Thursday, July 26, 2012

cc

Hah, semata-mata nak update kenalah pegi cari cc yang ada kat pekan purba ni. Yah, kat luar tu penuh dengan manusia-manusia yang tengah usha lauk tuk berbuka. Asap ayam percik memang menggiurkan tapi percayalah aku takkan tergoda...haha
Dengan nikmat selera yang Tuhan dah tarik sikit, tak lalu nak makan apa-apa, jadi kenalah berkawan dengan susu untuk cover badan nih.
Puasa dalam kerja, memang tak terasa. Kusyuk-kusyuk, selak-selak, padam-padam dah pukul 12 tengahari. Esok Jumaat sudah, terasa sangat singkat masa berlalu. Moga Tuhan permudahkan segalanya, amin...
Kesayangan semua, puasa elok-elok, jangan asyik tido je, rajin-rajin catat kat blog ni apa yang korang buat, nanti takdelah menyesal sangat bila dah tua, he.
Ok, jaga diri, jaga peribadi~~

Sunday, July 22, 2012

menanti sebuah jawapan

...
Dalam kesendirian kian lama
Kurasakan sebuah ungkapan lama
Betapa nilai seseorang sangat terasa
justru ketika dia tak ada
Dan ketiadaanmu memberi
petunjuk yang amat nyata
Betapa jiwaku terasa utuh dalam
kebersamaan denganmu
Dan betapa jiwaku rapuh dalam kesendirian
...


Sentuhanmu buatku tenang,
kata-katamu buatku matang,
perlakuanmu buatku rasa sempurna. 

kamu umpama air, padamkan api amarahku 
kamu umpama angin, tiup terbang pergi masalah ku.
Tiada yang lebih indah untuk ku katakan
Kau yang teristimewa dihantar Tuhan untuk ku....

-minat gila cerita Ungu Violet nih!

memori puasa

Hari ni, aku telah ditugaskan untuk bangun sahur. Cik Kiah mintak cuti, dia cakap dah 32 tahun mak bangun buatkan sahur, tak pernah cuti pung! Ok, setakat bangun awal susun pinggan takde hal punye (padahal dah set 4 jam kat sebelah telinga), panas-panas lauk, goreng-goreng, buat-buat air...
Nak cerita pasal puasa keluarga aku ni memang macam-macam kerenah. Yang bagusnya, kami tak pernah tak sahur, mesti mak kejut suruh makan nasi, kadang-kadang sempat buat cekodok, jemput-jemput makan sampailah mic kat masjid tu dah berbunyik! Bukan takat makan nasi sesuap dua pastu masuk bilik, takde maknanya. Borak sambil kunyah apa yang ada depan mata sampailah azan, haha...punya kusyuk borak sampai tak sedar masa dah abis, memang selalu macam tulah kan....
Dulu, masa zaman mak buat kuih, lepas sahur je dah duduk adik-beradik buat kuih karipap mini, kuih siput, kuih sepit. Aduh, kalau mak buat sampai 3 kilo, maksudnya sampai pukul 2,3 petanglah baru habis. Tapi sangat seronoklah kan.Jadi takdelah buang masa puasa ngan tido. Bila malam pulak kalau mak buat kuih lain kena tolong lagi, kalau tak tolong takdelah baju raya, kasut raya, tak gitu...
Mak memang straight bab-bab puasa ni. Kalau mula-mula berlatih puasa tu, kalau macam dah nak mati dalam pukul 4 atau 5, memang matilah kena tahan tunggu azan. Takkan dia bagi kita bukak punya, hehe...Mak kalau apply jawatan warden penjara memang layak! dan kalau kita ni pompuan Tuhan bagi cuti khas boleh makan, jangan mimpilah nak makan secara bebas dan gumbira. kalau nak makan nasik ke, minum air ke pergi masuk dalam bilik air, mak tak bagi minum selamba badak je, nanti adik-adik tengok dah payah nak terangkan secara saintifik, bila abang-abang perasan dah malu kena bahan, jadi pura-pura jela pose depan dia orang....hihi  Jadi, sampai sekarang memang golongan lelaki kat rumah ni tak boleh nak detect bilalah aku cuti peristiwa, nak suruh aku buat keje lebihlah tu!
Puasa masa kecik-kecik mungkin yang paling best dalam hidup kita kan. Jadi sekarang hargailah momen-momen puasa sekarang, mana tau mungkin ini yang terakhir untuk kita, or  mungkin yang terakhir untuk mereka-mereka.....

-Selamat berpuasa semua =)

Saturday, July 21, 2012

ramdhan


Dalam sedar atau buat-buat tak sedar, akhirnya sudah sampai di permulaan ramadhan. Alhamdulillah dapat juga diberi peluang untuk menikmati dan menjalani bulan yang Dia dah khususkan untuk hamba-hambanya. Terpulang saja kat kita macam mana untuk memenuhinya. 
Seperti biasa, hari pertama mesti di rumah, berbuka bersama. Tinggal yang bujang-bujang jela kan, yang tak bujang sangat dah kena buka kat rumah lain, yang 'bujang senang' dah kat Sarawak, untunglah buka awal!haha
Kesempatan ini juga, tuan tanah nak mohon maaflah sekiranya sepanjang 'kemesraan' kita, ada tindakan, tutur kata yang tidak menyenangkan telah mengguris hati anda semua yea..... Maaflah weh!hehe
Dan rasanya sambutan ramadhan dan raya kali ini lebih bermakna, lebih sempurna dengan kehadiran dia....hehe gelak gatal jap. 
Ok kesayangan semua, jangan tido lambat, esok kenalah bangun sahur, jangan dok minum air je, Nabi tak suka....

-Bajet kad raya larilah weh, pakai sms boleh? =p
 
Posted by Picasa

Arrggghhh!!!

Hahahahaha
gelak besar dulu sebab akhirnya berjaya mengupdatekan diri untuk berblog, syabas mannu dada....
Argghh, aku tension jugak sebenarnya sebab kat tempat keje tak dapat nak memblogkan diri. Dan lagi menyakitkan hati bila semua benda yang ada bau-bau bacang dengan blogsopt semua kena blog, wat de he....? Jadi, aku agak kemurungan bila masuk keje...haha
Jadi, agak-agak aku tak berblog tu, janganlah marah, maki, caci. Bukan tak mahu cuma ta boleh! Nanti prestasi kerja aku merudum, kena kick keluar baru tau! Jangan risau, sanggup aku pegi cc semata-mat tuk update blog. nanti dah ada rumah bujang sendiri, memangaku pasang wireless yang laju sampai tak boleh kejar punye, ok!
Emm, korang pun janganlah malas update, sakit hati aku bila bukak blog korang asyik post yang sama je. aku sekeh kepala sorang-sorang baru tau!

Tuesday, July 10, 2012

mengamuk

Urmm....post ini ditulis hanyalah semata-mata untuk meredakan kemarahan pembaca yang dah mengamuk dekat tuan tanah sebab tak update blog! Larikkkk!!!

Ok, sedikit gambaran tentang hidup tuan tanah sekarang. Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ni rezeki yang tak terjangka datang menjengah sampaikan dah duduk dalam almari nak fikir dan buat keputusan mana satu yang lagi berbaloi. Buat masa sekarang ni, tak dapatlah nak dikabokan apakah ia...tunggu bila dah comfirm, ada hitam putih nanti akan diwar-warkan.

Jika itu pilihannya, maka minggu ini adalah hari-hari terakhir aku di sini, di UPM. Ok, aku tak dapat nak pertahankan anugerah Setia Tun walaupun dah bersarang kat sini genap 6 tahun! Lama dol, setiap inci lopak kat jalan pun aku dah hafal. Yah, sudah tepat masanya untuk berhijrah, tinggalkan bumi Serdang ini dengan penuh maskulin dan feminin, haha...

Ke manakah tempat berhijrah aku lepas ni? Jeng jeng jeng....takmo bagitau, biar suspen sikit kat korang. Mahu memulakan hidup bujang tanpa 'adik-adik' di sekeliling. Aku pulak nak jadi 'adik-adik' kat sana.

Ok kesayangan, mau loading barang kasi pindah, mau pergi buat medical check up dan mau usha-usha kawasan jajahan baru gua. Nak juga sapa mesra bang long, kak long kawasan sana, haha

-Payah betol pindah time 'adik-adik' cuti, patah pinggang!

Friday, July 6, 2012

second step


Second step for today. 
harap semuanya berjalan lancar.
dan lagi harapnya hal ini lagi menjernihkan segala kesusutan.
Saya yakin DIA dah rancangkan yang terbaik (^_^)