Wednesday, August 21, 2013

conference


Selamat Hari Raya!!!!!!! erk,sudah hari yang keberapa nih, tetiba teringin nak makan lemang ngan rendang. Asyik cakap sorry sebab bizi mesti korang dah mual, so aku cakaplah aku tak bizi langsung!!!!hahaha

Arini, kira special dan akan dikenang oleh macha aku si Pia. She will seating for viva today! Phewww, cuak, nebes, excited, gelabah, poyo semua ada. Aku dah pesan kat dia jangan melawan walaupun juri cakap pitching ang lari, bukan apa, dia tu keturunan Tok Janggut, takut melayang je kerusi, hahaha, gurau Cik Pia oooiii...

Semalam minum petang, dinner makan kuih raya je. Malas gila nak start moto, malas gila nak masak nasi. Rumput kat rumah dah takde, kasi habis mesin dan lepas ni bolehlah mulakan projek bercucuk tanam kat belakang tuh. Dah plan nak buat makan-makan sikit kat rumah, jemput tok ketua, pak guard ke, tapi masih dalam perbincangan. Kalo jadi, korang semua first guest yang aku jemput!

Minggu depan insyaallah akan pergi ke Singapore, conference. Berangan jela nakgi USS, tak kan sempat! Takpela, dapat main games kat conference tu pun da ok kannn. Insyaallah jika memang dah nama rezeki akan ada trip yang paling didamba-dambakan seumur idup! Takmo excited sangat, takmo gelojoh sangat. If jadi, akanku war-warkan beserta gambar...Ya Allah mudah-mudahan jadi, aminnnn...

Ok, bos sudah mau masuk, aku kena jaga performance katanya, heh!