Wednesday, June 12, 2013

kuih sepit nek mun


Bulan raya sudah hampir tiba, ramadhan just around the corner, puasa ganti jangan buat-buat lupa. Hari ni nak update pasal kuih tradisi keluarga, kuih sepit nek mun! 

Memang dari kecik dulu sampaila masuk sekolah menengah, asal bulan puasa je memang kena tolong nenek buat kuih sepit. Gilir-gilir dengan sepupu semua tolong, Nenek selalu start dalam pukul 2, 3 pagi dan kebiasaannya akan selesai sekitar 10 pagi. Memang lama, kematu bontot nak buat kuih ni. Dibakar di atas arang, nenek buat memang superb. kalau time membakar, bau aroma kuih sepit ni boleh sampai satu kampung bau. Ini bukan hiperbola ni betul-betul!

Sekarang giliran emak pulak yang buat, warisi teknik membuat kuih sepit nenek dan sekarang sedang mendapat permintaan yang agak memberangsangkan daripada saudara mara, jiran kampung dan kawan-kawan. Jangan tak percaya, sampaikan ada orang buat hantaran dengan menggunakan kuih sepit nek mun...hehehe


Kuih sepit Nek Mun datang dalam tiga saiz. Yang kecil, sederhana dan besar. Setakat ini Kuih Sepit Nek Mun telah ditempah untuk majlis kesyukuran dan untuk dijadikan sebagai buah tangan dan cenderahati. Insyaallah tempahan yang seterusnya adalah untuk dijadikan goodies beg untuk majlis persandingan. Sesiapa yang berminat boleh terus berhubung dengan tuan punya blog ni. Setakat sekitar UPM, Shah Alam, Putrajaya insyaallah boleh dihantar. Pertanyaan lanjut boleh hubungi 019-6668260 atau 063846722.. Nek mun pun ada fanpages kat facebook okey,update sangat...https://www.facebook.com/pages/Nek-Mun-Kuih-Sepit/161649600673571
Korang jangan lupa like, sape like akan diberi peluang merasai pengalaman membuat kuih sepit sehari. Kompom korang menangis! hehehe... Ok, selamat membeli =)