Tuesday, September 24, 2013

cepat atau lambat


Kahwin,
Nilai erti bagi seorang perempuan yang dah cukup sifatnya
dah boleh handle dapur secekap emak
boleh bangun sebelum Subuh siapkan kelengkap anak dan suami
yang boleh jaga rumah tanpa bantuan bibik.

Sayang,
ada beza kahwin cepat dan lambat
bukan hanya tahun yang jadi jarak
bahagia awal cerai awal
bahagia lambat cerai tak akan
memang itu semua kuasa Tuhan
tapi yakin yang Dia dah aturkan.

Mencari suami yang baik
macam mencari diri ini yang sempurna
how come boleh dapat yang sempurna
kalau tempat tidur macam lubang puaka?
Macam mana nak dapat yang cukup solat lima
kalau diri asyik datang bulan sepanjang masa.

Lelaki
Dah kurang yang lelakinya
tempek bedak sejuk wangi berjela
seluar kuning baju merah
mafla di leher, buang tebiat apakah?
bila akan jumpa yang persis sederhana hidupnya
tapi cita-cita mahukan empayar
optimis setiap nafas dan masa

Perlu aku daftar ejen cari jodoh
yang banyak plastik dari manusia
depan songkok belakang tatu kotor
luar labuh dalam hamis
Oh, jauhkanlah.

Siapa tak mahu kahwin,
setiap saat dihitung pahala
Atau aku harus keluar
memasang jala, lihat siapa yang kena
jangan-jangan bangla.

-relax-relax sudah.....(>,<)

Monday, September 16, 2013

Hari Malaysia


Orang dah bagi cuti takmo cuti, nak jugak masuk opis. Bukan dapat bonus pun! Haha, aku memang suka masuk opis, nak buat camne...
Hari Malaysia, terima kasih Sabah Sarawak join Malaysia, kalo tak ntah apa rupalah Malaysia sekarang, mesti tak best sebab nak masuk Sabah kena bawak pasport. Well, dah habis mengajar, boleh terus shoot pergi jenjalan tengok orang ke, tengok tugu ke.Kalo pegi shopping comlex akan ada saja dugaan yang datang. harus dielakkan jika iman tidak kuat, haha
Dapat job mengarang pulak, pehh,memang layan habis! Masih berbisa jugak jari menaip, ingatkan sisi sastera tu dah hilang. Kawan-kawan sampai dah buat buku mengarang, aku buat album jela kot, keh keh
Selamat Hari Malaysia, Malaysia. Moga aman dikekalkan...peace yo jang!

-shoot Mid Valley wanggey!


Saturday, September 14, 2013

hutang

Minggu ni aku akan jadi chetti, kutip utang keliling bandar, peh, macam along kawasan satu town hutang sama aku! Orang hutang banyak, aku hutang kat orang pun ada banyak,haha

Semalam besday kakak, nak kasut cinderella warna pink katanya. Yolah, nanti Cik Nad jahit sendiri kasut kakak,jimat!

Budak-budak UPSR dah habis exam, mesti tengah bengkak mata tengok tv, balas dendam. Mengajar still lagi ada tambah lagi private tuisyen, alhamdulillah rezeki tak putus, amin...Walaupun muka nampak tak berapa budak-budak nak suka (haha) tapi dah sembang setengah jam terus nak aku ngaja sampai bila-bila, memang berkesan mentera aku baca, kehkeh

Ok, Sabtu di pejabat sebab Isnin cuti. Suka buat keje senyap-senyap, takde orang nak ketuk pintu....

-Nak balik ke tak nak?