Friday, September 28, 2012

Gangnam style?

Heh, ntah papela baru sekarang nak tengok! Punyela jakun manusia-manusia kat dunia ni sampai video ni dah hit 296,518,066 view!Gila, gile, gilak, gilos!
Aku mula-mula macam peliklah kan awatla orang asyik sebut gangnam,gangnam,gangnam, pastu kat fb berlambak-lambak parodi dok tiru gangnam style, dan sumpah memang aku tak tengok pun. Pastu hebohla cakap yang lirik lagu Gangnam Style tu kutuk-kutuk Islam, adus, sedih sangat kat orang yang create rumors tu. OPPA tu pun da merujuk kepada pakcik, datuk. Apeda bikin-bikin kecoh. Aku bukan takmo tengok, tak berkesempatan pun nak tengok. Barulah hari ni tergerak nak tengok si Psy tu joget kuda.

Ok, dah layan sampai abis, memang style r joget kuda tuh! Kompom aku blaja dalam bilik jap lagi, hahaha. Cuma yang pelik dan kagum macam manalah video ni boleh hit, jadi fenomena? Dan yang bangga sikit orang putih pun duk tiru-tiru lagu ni, yang orang Asia buat, thumbs up bro!
Ok, nak menari boleh, tapi jangan depan umah, belakang umah pun tak boleh, dalam rumah je boleh. Tapi pastikan mak korang tak baling kuali!

                               

Thursday, September 27, 2012

Kad Siswa 1Malaysia

Sekarang ni dok hangatlah jugak kan pasal kad siswa ni. Baru hari tu dapat baucer buku RM200, sekarang dah bagi lagi satu kemudahan khas untuk bebudak student, tak kisahlah diploma, degree, master hatta phd sekalipun, asalkan belajar sepenuh masa layak untuk menikmati kemudahan-kemudahan yang disediakan.

Lebih kurang macam nilah bentuk kad tersebut. Memang banyak gilos!
Antara item-item yang ditawarkan :

B̲U̲K̲U̲ ̲/̲ ̲A̲L̲A̲T̲ ̲T̲U̲L̲I̲S̲

• MPH BOOKSTORES (10% off)

• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)

• BORDERS (10% off)

• RONA (5% - 20% off)


• KIANG TRADING (10% off)

• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% - 15% off)

• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)

• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% - 10% off)

• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)

• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)

_______________________________________

̲K̲E̲L̲E̲N̲G̲K̲A̲P̲A̲N̲ ̲S̲U̲K̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲E̲R̲A̲L̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲A̲K̲A̲I̲A̲N̲

• BATA (10% off)

• KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% - 45% off)

• TEXLINE LINO (5% - 10% off)

• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)

_______________________________________

̲K̲L̲I̲N̲I̲K̲ ̲K̲E̲S̲I̲H̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲O̲P̲T̲O̲M̲E̲T̲R̲I̲ ̲/̲ ̲C̲E̲R̲M̲I̲N̲ ̲M̲A̲T̲A̲

• POLIKLINIK AN-NISA' (20% off)

• QUALITAS HEALTH (10% off)

• FOCUS POINT (20% - 50% off)

• MENARA OPTOMETRY (10% - 60% off)

_______________________________________

̲M̲A̲K̲A̲N̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲M̲I̲N̲U̲M̲A̲N̲

• KFC (5% off)

• DAILY FRESH (10%)

• A&W (50% off)

• COFFEE BERRY (20% off)

• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)

• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)

• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)

• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)

• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)

• MY JAVA COFFEE (10% off)

• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)

• STATION ONE PRODUCT (5% off)

• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)

• BANGI KOPITIAM (10% off)

_______________________________________

̲P̲E̲N̲G̲I̲N̲A̲P̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲P̲E̲N̲G̲A̲N̲G̲K̲U̲T̲A̲N̲

• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)

• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)

• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)

• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% - 15% off)

• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)

• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)

• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)

• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)

• RAPID KL (50% off)

• MAS (25% off)

• FIREFLY (50% off)

_______________________________________

̲S̲A̲L̲U̲N̲ ̲/̲ ̲P̲U̲S̲A̲T̲ ̲/̲ ̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲K̲E̲C̲A̲N̲T̲I̲K̲A̲N̲

• FOOT MASTER (30% off)

• PARIS HILL (30% off)

• PROACTIV (5% off)

• CLARA (10% off)

• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% - 20% off)

_______________________________________

̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲I̲T̲

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% - 5% off)

• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)

• IFAMILY (15% off)

_______________________________________

L̲A̲I̲N̲-̲L̲A̲I̲N̲

• BKZ BIKERZ (special rate)

• ROLLER STAR ARENA (10% off)

• DOUBLE SITE (10% - 15% off)

• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% - 5% off)

• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)

• MYDIN (special rate)
 
Apa pendapat korang? Memang terbaik kan, KFC makan dapat diskaun, nak minum kopi, Kopitiam Bangi pun boleh dapat diskaun, nak beli kasut, Bata pun ok lah daripada takde, nak vacation, hotel Ancasa, Tune, Firefly sampai 50% diskaun, terjojol bijik mata!haha
Jadi, dah ada kemudahan, keringanan, apa lagi yang menyebabkan korang tak boleh nak blaja...Dah, tak payah nak join MLM, pegi duk dalam library diam-diam. Jangan dah ada kemudahan macam ni korang still lagi nak joli sakan. Aku pun layak dapat jugak, tapi kena bayar yuran dulu, hahaha,dem!

-nak beli kicap cap ayam kat Mydin, dapat murah ^_<

aku, dia, kita, mereka

                                      Beza antara aku,kita dan dia, mereka sangat banyak.

Masuk toilet, dia bukan main laju tolak pintu, meluru. Kita atur langkah, kiri jalan dulu, doa dalam hati.
Masa makan, dia tak kisah makan apa, semua nampak sedap, tangan kanan, tangan kiri, tolak tepi. Asal kenyang boleh sembang kencang. Kita kena pasti dulu, mana asalnya, mana berkatnya. Tangan kiri kasi sorok, tangan kanan masuk mulut. Bila kenyang ada senyum, tanda syukur. Terkadang tangan kiri gatal-gatal nak over shadow tangan kanan, minum-minum teh tarik, gelak sakan, tiba-tiba ada yang menjeling, isyarat tangan kiri yang tak reti duduk diam. Maaf, alasan kidal terpaksa digunapakai.
Lepas makan, mata dah seberat badan. Tengok jarum pendek masih tengah antara 2,3. Lagi setengah jam tangguh dulu turun sembahyang. Toleh dia, tak ada apa yang hendak dikejarkan. Kerja, makan, kerja, makan, nanti-nanti ingat Tuhan.
Kita sama kita, jalan bertentang mata tak mahu sapa. Berkongsi satu lorong payah mahu senyum. Sembahyang sebelah-sebelah, bahu selisih bahu tapi hati rasa jauh. Bukan tak start mesra dulu, bila mesra tak disambut, rasa macam melukut.
Aku, kita kadang-kadang hanya terfikir, tergerak untuk menjaga hubungan hanya dengan Tuhan, tapi tak pernah nak berusaha menjaga hubungan antara kita kita yang seiman, apatah lagi antara kita dia, seinsan.
Aisya.Islam92 punya gambar =)
-memang betul frasa "senyum tak perlu kata apa-apa"

Wednesday, September 26, 2012

lapar

Aku masih kebulur
Padahal pagi tadi dah amik 2 cawan nescafe!
Semalam sebelum tido pun aku dah telan nasik + kopi panas
Sampai opis masih lapar lagi
Pegi cafe,capai satu pulut panggang, dua karipap, 2 kuih bakar
dan
masih kebulur lagi
arghhhhhhhhhh!!!
dah request kat mak nak rasa ikan masak singgang ujung minggu ni
Petang mau jumpa Dr, boleh ajak orang teman makan-makan
serius, aku sekarang memang lapar!

-mau makan orang!



Tuesday, September 25, 2012

sama

Awal atau akhir
Pertama atau kedua
Lama atau baru
Jangan pernah tanya mana satu yang harus dipilih
kamu bukan barang
yang datang semua dengan perasaan
pergi pun dengan perasaan
tiada apa yang berbeza
aku pun tetap sama
cuma yang berbeza kamu, kamu
yang datang, singgah kemudian hilang pergi
yang tetap tinggal, tetap sama, tetap tiada beza
AKU

en.google kasi pinjam (T.T)













Friday, September 21, 2012

kasi tengok sikit....

RUTIN HARIAN.......

 
Pagi-pagi dalam around 7am aku dah gerak pegi keje. Selain daripada keje Kilang Julies dulu yang kena bangun pukul 4pagi! Inilah keje yang aku kena bangun awal!Sedeh!
Gambar ni time bulan puasa aritu snap....cantik kan! Bukan aku, pemandangan ni lah!

ok, ni space aku, view dalam opis

geleng-gelengkan kepala sikit dah nampak bilik bos betul-betul kat belakang aku, memang produktiflah kan aku buat keje,hehe  tapi nak usha bos senang je, pakai teknik pemantulan imej!Bos korek idung pun aku boleh detect,haha


nilah tempat mencari rezeki, PC opis jarang guna, globe kecik tu memang aksesori je, kata editor Sejarah! Nescafe yang dah round ke 2, memang kena minum air jela, kalo tak mengantuk!

Headset ni kira macam nyawalah time aku keje. Start masuk keje sampailah balik memang bergayut kat telinga nih. Lagu Sejarah Mungkin Berulang, Bunga di petik orang, sejati, Kau kunci cintaku, suma aku dah khatam,hahaha

Agak-agak bosan, melukis jela bagi ilang ngantuk. 
Argghh, ngantuk pulak bila asyik sebut pasal ngantuk!

Gula-gula bos bagi bila tengok suma dah macam patah tengkuk!

Bila dah lama macam sayanglah pulak ngan environment opis yang official nih, aku pun buntu jugak nak buat pilihan. Yah, but i have to choose one only. Kita kena lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu, yang mungkin lagi baik.....

Kawan-kawan, doakan aku ya. Tak kisahlah aku keje mak guard ke, pramugari ke, tol gate girl ke, doakan aku sukses saja cukup....hehehe

bertahan

nak post lagu-lagu jiwang je...Mood ujung bulan nak balik jumpa mak yang hampir-hampir nak isytihar perang kat aku,huhuhu...Comel je bila mak majuk nak suruh balik. Ke seram? Yelah, dulu aku dah manjakan mak tak kisah balik bila-bila boleh, anytime je. Tapi sekarang dah kena ikut opis hour, memang sakitlah kan...hehehe


bisakah kau bertahan di sana? 

radio~~

Kasi layan, kasi tenang jiwa, jangan rindu berat sangat, berat jugak hati kat sini tanggung rindu! Tengok kalendar, dah tanda berapa hari nak hujung minggu, berapa hari nak hujung bulan......

Mak, kesayangan, kerinduan, bertahan yah! ^_<

Wednesday, September 19, 2012

lagu

Rap, hip hop tu memang makanan aku jela kan,haha. Dulu memang minat gila nyanyi rap rap nih, sekarang dah tua, layan klasik FM jela...haha
Too Phat memang terbaik, lagu baru tak pernah mengecewakan. Malique ni memang genius, lirik de memang gred A+++. Lagu baru Malique ngan Black, memang terbelit lidah nak hafal,hehe...rangkap last memang tacing, kasi layan jela labu....

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan Dalam persekitaran yang penuh kejumudan Terperangkap dalam jasad, ku keliru Mujur ada kau si peneutralisasi pilu Namun aku tetap murung, berkurung Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput Komplikasi di halaman rusuk kiri Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri Lagu ini yang terakhir aku sajikan Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan Jaga diri, jangan makan hati Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi Cincin, kunci, dompet dalam laci Ada sikit wang, itu saja baki Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti Aku kan pergi Bertemu kekasih abadi Tiba masanya Kau cari teman pengganti
Moral daripada lagu ni, jangan main sumpah nak sehidup semati. Payah nak deal ngan Tuhan kasi tukar dateline. Bagus kalau mati asing-asing, yang lagi sorang boleh tolong doakan....=)

kerja


Umur dah hampir nak masuk golongan belia, tapi masih tercari-cari kerja yang ngam dengan diri. Aku bukanlah orang yang cerewet tentang kerja. Aku tak kisah pun keje jaga stor asalkan hati ada hepi. Bukan tak pernah keje berat-berat dulu. Keje pam minyak kat Lubok Cina, keje kedai kain, keje KFC kat Mid Valley sume aku dah khatam. Takde hal punya nak keje-keje macam tu, bukan nak jaga standard pun, kita ni sama je. Maybe pakaian seragam kita lain, itu je...
Konsep hidup aku ni mungkin terlalu simple sampaikan Along terpaksa jugak brain wash bagi sedar. Aku tak kisah keje apa janji aku happy dengan keje yang aku buat, even kerani sekalipun! Tapi, Along cakap sampai bila nak hidup selesa macam tu? Sampai bila nak hidup dengan gaji macam tu? Mungkin kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang buatkan kita tak mahu lagi fikir tentang hidup ni dengan skop yang lebih luas. Yah, menitis air mata jugaklah bila ditazkirah oleh Along pada malam tu....T_T
Kerja mana-mana pun ada susah senangnya. Kalau tak berani nak rasa susah, jangan mimpi tuk rasa senang. Apa yang aku ada sekarang ni pun bukanlah semudah orang lain tuk dapat. Kalau rasa dah fokus tentang hidup, baru boleh layak berbicara tentang komitmen. Aku kurus melidi pun sebab nak adapt tekanan kerja kat sini. Kerja dalam aircond, ada kerusi empuk, ada cleaner yang tolong bersihkan meja taklah sesyurga mana. Aku lebih rela kerja jadi Mak guard kat bawah tu yang hanya berinteraksi dengan nombor plat kereta berbanding manusia-manusia yang kita tak boleh nak jangka. Yah, aku cuba untuk masuk dalam komuniti ini, tapi mungkin kelas mereka sudah jauh lebih tinggi dari aku....=)
Dr. cakap kerja itu ibarat berjanji. Apa-apa yang berlaku pun kita kena buat kerja, berpegang pada janji. Yah, buat saja kerja, tak banyak bercakap mungkin bonus besar yang Tuhan nak bagi kat aku, takdelah mengumpat!hahaha
Oklah, time's up! Sharp pukul 8am kenalah bekerja sampailah rehat karang. Rezeki hari ni Tuhan yang bagi, belajar untuk bersyukur walaupun kita sedih. hahaha,ayat nak tacing jela kan!
Kesayangan, i luv u morest,hihi

yahhhoooo!!!

Oh man, aku ingat jodoh akau dengan blog ni telah berakhir, tapi tak sangka jodoh kami sangat kuat, i lebiu my blog!!!huargghhh!!!
Ok, first time berblog di opis dengan laptop sendiri. Kalo nak harapkan pc opis, memang sampai pencen pun takkan dapat tulis blog. Tapi kadang-kadang bagus jugak, keje tekun-tekun, gaji dapat berkat,hehehe
Sekarang ni masih berfikir masak-masak tuk langkah yang seterusnya. Masih lagi mendapat peluang untuk bekerja di tempat lama, dan semestinya itu yang aku mahukan sangat! Kerja sekarang? Mungkin hanya sesuai untuk orang-orang yang boleh hidup tanpa suara. Memang salut dengan golongan editor ni!
Perancangan untuk hidup tak pernah berhenti. Hidup ni memang menuntut untuk kita mencari yang terbaik dan menjadi yang terbaik.
Yah, apapun semoga kita semua tetap bahagia~~~