Sunday, January 20, 2013

tak banyak

aku tak mintak banyak, mintak jangan pernah kira nombor berapa. Aku banyak nombor yang kena siapkan. Kau dah cukup faham selok belok hati ini.

jangan main hati.

5 tahun


Kalau 5 tahun yang lalu aku tanam pokok, mesti dah berbuah.

Kalau 5 tahun yang lalu aku buat investment, mesti dah boleh beli rumah cash.

Kalau 5 tahun yang lalu aku kawin, mesti dah tiga orang anak (fuuyooohhhhh!!!)

tapi ini hubungan, tak nampak apa yang menjadi, apa yang mengurang.

yang ada pasang surut, gadoh baik.

Aku bersyukur dalam gelap, dengan adanya dalam hidup.
bukan selalu dalam senyum, bukan kurang dalam tangis. Sentiasa ada. Tak pernah minta apa-apa, cuma minta aku cari bahagia dengan cara sendiri, jangan mengharapkan dia. Dalam diam, dia ajar aku jadi kuat, memang patut kita jauh. Aku syukur lagi.

Dia minta hadiah, aku tak mampu nak beri. Dia lebih mampu beli sendiri, hahaha. Doa saja hubungan ini kekal sampai anak cucu, ke syurga? Tunggu aku di pintu (^_^)

Thursday, January 17, 2013

bertapa

Aku masih dalam mood bertapa. Sekarang sudah hidup bujang di rumah bujang. Kawasan rumah yang sangat heaven sebab depan umah ada jusco, ade mekdi, ada kepsi. Sori, aku dalam mood boikot mekdi! Tapi yang paling syiooook sekali depan umah ada Maulana, yihuuu, mari bersorak!

Dalam tengah berkalut mentesiskan diri dan kepala otak, kena jugaklah uruskan rumah sewa yang macam zoo negara nih. Depan umah rumput punye nallek, belakang rumah apetah lagi. Spesis kerengga dan  siput babi yang aku rasa dah jadi perkampungan dia kat depan umah tu, memang geli geleman dibuatnya. Aku tabahkan hati jela tabur garam kat siput babi dan anak-anaknya aman di sana.

So, rumah dalam fasa deco bersama kak Jemah. Nanti dah cantik macam suite kat hotel aku jemput korang makan kenduri. Ensem dah rujuk semula ngan aku, so sekarang ni merempit jela...Bila bawak motor aku rasa muda 5 tahun, iaitu 22 tahun tolak 5 tahun...hehe

Ok, mau mentesis. Kasi rabak mata, kasi kafien satu bilik. Aku mau konvo ini tahun jugak!

Wednesday, January 2, 2013

hidung

 Perhatian, tajuk post di atas bukan objek penting untuk diceritakan.

Bertapa sekejap di library, bahagian paling bawah antara tingkat, sejuk sampai hidung sakit. Satu aras ni hanya aku dan neto saja yang ada, takde pustakawan, takde orang-orang, hanya ada kerusi, meja dan buku.

Yang dicari dah jumpa, sekarang cuma perlu satu jag kopi tuk analisis. Esok, lusa, tulat dan adik tulat, aku mau berlibur di kampung.
Sudah terbayang botol cencaluk sejuk dalam peti ais, sudah terbayang petai, tenggek burung. Mau pekena kelebang coconut shake petang esok, ahhhh, takde moment yang paling heaven melainkan berada di rumah dan di atas tilam cabuk!

-Idung pedih kena aircond, belum lagi kena salji!