Thursday, May 31, 2012

We are young...err,not young enough!

Sudah jatuh cinta sama ini lagu....=)

video

sedap kan lagu ni...=)

carry me home tonight

fuhh, awat malas nau update blog pun aku tak tahu. sampaikan besday sendiri pun takde tulis pape. Kesian sangat....

Minggu-minggu besday ni banyak sangat konflik yang berlaku. Dan paling yang mendukacitakan kita adalah bila kita ada masalah dengan orang sekeliling. aku takde hal nak gadoh (err, aku sukakan kedamaian, no war please...) kalau mereka-mereka itu bukan orang kampung sini, bukan budak blok ni, bukan budak floor ni. Tapi sangat sedihlah kalau orang yang kita rapat boleh create rumors, dan berlagak macam takde pape yang berlaku. Pergghh, memang tak boleh blah tengok lagaknya. Pelakon harapan terbaik!

Aku dah tak kisah orang nak cakap apa, reka-reka cerita. Tapi kesian dekat budak-budak naif, yang baik. Mungkin budak-budak ni tak mampu nak hadap semua benda ni. Aku tak amik pusing sangat, sebagai yang tua, yang otai, yang berfikiran waras dan bencikan peperangan, aku diamkan jela.

No wonderlah kan, dia suka sangat amik tau pasal aku, sampaikan sape pakwe kawan aku pun dia nak amik tau jugak! Gila tahap admire beliau kat aku. Kang layan lebih cop lain, kang tak layan cop lain. Beruang kutub sungguh!

Erm, pembaca sekalian, maafkan saya agak emosi. Sebab itulah saya tak mahu post apa-apa time marah. Takut lagi bala. huhu   Ini pun kang kalau ada yang tak suka saya dan terbaca blog saya lagilah bala jadinya. Tapi, kalau dia tak suka saya, kenapa bukak blog saya? Hemm, nampak sangat admirenya itu...haha

Saya mahu balik hari ni, ada kawin-kawin kat kampung, saya jadi pengapit. Then, hari Ahad mahu anta Nazirah anak Leng daftar pengajian kat UiTM Perak. Amik kos fesyen lagi, mampu? haha Lepas dah anta Nazirah mahu pergi kenduri kawin abang Ida pulak kat Bagan Serai. 

Ok kawan-kawan. selamat menjalani hidup ni dengan biasa-biasa saja. Harap sangat takdelah lagi saya jumpa beruang kutub bermuka tenuk! Kalau nak tahu sangat pasal saya, mari duduk semeja. Tapi takut anda jatuh cinta pulak nanti...hihi

-Kalau kita nak jumpa orang seperti yang kita inginkan, kita kenalah jadi seperti orang yang diingini itu. Tentu berebut orang nak kawan.... =)

Saturday, May 26, 2012

Allah selamatkan kamu

Hari ini adalah hari lahir si adik cantik manis lagi rupawan....Sudah genap 26, sudah bertambah usia, semakin naik angka. Tapi, apa ada pada nombor sayang?haha~~
To the best friend that I ever had, Farahanum Abdul Rahman
GS2491*
860526******
nak tulis alamat macam melampau je, haha tapi maksudnya aku tau jugakla butir-butir peribadi ang!

SELAMAT HARI LAHIR

PANJANG UMUR, MURAH REZEKI, SIHAT TUBUH BADAN
PERMUDAH SEGALA URUSAN, LAPANGKAN SEGALA HAL
DILINDUNGI DAN DIREDHAI ALLAH...



Erm, takmo wish bebanyak nanti blushing-blushing bila jumpa,hahaha!!
Weh, makan kek nanti together gether lah ye,tunggu sket lagi 2 hari...hihi

Happy besday Pia (^_^)

sayang

Sayang itu untuk dikongsi
bukan untuk dicemburui.

Siapa kita untuk halang rasa sayang?
siapa kita untuk elak rasa cinta?

Kita tak boleh nak tentukan siapa yang kita mahu sayang, saya juga tak mampu nak tumpukan sayang kepada semua. Kamu sayang saya, terima kasih. I'll try the best way i can to make you happy but when you got bad feeling to me just tell the truth.Do not ever be expressed to another. Saya tak mampu nak jaga hati orang, saya pun dah penatlah nak fikir pasal manusia. Jangan buatkan saya menyampah dengan perangai-perangai kebudak-budakan itu. Kita semua sudah dewasa, mari bercakap secara matang, berfikir secara matang, berkelakuan pun secara matang. saya tak mampu nak jadi seperti yang kamu-kamu inginkan. Saya juga tak boleh nak tukar rasa saya, perasaan saya, sikap saya hanya kerana kamu-kamu. Saya dah terlalu tua untuk masalah ini. hihi

Buat muka? Boleh je saya cakap, "lantaklah...."

-marah kena tunjuk, marah kena beritahu, kena juga fikirkan perasaan orang yang dimarah itu.

Friday, May 25, 2012

rezeki

Salam Jumaat, post yang suam-suam setelah lama bercuti.Sudah masuk bulan Rejab, mari topap amalan sunat dan langsaikan hutang yang ada dalam buku 555 Tuhan...

Awal bulan 5, masih tercari-cari kelangsungan hidup. Terkapai-kapai dalam mencari kata putus tentang hala tuju diri sendiri. Namun, saya masih percaya pada rezeki, Dia dah aturkan jalan hidup saya sangat cantik, sangat sempurna. Ke sana, ke sini hantar resume, hadiri temuduga bagai. Pengakhir bulan 5, alhamdulillah satu per satu tawaran yang diterima. Syukur, resume saya masih laku di pasaran....hehe

Sekarang, menjadi dilema yang mana satu harus dipilih. Kesemuanya sangat berbaloi, ada pro dan kontranya tapi harus pilih satu sahaja, yang dekat di hati. Arghh, buntu juga. Kena tunggu sehingga betul-betul penghujung bulan baru boleh menilai mana satu jalan yang lebih menguntungkan.

Saya pekerja yang setia, saya juga mahu jadi anak yang berguna, dan saya juga mahu mencuba dan berjaya dalam bidang saya sendiri. Moga Allah memberikan jawapan terhadap doa-doa saya.

-Berjaya saya hari ini bukan kerana usaha saja, tapi kerana doa emak saya yang tiada hijab antara dia dan Allah....=)

Wednesday, May 16, 2012

Hari Guru

Oh, sudah 16 Mei 2012. Kalau kat sekolah ni mesti tengah sibuk sambut Hari Guru bagai nak rak! Budak-budak memang sukalah sebab tak payah blajo, duduk je tercongok kat dalam dewan tengok cikgu-cikgu yng garang habis selama ni kena buat persembahan....
Cikgu ni umpama arkitek sosial, menjana anak-anak murid menjadi seseorang yang boleh digunapakai suatu hari nanti. Nak kupas pasal beban kerja cikgu, aku takut akan meng'spoilkan mood mereka je sambut hari guru...hihi
Dalam keluarga ada jugaklah yang berjaya menjadi warga pendidik. Ustaz nami mungkin hari guru pertama dalam hidupnya tahun ini. Walaupun jauh berada di perantauan, tapi tetap rasa dekat sebab boleh sms, call, YM, skype. Takdelah rasa ulu sangat duduk kat Sarawak tu ye...=)

mula-mula rasa susah sedikit, dah mesra semua makcik nak jadikan anak angkat!hehe

dan, akan ada beberapa lagi orang yang aku kenal akan turut mengikut langkah ustaz Nami berkhidmat di bumi kenyalang nanti. Memang sekarang adalah waktu-waktu yang saru+ sayu bagi mereka,hehehe...

Cikgu Shima yang tak tahu akan ditempatkan kat mana, doa jelah ye...=)

dan cikgu Ida pun akan ke Sarawak!!!
Yiihuuu!!!

Erm, emosi cikgu ni sangat terganggu bila tahu akan ke Sarawak. Jangan risau, awak semua adalah yang terpilih untuk ke sana. Masih muda lagi, kaut segala pengalaman yang boleh menjadikan anda guru yang istimewa. 

Kepada mereka semua, Selamat Hari Guru, selamat menjalani tempoh hidup yang anda pilih sendiri sampai pencen, jangan sombong bila dah naik pangkat nanti, ikhlaskan hati dan semoga selamat semuanya ye...
Errmm, jangan risau, memang saya akan datang sana punya....hihi

-mau nangis jugak!

Sunday, May 13, 2012

colour

I can be tough
I can be strong
But with you, it's not like that at all

There's a girl
who gives a shit
behind this wall
You've just walked through it

And I remember, all those crazy things you said
You left them riding through my head
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here.
All those crazy things we did
Didn't think about it, just went with it
You're always there, you're everywhere
But right now I wish you were here

Damn, Damn, Damn,
What I'd do to have you
here, here, here
I wish you were here.
Damn, Damn, Damn
What I'd do to have you
near, near, near
I wish you were here.

I love the way you are
It's who I am, don't have to try hard
We always say, say like it is
And the truth is that I really miss
***

yeah, i really mean it, for you. You like a water colour, coloured up my day. 
(^_^)


bercampur baur

Rasa gembira, namun turut bersedih.
Rasa seperti lega, tapi masih sesak.
Rasa seperti lapang, tapi terasa sempit.

Saya cuba jadi positif,
saya mahu berfikir realistik
namun, manusia lemah macam saya tak mampu.

Apa-apa pun,
saya mahu menjadi yang terbaik
saya doakan juga yang terbaik untuknya
jika itu yang terbaik, relakanlah.

Terima dengan terbuka, berlapang dada,
redha dan yakin itu yang terbaik untuk kehidupan mendatang.
Saya sentiasa ada untuk kamu...

Friday, May 11, 2012

matang~~

Berbicara secara dewasa, bercakap secara matang, berfikir secara optimis. Sukar untuk ditentukan kematangan kita. Tiada satu hal yang boleh diklasifikasikan untuk mengatakan, "Ya, aku matang."

Matang tidak boleh dilihat melalui umur, ditafsir melalui muka. Terkadang kita beranggapan kita sudah cukup matang, namun bila ditebak dengan satu masalah, nyata kita hanya seperti anak kecil yang tidak mampu berhadapan dengannya.

Matang menuntut proses kehidupan yang perbagai. Matang memerlukan kita menjadi rasional. Kadang-kadang yang tua pun tidak mampu berfikir secara rasional. Matang berevolusi dengan masa. Semakin rencam masalah hidup kita, semakin optimis kita memandang sesuatu perkara.

Hidup, memang sentiasa berubah. Hati, perasaan, fikiran juga berubah, apatah lagi iman. Apa yang kita lalui semalam, hari ini mencorakkan pemikiran kita pada hari esok. Siapa kita untuk menghalang rasa cinta, siapa kita untuk menghalang rasa hiba...Hadapi saja hari ini, saat ini. Hargai saja hari ini, saat ini. 

-saya sayang kamu semua, lillahitaala~~

Wednesday, May 9, 2012

bujang

Bukak Kosmo hari ni, memang rutin hidupnya begitu. Menggodak-godak secawan kopi, pagi ni Pia sponsor kopi cap Mahkota Dewa! Memang kena buat sembah ratu lepas minum kopi nih,haha sambil membelek-belek Kosmo Online.
Ada pulak berita pasal statistik orang bujang di Malaysia. Ok, fine...Baca-baca sehingga sampai ayat "Sekitar 2.5 juta rakyat Malaysia yang berusia lebih 25 tahun dan mewakili 16.7 peratus penduduk negara ini masih belum atau tidak berkahwin." Ohh, aku sudah masuk dalam statistik tersebut!