Tuesday, March 18, 2014

si baby

Di malam yang dingin, selepas aku balik dari mengajar pada malam Jumaat, 23 Feb yang lalu tetiba rasa hati nak siram pokok limau dan pokok pisang kat belakang rumah. 
Sedang menyanyi suriram ram ram, tetiba kedengaran sayup-sayup bunyi anak kucing menyambung lagu aku yang terhenti tadi. Ada rasa musykil di dalam hati, mistik apakah yang sedang berlaku, nak-nak hari Jumaat! Aku segera memanggil si neto yang sedang membasuh periuk belanga di singki, ku tanya dia, "Eh dayang yang hodoh, dengar tak apa yang beta dengar?" Neto pun menjawab dengan bengis, "Eh orang tua, masuk cepatlah sembahyang!" Ceh, tak boleh bawak gurau sikit. Kemudian, aku pun cepat-cepatlah masuk ke dalam rumah. Sambil nak tutup pintu, tetiba ternampak ada benda bergerak-gerak dekat rumput, alamak anak baby kucing!!
Gemparlah seluruh isi istana dengan penemuan tersebut. 



Badannya lembik lagi, mata tak bukak dan tali pusat pun tak putus. "Dasar kucing sungguh si ibu kucing tuh! Terus ku masukkan si kecil yang kasihan itu di dalam kotak kasut. Atas nasihat tok nujum, adalah barangkali eloknya kita tinggalkan di luar istana. Mana tahu ibunya pergi berburu sebentar cuma." Aku pun dengan berat hati meninggalkan si kecil yang kasihan itu di luar.
Arakian esoknya, setelah terjaga dari beradu, segera ku periksa kembali si kecil ini, jika mungkin ibunya sudah menyesal dengan tindakan yang tidak beradap itu. Namun alangkah terkejut ungka apabila melihat si kecil ini sudah terselit di celah sangkar kucing yang besar. "Oh, beta berasa sungguh berdosa membiarkan si kecil ini kesejukan dan kelaparan sepanjang malam." Terus ku arahkan si dayang yang bersenang-lenang itu segera membawa si kecil ini ke klinik haiwan. 
Menjelang petang apabila aku sudah selesai kelas sepanjang hari, si dayang itu menjemputku dengan kereta kuda putih dan turut sekali kelihatan si kecil yang comel itu. Terus sahaja kami ke Daiso membeli selimut yang selesa untuk si kecil ini. Nah, kelihatan dia sangat selesa dengan rumah kecil barunya ini.

 terbongkang tido bila kenyang

Sejak dari saat itu, istana kami bertambah seri dan ceria dengan kehadiran si kecil ini. Ada sahaja keletahnya yang sangat-sangat comel seperti mahu digigit-gigit sahaja ekornya yang bergulung itu. Kadang-kadang, dia tidak mahu tidur di dalam kotak, mahu melekap seperti sticker bersama puteri raja yang comel itu.




Jauh lagi perjalanan hidup si baby. Moga baby cepat-cepat besar, jadi kucing jantan yang paling hensem si dunia, boleh jaga tuan puteri yang cantik dan kasihan ini dan kita happy together forever remember ok....sape yang baca post ni boleh doakan baby sihat dan hensem (*_^)

-psst, lagi 5 hari baby genap sebulan ikut kalendar Jerman, jangan malu-malu nak sponsor kereta mainan tu si baby =p