Sunday, August 26, 2012

esok

Masih berada di Melaka, esok saja baru nak fikir pegi keje. Malas tahap gaban nak pulang bersendirian,walaupun memang sorang-sorang jugak esoknya, takde beza! Barang sudah loading, air botol longcan aku dah tapau 7 botol, buat-buat basah tekak nanti kat rumah. Kuih tak tapau pun sebab pertamanya malas nak isi sendiri, dan yang keduanya kat umah dak Long pun banyak kuih. 
Arap-arap esoknya aku sempat sampai opis sebelum pukul 8.00pagi. Kena gerak pukul 6 pagi tepat, tak kurang tak lebih! Ohh, malasnya nak memulakan kerja....=(
 
Esok juga kesayangan akan pulang ke pangkuan jalan,haha =p

Monday, August 20, 2012

sepuluh hari

Aku paling lemah part nak menghitung hari ni, memang cakap awal-awal, boleh gila nak menunggu! Setakat sejam dua aku boleh layan Shin Chan lagi bhaiyya, tapi kalo dah makan 10 hari, uisshhh, Ultraman pun angkat bendera putih!
Yah, kena akui, kadang-kadang kita perlukan jarak dalam perhubungan. Dalam ketiadaan, kita boleh baiki, kaji balik kesalahan dan kesilapan kita. Jarak buat kita lebih menghargai dia. jarak buat kita lebih memerlukan dia....Wek, jiwang nak mampos! Bukan perhubungan special je, perhubungan awam pun kena jaga jugak =)
Memang tak pernah bertahan lama jika terpisah. Mesti cari jalan, cari cara nak jumpa. Setiap minggu jumpa, tapi tak kan sama dengan masa dulu. Sekarang jumpa pun setakat makan, borak, gelak sikit, emo je banyak! haha, memang tak faham aku asyik nak emo jela kejenya. Memang amik partime emo ke? =p
Dalam situasi ni, kita kena beralahlah, bagi dia ruang untuk diri dia, untuk persekitaran dia. Try jugak request puasa, tapi tak mungkin sanggup, haha!

Aku tak mintak banyak pun, mintak masa je....boleh?

SALAM LEBARAN

Raya dah hari kedua baru berkesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua mengenali saya sebagai penulis blog, secara langsung kenalnya atau pun tidak. semoga lebaran kali ini lebih meriah dan bermakna, insyaallah....
Tema baju raya untuk tahun ni warna oren, satu pilihan yang berani mati!haha



Siapa yang lalu Melaka jemputlah singgah beraya. alamat takmo bagi, GPS sendiri,haha

Saturday, August 18, 2012

last ramadhan

Hohoi.....!Akhirnya aku sampai jugak kat kampung walaupun pintu pagar dah tutup, ceh! Walaupun penat, kerana sayang hamba turutkan...hehe
Alhamdulillah sekarang dah mula meriah, masing-masing dah memainkan peranan, kupas-mengupas, bersihkan buluh lemang, parut kelapa. Aku tunggu daging, ayam sebab suka buat part-part siang-menyiang ni. Baru nampak macam orang kuat je,haha!
Tak tengok pun lagi baju raya macam mana ghupenye, tudung aku pun dak Nami yang belikan, saya terlalu sibuk utnuk memikirkan itu semua,huhu....Duit raya pun baru je masuk-masuk dalam sampul, walaupun tak seberapa, harap dapat jugaklah agih-agihkan rezeki Allah bagi =)
Perasaan raya untuk kali ini tak menentu, sekejap excited, kejap macam takde rasa pape, tapi bila dah sampai umah kompom keterujaan itu hadir. Perghh, aku tengok blog aku ni bersawang gila, dah lama tak update. Memang sangat mengganggu emosi aku. Takpe, nanti aku dapat rembat samsung memang aku online saja-saja je,heh!Dan pastilah raya kali ini aku rasa double gembira sebab first time raya ada perasaan bahagia, haha. Bukan jiwang karat, tapi memanglah lagi bermakna syawal ini dengan kehadiran dia yang sangat-sangat istimewa dalam kehidupan saya. Moga syawal kali ini memberi makna bahagia kepada kita,ececeh...=p
Ok, takmo mendayu-dayu sangat, nanti aku kasi update menu raya kat sini. Memang korang boleh menangislah....=)

-esok ghayo!!!!

Sunday, August 5, 2012

pertama? Kedua?

Hahaha, naik gelak jugaklah kan bebudak ni asyik nak compare je. Suka benau nak cari gaduh! Meh sini, biar pakar 'dalam hati ada taman' nak bagitau...hihi
Ermmm, dalam hidup ni kita tak pernah terfikir pun akan aa orang lain bila kita dah jumpa someone special. Penah ke baru-baru kapel dah pasang niat, "sahaja aku kapel pada hari ni moga-moga ada yang second esok hari kerana bla bla bla..." Takde kan. Korang akan niat macam ni, "sahaja aku kapel ari ni kompom yang last kerana bla bla bla hak tui! hahaha
Memangla dalam relation ni, kita mesti nak tau yang kita ni orang ke berapa dalam hidup dia. Kalau kita yang pertama, memang senyum meleretlah kan, tapi kalau nama name list kita dah masuk muka surat ketiga belas dalam hati dia, memang nahaslah! Akan jadi isu jela bila gaduh!
Yang pertama selalunya istimewa, tak kan ada yang boleh ganti. Tapi itu kalau kes yang indah-indah jela, kalo yang pertama tu macam haprak, memang dah liquid tebal-tebal nama dia! Apa aku nak cakap ni sebenarnya??? Macam ni jela, cuba elakkan untuk mengisukan benda-benda ni. Kita cuba ambil apa yang positifnya, baiknya perhubungan yang pertama tu, bawak sekali masuk dan praktikkan dalam hubungan yang seterusnya. Kita jangan jadi orang lain. Jangan dengan yang itu kita layan biasa-biasa, dengan yang ini kita layan luar biasa...jangan....Macam mana kita treat yang dahulu, kita treat yang baru macam tu jugak, kalau lagi baik lagi bagus. mana kesalahan yang dulu-dulu tak payah repeat untuk hubungan yang kini, macam korang takmo repeat paper, macam tulah konsepnya.
Kita jadi yang terbaik, kompom kita akan dapat yang terbaik juga....Pasang baru, orang baru takde maknanya. Korang je yang isukan. Apa yang kita nak sebenarnya dalam hubungan tu? Itu yang korang kena fikir, bukan asyik nak tanya "I ni yang ke berapa dalam idup U?". "Yela, i tak bagus macam dia kan" dan macam-macam dialog lah kan....
Eh eh, ini bukan penulis punya kes ok...sayang sayang kesayangan saya semua....Wah, bukan main semua lagi, banyak nau!hahaha,teeett***
Aku tak pandailah nak berlakon, macam mana dulu-dulu, macam tu jugak sekarang.
ok, memang betul-betul kena keluar, babai!!!

sejarah

Ohh,aku suka subjek nih! Punyalah suka sampaikan budak-budak kelas panggil aku asler sejarah! huhu,zaman muda remaja, ingatan kuat. Sekarang.......letak barang pun lupa, ceh!

Sekarang, kena semak Sukses SPM, memang tebal sampai juling nak cek selai-selai, tapi aku like!!! Sekarang nilah masanya nak comparekan apa yang kita dah tau pasal sejarah manusia ni. Kalau dulu, blaja sejarah, ingst beria-ia tapi tak penah nak amik tau fakta tu betul ke idok...La ni, baca-baca, tersenyum sorang-sorang. Cakap dalam hati, "Nampak benau nipunye!" hahaha. Gila si Neto tu suruh aku cakap ngan bos fakta sejarah ni salah, tipu. Saja je kan nak suruh aku kena kick!Mana aku tak cakap tipu, start-start form 1 je dah blaja pasal zaman Paleolitik ,Mesolitik, zaman batu bagai. Dalam islam mana ada zanam tu, mana ada istilah evolusi. Manusia pertama Nabi Adam, bukan beruk mak yeh!hehe...sape aku nak pertikaikan...ko edit jela semah!
Ermmm, masih menumpang kasih kat umah along, after raya ni dah kena cari umah sewa, lagipun maybe opis dah kena pindah ke new town yang lagi sesak barat! Dalam keje, dah terfikir next plan, moga sisi kuat dan fokus ini lebih mantap untuk next stage!
Semoga semua lebih tenang dalam ramadhan ni, jangan asyik emo je, jangan asyik ngengada je, saya lagi suka! yarghh*** (bahasa budak-budak!)
ok, nyamuk dah gigit, suh aku cepat-cepat keluar dari cc ni. Idup sensorang ari-ari minggu ni memang macam sangat forever alone! Tapi takpe, tak lama mana pung, hehehe
-Lebiu <3 br="br">