Monday, June 16, 2014

Bali is owesome! (PART 3)

Hari berikutnya dan terakhir di Bali, kami ahli rombongan pergi ke belah-belah pantai je, tengok laut, tengok manusia, tengok bumi. Layankan gambar di bawah untuk tatapan dan rujukan jika satu hari nanti korang mahu ke sana, amin....

Masih dalam mood hari raya orang Bali. 



subhanallah~~~







pekena air kelapa sambil layan jagung bakar depan pantai yang indah terbentang, heaven!

Dah kembung, kami terus ke Uluwatu Temple, masuk kena bayar, dan berpakaian kemas, tak boleh naked, dan kena pakai selendang ikat kat pinggang. Maybe dewa dia suka tengok para gadis begini agaknya....hurm.

nampak dah tinted tak lepas JPJ je muka aku, nak bagitau korang, sumpah panas tak tipu!
 
mata tak boleh bukak, haha
  
 temple atas tu kalo semayang memang tak kusyuk jawabnye, gayat lebih!




khadijah with her new boyfie,kehkeh

aku kalo amek gambar memang cantik, bila suruh orang lain amik gambar, huh, boleh gadoh!



sedang melayan si ratu selfie, thanks Joni for this snappy =)



Overall, this is so wonderful moment, temple betul-betul atas cliff, putus cinta, heart brooken person tak dibenarkan naik, kebarangkalian terjun tiruk adalah tinggi, hehe. Bagi aku, Bali is for nature even pub banyak tapi ada je tempat yang boleh korang tenangkan fikiran, lihat alam.

Bali ni semua benda yang popular mesti ada tiket, kena bayar, 30 ribu lebih kurang rasanya. So sediakan duit. For this trip, at least kena sediakan 2juta only for transportation, makan, bayaran masuk semua, belum lagi shopping! Gila masuk tempat shopping, memang lost! So, budget kecik pun boleh datang, insyaallah boleh pangkah Bali punye.

For next trip, masih lagi dalam perancangan, itinerary dalam pembikinan, pasport kene renew, international license kena mohon kat JPJ, so macam besar je bunyi next plan....jengjengjeng~~~ hehehe...
Mohon Tuhan mudahkan segala, dapat nikmati indahNya, amin!

Bali is owesome! (PART 2)


Hari seterusnya di Bali setelah penat memerap dalam dewan coference, battery badan dah over charged! So, it is a good time to spend all energy for all super owesome moment!


Tempat pertama yang dibawa adalah tengok Barong Dance yang memang tak mengujakan langsung. Rasanya rombongan kami je yang keluar awal, baru first scene dah cabut lari. So, hanguslah duit tiket 100ribu rupiah, banyak tu kot....


Seterusnya, kami ke tempat pembuatan batik jawa, tengokla proses semua, dan yang paling penting, batik Malaysia lebih cantik, wekk.




Seterusnya, pergi kampung painting, fuhhh, memang lawa, memang astistic, memang 18SG semua ada. Harga agak mahal compared kat Tanah Lot, tapi kualiti lebih kat sinilah rasanya.


lukisan tengah tu, yang buatkan aku pusing tawaf 5 kali dalam kedai ni. sangat cantik, bagi aku la...Harga memang tercekik punya, dah tawar pun memang takkan beli, hahaha. Jadi sebagai penawar hati, aku beli yang kecik jela. Itu pun beratus jugak if convert matawang. Dan aku terus terfikir, apalah yang telah rasuk aku beli lukisan nih!haha
Cantik tak? bukan orang yang pegang tuh, lukisannya...... gantung dalam bilik, buatkan memori di Bali segar kembali, dang!

Inilah artisnya, dan di belakang tu si Joni, sempoi abis

Seterusnya, jalan terusss naik ke atas, Joni bawa kami makan-makan view gunung berapi, mampu? hahaha. Tempat area Kintamani, gunung namanya udah lupa. Makan sini buffet, mahal jugakla tapi nak buat macam mana, dari pagi jalan sampai pukul 3 petang, baru ni jela ada can jumpa nasik! Makan sambil tengok keagungan Allah, memang syahdu....





Dah kenyang, nak balik, ada adegan kejar mengejar, tetiba mak-mak jemah dikerumuni orang jual-jual, dirayu-rayu suruh beli. dah masuk lari dalam kereta pun dia orang hulur barang-barang, kesian menengoknya tapi if beli satu, memang terbaliklah van dibuatnya, haha


Seterusnya, dalam perjalanan nak balik, singgah di kebun kopi, tengok-tengok apa yang ditanam, buah koko, buah salak, buah-buahan, semua ada. Yang istimewanya kat sini, khusunya di Bali, ada kopi Bali, dan kopi termahal di dunia, kopi luwak. Disebabkan aku memang dah tau 'proses' kopi luwak dibuat, so buat macam tak tau jela kan. yang lagi dua orang ni, memang tak tau, sebab pengatahuan am kurang, hahaha.

'kopi luwak' diramas-ramas dengan teruja, bentuk pun masih lagi keras, hahaha

Luwak coffee ni sebenarnya diproses oleh musang yang akan makan biji-biji kopi yang terpilih dan berkualiti je. So lepas musang makan biji kopi tu, mestilah sembelit dan terus membuang, and biji-biji kopi yang ada bersama bahan kumbahan musang tu akan diproses tuk dijadikan kopi. fuuhhh

Alhamdulillah memang merasa rezeki minum kopi free. macam-macam flavour ada, kopi bali pun nice jugak rasanya, ada hot chocolate, ginseng coffee, vanilla, ginger, lemon and roselle. Ynag paling sedap, vanilla! Dah sampai sini, rugilah kan tak try secawan kopi luwak. kopi ni kena bayar, secawan 50ribu. macam starbucks lak harganya.


Aksi meminum telah ditapis sebab terlalu ekstrem, hahaha

Seterusnya, terus shoot ke Tagallalang, tempat padi ditanam bertingkat.
"Padi den bertingkek-tingkek, duit den bertingkek-tingkek"




Sampai pun dah lewat, tapi teruskan jela jalan alang-alang musafir. Penat tapi berbaloi for this type of nature. Kita sambung part seterusnya ya buk!

bali is owesome! (PART 1)



Sebenarnya ini adalah trip yang memang takde dalam wishlist hidup aku. Tapi, dah nama rezeki, ada pula urusan kerja di sini, tak kan nak cakap takmo pegi pulak kan....So berangkatnya hari Ahad, packingnya hari Sabtu, cari supirnya hari Khamis, comfirmnya hari Sabtu, memang edisi tegejal habis! Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....
Naik MAS flight pukul 3.20pm dan sampai dalam 6.50pm. Dah gelap habis, memang takde nak view-view sangat. Touch down je supir aku dah wasup, dia dah tunggu kat luar bersama kain rentang yang tertulis nama aku. Macam artis fofular je feelingnya. Sampai je kat luar, masing-masing dah macam histeria jerit-jerit nama aku, tarik-tarik troli bagai, tapi itu cuma ilusi saja, hahaha. Dah comfirm semua, berkenalan bagai, terus rombongan mak jemah request nak makan nasi! Dibawanya terus ke nasi padang. Makan sampai kenyang! Dah kenyang,sendawa, kentut siap-siap, terus dibawa ke hotel. disebabkan hotel kedudukan geografinya agak jauh, maka agak bosan duduk dalam van sebab luar tak nampak apa-apa.
Dalam sejam tu barulah nampak signboard Niwana Pan Pasific, memang heaven kata kau. Cantik gila. Turun kereta je dah dihulur lime jus dengan towel sejuk yang wangi. Semua tu dah termasuk dalam service tax bhai.....

Esoknya, matahari dah nampak, barulah tau kita orang duduk kat mana, sebelah tanah lot je kot....makan koci sambil tengok tv pun boleh nampak tanah lot,fuuhhhh.... View memang owesome, swimming pool memang heaven, weather, sumpah panas kedengkang!






aku tak tipu, minum air coke sambil mengadap tanah lot...

pintu gerbang nak masuk tanah lot, bayar sorang 10 ribu ke 15 ribu

Budget nak ngeteh sambil tengok sunset kat tanah lot, ramai orang tapi takdela sampai langgar-langgar punggung. So mendaki jugakla nak ke atas. Air surut, so sape-sape nak pegi usha kuil dia kat atas batu tu bolehla pegi. Aku dan ahli rombongan tak berapa nak meredah sangat, so kita minum-minum jela buk.




kalo nak shopping, aku memang suggest kat tanah lot, memang bapak murah, boleh tawar even ko tak tawar lagi dia dah tawarkan, haha. Lukisan memang cantik tahap gaban. Tapi sayang aku tak sempat nak sambar satu buat kenangan, sobsob

view from meja mengeteh

Baru hari pertama, so akan ada part yang seterusnya. Tengah mood rajin nak kongsi aku kongsikanlah ye...

Adios