Monday, January 5, 2015

Banjir di Kelantan

Permulaan tahun baru dimulakan dengan menjadi volunteer untuk membantu mangsa banjir di Kelantan. Benda yang takde dalam planner, schedule, tetiba Rabu lalu Arn, mera bhaiya call mintak ic, details bagai. Pastu dia cakap if confirm kita pegi, if tak jadi kita back up je dari sini. So Khamis petang Arn call cakap ready kita jadi pegi Kelantan Jumaat pagi. Terus bedezup pegi Giant beli sleeping bag sebab tak tau kita tido mana, tepi jalan or tengah jalan. Kemas, pack sehelai dua baju Jumaat pagi pukul 630 pagi dah gerak ke Menara TM. Kira aku ni tegejal jela pegi, haha. 

bapak emak besar betol menara TM nih!

Keseluruhan team yang pergi dalam 70 orang, satu bas, 2 van, 1 4x4. Loading barang-barang yang nak didermakan, sabun pencuci, mop, penyapu lidi, berus semua untuk kerja-kerja pembersihan. Disebabkan aku outsider, terpaksalah aku menyamar jadi pekerja TM, kuikui...
Beg peserta je dah penuh, makanan belum sumbat lagi. Last-last bawah kaki semua ada palstik barang.
Dah briefing, bagitau flow, terang apa yang patut, kata-kata semangat, war cry, baca doa, kira ahli, dalam 1030 pagi jugaklah baru bertolak. Dah lama betul tak naik bas, rasa macam rombongan mak-mak nak ke Pengkalan Kubor beli toto dengan periuk kuali.

Singgah makan, rehat, solat kat hentian Benta, Pahang. 
Memang aku rasa ini perjalanan yang paling memerihkan, menyengalkan tulang belakang sepanjang hidup. Bayangkan duduk dalam bas 13 jam! Perghhh, memang tak bergurau lamanya, aku rasa macam tobat takmo pegi Kelantan lagi, ikut jalan daratlah. If naik flight aku nak je! Aku tak boleh nak bayangkan kalo time raya ke, cuti sekolah ke, memang azablah kan. So dalam pukul 12 malam baru sampai tempat penginapan, makan nasi untuk alas perut dan terus tido.
Esoknya, pukul 730 pagi bersiap terus ke TM Kota Bahru. Berkumpul, sarapan pagi, pecahkan team dan gerak. Aku join bebudak ni pegi Pasir Mas, even banjir sampai peha je tapi still jugak teruk, lumpur satu bangunan, bekalan air takde, memang kesian nak bersihkan macam mana. Yang paling sedih kat Kuala Krai, memang total lost, peti ais atas bumbung rumah, itu pun tak tau peti ais sape, punyelah dasyat dan tinggi air. Sungai pun habis kokak tebing kiri kanan, dah macam gempa bumi, tsunami.




bayangkan tinggi tak tinggi air sungai naik, tinggi botol air putih tu tersangkut....

antara rumah yang dilawati,dahla ibu tunggal. =(

Team TM Bangsar plus hantu sorang (aku)

Alhamdulillah, dapat jugaklah bantu mana yang mampu, yang paling penting, dapat tengok real depan mata apa yang berlaku kat Kelantan. Lain bila kita baca surat khabar, tengok berita dengan alami sendiri. Skala kemusnahan banjir memang sangat besar, mau makan tahun nak baik pulih semula. Semoga ada hikmah dengan apa yang berlaku, semoga kita lebih bersatu padu, hulurkan bantuan, lebih prihatin dan hargai dengan apa yang kita ada sekarang, sebab mungkin esok ia akan hilang.

* Psssttt, TM ada keje kosong tak? huhu