Friday, January 3, 2014

Venice at night


Selepas siangnya shopping, bosla bukan aku! So petang after balik dari outlet terus shoot ke Venice. Dah booking gondola pukul 6pm, so kena pegi cari tempat nak naik tu secepat mungkin. Nasib ada GPS bergerak, iaitu Anes, arapkan aku, akan jumpa tapi esok harinya, dan arapkan bos, memang kita balik terus, hahaa.

Kita orang yang dah masuk Venice ni macam dah kurang excited sangatlah kan, so bos sangat seronok walaupun masa muda beliau dah penah pegi. Jalan-jalan singgah kedai Hard Rock Cafe, memang dah aim baju tu dari aritu, so belilah buat jeleskan orang, hehe.
Layan gambar, sila-sila...





 cara makan orang musafir, tepi jambatan pun takde hal...



 dah start naik gondola, siap nyanyi-nyanyi kau, mampu?!



 couple Jepun yang naik satu gondola, jangan ingat aku ngengada, dia orang yang ngengada nak bergambar dengan aku, hahaha

 memang nice weather, view, love it, love it, love it!


inilah penyanyi sepanjang 30 minit, suara stok teater!


video























naik gondola waktu malam, memang berbaloi sebab Venice at night is such a perfect moment! Memang nak repeat trip balik je, haha. Secara keseluruhan, memang sangat-sangat puas hati. Puas hati sebab dapat naik gondola satu hal, then view dapat dua sekali, petang dan malam, pergghhh, memang cantik plan! Kalau nak repeat, pastikan dah kawin, lagi berbaloi kot, hahaha.

spent tuk petang saja memang banyak jugakla, tapi gondola booking pakai internet, so dah bayar siap-siap. waterbus pun pakai yang sehari punya pas, so jimat. Beli baju hard rock 3 helai, beli baju i love venice, love italy, dan semua love lagi, cecah jugak dua ratus. Pulun beli sebab ini adalah last trip masuk Venice, so belilah buat kenangan... Sape-sape nak pegi, try masuk Venice petang sampai malam, orang dah tak ramai, tak pack macam siang-sianglah, yang penuh malam-malam ni orang yang dah kawin, honeymoon, couple, gay, les semua complete. Free seat nak tengok show dia orang, hehehe. Agak-agak iman goyah, pegi siang dah cukup, tapi tak akan segempak dan sebest view malam. 

Venice at night, memori yang sangat indah. Missing Venice already~~

sambung trip Venice -shopping


sudha mendapat kembali mood autunm, so bolehlah aku menyambung cerita trip Venice yang dah basi tu. Bukan apa, mungkin ada orang nak riki-riki pegi Italy, bila baca blog aku ni dapatlah gambaran sikit.

Masuk hari ke-4, kami paln nak pegi outlet jual barang-barang Italy yang branded dan kunun-kununnya murah, so sekoyon-koyon alam pakat pagi. Nak travel mestilah pagi, sebab bas yang access ke outlet tu hanya dari pukul 9 pagi hingga 3 petang je. Dari hotel, breakfast mana yang halal jela dan jumpa jugak orang Malaya yang attend majlis yang sama dengan bos.

kalau tak silap, mengajar di USM. Memang sempoi gila, jenis hiking punya orang. Pakai seluar trek je pun takde hal. salute~ haha

dah makan, terus gerak pergi station bus,naik bas ke pulau. Sampai sana jalan kaki sikit naik train yang macam LRT kalau kat sini, tak jauh pun dalam 2 stesen.

 tunggu train pun sempat snap

 nama stesen, tak tau tanya!

Dan, turun train, jalan-jalan anak sikit ke bawah dah nampak bas yang ada logo outlet yang kami nak pergi. Tambang pergi balik untuk seorang dalam E15. Drebar bas dah pesan pukul 3pm sharp dia sampai. Jangan lupa diri bila dah shopping. jarak dari situ ke sinun dalam sejam jugakla, so boleh tido kalo nak or boleh tengok alam sekeliling. sepanjang jalan memang view cantik, rumah-rumah orang Italy ni memang lawa, macam dalam cerita Rosalinda, lebih kurang.


Sampai sana memang excited gila, dengan harapan bolehlah sambar LV ke, blueberry ke, prada ke. Tapi korang tengok muka bawah ni dah boleh agak dapat ke tak? 

 hahaha, jangan berangan! puiii

 so yang mampu posing jela

ok, ni jaket Anes, dia teringin gila pakai sweater rempit aku. Nak bagi aku fefeling oversea bila pakai jaket dia.




Memang tak mampu nak beli barang kat sini. Last-last beli jersi tuk najwan, tuk diri sendiri beli yang murah-murah je,haha.

Kalo korang rasa memang tak mau shopping, tak payah pegi sini. Cari je kat area Venice, lagi berbaloi. Pergi sini pun sebab nak tunaikan hasrat bos, dah dapat apa yang diidam, terus duduk diam-diam. hahaha. Ok. sambung entry seterusnya, chaos!