Monday, December 31, 2012

tolong


Tolong jangan beria sangat nak sambut tahun baru. Tahun kita tahun hijrah, bukan krismas. Erm, niat, azam? Takde yang baru pun, yang lama masih belum tercapai. So, jangan beria sangat. cuma kena ingatkan diri bertambahnya tahun, berkuranglah masa hidup kita. Itu je, sekian.

-Kalendar Maya dah tak boleh guna, pakai kalendar hijrah ok =)

pengapit vs pengantin part II


Disebabkan respon yang mengujakan daripada pembaca setia, makanya tuan tanah cepat-cepat update sambungannya. Tapi, untuk post kali ni kita dah takmo masukkan gambar pengantin bagai, kita nak glamourkan sanak sedara, orang kuat majlis yea...

nenek kita yang kat tengah tu, ehh silap yang baju warna biru, nenek Maimun or nama manjanya nek Memun, dan nek Sale, bukan sale bahasa inggeris ye...Yang tengah tu boleh dikategorikan nenek jugak, nenek Mira!

mak pengantin yang sibuk jaga gate sambut tetamu datang

Abang Raman, tokey besar yang menguruskan pelamin, meja santap, khemah yang mabeles khas tuk pengantin. Maaf ye, dia posing belakang badan je,sibuk! Yang tak sibuk asyik pandang camera je,haha

Gee cantik yang menata rias pengantin dengan sangat elegan sekali. Sape-sape nak kawen boleh book sekarang, penuh katanya...

Nami yang dah penat, penat makan =p

Kelihatan induk mesra bersama geng baru, kak Haiza dan Cik Kiah. Pakndak nampaknya usha tudung kelabu tu daripada jauh je...haha

Erin yang design baju pengantin yang hot dan cantik sangat! Sape nak tempah sila book cepat!

menghayati ABC dan burger free =)

Ayah pengantin sempat buat peace even dah ponek! Steady pak Long!

Kak Lela dan tokey besar abang Raman mengagihkan kopai tuk tetamu.

Dua-dua gojes yang bizi mekupkan pengantin dan pengapit. Even nak tulis, berus mekup tetap nak interframe!

Adus, penat upload gambar. Sangat meriah, sangat cantik (untuk pengantin), sangat sedap (tuk makanan) sangat bersyukur (hari tak hujan)!
Tahniah kepada Hafiz dan Nana, semoga bahagia ke hujung nyawa. Terima kasih kepada semua team Family Ceria yang sangat sporting dan bekerjasama. Kalau ada kurang, salah kami mintak maaf ya...
Kepada sesapa yang berminat nak tahu tentang pakej perkahwinan, pelamin ke, mekup ke, baju ke, or nak mekup untuk dinner, function letop-letop pun takde hal, boleh korang try usha blog  GEE CANTIK BRIDAL HOUSE  dan call directly. Banyak pakej yang berbaloi, sesuai dengan bajet korang. Ramai kot kawan-kawan dah dapatkan khidmat Gee cantik ni,cakap je korang tau daripada blog Cik Nad, kompom dapat special price...hehehe

-Kawin sekali seumur hidup, jadi jangan pakai bedak sejuk pulak!


Sunday, December 30, 2012

pengapit vs pengantin


Tajuk macam pengapit bergaduh tarik-tarik rambut atas pelamin ngan pengantin jela katanya! hahaha
Sebenarnya, macam malas je nak upload gambar, takut korang jeles tahap gaban dan mau langsi je ngan aku. Tapi, apakan daya, aku sendiri pun tak dapat nak tahan perasaan bagi jeles ngan korang ni, membuak-buak! Sempena main kawen-kawen Nana dan Hafiz minggu lalu, dan aku secara paksa rela menjadi pengapit, maka secara automatik gamba aku akan terselit dalam album pengantin nanti,yiiihuuu! Aku takmo cakap banyak, dan korang jangan leleh air hidung tu tengok kecomelan aku nanti....sabar ye...hehe

aku kasi tunjuk pipi dulu, nak warming up sket-sket...=p

 ade bunga api, tak mainla bunga api meletop kat atas langit,kita pakai tradisional punye

ok, pengantin pandang camera =)

Selesai sudah syif malam, aku kena tido awal supaya segar tuk syif esok pulak.

hoyeehh, aku setelah direnovate...haha,melets sangat-sangat! (puji diri sendiri)


inilah bapa sedara yang tangannya ada kuasa ajaib ! Pakai spec tu bukan nak glamour u allss, tapi sebab sakit mata katanya...thanks Chichi!

pengantin dan pengapit lelaki yang biasa-biasa je,hehehe

pengapit dan pengantin perempuan yang gojes =p

pasangan pengantin Nana dan Wan

dan pasangan pengantin Hafiz dan Murni yang bertuah diapit oleh dak Long yang over senyum mengalahkan pengantin dan juga Cik Nad yang mantain gojes...=P

tengah-tengah syiokk mengipas, tetiba ada makcik menerkam aku dan mintak sign, de ingatkan aku Lisa Surihani dan tanya aku berapa skala pencerahan yang aku dapat sejak jadi duta Garnier,hahaha

Setelah ditenteramkan oleh aku, barulah makcik ni boleh terima kenyataan walaupun macam berat je nak terima hakikat aku bukan Lisa Surihani...Jadi, makcik tu nak buat tanda bagus dan suruh kawan dia amikkan gambar. kelihatan Murni agak muram sebab makcik tu pegi kat aku....hahahaha, gurau jelah!

pengantin sibuk makan kat bawah, aku dah tak tahan panas terus cabut naik atas pelamin dan posing seround dua ngan Along, banyak gambar dia jelah dalam kamera nih! 

Tunggu turn dak Long pulak lepas ni, pastu baru boleh aku pikir nak kawen ngan sape...hehe

dan kepada para pembaca, tolong bagi perhatian yang tuan tanah masih..........

 heheeheee

babai, kita sambung part kedua lak yea!

Thursday, December 27, 2012

rebat telefon pintar


Maaf ye kalau orang yang terbaca post ini adalah mereka yang berada dalam golongan yang tidak LAYAK memohon, hahaha =P

Sudah cakap mesti kena buat, so bila dah cakap dalam bajet 2013 nak bagi rebat RM200 untuk sesiapa yang nak beli telefon pintar boleh memohon untuk mendapat kemudahan yang disediakan. Sebelum nak mohon tu, kena check jugaklah syarat-syarat yang dah pun ditetapkan.

Antara syarat-syaratnya :

Warganegara Malaysia yang berumur tak kurang 21 tahun dan tak lebih 30 tahun.
Berpendapatan bulanan RM 3,000 dan ke bawah, bukan ke atas!
Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM 500.
Pelanggan jalur lebar mudah alih yang sedia ada atau pakej baharu
Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia

Ok, aku lepas semua syarat. So, dengan senang hatinya aku nak apply sekarang. Orang dah bagi, jangan tolak dan jangan nak kondem je! Kalau nak isi borang kena tunggu new year, 01/01/2013 baru boleh mohon dekat laman web SKMM. Tempoh memohon valid sepanjang tahun. Apply awal mungkin dapat awal jika sistem opis kat SKMM pun da upgrade, mungkinlah yea. Dah dapat bonus takkan asal telefon mesin yang jawab, ye dak ? hehehe

Ok, sesiapa yang layak, mohonlah...jangan tolak rezeki. Kepada yang tak layak jangan berkecil hati. Enset korang pun dah 3G hape... dan dah boleh usha-usha model mana yang menjadi idaman =)


samsung macam common sangatla pulaks!


                         macam dah jatuh cinta ngan sony xperia yang boleh jd ikan dlm akuarium nih!

-tak demand pun, aku masih pakai nokia 3310 kot!

Wednesday, December 26, 2012

sorry

I'm sorry....i'm not good to pretend that everythings fine. Right now, i'm feel so awkward when i see you. Truly, I'm not angry, I'm just feel something really hurt when i looked at you. I'm realized the same thing as you told me before.

You know what, I can't be nice as long as 'it' still there. I can't accept it. Positive, husnuzon as like you said? Sorry I can't.

Indeed sorry from my heart.....

teknologi


Yah, harus diakui. Teknologi memisahkan kita dalam tidak sedar.

Sudah rasa jauh. Jauh ketinggalan, jauh perasaan.


Wednesday, December 19, 2012

bersih

Memang tak boleh nak kompromi dengan orang yang tak berapa nak bersih ni, boleh histeria! Payahla kan nak cakap banyak, nak tengok pun dah tak lalu. Rasa nak renovate buat toilet sendiri dalam bilik! Sabar, kasi tenang, kasi bincang, kasi masa mau survey petempatan baru.

Kalau nak trace lelaki tu bersih ke tak, tengok kuku kaki. Kalau perempuan payah nak trace pembersih ke tak, kena pegi tengok toilet rumah. Macam mana rupa mangkok jamban tu kalo bersih macam tulah tuannya...Erm, geli lak tetiba!

-bersih kan dituntut oleh Islam =)

Sunday, December 9, 2012

bila adik bermulut pedas

Aku rasa macam nak pecah perut gelak guling-guling bila terbaca conversation adik beradik nih.Haha,memang buat malu kaum kerabat jela korang nih!



Memang kelakar part dak najwan tuh! Pedas, sentap mak nak~ punye statement. Dak Nabil ni memang poyo gile kalo dalam FB. Bak kata mak, kalo msg dengan orang lain gigi-gigi sume lembut! Puiiithhh!Ini nasib baik yang otai-otai tak masuk campur, kalo tak memang dak nabil tu tutup akaun FB de terus!hahaha

-Tak payah poyo nak post cintan-cintun nih,buat geli geleman je family member yang baca sebab dia orang lebih kenal kita dan tau yang kita tulis tu poyo atau tak. Nasib baik aku spesis tak update FB sangat, hehehe







sebenarnya


Salam Ahadlah kepada sume peminat yang dok tunggu-tunggu latest post daripada jejari runcing aku nih. hehehe, spoil r korang buatkan niat aku tuk berpuasa menulis tidak tercapai!
Actually sekarang ni agak bizi sikitla, ni bukan pura-pura bizi ok, ni betul-betul punya! Dan bukan bizi dengan keje manusia lain, bizi menyelesaikan amanah aku yang sepatutnya kena selesaikan 2 tahun lepas!Ceh.
Insyaallah sekarang semua semakin mudah, boss pun banyak gak bantu, kena selesaikan jugak walau apa pun yang terjadi. Ini bukan kerja aku, ni dah kira macam amanah keluarga jugak. 
Ok, takmo cerita banyak pasal tu, aku just nak bagi korang clear kenapa aku menyepikan diri. 2 Oktober kot last update, mau 2 bulan jugakla aku tak jenguk blog,haha...

Lepas ni, jangan loya pulak kalo aku asyik update je! 

-Aku bizi partime jadi pengapit =p