Tuesday, February 26, 2013

31 series


Kita mulakan pembuka bicara dengan nyanyian khas selamat hari lahir, dipersembahkan cikgu murni n the geng!


sedapkan suara guru besar tu...hehe

Selamat hari lahir kepada Along yang dah masuk 31 tahun, tua seploh tahun dari aku =p
semoga Allah panjangkan usia, murahkan rezeki, permudahkan urusan, sihat tubuh badan, dan dilindungi Allah. Its so emotional when i talked about this person, yah! Seorang yang sangat gentlemen dalam urusan keluarga, jarang nak dengar dia tengking, tinggikan suara kat adik-adiknya melainkan dia dah marah bebenor. Seorang yang sangat perahsia jugak, tak suka kongsi susah, sakit dengan orang lain, kecuali ngan mak. Tak pernah cakap 'tak' bila mintak tolong, sentiasa ada bersama-sama tak kira apa yang berlaku. Selalu nasihatkan kat kami walau apa pun yang berlaku, mak ayah jangan abaikan, jangan sisihkan adik beradik, kena sentiasa bersama. Dia role model kami adik beradik. Berjayanya aku hari ni pun atas pertolongan dia,tak termampu nak balas setiap kebaikan yang dia dah hulurkan. 
Along, sorry kalau selama ni banyak sangat nyusahkan, sorry kadang-kadang terlalai dalam tanggungjawab,terima kasih atas apa yang dah Along berikan. Terus bertahan untuk keluarga, tabah dalam setiap dugaan yang datang. TERIMA KASIH ALONG =)

adik beradik memang harta kasih sayang yang Allah berikan kepada siapa yang menghargainya.

sayang Along sangat-sangat >_<

Sekian, sudah penuh emosi dan tisu.


Saturday, February 23, 2013

gaban


Hari ini adalah hari yang aku rasa paling bosan tahap gaban sepanjang setahun! Pergghh, memang gaban betul bosannya!
Actually ikut perkiraan bulan aku nak balik bermesra-mesra dengan mak ayah di kampung, tapi disebabkan tak berapa jam je lagi nak anta tesis, aku terpaksa jugalah bertahan sorang-sorang kat umah ni. Nasib jugakla ada TV, kalo tak memang mati kutu! Tapi sangat sakit hati bila tengok Along update :

ayam masak lomak cili api! argggghhhh,tidak!!!

itu baru makan tengahari, bila tengok kadar kepekatan kuah tu, aku dah terpandang roti kat atas meja ni, kalolah dapat cecah ngan kuah ni sambil sip sip kopi memang heaven!

pastu mak up buat koci tuk sembang-sembang petang...hati aku rasa diwap-wap dengan air panas! Terasa mulut ni melekit-lekit makan kuih koci mak...huhu...ok, aku makan koko crunch je tengok panggung sabtu, tak adil!

dan kuih keria kesukaan bersama budak kecik kesukaan itu, hatiku melting~~~

Aku baru terfikir, perlukah aku cari keje kat melaka je duduk riang hati dengan mak? Payahla nak tukar angin, lagipun nak korek lubang keje kat Melaka memang berangan jela. Takpe, aku dah anta je tesis kat GSO, aku terus shoot balik cuti seminggu!

Friday, February 22, 2013

5 hari


salam Jumaat yang barakah, sila ganti kata-kata carutan kepada zikir...hihi. Ingatan kepada diri sendiri sebenarnya. Nak-nak bila bawak kete pegi keje, laluan yang penuh dengan onak duri, kawasan cina tau-tau jela sesaknya bukan sebab kat tengah jalan, tapi kat tepi jalan parking kete suka hati anjing dia je! Eh, eh, jangan emosi sangat, baru je pesan suh zikir!!!! Allah, Allah, Allah~~~~

Lupakan sejenak salakan anjing dan buntut kereta cina, aku harus lebih ghairah menaip dan melupakan sejenak cerita Jin Toncit kat wayang tuh sebab lagi beberapa jam aku nak submit tesis dan terus pegi buat passport!!!hahaha, nak tunjukkan betapa harunya hidup bila belajar up sket... Feedback daripada Dr dah ok, tinggal repair sket-sket mana yang boleh kena tembak time viva nanti. 

Situasi kat rumah ok, cuma geram je tengok rumput dah mula hijau. Tak sempat nak pam racun sepancit dua, lagipun sekarang time hujan...takpe, bagi can kat pokok keladi kecik tu jumpa matahari dalam seminggu dua nih. lepas ni boleh racun dengan aman.... =)

Apa lagi nak bagitau kat korang? Hmmmm, bulan 3 pun dah sibuk nak run projek. Kalo ada rezeki dapat lulus senat, bulan 9 dah boleh continue study....Cepat sangat masa berlalu, sampai takdan nak kejar. Cuma boleh ingatkan dekat emak supaya jangan lupa doakan aku...dan seperti biasa, mak akan marah kat aku balik! Dushhhh!

Kepada abang-abang aku yang macho, adik aku yang asyik tanyakan Yes4G berbanding akaknya ini, ustaz nami yang tak abis-abis hias kelas, bila telefon cakap tengah sibuk gunting, tampal, warna. Itu jelah kejenye, lagi 2orang bodyguard mak kat umah tu, semaga korang suma sihat, tenang, jangan lupa solat, bayar zakat, jangan derhaka dan KAYA cepat. haha, oklah tu doa aku. tak salah mintak kaya.

Dan kepada diri aku, tahniah in advance! Cehhh...

Sunday, February 3, 2013

corner baring!

hanya tinggal 2 minggu untuk berperang dengan mental, emosi takdelah nak perang sangat. Jadi, siang, malam, pagi, petang perlu menaip walaupun tak tau nak taip apa. Fasa bulan Februari  menuntut komitmen yang tinggi, tuisyen pun dah rancak bermula, penuh jadual! Memang takdan r nak dating bagai. Aritu, Along datang hantar barang, pergghhh, memang dia nak jadikan rumah aku ni stor agaknya! Dari meja belajar, kerusi, lampu tido, rak kasut, sampaikan kerusi urut ogawa pun dia sedekah.. Along memang sangat macho malam itu, hehe,kena bodek! Dan hasilnya.......

TADAAAa........


Abaikan langsir yang kaler sebelah lain-lain tu...Nak cover aku tersalah beli langsir, jadi capai jela apa yang ada kat bawah tangga tu, jadilah konsep KPOP...hehehe...Selesalah sikit bila dah ada meja, takdelah aku tertonggeng-tonggeng lenguh pinggang buat keje kat lantai, sedih! Perancangan hidup terlalu banyak, tapi kena settlekan tesis aku nih, buat tak tido lena rasanya... Ok,time's up! Selamat berhujung minggu semua =)