Wednesday, November 13, 2013

Trip from Venice- Florence


Sorry macha-macha sekalian, agak jauh gap dari satu tempat ke satu tempat. Weh, menulis dan menaip perlukan mood! Aku ada masa tapi takde mood, tak jalan jugak bhaiya~~
Ok, hari ketiga kami di Venice, dah berunding dengan ahli-ahli rombongan, kira jadilah kami ke Florence atau Firenzeuntuk habiskan hari yang ketiga. So, Florence ni ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati. Korang boleh google  sendiri, Anees kata jangan malas, nobody want to do it for u and im not ur google! hahaha,amik ko sebijik! Kita orang nak ke Florence sebab nak pegi menara condong Pisa, dalam buku sejarah banyak jumpa kan...So from Venice to Florence, kami naik bas pukul 6 pagi dah keluar, meredah sejuk dan 6.40pagi baru bas sampai.

 lampu jalan pun pasang lagi

So naik bas free pakai pass yang masih valid lagi terus ke perhentian bas di Venice, cross the bridge ada satu train station yang boleh pegi mana-mana. Tiket train kami dah beli awal-awal, bukan beli tiket train tapi beli Italy pass for 3 days. Harga dia memang tak boleh bawak runding sebab online, so seorang dalam E120 bersamaan rm540 dotdot. Jadi tak perlu risau nak pegi mana-mana, pusing satu Italy pun boleh free takde hal tapi kena booking tempat duduk sebelum naik, kalau tak kena tunggu next train.
 bridge antara station bus dengan train station

Bila dah sampai kat train station, kena jugak pegi kaunter tuk activekan pass dan bayar seorang E10 tuk booking seat dan masa. Bukan ada pass dah tak payah bayar lagi, kena jugak bayar, memang keje mengepaw duit orang je orang Europe ni. So sila bawak duit lebih.... Dah booked semua terus kita orang naik train yang paling awal ke Florence dalam pukul 930 pagi macam tu.





rupa Italy pass macam mana, beli dari vendor kat Singapore, petang order, esok dah sampai. Siapkan duit jela

 check detail takut kena tahan sebab too cute,

 dan memang comfirm kita orang too cute to handle, hahaha

 bfast dalam train, tuk sandwich dan kopi sorang satu E20 = rm90

 if tertidur jangan takut, ada 2 jam lagi nak sampai dari Venice ke Florence

 saujana mata menoleh~

Ngam pukul 1130 pagi or 12 lebih sket dah sampai ke Florence, so kena naik train lain untuk ke Pisa tapi still di station yang sama, cuma train dia tak lawa sangat jela. Dari Florence to Pisa lebih kurang sejam rasanya,tak silap lah, kalo silap pun bukannya korang tau, hahahaDah sampai kat station apa nama pun aku dah lupa kena pulak naik bas untuk ke Pisa, hujan pun turun agak lebat. Meredah jugakla kami bertiga, nampak agak tabah di situ untuk berjalan. Sempat jugak beli payung sorang satu E5 setelah tawar menawar.
Dan amik bas ke Pisa kat luar station je, harga tiket dalam E1.5 return. Sesak jugakla bas, semua nak pegi satu tempat yang sama. Kalau tak yakin nak turun tanya orang, jangan malu. Dan dengan tak malunya sampai jugak kat Pisa, kalo malu takkan sampai!

Enterance ke Pisa

Masuk-masuk nampak istana ke, gereja ke lebih kurang. macam satu kota yang dikelilingi tembok.







 hujan memang tak best, tapi view superb!


 



 
 Aksi wajib!


memang real~~

nak jugak...tapi tangan disimenkan skali dengan menara,hahaha

patung naked memang wajib ada,nak tak nak terpaksa menghayati, seni katanya =P

aku tak tau diaorang ni homeles or tourist tapi nampak gaya macam orang demo nak mintak gaji naik

1 daripada 7 keajaiban dunia ada di depan mata


aksi tak berapa nak terbang, haha






roti gardinea peneman perut melayu sejati

 
kalo tak hujan jangan harap aksi aku setakat berdiri je, padang rumput tu aku baring!



going back home now~~

Senang je nak detect mana bus stop, agak-agak ramai orang berdiri then ada gambar bas, itulah bus stop =)

View daripada luar, sekangkang kera je tempat ni, dua jam cukup round

Trip ke Pisa kira heavy jugak sebab kena tukar train dan amik bas untuk ke sini. Plan masa betul-betul, tanya drebar bas yang sentiasa kacak lagi hensem pukul berapa dia orang akan lalu, sejam sekali ke,dua jam ke so korang boleh set berapa lama nak spend masa kat sini. Disebabkan kami nak pergi The Mall selepas tu so kena rush sikit tuk amik train dalam pukul 3pm macam tu. 

Tip kat Pisa, hati-hati sebab ramai pendatang tanpa izin (negro,bangla) merayau-rayau bawak barang tuk jual. Selalunya mereka ni macam sindiket pick pocket so kalo jumpa avoid cepat-cepat. Dan kat Pisa jugak antara souvenir yang paling murah aku penah dapat sebab beli kat sorang brader India yang jual-jual kat situ. Aku panggil dosti (kawan) terus dia layan macam aku Priety Zinta, hahaha...Ok, jom ke destinasi seterusnya!















Sunday, November 3, 2013

Venice- Burano


Ini part yang aku paling suka sepanjang jalan-jalan kat Venice. Burano terletak agak jauh dari Venice dan kalau nak pergi sana lebih kurang sejam naik water bus. So boleh tido selelap dua kasi battery dalam badan penuh.

Jauh kan, memang stok tidur je sepanjang jalan.

Burano ni asalnya perkampungan nelayan, takde yang istimewa. Tapi yang menyebabkan Burano sangat special sekarang adalah disebabkan rumah-rumah dia orang sangat colourful, berwarna-warni macam tadika. Serius sangat cantik. Sampai-sampai je dah nampak ceria je dan lace bersepah sana-sini. Ohh, lace kat sini sangat special sebab handmade oleh isteri-isteri nelayan yang takde keje. Nak main mahjung tak reti, nak main sorok-sorok geng semua dah tua, so diaorang memang terrer bab jahit-menjahit, sulam- menyulam. Dan lagi satu, aku rasa Burano lagi tenang daripada Murano dan lagi lagi lagi special!

 entrance,da nampak lace!



 baju dalam pun nak lace, mampu?

halus gila dan harga mahal gila!









 Time aku dah agak penat dan panas gila. Ditambah dengan lapar buatkan mood nak fefeeling tu takde. Jalan jugaklah seround dua sebab bukan senang nak datang sini, dahla jauh kan. Beli coke sejuk setin E2.50, kasi refresh sikit.

 Anees tetap mantaiinnnn








 ni amik gambar belakang umah pun tetap lawa,bersih dan takde ayam,haha



takde hal nak ampai baju even orang lalu lalang

 cantik gila gambar nih

dan yang kat bawah ni =p









 tips mengelak daripada anjing,nyorok celah langsir

model sangat~

Anees cakap kalo boleh dia beli satu rumah dan duduk kat situ, mesti best. Aku dah habis battery untuk mengelamun. Dan kita orang perlu berkejar-kejaran balik segera ke tanah besar, ke hotel sebab sesi bos present pukul 5.30pm dan pukul 3pm kita orang masih lagi berjimba-jimba kat Burano. Bagi aku, Burano dah hukum WAJIB PERGI kalau korang ada rezeki melancong kat Venice. Lace dia sangat cantik, sangat halus dan agak mahal, tapi berbaloi. Memang tak dapat nak gambarkan betapa tenangnya Burano, dan betapa mesranya orang-orang kat situ walaupun tak tahu cakap English even sepatah. Dan kat Burano jugaklah pertama kali aku dan Anees (Anees maybe banyak kali) dipuji oleh sorang lady ni, dia cakap asyik perhatikan kita orang je sepnajang ada kat Burano tu n she said that we re so beautiful, when we re laughing bla bla bla....kat Italy jela orang baru sedar dan menghargai kecantikan aku, hahhaha! Ini betul, aku tak tipu. 

Tak beli banyak barang, cuma fridge magnet E10 for 5. Lari-lari sampai ngam-ngam je pukul 530pm, snap gambar bos sekodak dua buat bukti, mandi, makan nasi impit, rendang, sambal kering, preparation sikit esok nak pegi Florence dan tido....