar saya tentang rindu.

-rindu sampai demam!

Sunday, April 8, 2012

counting

Semalam sehari suntuk tak jumpa nasik, jadi hari ini terasa sangat letih dan lemah, nak taip mesej pun menggigil. Agak lewat jugak semalam tido, nasib ada call, baru tersedar, kalo tak terlajaklah jawabnya.

Pukul 1030 dah keluar cari makan, tak tahan! Parking motor kat fakulti, lepak dalam opis sambil buat apa-apa yang patut. Sangat bosan, sangat sunyi. 

Saya sedang menghitung masa. Sekarang masih lagi mengharungi 67 jam 36 minit dan 12 saat. 
Harap di sana baik-baik saja.

-mau tengok melodi

Saturday, April 7, 2012

ok,fine

Dia cabar aku....fine! Memang aku dah surrender awal-awal, sangat sukar untuk aku duduk diam saja. Tapi, dia cakap berbaloi, don't worry lah~

Memang aku pernah cuba tapi tak sampai 24 jam kompom cari balik. Inikan pulak 72 jam! Gilos...

Cabaran sudah disahut, berpatah arah, malulah Tok Nyang aku Hang Tuah cucu cicitnya cepat mengalah sebelum lampu gelanggang dibuka. Ok awak, saya sambut, jangan tak sanggup sudahla ye....hahaha

-saya dah warning jangan dekat-dekat ngan saya, kan dah jatuh cinta...dalam pulak tu. Payahla nak timbul balik....weee~~~

cit podah!

Arghh,dem!

Cakap je boleh, tapi perasaan tak mau ikut!
Nasihat orang boleh, tapi hati sendiri tak dapat nak tundukkan...

Miss u damn much my lolipop!

Aku nak pergi  ngajo anak orang pun tak senang. Boleh tak kasi rindu itu kurang sikit?

khabi alvida naa kehna

Aku pun sebenarnya tak berapa pasti kenapa aku tak suka perkataan itu. Bukan tak suka, tak berapa suka menggunakannya dalam urusan harian. Apa perkataannya? BYE BYE

Betullah, aku kalo tepon mak ke, tepon orang ke, aku lebih suka guna perkataan gud luck, menggantikan bye bye. Ngengada kan. Tapi, paling tak boleh blah bila ada orang tu say bye bye time nak tido...haha, senget! 
Sebab apa aku tak suka, bye bye ni maksudnya macam dah tak ada harapan untuk kita jumpa esok. Ini mesti Shah Rukh Khan dah rasuk aku nih! Shah Rukh Khan cakap kat Rani Mukherjee "Khabi alvida naa kehna". Atau bahasa Opah kita, jangan pernah ucapkan selamat tinggal kerana ia akan membunuh peluang untuk kita berjumpa semula.~~ Lebih kurang begitulah....Sweet dak aku?hehe

 sweet kan Rani, macam aku. photostat abis!

teringin sangat nak bergambar kat kerusi macam ni, maksudnya kat oversea lah, dan maksudnya jugak jangan beranganlah!

Ok my sayangs semua! lepas ni, cakap gud luck kalau nak matikan perbualan...hehe

bila cuti bermula

Ok, sekarang sudah sunyi, sudah kosong. Terasa bilik kecil ini amat besar untuk aku sorang. Semua sudah balik, sudah pergi dan akan pergi. Aku sudah mula rindu. Sungguh tak suka perasaan seperti ini!

Mahu pulang tapi ada kelas tuisyen pulak. Jadi, terpaksa jugak hadap dinding bilik ini sorang-sorang.

my rumet, korea+masak+korea+korea!

my ex rumet, ruby =)

 my netto senget =)


will missing them...

my chess (guwa suka panggil cheezy wedges)hehe
my sizuka =)
 
Jangan nangis, jangan rindu, doa selalu kita boleh hang out macam dulu....(^_^)

Thursday, April 5, 2012

gumbira

Hehei, aku nak bagitau yang aku sangat gumbira, yiihuu!!! Bukan gumbira sebab apa, gumbira sebab tahu yang ramai orang sayang sangat kat kita.
Contoh?

Ramai.......

saya sangat gumbira, mau pergi berenang bersama itik pulang petang! Netto, jangan seksi-seksi sangat, geleng baba tengok...hehehe!!!

kelihatan kim nana dan  yap ah loy sedang menggelakkan netto~~

Tuesday, April 3, 2012

need a vacation!

Rasa sengal-sengal badan, sudah lama tak keluarkan peluh busuk, sudah lama berpantang itu dan ini, sudah lama tidak menghirup udara segar. Tapi, apakan daya, bajet ciput nak pegi tempat yang best-best pun kena fikir sampai hangus! Alangkah bahagianya jika ada orang taja atau buat suprise party ke tuk aku...hehe

 private boat sambil buat aksi ala-ala Titanic return in 3D =p

Pulau Pandan jauh ke tengah, Gunung Daik bercabang tiga
hasrat di hati nak datang menjengah, untung nasib bersua juga...
Yeehuuu!!!

Skodeng mat-mat salleh tengah berjemur macam ikan masin sambil sip-sip kopi ngan Neto or Chess or Arn or Pia or sape-sape jela yang boleh dijadikan bahan...Tepi pantai pun nak minum kopi jugak, tak hollywood betul! Adoi, ntah bilalah nak bercuti-cutian ni.
Dulu, rajin jugaklah setiap sem pergi cuti-cuti sama Arn ngan Ida. Sekarang, pandai-pandai sendirilah nak bercuti, mereka semua dah bizi...

-Boleh tak packing barang walaupun tak pegi mana-mana?huhu