Saturday, December 6, 2014

Ke Kuching Ke Kite

Sebenarnya malas nak pegi, sebab bukan oversea, hahaha! Ceh, berangan! Namun, disebabkan bos paksa jugak ikut aku pun redha jela ikut. Booked tiket pun last minit, dengan bos kena naik MAS sebab #withmaswetrust hehe
Tapi aku naik awal sejam, bos naik pukul 3pm so aku tunggu kat hotel jela. Kesian jugak bos sorang-sorang je, geng takde, tapi kadang-kadang kena berdikari jugak kan. Tak excited sangat pun pegi walaupun first time ke Sarawak. Maybe sebab Nami selalu bawak balik kek lapis, ikan terubuk masin, tu sebab tak teruja agaknya.

Tunggu flight ready, alone!
 
Nasib ada Min, Kak Ta (Dr. Rozita) pun ikut serta seminar ni, kalo tak jalan sorang-soranglah jawabnye. Jumpa kat airport Kuching, terus naik teksi check in hotel. Takdelah jauh mana hotel dengan airport, lebih kurang 15 minit.

Selama 4 hari, 3 malam, alhamdulillah makan, penginapan, transport semua ditaja oleh seminar. So bawak badan, perut, otak, jangan bawak gaduh!  Sepanjang keberadaan kami di sana, sempat jugaklah pergi ke bazar Kuching, pegi tengok kedai-kedai kek lapis, naik bot pusing-pusing Sungai Sarawak tengok view sunset.

 View daripada tingkap bilik, memang strategik!


Memang orang pandai kena pakai spek ke? haha

testing kehebatan lenovo 920, okla if nak compared dengan first love dulu,htc =(

 


 Gambar wajib amik kalo datang Kuching!

Sebelum balik, satu bas rombongan dibawa singgah  ke rumah salah seorang pelajar yang kebetulan satu jalan nak ke airport. Dapatlah merasa laksa Sarawak, kek lapis buat sendiri, mee kari dan macam-macam pencuci mulut! Burp....alhamdulillah, murah rezeki tuan rumah =). 

post sket dengan Dr. Jess, antara student Dr. Aina yang selalu baca berita kat RTM, sekarang dah jadi pensyarah kat UPNM. Banyak bagi nasihat, galakan tuk terus timba ilmu dari sifu. AKu nak jadi pembaca berita memang dah terlambat untuk dipomenkan muka, so teruskan jela cari rezeki dengan cara begini. haha

Jadi, sekian saja coretan trip ke Kuching. Mohon lepas ni suruh urusetia buat kat Bandung ke, Jogyakarta ke, barulah semangat nak join, hehehe. Adios, amigos (^_^)




Tuesday, December 2, 2014

PRPI 2014

Setelah berehat dua tahun tanpa ada sebarang projek yang layak ditayangkan kepada umum, akhirnya PRPI 2014 dapat jugak team kami masuk bertanding. Projek dari 2010 pastu dikembangkan lagi tahun 2012 dan akhirnya berjaya direalisasikan. Tahniah kepada semua yang pernah menyumbang masa, tenaga, idea untuk memastikan projek ini berada di tempat yang selayaknya.




aku pun da macam bos, asyik.....

budak-budak sekolah yang beria serbu. Semua nak main game!
Cenderamata untuk TNC. Thanks kepada yang sponsor baju dan sudi buatkan goody bag and barang-barang cenderamata yang lain. Memang terbaik!
Team member tahun ni. Tahniah semua =)

*Tahun depan try peringkat kebangsaan lak. Baru cukup KPI

Happy November


Pertama-tamanya syukur kehadrat Ilahi akhirnya hutang kat diri sendiri dah terlunas. Walaupun agak dramatik, proses-proses terakhir nak mendapatkan tittle master tapi if Allah da kata cepat or lambat mesti akan dapat punya. Ada hikmah jugak kenapa aku tak konvo tahun lepas, memang Allah bagi rezeki triple! alhamdulillah...


Cik Ayah

Cik Emak

suppoter khas dari Melaka,terima kasih ler datang...

penyokong kuat, time register master dulu Alonglah yang tolong uruskan, bayarkan duit yuran, Thanks long, sobsob

family kedua, neto n the geng.Thanks baba bagi hadiah...hehe

macam hari kawin lak, kena kiss kiss nih

Dan tidak lupa juga terima kasih yang tak terhingga kepada boss aku, Dr. Norma sebab redha melayan mood menulis aku yang tenggelam timbul, sentiasa tanya walaupun dah tau jawapan,haha. Siap beli kek, bagi bunga,hehe Thanks bos!

Terima kasih untuk hadiah, ucapan, bunga, doa dan ingatan. Semoga akan lebih bersemangat untuk fasa yang seterusnya. Terima kasih untuk famili ceria, kawan-kawan, Ida, Pia, Arn, Netto, Chess dan siapa-siapa yang pernah memberi kata-kata semangat untuk terus habiskan sisa-sisa hutang.
Alhamdulillah......Akhirnya aku konvo!