Friday, July 31, 2015

Ray 2015- Part 2

Macam malas pulak nak post pasal raya tapi kena gagahkan jugak post sebab sedara mara semua dok suh update, bukan sebab aku je, tapi kira macam family besar punya documentation jugakla kan...huhu

So, lepas dah settle prepared menu, juadah ray, dah tido seround dua, petang tu dah ready untuk bacaan tahlil, doa selamat, tayangan video special, buka puasa yang terakhir, solat isyak berjemaah dan takbir, sesi tukar-tukar hadiah, tayangan video perdana dan main bunga api. Panjang kan aktiviti, penat gilosss!

bacaan tahlil dan doa selamat sebelum berbuka

buka puasa, konsep buffet, amik makan terus duduk sepah-sepah, hihi


Lepas dah kekenyangan, siap-siap untuk jemaah Isyak dan takbir raya.

Geng surau 

Geng moreh, haha

Vouge jubah pak imam =p


sesi tukar-tukar hadiah





Mak Lang dapat laptop siuuuttttt, hihi

rupa-rupa pinggan beli kat koboi, hahaha

Celebrate besday budak-budak yang lahir bulan 7, huntonglaaa 

Si Qaseh dan Aisyah

Berebut nak main letop-letop
Kole dan anak leng

Lepas dah penat, masing-masing sambung makan, sup tulang yang paling ohsem untuk dimakan pada malam-malam raya kan. Korang jangan ingat dah abis, ni belum masuk pagi raya tau! Gambar raya tahun ni sampai 8gb, punyalah banyak amik gambar plus video bagai.
Anti, aku free aku sambunglah part 3. Doakan saya kuadd (T_T)

* Sebak!


Saturday, July 25, 2015

Raya 2015 - Part 1


Selamat Hari Raya uolsss!!! Hari ni dah raya yang ke 9. Pejam celik, kentut, tido dah tinggal lagi 21 hari syawal. Fasa penuaan buatkan kita tak berapa nak rasa feel raya ni, yang eksaited cumalah sehari sebelum raya dan hari raya pertama tu je, kan....

So, seperti biasa, raya memang akan berkumpullah seantero sanak saudara kat umah nenek and Pakndak. Tahun ni semua balik kecuali family Makcik, orang baru first time sambut raya dengan menantu, jadi mereka semua raya kat Pahang, or sebenarnya takut menantu baru kena dera dengan orang Melaka, hehehe.

Bermula seawal 6.30 pagi, lepas dah sahur, solat subuh siap-siap masing-masing dah amik posisi kerja sebagai tukang blender, tukang basuh baju, sembelih ayam, daging, puteri bawang-bawangan, buat lemang, kemas rumah dan sebagainya. Nasibla semua sepupu aku jenis bukan macam sedara mara Chef Wantwothree tu, yang membungkang sampai tengahari buta. Maybe, sebab kami semua rapat sejak kecik, kalo salah memang kena laser, marah, dan mak-mak takde nak backup anak masing-masing, tu yang best! Parodi raya pun tiap-tiap tahun kita buat sebab masing-masing sporting tak hingat!

Nenek dan cucu-cucunya tengah pilih ayam montok-montok untuk dijadikan sambal ayam

Selepas Subuh kita semua bekerja!

Geng bawang

Geng siang-siang ayam and ikan

Geng melapah daging

Geng kupik kerang

Geng bakar diri, haha
bakar lemang!

Puteri blender!

Tangan shapo nih? Macam tangan dak Gabit!

Tangan dak Nami rupanya, patut lemang tahun ni rasa cekelat!haha

Pembantu masukkan isi lemang dan hantar lemang kat belakang

Baru nampak Induk!!!!haha

Ayam guring jadi sambal, kecur air liuq!
Dan yang paling power mestilah sup tulang keting Ong Bak aku yang masak =) Dengan tulang-tulang sekali boleh kunyah sebab memang sodap!

dan Citot yang muka seposen sebab dibuli kucing kampung. Dia ni dahla tak berbunyik, diam je. Nasib baik semua sayang ko Tot.....

See, masing-masing ada keje dan bantu-membantu sesama lain. Kadang-kadang aku rasa sangat-sangat bertuah dapat family members yang saling bantu-membantu, sayang-menyayangi dan support each other, ceh!

Ni baru part 1, ada lag part lain yang bakal menyusul.  See ya!

Sunday, July 5, 2015

Kalo dah jodoh...


Tolong jangan sempitkan istilah jodoh tu ye. Asal jodoh je mesti terus terfikir laki pompuan. Jodoh ni dengan sape-sape pun boleh, dengan pak guard ke, tak jumpa dekat pintu masuk taman, kita terjumpa dekat pasar malam, itu pun jodoh. hihihi.... Kenapalah aku suka bagi perumpamaan pak guard?

Berbalik kepada jodoh ni, sebenarnya best-best-best friend aku dah nak jadi geng setaman dengan aku dalam beberapa jam lagi! Aku ni manalah banyak kawan, aku ni tak friendly, tak kelakar, tak caring, tak best, so kawan bekerat-kerat jela....T_T

Si Ida aka Nenek Kebayan aku panggil dia sebab once dia membebel, automatic dia akan baca mentera panjang berjela! Aku rasa banyak je kot post aku yang dolu-dolu pasal Ida, dah kawin dengan senior aku jugak, atas pertolongan aku jugak dalam fasa bina masjid dia orang nih. Kiranya akulah yang letak batu asas time dia orang mula-mula menggatal sama lain, hahaha. Tup tup dah nak dua tahun dah dia orang kawin and dah ada sorang anak, aku panggil nenek kebayan junior, haha

Best sebenarnya bila husband best friend kita adalah member kita jugak. Takde hal laki dia nak mengadu, mintak tolong, mintak nasihat kat aku, rasa terharu pun ada. Tapi kita sendiri kenalah letak border, hal laki bini sendiri settle kan...hihi. Tapi aku tolong mana yang boleh sebab Ida tu dah macam adik sendiri, tak betul aku maki je dia....

"Why bother, why bother??!!"

Seronokla dah ada orang yang kita kenal duduk setaman, bolehlah pegi ngeteh, shopping, gosip-gosip  sama-sama tapi kenalah bawak si Nenek Kebayan Jr. tu sekali. Harapan nak merempit seperti dahulu tak mungkin berulang lagi =p

gambar dulu kala
Ahhh,rindu lak

Naik gunung sama-sama

Ala, gambar si kecik takde, kira dia dah join the club la kan, kenalah kasi interframe dalam blog ni. Semoga perpindahan si Ida ni dapat memberi 1001 rahmat kepada keluarga kecil dia orang. Hepi-hepi jaga suami, anak, akak...hehehe. Pasni kalo lapar bolehla singgah umah Ida, dah kenyang balik, tido! Pehhh, bapak best!

Salam, chaos!

*Aku macam syak aku kena jaga si nenek kebayan Jr. tu time weekend (*_T)

Bandung Trip

Time aku tengah rajin mengupdate, aku share sikit trip dengan family bulan 3 hari tu kat Bandung. Trip ni lebih nak lepaskan hajat ayah aku nak pegi Indon. Mula-mula dia orang ajak nak pegi Bali, aku memang takmo lah kan, dah 2 kali pegi Bali! Lagipun untuk orang-orang tua tak sesuai sangat nak pegi Bali sebab banyak kuil daripada benda lain. So, kita ke Bandung!

Trip ni aku yang kena uruskan since aku je yang banyak berjalan, hahaha! Booking ticket, hotel, supir semuanya terletak di bahu jemala patik. Setelah settle semua, kami pun berangkatlah 14 Mac yang lepas. Aku pilih naik KLM flight sebab pengaruh time pegi Europe dulu terbawak-bawak sampai sekarang. Lagipun bawak orang tua kan, semua siap, makan, luggage, tisu panas nak lap ketiak, semua perfect. if naik tambang murah, kesian kat mak aku nak limitkan baju ape nak bawak, orang tua, if tak bawak dia rasa unsecure. Itu je reasonnya....

Seramai 8 orang ahli jemaah yang pergi, termasuk nenek. Flight landing kat Jakarta, so nak ke Bandung dalam 3 jam, kematu pungkoq ang! Aku booked apartment je, senang boleh masak-masak. Sepanjang kat sana memang kami dok makan rumah je, sarapan, bawak bekal pegi jalan-jalan, malam balik masak lagi. Jimat pun jimat, best pun best sebab makanan kat sana agak mahal. Tak ayam, ikan. Itu jela makanannya.

Dapur open air, takde kipas langsung kat sini sebab cuaca dia ala-ala Cameron gitu. Sinilah port kita orang anak beranak, ngeteh jela kan...=)

Dah pegi Bandung, wajibul wajibla kan pegi tengok kawah gunung berapi dia. Ada dua kawah, satu Kawah Putih, satu lagi Tangkuban Perahu. Kami pergi yang Kawah Putih je sebab nak ke satu lagi kawah agak jauh dan bayaran masuk dia agak mahal time tu sebab dia baru bukak balik lepas ada tanda-tanda kawah tu aktif. Nak ke Kawah Putih pun bercinta rasanya, jalan pun jauh, nenek aku mabuk-mabuk naik ke atas tuh!

Sebelum nak naik Kawah Putih, kena ikut turn
Fewiiitt!


Ahli jemaah rombongan

Kawah Putih

posing Shin Chan wajib ada

puas hati dapat jalan-jalan dengan mak ayah, adik abang, kakak, jiran =p

nenek tak turun pun tengok kawah, mencangut katanya. Bau belerang kuat kot, boleh keneneng!

Hari seterusnya, shopping, shopping dan shopping!

Tempat wajib macam Toko 3, tempat jual-jual kain telekung memang pergilah. Mak, nenek, kak Sally borong telekung macam nak bukak bisnes! Aku aim benda lain, telekung dua je aku beli.


Memang aku balas dendam betul cari kain nak buat baju kurung!


Aku bukan penggemar kek, tapi serius cakap, kek kukus Kartika Sari memang superb!

Sebelum balik, bawak pegi makan ala Padang, nampak tak Cik Kiah macam pelik? hihi

Tamatlah sudah rumusan trip ke Bandung. Puas hati first time jalan-jalan oversea (katanya) dengan family. Selama ni jalan dengan bos, dengan kawan-kawan, feeling dia tak sama bila kita jalan dengan family. Insyaallah jika diberi kelapangan, rezeki, hujung tahun ni ada satu lagi trip. Moga Allah murahkan rezeki, mudahkan perjalanan kami semua ke sana, amin.

Salam, chaos!

*Tips untuk pegi ke Bandung? Hurm, ingat diri jelah bila shopping, hahaha





Saturday, July 4, 2015

I am back!


Fuuhhhh, entah hidayah mana yang telah turun hari ni sampai aku tergerak jari nak jengah blog au yang dah berjerawat batu ni! Mungkin, nak menulis pun timing kena cantekk kot, macam hari nilah kan, 17 Ramadhan, Al-Quran diturunkan...tak gitu? hihuhu

Ok, sebenarnya banyak sangat yang berlaku semenjak kehilangan aku dalam beberapa purnama yang lalu, ceh! Ujian, dugaan, rezeki, semua aku dah redah dan redho. Itu penting, kalo tak sampai sekarang #takmoveon, hahaha

Aku rasa tahun ni yang aku keluarkan sikit-sikit potensi diri yang selama ni aku pun tak tau aku ada. Ikutkan sempoi aku, hidup nak yang biasa-biasa je, cukup makan, masuk keje kul 8am, balik pukul 5pm, redah jem, makan bungkus, tengok tivi, minum kopi, tido. Itulah impian hidup aku sebenarnya, tak kecik, tak besar, sederhana. Tapi, sejak dah dipaksa masuk Innohub, aku terpaksa take over semua posisi bos aku, dari menaip untuk investor, sampai ke tahap present depan-depan CEO, director-director besar, semua aku yang kena ke depan. Dari bidang bahasa, sampai ke bidang business management, accounting, public speaking, connecting semua aku yang berpeluh kena ready, bos sekarang bukanlah seperti bos yang dulu. Dia dah lepaskan aku mengharungi lautan tanpa tali lagi....huhuhuhu, tu perumpamaan ok! Ok, tutup bab keje, bosan!

Aku pun baru je kehilangan laptop game kesayangan aku, bukan laptop aku sebenarnya, laptop research. Tapi, aku dah angkut kehulu kehilir hampir 4 tahun, laptop tu berat bukan main, mau 3 kilo lebih tau!Harga pun 6k+++ time beli dulu. Nak dijadikan cerita, laptop tu hilang lagi 5 hari aku nak pegi Bangkok tuk jumpa potential customer and distrubator! Boleh bayangkan semua benda hilang, laptop sebijik, external hardisc aku 2 bijik, Armageddon mouse sebijik, pendrive, voucher AEON RM110 pun dalam beg tu, hilang. Perasaan aku time tu macam ditelanjangbulatkan oleh orang, takde apa-apa yang tinggal. Pehh, tu memang drastik betul. Aku selama ni dah hilang phone 2,3 kali, boleh lagi tido, tapi kali ni punya hilang, tido pun tak boleh, asal bangun menangis macam orang sasau. Sedih time tu bila dikenang-kenang balik, takde sape pulak nak mengadu, pegi buat report polis pun sorang je, menangis pun sorang-sorang, mengadu kat kekasih hatilah kat atas langit sana, semua yang kita ada Dia yang punya. Alhamdulillah, bagitau bos, dia ok, turut menangis sekali dengan aku sebab time tu masing-masing tengah diuji, huhuhu. Aku pasrah jela, hidup kena teruskan. Berbekalkan laptop abang aku yang nak tunggu loading pun boleh habis nasi lemak sepinggan, aku pun pelan-pelan buat keje dan trip ke Bangkok pun success. 

Settle bab ujian, sekarang ni aku pun dah abis sem 1 peringkat phd. Kadang-kadang aku sampai terlupa yang aku ni belajar! Nasib baiklah dapat score kelas Dr.Mat, progress study setakat ni kira so so la, tapi aku dah tau apa aku nak buat, kena buat. Aku tak mau lagi main-main macam master dulu. Nak graduate on time (GOT). Aku dah lantik jawatankuasa penyelia, dah pilih tajuk, bidang, dah present tajuk time kelas Dr. Mat, dia cakap ok, jelas. So, aku ingat nak duduk satu kelas lagi untuk sem depan, kelas Prof. Rahinah sebab kelas dia buatkan aku tak sabar nak graduate! 

Lupakan pasal belajar, sekarang pasal hati. Alhamdulillah, dalam 3 bulan ni aku banyak spent masa untuk diri sendiri, belajar sayang diri sendiri, belajar untuk kenal diri sendiri. Walaupun terkadang kita tak boleh, tapi jika niat betul, untuk kebaikan isyaallah Allah permudahkan. Bila kita dah tak attach dengan manusia, automatic kita akan attach dengan Pencipta. Aku jenis tahap redha, husnuzon dengan Allah tinggi, so kita harung jela. Dia akan bagi time kita dah bersedia, simple. Selagi hati kita attach dengan manusia, selagi tu tak tenang. Manusia akan ada time kita ada semua, bila dah tak ada dia tinggalkan, even perhatian. 

Amboi, dah nak 3 muka surat aku menaip! Aku ni perahsia tau, hahaha! Untungla dapat tahu apa yang aku buat sekarang, ceh! Budget artis! Ramadhan dah nak penghujung, moga-moga amalan kita semua diterima, dipanjangkan usia untuk bertemu Ramadhan yang berikutnya. Actually, aku lahir ikut kalendar Islam 19 Ramadhan 1406 Hijah. Boleh wish Happy birthday in advance to Me~~~

* Salam, chaos!