Monday, October 28, 2013

Venice- Murano


Dari S. Marco, kami decided nak pergi Murano, tempat yang terkenal dengan penghasilan kaca gred A+++. Walaupun bukanlah selera mak datin nak kumpul segala bagai kristal or kaca, kita orang pergi jugaklah nak tengok apa yang specialnya Murano. Nak pergi Murano still jugak kena naik water bus (vaporetto) dan kedudukannya agak jauh, sebab dia di pulau yang berlainan. Aku bagi sedikit info pasal tiket water bus, harga untuk 1 jam E7, separuh hari (12 jam) E18 dan sehari suntuk (24 jam) E20. Ikut plan kalo korang dah survey nak pergi mana, pitt stop mana nak berhenti lagi bagus. Macam kes aku ngan Anees, kita orang dah beli tiket dekat hotel penginapan untuk sehari suntuk, termasuk bas pergi balik dari Mestre ke Venizia dan water bus. Lagi satu kita orang dah ada list mana tempat nak pergi, cuma tak tahu berapa lama yang perlu spend dari satu tempat ke satu tempat.

bagi peta kasi clear sikit pemahaman

Perjalanan dari S. Marco ke Murano lebih kurang  20 minit tak silap ke lama lagi sebab aku tak catat pulak. Time ni memang panas tak bergurau, berapa kali beli air mineral yang harga paling murah E1 or E1.5. Murano agak tenang sikit dari Venice, dah sampai kita orang follow je orang berpusu-pusu masuk satu kedai ni, rupanya ada demo pasal buat kaca. Haha, nampak luck kat situ...




 Free je nak tengok demo ni. Dia bla bla bla, tarik kaca yang tengah merah tu ke kanan, kiri atas bawah sket, tadaaaa.......


 Magic sangat. Warna biru tu dia cakap terhasil ikut tekanan angin yang terdapat dalam kaca masa dia dibuat or something like thatlah kan, takkan aku nak salin nota bagai time ni, haahaa...Dan di bawah ni merupakan antara hasil-hasil kaca yang dah siap, memang cantik, kreatif, amazed semua ada. Lagi satu perkara aku nak highlightkan, dalam bilik ni tak boleh tangkap gambar yang macam aku paparkan ni, dilarang! Tapi curi-curi jugak tangkap untuk bagi korang tengol. Dah dua kali kena warning sebab kantoi tangkap gambar, kita orang pun larikkkkk!!!!!!!!!






nampak wajah sugul tak dapat beli loket...=p



 Memang asyik telan air liur dan tahan kuntut jela bila tengok harga, bukan tak mampu, MEMANG takkan mampu! dan nasib aku tak berapa minat sangat...(ayat sedapkan hati) Dah declare memang tak akan dapat beli kaca, kita orang jenjalan lagi sekitar Murano.







Untuk Murano, aku rasa korang tak payah pergi pun takpe melainkan korang memang nak beli kaca. Tapi setakat nak beli loket ke kat Venice ada jual. Murano setakat tempat nak lepak makan pizza dalam mod tenang bolehlah, macam makcik pakcik tu tengah buat. Aku memandang jela apa jadah yang dia orang makan. Sedih dol ada makanan tapi tak dapat nak makan, haromm!  Beli air coke, E2 dan terus cari map, kita pergi Burano pulak.




Sunday, October 27, 2013

Venice- S. Marco


Daripada Rialto nak ke S. Marco rasanya dalam 10 minit ke 15 minit macam tu, tak jauh sangat. S.Marco ni memang tempat wajib lawat kalo dah masuk Venice, bangunan ala-ala dalam kotak, ada gereja yang paling besarrrr dan cantik kat sini.





fefeeling sangat!




tarian joget lambak
















Time ni memang panas gila tak bergurau punye! Ingatkan dah boleh cakap keluar wap, ini cakap keluar api! Nak beli t-shirt, kalo E7 tu dah kira murah gila, keychain, magnet kat mana-mana sama je harga. Lepas dah puas tangkap gambar bagai, next station is Murano....Sila click kat sebelah kanan lagi ye...

Venice -day 1


Aku tukar tajuk ke Venice lak, macam bosan je asyik-asyik Italy. Venice or Venizia kecik je, macam pulau. Nak masuk Venice hanya boleh pakai teksi air, nak beli tiket sejam, 2 jam, separuh hari or satu hari pun boleh. Aku beli yang 24 hours harga E20. Selamat amik satu hari, tak tahu bila masa boleh keluar dari Venice, takut sesat dan pass yang dibeli pun boleh guna tuk naik bas, efisyen sangat! Untuk kali pertama pergi, aku ngan Anees je, bos takmo ikut takut tak jumpa jalan pulang nanti katanya, lagipun sesi bos belah petang, takmo rush, so apalagi, kitaorang round Venice sampai pengsan!

bridge pertama yang menghubungkan tanah besar dengan Venice

 nice gila background n models =p


 cili betul, boleh buat cabai mulut orang

nampak gila hepi muka, haha

akhirnya, aku jumpa hard rock venice, modal buat jeles orang. Berbunyi gakla perut tengok harga selai baju, hampir rm122!
I was here babeh..


Nak cari hard Cafe dekat Rialto, disebabkan kita orang dah jalan kaki hampir separuh Venice, barulah nak rasa naik water taxi pergi ke S. Marco.


Best view from water taxi...




Ok, amik nafas jap. Aku pecah-pecahkan cerita jadi macam storyboard. Takut krem jari korang scroll sampai bawah. Ok, sila click title S. Marco di sebelah kanan ye....