Wednesday, May 14, 2014

tetiba

Tajuk post pun tetiba, so aku pun tetiba nak tulis even tak tahu lagi apa yang nak ditulis. Obses dengan dunia pun penat, obses dengan manusia pun penat. Duk bercuti kat rumah tetiba terjumpa pulak cd pakwe aku SheilaOn7 dalam kereta ayah. Eh, tak kan cik Suboh pun layan So7?

Dengar ulang-ulang, jakun pulak dengan lagu dia kan...Memang banyak-banyak band kat donia ni, So7 jugak yang serasi. 


Dari 8 album, 6 aku dah tapau. Ada lagi satu yang latest, 'Berlayar denganku' tajuknya. Ni kira tahap obses ke addict? Aku rasa obses tahap dewa, kehkeh. Dahla, letak tepi dulu So7 ni. 
Aku rasa macam takde hala tuju, blank. Rasa macam nak lari pegi pulau, main bina istana pasir, snorkeling, diving seround dua, malam baring tepi pantai tengok bintang, tak payah fikir nak kena bayar bil api air, tak payah risau bayar duit kereta, tak payah tension bangun pagi nak pegi keje sebab jem, tak jem otak nak fikir pakai baju apa, kaler apa, matchingkan dengan tudung apa, tak payah nak pening orang atas asyik update task, tak perlu fikir petang nak makan apa, nak hidup biasa-biasa je. Ada baju, seluar, duit sikit, semangat sikit, pegi jahanamkan impian. 
Kalau lelaki, senang sikit nak jenjalan. hujung dunia pun takde nak risau apa. Tido tepi highway nyamuk pun tak lalu nak gigit. P.e.r.e.m.p.u.a.n memang tuhan cipta lemah, supaya perasaan terhalang dengan tenaga yang cukup-cukup untuk jerit je. Masa muda masa emas, ada banyak lagi impian yang belum direalisasikan. Cukup dah dengan apa yang ada sekarang, tapi nak jadi lebih baik dari hari ni memang tak ada salah. 
 Aku rasa cukuplah mengeluh. Geng dah ajak bercuti, kita pangkah dunia yang kita nak cuba rasa. Tuhan takkan bagi semua, mana yang ada hari ni, itulah yang secukupnya untuk aku. Nak yang sempurna, pegi cari dekat Afrika Utara!

-Yang sudah biarlah sudah.