Friday, June 29, 2012

pergi


selamat pergi.

Saturday, June 16, 2012

hehe

Thanks to Pia bagi benda-benda comel ni. Sangat terharu. Walaupun simple, old skul, memorable sangat!


dan lagi...

macam dulu-dulu je bagi plak tulis-tulis nama,hehe


dan kad yang memang sebijik macam yang ditulis, SWEET~

Kawan-kawan saya sangat mempraktikkan sistem pembahagian hadiah yang telah saya tetapkan, anytime, tak kira masa....hehe

Hadiah bukan dilihat pada nilainya, tapi pada usaha dan keikhlasannya.....Lebiu Pia (^_^)


Tuesday, June 12, 2012

darul syifa

Darul syifa bukan untuk ubati penyakit mistik saja, penyakit dalaman, hati, emosi, nurani semuanya boleh.
Diperkenal oleh Pia, digesanya aku suruh pergi check kat Darul Syifa kelmarin. "Eh, aku sihat jela, tak sakit.". Tapi, tetap didesaknya.
Sampai pusat rawatan tersebut di Bangi pukul 9 pagi. Tapi, orang dah beratur sampai nombor 50! Register dulu nama dan terus pergi sarapan. Pia cakap nak tau jodoh kita pun boleh...hihi. Aku takmo tanya banyak, nak tanya dia orang mana je kat ustaz tu, kehkehkeh!
Dah habis sarapan, tunggu punya tunggu adalah dekat 2 jam, akhirnya tiba jualah giliran aku. Nasib dapat ustazah, takdelah segan sangat.


 ramai orang, memang kena datang pagi-pagi lepas ni!

 Dah mengeluh kesah,ustazah tu relax je. Cuma dia cakap aku mungkin keracunan makanan. Jadi, dia nasihatkan janganlah sangat selalu makan luar, masak je kat rumah. Selepas tu dia suruh aku pergi bilik belakang untuk tepuk. Aku dah rasa lain macam je. Aku tanya ada apa-apa yang tak elok ke kat aku? Ustazah tu cuma suruh pergi belakang je, nanti tau sendirilah. Tepuk tu selalunya untuk orang yang kena santau je. Er, tak mungkin aku kena santau! Saya tak cantik mana pun!hahaha

Lepas dah bertepuk tampar kat belakang, sudah boleh pulang. Kalau dah kena tepuk  harus datang lagi rawatan supaya berkesan. Ya, penyakit itu urusan Allah, penawar juga atas urusanNya, kita ni kenalah redha dan cari jalan, berikhtiar. Lagipun, pusat rawatan Darul Syifa ini dinaungi oleh Ustaz Harun Din, pengamal perubatan pun terdiri daripada kalangan ustaz dan ustazah, ubat pun hanyalah menggunakan ayat-ayat Al-Quran. Takdelah nak pakai bomoh, pawang, pengeras, tangkal bagai. Bayaran pun tidak ditetapkan berapa, ikut keikhlasan kita.
Ustazah pesan, mana-mana penyakit pun kita kena dekatkan diri dengan Tuhan, banyakkan amal, sembahyang pada awal waktu dan mengaji sekerap mungkin. Jadi, takdelah bagi peluang kat setan-setan bertenggek kat atas kepala kita...wallahualam...

-Kena deal ngan Pia ni untuk second treatment (^_^)

Friday, June 8, 2012

hadiah

Even besday dah lama berlalu, tapi aku dah pesan kat kawan-kawan, hadiah besday untuk aku tak ada tarikh luput, anytime boleh bagi...hihi

Pergi jenjalan kat Perak aritu dapatlah hadiah, itu baru sampingan je! Perghh, demand! Dapat handbag, sweater, baju, hadiah utama kena tunggu sikitlah. Then, sampai sini ada lagi orang bagi hadiah sweater, warna hitam plus hooded! Memang sangat-sangat like! Masa besday aritu pun dah kena belanja nandos (thanks Chess), belanja Domino's pizza, Secret Recipe, Ani Sup Utara, (memang pokailah orang tu...), even takdelah meriah mana tapi still sambut dengan gembira.

Hadiah ni macam satu bonuslah bagi aku. Dulu-dulu, susah. Time besday nak mintak ayah belikan kek pun tau ayah tak mampu. Kalau ada duit pun mak buat sendiri kek. Tak pun mak masaklah special sikit dari selalunya. Bila dah besar ni, barulah boleh beli sendiri kek apa yang kita nak makan. Tapi sayang, aku tak suka kek...hehe

Time besday ni, bukan untuk kenangkan saat-saat kelahiran aku, tapi mengenangkan saat-saat mak susah payah nak meneran bagi keluarkan aku yang azab ni. Mak selalu cakap, banyak-banyak anak, yang paling susah dan seksa nak lahirkan adalah aku, sebab terlalu sweet!haha

-Terima kasih kepada semua yang mendoakan...=)

Thursday, June 7, 2012

selesai sudah...

Alhamdulillah....semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan tip top!


Gambar sangat mabeles, boleh mengundang tanda tanya..hihi...Eh, bukan aku yang kendurinya! Ini kenduri mak sedara dan aku tolong main kipas-kipas je. Orang Melaka kawin, selagi tak genap 3 hari selagi tu asyik makan jela. Majlis kawin kali ini sangat meriah, sangat sempurna.

Inilah baru pengantinnya. Baju kahwin kalau korang perasan adalah baju masa Farah AF2 pakai. Sangat cantik, harga pun cantik!

sesi membatalkan air sembahyang

ketua khemah!

persembahan cak lempong dari SMK Labu

tema oren untuk majlis langsung

kereta lembu berhias, hot stuff!

team oren!

orang-orang kuat majlis

Memang pengsanlah tuan rumah 3 hari tak bangun-bangun! Selamat pengantin baru kepada Kak Lela dan pasangannya. semoga bahagia hingga ke akhir hayat, cepat-cepat dapat baby...=)