Tuesday, April 30, 2013

sekinchan


Dua minggu lepas telah pun ke Sekinchan cari data sikit. Walaupun terpaksa bekerja secara solo, tapi nasib ada Jiji yang sentiasa takde hal kalau aku ajak teman pegi research. Pakwe lain takde, jadi pinjamlah kejap pakwe orang,huhuhu
Alhamdulillah kerja berjalan lancar dan informan pun sporting. Kita terjah tengah panas pun dia orang ok je.

kerja shooting dijalankan

pergi terjah rumah orang, untung-untung dapat makan free =p


punya terjah, dengan baju-baju sawah pun jadi!


seperti biasa,golongan makcik akan ingat aku Nora Danish. Tetiba cakap 'makcik dah undi kamu dlm ABPH', haha


Jiji cuba dingorat oleh Iema dendot

terbang pulang mencari kamu, kamu, kamu, yaaaa,KAMU!

Ok, dah settle keje di Sekinchan, sikit ari aku update research kat Langkawi. Doakan Allah mudahkan segalanya. Amin....

*nakgi Jakel, bos mintak teman!

Tuesday, April 23, 2013

terus


Agak janggal jari-jari beku ni nak menaip, menceritakan apa yang telah dibuat. Dah terlalu lama tinggalkan memang agak susah untuk dimulakan semula. Tengok, bahasa aku pun dah ikut bahasa buku!

Saya tak mahu terhenti terus berkomitmen hanya kerana diganggu oleh parasit. Bukan duit yang dikejarkan sangat, dan bukan juga hanya mahu mengisi tempat kosong bekerja. Setiap sen yang kita terima, itu janji kita dengan pemberi, berkat atau tidak, bukan saya yang tentukan. Sediakan saja teks jawapan masa mengadap Tuhan. 

Kepercayaan susah untuk dibeli, susah untuk diberi. Sekali sudah percaya, sampai mati orang percaya. Jangan digadai kepercayaan, jangan digadai integriti diri. Saya setia, tak perlu uji dengan kerja, saya sudah buktikan. Tak perlu uji dengan gaji yang banyak atau sedikit, saya sudah tunjukkan, tak perlu uji saya dengan kerja masa yang tak menentu, saya sudah sedia. 

Guru saja ajar, kerja itu ibarat janji. Sekali kita berjanji, buatlah, laksanakanlah sampai habis. Memang pahit sentiasa dihidang, tapi tawakal saya kepada Allah tinggi, Dia tak mungkin bagi saat ini, tapi Dia yakinkan saya habuan itu akan diberi saat saya sudah sedia dan selayaknya menerima.

Dalam merencana hidup ,sukar untuk kita tepis perasaan yang tidak sepatutnya ada. Jika ditanya apa yang akan saya lakukan dalam jangka masa tiga tahun mendatang, dengan yakin saya boleh gambarkan, ianya harus lebih baik dari sekarang. 

Saya Nadiah, mengejar wang ringgit bukan diri saya, kejar nama dan pangkat bukan sifat saya, kejar kemashyuran juga bukan jiwa saya. Seringkas mana pakaian saya, seringkas itu juga diri saya.
Prinsip hidup yang diamalkan sangat ekstrem, peduli apa orang kata, kita tak makan bukan dia yang bagi beras! Sekian untuk post yang sangat bermotivasi ini =)