Saturday, February 28, 2015

Betul ke?


Salam semua, bangun pagi sambil hirup-hirup kopi panas bacalah surat khabar online. Nak beli yang fizikal punya paper sekarang dah mahal, dulu RM1.50, sekarang dah RM1.80. tiga kupang naiknye! So nak baca surat khabar versi jimat, beli nasi lemak yang pakai keratan surat khabar then bacalah seperenggan dua. Itu pun berita 3,4 hari lepas, hahaha.

Yang aku nak kupas pagi ni bukan pasal harga surat khabar yang dah sedia naik tu, tapi pasal isu Islamic State or orang putih panggil IS. Start daripada Al-Qaeda, sampailah Osama Laden dan terbaharu IS pulak. Betapa kita as a muslim tengok IS ni memang jahat macam Firaun, yahudi mabuk, bakar orang hidup-hidup, culik wartawan then sembelih. Buat video cakap nak bom sana, bom sini. Cari gaduh dengan Mesir, boleh lepak-lepak dekat Libya yang dah comfirm US punya. Korang tak rasa pelik ke di situ?

Paper pagi ni pulak tunjukkan yang IS cuba musnahkan khazanah berharga kegemilangan Islam dekat Iraq. Wat de hek? Eh pleaselah, bukan ke Iraq tu US dan Britain yang conquer sejak Saddam Hussin jatuh? Dan sebagai orang islam, muslim, kalau kita jadi pengganas pun, takk kan kita nak musnahkan harta sendiri? Ko biar betul....



Setakat gam jambang, menyamar jadi Pak Arab, pakai jubah, pandai sikit cakap Allahuakhbar, syahid, syahid dah boleh claim Arab, pengganas. AKu rasa ni memang mainan barat cuba nak laga-lagakan puak-puak Arab yang dah sememangnya tak ngam, asyik nak tunjuk terrer je dari dulu. Musuh masuk ikut saraf kelemahan kita, bukan kekuatan kita dan pak-pak Arab yang tak berapa nak sekolah sangat tu masih tak nampak lagi permainan dunia ni. 
Sesungguhnya, dunia sedang menuju ke akhir zaman, apabila tanah Arab jadi medan peperangan. 
Wallahuaalam.

*boleh jadi pengkaji politik dunia tak aku? hihi

Tuesday, February 24, 2015

kembali


Hey,

I'm back!

Serius cakap aku sumpah nak menulis tapi seni tulisan tu macam dah tumpul, huhu

Insyaallah aku akan rajin update tapi aku takde nak tabur janji manis ni, takut korang kencing manis tunggu. Terlalu banyak cerita yang nak sangat dikongsi tapi masa je takde.

Jom layan perasaan sambil throwback dengar sinar fm. Memang evergreen!

Adios, chow!