Tuesday, March 12, 2013

MAINLY TEARS


Serius sedih post Obe! Dia tunjukkan gambar je tapi oleh tangkap leleh hingus! Gud job Obe! sob sob sob*

blog Serius
http://blogserius.blogspot.com/2013/01/serius-sadis-gambar-yang-akan.html

Korang tryla usha,memang kompom ko nak balik!

-bila kita dah selalu bersama, once hilang dari pandangan tentu akan tinggal kesan yang mendalam. R.I.P to my bunny yang dah mati setahun lalu...huhuhuhuhu



perghh, berkaca mata aku tengok gambar kenangan si Masao ngan Misae ni... hasrat hati memang nak bela sesuatu, macam kucing ke, arnab ke. Tapi bila fikir-fikir balik baik bela laki je lagi bagus, hahaha

-nak bela arnablah, najis tak busuk!

Gaji gomen naik lagi


Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam menikmati kenaikan gaji yang menelan belanja sebanyak rm 1.5 bilion, hampir 500 juta je yang kerajaan perlukan untuk mansuhkan PTPTN. 

Ok, terus telefon opis nak cakap ngan staf, pukul 10am aku tepon orang lain angkat cakap kakak tu pegi minum. Ok, aku tepon setengah jam kemudian, orang yang sama angkat dan cakap akak tu minum. Amboi, setengah jam ko minum? Pukul 11am barulah kakak tu ada. So, gaji naik, rehat pagi 1 jam, rehat tengahari 1 jam (selalu drag sampai sejam setengah) dan petang nak balik pukul 4.45 pm dah tutup pintu. Makanya, normal waktu bekerja 8 jam, tapi tolak 3 jam setengah jadilah 5 jam setengah je dan gaji naikkkk, yiiiihuuuu!!!

Kadang-kadang kita cuba untuk jadi neutral, cuba untuk berfikir berdasarkan relevan sesuatu isu, tapi nampak juga logiknya kenapa ada pihak yang berjuang habis-habisan untuk mansuhkan PTPTN. Aku dah kira kalau aku bayar PTPTN konsisten rm100 sebulan, aku mengambil masa 17.5 tahun nak habiskan bayar hutang! haha,memang anak cucu mewarisi hutang piutang neneknya,hahaha!!!

Dekat-dekat pilihanraya ni, semua orang duk cucuk PM mintak itu ini, naik itu ini. Untuk menjaga peti undi, kita bagi jelah walaupun yang mintak-mintak tu hari-hari kat FB duk maki gomen! Orang-orang yang memang dah register UMNO seumur hidup takkan dipandanglah....cubala kalau kita ni pembangkang, macam-macam nak dibagi walaupun tak mintak. Kita yang kat kampung ni mintak buat longkang sampai dah 3 kali election, tak ada jugak nampak longkangnya....

Aku bukan kata tak bagus, macam-macam dah kerajaan buat tuk kita, sebab kita yang pilih dia buat keje. Aku belajar, keje pun kat pejabat kerajaan, tapi bangunan je yang kerajaan punya, hati pekerja kebanyakannya pilih lain. Banyak yang perlu dikaji sehalus-halusnya, kalau nak tanya penduduk ok ke tak janganlah tanya ketua kampung, tanya yang duk jual pisang goreng kat tepi jalan tu sebab kalau tanya ketua kampung semua yang ok je! Kalau nak tanya masalah pelajar, jangan tanya MTM, MPP ke sebab kadang-kadang apa yang diaorang cakap tu semua dah ditekskan, dah dipatenkan jawapan oleh orang-orang atas, terus je tanya pelajar yang dok tunggu bas sampai sejam tu, tanya pelajar yang duk jalan kaki tu, barulah betul. 

Amboi, emosi dah nampaknya....bukan emosi, nk bagitau je pendapat aku. Aku bukan kritik tunjuk pandai, cuma nak bagitau situasi sebenar yang berlaku kat kawasan ni yang menyebabkan ramai pelajar yang kecewa dan terus join pembangkang....aku masih neutral,hehehe

-aku nak sambung belajar, gomen tolong bayarkan! Hidup YB!!!

Friday, March 1, 2013

Nyaman


1 Mac sudah singgah, terasa nyaman di pagi Jumaat. Kenapa nyaman-nyaman nih?

Sudah selesai bab tesis mentesis, sudah print 7 copy (kopak!), sudah submit, sudah rilek-rilek, sudah boleh tido sambil senyum walaupun aku check balik banyak error sana sini, kompom kena hentam time viva nanti! Takpe, yang penting aku sudah boleh senyum =)

Sekarang ni, kalo buat tesis, kena ada semakan plagiat sebab nak tau betapa pure dan aslinya serta halalan thoiyyiba nya tesis kita. Aku dah check tesis aku pakai Turnitin, database yang boleh trace berapa peratus ciplak, dan ikut piawaian UPM, mesti tak lebih 30% plagiat.
Dan result tuk tesis aku????? Ce teke, ce teke~~ hehe

keaslian tesis adalah 97%,fuyoohhhh! alhamdulillah... dah tak payah pening-pening nak fikir apa. Lepas ni dah boleh fokus kat projek pulak dan menunggu turn tuk viva. Doakanlah yea aku sempat konvo taun ni jugak! Aminnn....
Challo!

-mau holiday di Melaka!