Thursday, August 21, 2014

persediaan untuk melancong/ mengembara

Assalamualaikum semua, wah sungguh berseri-seri matahari memancarkan haba sampai basah ketiak dibuatnya. Semoga semua sihat, kenyang, lapang, riang, senang dan bawak-bawak bertenang.
Post kali ni hanya sekadar konsep sharing is loving gitu. Sesapa nakgi travel indoor, outdoor, nature hunter macam aku, kaki pulau, kaki gunung, kaki diving, semua boleh guna. even nakgi melancong kat Sekincan pun kena prepare macam nakgi obersi layaknya!

So benda pertama yang kena ada, if nak pegi luar dari Malaysia kenalah ada passport yang masih lagi valid expired date. Passport ada 2 jenis, yang RM100 untuk dua tahun dan RM300 untuk lima tahun. If dua tahun, valid date hanya 18 bulan saja. naya je tiket flight da tempah, dah nangis-nangis lambai tangan kat airport, dah check in siap, selfiesh lagi masuk insta, tetiba kat imigresen tak lepas, hahahaha.


Ok, yang kedua kena riki, survey tempat mana yang korang nak pegi. Kena tengok geografi dia, cuaca, ada masalah politik tak, kes bom-bom ni, gempa bumi ke, hujan renyai-renyai or hujan yang boleh buatkan shawl terbang sangkut atas pokok kelapa. So bila dah tau semua perkara di atas, dah timbang-timbang pro and cons so dah boleh usha hotel. Contohnya, if korang suka pulau, jangan main bedal je book hotel, packages semua, tengok season jugak, sebab most island kat Malaysia ni bulan Oktober sampai Mac dia tutup sebab monsun timur laut. Banyakkan membaca, abang google kan ada.....

So bila dah kompom ngan partner nak pegi mana, dah boleh book tiket flight ke, tiket bas ke, feri, train, kapal laut, tumpang kat celah-celah kontena. Bila dah ada tiket perjalanan, so memang dah betul-betul comfirm baru book hotel, hostel, motel atau dorm atau guesthouse, tengok bajet korang banyak mana.

Then, bila dah dekat dengan tarikh kejadian, bolehla keluarkan beg roda hello kitty bawah tangga tu, dah boleh pack-pack barang yang nak bawak. Ok, part ni memang aku tak nafikan perempuan memang sangat leceh, complicated, extraworriedphobia dan kaum ni akan pack barang macam pegi sebulan! Susah sikit nak nasihat part ni, apa yang boleh kurangkan, jimat space, jimat kilogram, jangan bawak seluar jean smpai 3 helai! Jangan bawak 12 helai shawl yang berlainan warna, lain pesen, lain manik, TAK PERLU! 

cantik tak beg kite =p

aku lagi layan backpackers punye style. Tido kat airport je, tak pun cari youth club

If lagi bagus, korang riki-riki persekitaran tempat yang nak pegi tu kat internet, baca review orang yang dah pernah pergi, buat list tempat-tempat yang menarik untuk pergi tengok, buat skali budget untuk setiap hari, spend makan berapa, spend rent car, entrance fees berapa, airport tax, budget nak main banana boat, sewa kayak, semua masukkan, baru clear berapa nak bawak. Kan aku dah kata, perempuan memang complicated - termasuk penulis yang merupakan seorang perempuan =p

Lagi satu yang penting rasanya, activekan kad ATM untuk international user. In case korang memang dah pokai shopping lupa diri, so boleh cucuk kat mana-mana ATM yang valid. Jangan lupa bawak camera, sun block, swim suit, and sentiasa update dengan ahli keluarga supaya dia orang boleh tahu korang kat mana.

Last but not least, enjoy ur holiday, reward diri dengan bersatu dengan alam. Adventure is out there beb!

* Mera bhai ajak minum-minum fresh orange kat pantai mengadap lautan pasifik pulak!

style siot bawak beg sambil berangan dipeluk Alexander the Worrior~ 
Rome 10/13

Monday, August 4, 2014

SELAMAT RAYA HARI-HARI SAMPAI SEBULAN!


Weh, tittle post pun dah panjang berjela, memang nak balas dendam ke ape nih? Nak buat macam mana kan, semangat raya tu ada berbaki lagi, ni rendang pun terasa-rasa je kat hujung lidah, haha.

Seperti biasa, raya memang kat kampung, rumah nenek and pakndak sebab yang paling otai masih ada lagi. If raya kat rumah memang bapak tak best! Pernah sekali try time Qaseh lahir tapi serius tido je sebab takde orang datang, semua pakat serbu kampung sebab ingat kita orang raya sana. So, tak perlulah memandai-mandai nak raya rumah sendiri, lain kalau ada lagi sorang bujang yang dah kawin, kita pakat raya rumah lak.

So, bila raya macam basi pulak asyik nak cerita pasal rendanglah, lemanglah, kuih rayalah, hantu rayalah dan semua yang raya. Tahun ni bapak sedara, mak sedara semua balik, yang tak cukup korum dak abang je pagi raya dia kat rumah Kak Sally (merangkap isteri) yang dah siap jeling-jeling dak abang start bulan Rejab aritu tanda tahun ni giliran beraya di rumah beliau, hahaha.

Baju raya aku yang paling suspen setakat dua tiga tahun ni. Mana taknye, yang lain dua tiga minggu sebelum raya dah siap, dah pakat nak beli tudung kaler ape, yang corak kat bahu ke, sisi buah pinggang belah kanan ke, semua dah ada depan mata. Yang aku punye baju raya memang normal akan dapat tengahari yang esoknya nak raya, mampu? suspen sangat kan? haha, nak buat macam mana, nak sangat amik designer tahap neelofa. Harus sabar dan redho je bila terima baju, janji boleh pakai, thanks Erin!

So, ni jela gambar raya yang ada, aku belanja tiga empat keping cukupla kot.

amik ko kopek kerang sampai 90kg! Asal tak genapkan je 100kg?!
 "kami suka kopek kerang, tiap-tiap tahun kami kopek kerang!"

Sebelah malamnya, seperti biasa jemaah dan bertakbir beramai-ramai, syahdu sapa yang tak balik raya weh, stok nangis tengok ramai-ramai dah berkumpul.

syarat-syarat sebelum makan

 lepas makan, kita main pass-pass hadiah
tahun ni dah tahun ke 12 kita orang meneruskan acara malam raya ni, lama kan! aku time tu baru PMR kot, mudanya......

di pagi raya, line up tunggu que nak salam

inilah gambar raya yang paling raya, haha

lepas dah makan lemak-lemak, terus mata kuyu je. Yang lelaki semua pegi solat raya, aku dapatlah tido selelap dua sementara nak tunggu ahli jemaah cukup. Tengah-tengah syiok tido, tetiba along kejut suruh siap. aku yang terpisat-pisat bangun terus je lilit shawl dan berdezup masuk kete. Tahun ni nak kelainan sikit, shoot jauh-jauh.

tadaa, inilah hasil kegigihan semua


Pengkalan Balak, Masjid Tanah

semua nak selfiesh!

last-last pakai pendayung sampan je, semua dapat masuk!kehkeh

last pict,

SELAMAT HARI RAYA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, SEMOGA KEGEMBIRAAN, KEBAHAGIAAN DAN REHDA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA, amin~~~