Wednesday, December 4, 2013

amin


Alhamdulillah, sekarang sudah boleh tarik nafas separuh je lega sebab dah berjaya mengharungi azab siksa mengadap pemeriksa dalam bilik viva.

Aku rasa, dan semua pemeriksa juga rasa yang sesi viva aku kali ni agak lama, hampir 3 jam! 3 jam kot menahan asakan bertubi-tubi. Tajuk tesis pun asyik, manalah tak asyik masyuk nak komen tesis aku! Dari pukul 9 suku sampailah pukul doblas! Tapi, aku confident dengan apa yang dah aku buat, yang lain serah saja pada Allah.

 takde hal nak peace sebelum terseksa

 PA tolong setup computer,merangkap pompom girl

 before nak seksa aku, pemeriksa kena isi perut bagi tenaga, hehe

dan inilah situasi yang aku tak paham, aku yang bentang relax, bos aku yang nebes lebih, tak masuk akal!sementara nak tunggu keputusan juri

Alhamdulillah, tesis aku diterima dengan pembetulan, sebulan kena siapkan. Takde yang teruk sangat kena betul, so aku boleh tarik nafas lega. Insyaallah aku cuba buat sebaik mungkin. Even amik masa lama, tapi daripada komen pemeriksa, kajian aku merupakan dapatan or penemuan baru dalam bidang bahasa, dah boleh jadi phd punya tesis kalo kembangkan sikit, fuhhhh.....Bukan satu kerja yang mudah, dan sebab itu aku habiskan banyak masa, korbankan masa remaja (lahhh sangat) untuk ini. 
Langkah seterusnya, plan seterusnya untuk hidup, aku serahkan pada Allah juga, mudah-mudahan apa yang aku usahakan selama ini berbaloi, penantian, kesetiaan aku berbayar tidak lama lagi. tak sabar untuk mulakan langkah yang seterusnya, wahhhhh!!!!!!!!!

-Ermm,part venice aku sambung lain kali lah ye,too busy too story bout dat =p