Wednesday, August 26, 2015

buku


Aku sedang dalam usaha mencari dua buah buku yang dah lama aku mengidam untuk dihadam. Dah cari kat MPH yillek, takde! Adakah aku perlu berjinak-jinak order buku pakai Amazon, pakai online? Masih ada jiwa makcik-makcik yang takut discam dalam dunia tipu, hehehe

Ada dua buah buku, satu karya Andrea Hirata yang sememangnya antara penulis yang dah lama bertakhta di sanubariku ini selain Yoshito Usui, Shin Chan punye penulis,hahaha!

Aku syak novel kali ni memang boleh buat idung pecah tahan nangis!

Andrea tak perlu jalan cerita anak orang kaya kena kawin paksa dengan anak tukang kebun, kawn sebab wasiat nenek, kawin sebab saja-saja nak kawin, pastu jatuh cinta, pastu ada orang ketiga, pastu scene makan kat restoran mahu beratus kali, pastu gaduh, pastu elok, tamat cerita! Itu bukan makanan aku la kan....
Tak perlu jugak judul cerita Suami Aku Bodoh, Posmen Itu Jiran Aku, Sebenarnya Mak Kau Hijau, takde langsung! 


Brader ni pun sependapat dengan aku....heh!

Lagi satu novel, Indon mari jugak tapi yang ni aku rasa macam harapan tinggal harapan je nak dapat sebab dah lama. AKU karya Chairil Anwar.


Kenapa aku cari novel ni? First, sebab cerita Ada Apa Dengan Cinta, sebab Rangga dah baca buku ni, so aku pun takmo kalah!hahaha, pengaruh drama sangat.... Tapi aku dah baca sikit sinopsis dia, pehhh, memang bling-bling mata aku bila baca, ayat karya Indonesia ni sangat dalam, sampai aku lemas dengan kata-kata dia orang ni, semacam ada magis yang buatkan ko terkasima walaupun hanya sepotong ayat.

"Bom atom pertama meledak di kota Hiroshima. Langit berselaput awan cendawan berbisa. Ketika memburai awan ini, bumi laksana ditimpa hujan salju yang ganas. Gedung-gedung beton runtuh. Aspal-aspal jalan terbakar menyala. Bumi retak-retak berdebu, di segala penjuru. Dan beribu tubuh manusia meleleh, tewas atau terluka."

Aku takdelah mengagungkan karya seberang, ada jugak novel melayu yang aku baca tapi aku lebih suka baca biography kalau melayu, dan novel? Selera lebih terarah ke seberang =) Tapi kalau hindustan ada buat novel dan aku faham lak tu bahasa urdu, memang comfirm aku rembat! Lagi mendayu-dayu rasanya,hahaha. Tapi part lawan-lawan aku akan skip sebab menipu je lebih!kehkeh

Ok, sape-sape yang ada info pasal buku yang aku nak cari ni tolonglah roger-roger na... Mood nak membaca dah terjaga daripada tidur yang lama. =)

Adios, chaw, miyamor~

* Usha kat Amazon 

Sunday, August 23, 2015

housemate


Housemate aku ni dia punya rajin masak tak boleh nak cakap ape. 
Ni dah terbau-bau nasi goreng dia buat. Aritu aku balik mengajar pukul 10 pm tengok dia orang dok tunggu aku balik nak makan sama-sama. Rasa macam raja pulak....hahahaha suwiiittt sangat kan.

Pantang semua orang ada kat rumah mulalah dia dok menumis, menggulai. Sepanjang 2 bulan ni, semua jenis makanan, kuih dia dah buat. Ada satu hari dia masak macam menggila, rupanya putus cinta dan dengan satu rumah sekali kena meraikan parti putus cinta dia dengan makan ape yang dah dia masak! Aku khuatir akan boyot jika peristiwa ini berterusan... Tak kisahlah, putus cinta ke, tayar bocor ke, bunuh lipas ke, asal akak tu masak aku dengan rela hati tolong makan. 

* Orang Kedah cenggini hah! Best.

Ogos



abang google snap


Aku boleh declare bulan Ogos 2015 adalah bulan air mata.
Menangisi pemergian, menangisi kesunyian, menangisi kesakitan, menangisi kesulitan.
Saat menangis dalam pelukan mak, buat jiwa aku terpukul dan fikir kembali. Apa yang aku dah buat dengan diri sendiri? Apa yang aku dah buat untuk mak ayah? Kosong.

Peringkat hidup begini, pengajaran proses hidup ini bukan buat kita lagi lemah. Kita boleh rasa lemah, sebab kita manusia. Kita boleh menangis, menangislah sepuas-puasnya. Tapi pastikan lepas menangis, bangkitlah, jadilah manusia yang baru.

Pengajaran ini, buat aku belajar untuk tidak simpan kenangan, buat aku belajar menghargai diri sendiri, fikirkan diri dan keluarga sendiri. Majukan diri bukan atas tiket siapa-siapa tapi hanyalah untuk keluarga. 

Pengajaran ini buat aku sedar, hidup memang macam ni, berpusing-pusing, kita takut kehilangan tapi kita terlupa ada kesempatan untuk berpusing semula? 

Pengajaran ini buat aku belajar untuk lebih berusaha menjadi lebih baik, dengan Allah, dengan mak ayah, dengan keluarga, insyaallah dengan masyarakat.

* Aku dah hantar abstrak join conference, hasil yang baik daripada sebuah tangisan. Mana tau nangis-nangis sambil menaip dah siap tesis!hahahaha

Saturday, August 1, 2015

Ray 2015- Part 3


Hi uolllssss,
Alang-alang dah post, biar sampai lebam! Aku pun hati tengah haru, kejap lagi meeting, dah siap-siap dialog, nangis bagai. So, sementara tunggu masa serah leher, adalah baik kiranya aku sambung cerita.
Lepas dah abis aktiviti malam raya, semua tido dengan tak berapa nak nyenyak sebab masing-masing tengah berangan nak pakai cantik-cantik esok pagi =)

Dalam pukul 4 pagi macam tu, dah ada bunyi-bunyi kat dapur. Awal betul orang-orang rumah ni bangun. Dah ada yang jerang air, mandi sunat aidilfitri, masukkan kuih dalam bekas, belah lemang, ketupat, panaskan balik rendang, macam-macam lagilah! Ramai kan manusia kat rumah, so kenalah amik giliran untuk mandi. Nasib baik ada 2 bilik air, takdelah nazak sangat tunggu turn!

Dalam pukul 7 pagi semua dah siap, cantik-cantik dan sesi bersalaman, bermaafan, hulur duit raya, terima duit raya, nangis-nangis mintak ampun berlangsung di ruang tamu. Start yang paling tua sampailah ke cucu-cicit yang paling muda. Sesi memperkenal sorang-sorang geng An Goma =)

Nenek aka Ketua Paling Berkuasa Di Alam Semesta!

Emak aka Maklong, ketua segala dapur

Maklang aka pembantu ketua dapur dan juga part time penghibur

Induk aka organiser 

Pakndak je yang takde gambar, sebab dia yang pegang camera, hahaha. Sesi salam-salam pulak, mari kita tengok sape yang banyak nangis, hihi





sesi salam sambil hulur, even masing-masing dah keje pun tetap saling berhuluran, hahaha

nampak sangat muka tak ikhlas! haha

Oma salam dengan cucu sendiri, mesti banyak Qaseh dapat duit raya (*_*)

Beratur ikut pangkat, senioriti =)


comelllll sanad!

konsep senget-senget

Aummmm!

Family Cik Kiah & Cik Suboh

Family Maklang & Paklang

Family Induk & Pak Induk or Uncle Wan katanya

Dan Anugerah Pakaian Tercantik dan Meletup-letup pom pom jatuh kepada Mira!!!!! 

Tak sia-sia beli kat butik terkenal lagi femes. Dengar cerita, artis je tau yang beli kat butik tu,hahaha
Memang sampai sekarang dress Mira jadi bahan usikan. Panas jela hati member sorang nih! Gurau jela Mira, dah engko je yang paling menyerlah time tu kan....

Itulah antara gambar-gambar yang rajin dimasukkan dalam post ni. Malas dah nak tekan butang upload!haha Tapi akan ada part special untuk tutup cerita pasal raya dengan penuh bergaya. Mood raya masih on, esok ada orang panggil makan open haus, huhuhu, nallek!

*Aku cari penimbang tak jumpa-jumpa. Penimbang takut dengan aku or aku yang saja tak jumpa beliau?