Wednesday, September 30, 2015

Melaka Zoo Night Safari


Bila Ustaz Nami balik, mesti ada je aktiviti yang dia nak buat. Ingat kita ni budak-budak sekolah nak ajak pegi zoo? haha....Kalo dah namanya cikgu, aktiviti keluarga pun dah macam lebih kurang aktiviti sekolah, nak pergi muziumlah, nak pergi zoo lah, haishhhh. Disebabkan takmo kena jelingan maut, kena jugaklah ikut.....

Dan disebabkan besday dak Juan yang ke 16 (mudanya lah ai...) bawaklah dia pegi zoo, supaya dia lebih berperangai seperti manusia,kehkeh. Itu pun salah satu bentuk pengajaran, nak bagi susu untuk hubungkan sel-sel otak dah terlalu lambat, hahaha. 

Disebabkan nama pun nak pegi Night Safari, kita singgah jap kat Mydin Melaka, makan-makan, solat-solat. 

muka ahli rombongan

Muka besday boy. Dak bang kot iye pun.....

Yang terlebih excited



Ini je haiwan yang aku nampak, hahaha

Ini je gambar yang ada dalam phone aku. Night Safari bukak pukul 8pm, tiket dalam RM17, kanak-kanak dan warga emas RM7. Dah masuk dalam tu, kita akan naik tram, pusing sampai kat sangkar harimau. Pastu jalan kaki tengok rimau, singa dalam jarak dekat. Takdelah dekat sangat, rimau pun rimas tengok orang ramai-ramai. Siang ade orang, malam ade orang, "Why bother?" Rimau tanya aku...hahaha Pas dah tengok rimau, jalan-jalan sikit turun ke bawah ada pertunjukan haiwan-haiwan. Adalah orang pegang ular, burung, flamingo. 


Kalau nak tau macam mana aktifnya haiwan-haiwan ni waktu malam, silalah pegi tengok. Waktu siang selalu dia orang tido je kan, lain sikit feel if pegi zoo waktu malam. Yang penting, Nami tak jeling aku, hahaha

*Jangan ajak aku pegi zoo setahun!

Family Activities


Sempena cuti raya korban yang tak berapa nak panjang hari tu, sempat jugak family An Goma beriadah dan luangkan masa untuk lebih messssraaaa ^_^ Last minit punye plan, akhirnya kami semua decide main boling je kat MITC. Makcik yang dah plan nak balik Pahang terus tak jadi sebab takmo miss lempar bola boling ramai-ramai, hehe. Dan buat julung-julung kalinya PakNgah dapat join disebabkan beliau dapat cuti panjang dan menjadi bujang partime, haha

Pergi kereta asing-asing, aku gerak lambat sikit, takde benda yang nak dikejar kat Melaka tu, mak, along, Nami dan Ila dah gerak awal, nak pegi pura-pura shopping katanya, hahaha..Disebabkan time nak pegi, si baby buat hal, takmo start, so terpaksalah suruh ayah yang drive bawak kete dak bang disebabkan skill drift aku menumpul nak bawak kete manual. Biasalah warga emas bawak kete, jalan pun tak berapa nak hafal. Aku ni dah comfirmlah dah kategori Melaka murtad, tak berapa nak hafal jalan bandar, negeri maju sangat, asyik tukar jalan jela...hihi

tunggu yang lain sampai kita ngetehla kat Mydin. Hasil tangan Cik Suboh, hurmmmm....


meja kanak-kanak rebina, tak best!haha

Meja Remaja Purba, haha

Meja Mak-mak, Induk je yang takde, sayang sungguh!

Dah makan-makan kasi topup tenaga dan dah cabut undi untuk bahagi-bahagikan kumpulan, terus kami semua berdezup pegi MITC. For the first time ever, kami start bersosial pukul 10.30 malam! Ni kalo pegi ngan kawan-kawan, memang siaplah balik kena bebel, pelangkung sedas dua sebab jadi hantu balik lambat. Tapi disebabkan mak-mak, NENEK pun join sekali, aktiviti bersosial lewat malam diisytiharkan sah dan mendapat pelepasan, hahaha.

Amik gambar sebelum membaling


Raja boling (sebelum) hihi...

Sapelah yang amik gambar ni? Semua gambar hancor! 

Nampak seperti Nami hampa sebab tangan magisnya tak berapa nak menjadi kali ni. Banyak ke longkang! Dengar cerita tak masuk dalam senarai top 5 pun, hahaha

Nasiblah 2 game je main, kale 3 game, mau subuh baru sampai rumah! Walaupun last plan punye aktiviti, yang penting kita sekeluarga dapat berkumpul sama-sama, gelak-gelak, kongsi rezeki, ukhuwah tu yang penting. Semoga semua ahli An Goma sihat sentiasa, sukses dalam pekerjaan masing-masing dan jangan lupa bayar duit family setiap bulan, hahahahaha, termasuk penulis!

*Mesti induk kotap-kotap bibir baco! kikiki

Wednesday, September 23, 2015

Arafah


Alhamdulillah, bila dah tua-tua ni baru ada kesedaran, pemahaman dan nak jugak rebut pahala sempena orang-orang haji berwukuf di Arafah hari ini. Puasa Arafah tahun ni jatuh pada 9 Dzulhijjah, sehari sebelum kita hepi-hepi beraya sambil makan daging korban. 

Antara kelebihan berpuasa pada hari ni, 

-Allah SWT ampunkan dosa selama 2 tahun, iaitu tahun sebelum dan tahun yang akan datang.       (amin...)

- Allah SWT menjaganya daripada melakukan dosa selama dua tahun.

-Terselamat daripada api neraka.

Bagi yang tak dapat berpuasa, digalakkan banyakkan berselawat, bersedekah, solat sunat, zikir dan melakukan amalan-amalan yang lain. Moga kita sama-sama berusaha mendapatkan keredhaan dan rahmat daripada Allah SWT dan moga Allah berkahi, terima setiap amalan kita. 

Moga Allah izinkan kita semua menjadi tetamuNya satu hari nanti, amin

Kejap lagi nak balik kampung, masak-masak rendang. Hurmmm, mak mesti buat sup tulang, yummeh!!!

*Sape nak sedekah boleh roger aku, boleh dikategorikan sebagai fisabilillah sebab aku masih mengaji =p

Monday, September 21, 2015

Present


Present boleh jadi berupa hadiah, atau present tense, benda yang akan berlaku. Tapi untuk budak sekolah menengah macam aku (puiihh!) ianya berupa kata kerja, membentangkan idea atau kerja yang telah ditugaskan. Ehhh, dah macam cikgu-cikgi lak kita!
Nak buat macam mana, dah datang nervous sampai ke otak effect dia! Aku paling tak suka pengucapan awam nih, nak kena berdiri depan orang ramai, hanya kita yang bercakap, orang lain usha je kita, tudung senget ke, kain senteng ke, hahaha. Erghhh, tone suara yang ala-ala ustazah Sharifah Khasif terus tukar jadi Ella! Suara aku memang shaking bila bercakap depan orang, aku dah try control tapi mesti dengar shaking jugak, sebab tu aku tarik diri join AF, huhu
 
Hari ni ada present, selalu sesi pembentangan 5 minit sebab pitching untuk investor, tapi kali ni pitching untuk award. Masa diberi 35 minit satu sesi, pehhhh aku nak sembang ape!? Mula-mula nak pass kat boss je suruh beliau present sebab bos tak payah pakai slide pun dia boleh sembang takde hal. Tapi, idea bernas aku macam tak boleh pakai sebab bos tak sihat, dia boleh teman je, teman tengok. T_T  So, nak tak nak aku jugaklah yang kena jadi patung cendana kat depan tu...
Weh, nebes dia sampai geli-geli jantung aku sekarang nih! Even aku dah tak tau yang ke berapa kali aku pitching depan orang tapi rasa geli-geli tu tetap akan datang, arghhhh! Baju pun tak decided nak pakai yang mana, aku suka spontan, apa yang tangan amik itulah yang terbaik. Korang doakanlah aku, tak harap menang pun, dapat goody bag free pun dah happy sampai raya haji esok,haha. Kalo menang memang aku belanja eskrim!
 
Harap-harap semua juri akan hip hip hurray dengan aku!
One more time guys!
 
Jangan sesekali juri tu.....
 
.
..
...
 
huwaaaargghhhh~~~
(en.google pinjam gambar ang sat na!)
 

 
*Slide tengah repair lagi, perut lak geli-geli!
 

Friday, September 18, 2015

Friday Again!


Dalam banyak-banyak hari, aku paling suka Jumaat! Kalau dulu hari Jumaat boleh dikatakan hari tengok wayang sebab time tu je yang kaum lelaki tak masuk wayang. Tapi, makin lama makin ramai jela pulak kaum lelaki sisa firaun ni duk melepak layan popcorn dalam wayang. Isyhhh, meloyakan! Tapi, sejak geng dah takde, aktiviti tengok wayang pada hari Jumaat pun dah tak ada,sob sob T_T. 

Hari Jumaat selalunya akan penuh bonet kereta dengan beg-beg orang bujang tuk balik bedezup ke rumah mak lepas keje, hehehe. Hari Jumaat jugak selalunya akan ada member-member yang suka belanja makan, al maklumlah nak amik berkat Jumaat, hahaha. Dan hari Jumaat jugaklah jarang ada meeting, so duduk opis tengok hindustan!kehkeh

Kejap lagi dalam pukul 3pm nak pegi KLIA2 amik si Ustaz Nami, cikgu-cikgi dah start cuti seminggu,penuhlah shopping complex,hihi. Aku tak boleh nak balik lama-lama, Isnin ni ada presentation, Selasa ada kelas, Rabu pagi baru boleh balik untuk raya korban. 

Ok, baru sebut member belanja, ni dah betul-betul ajak pegi makan, yihuuu!!!!

*Ade member volunteer nak belanja korang tak? huahuahua

Thursday, September 3, 2015

tak mau


Hari ni, cuba untuk lalui hari ini dengan berbuat baik.

Contoh mudah,
tak mau buang sampah, tisu yang ada dalam kereta merata-rata.
tak mau amik parking OKU. Sape buat nih memang kena sumpahan senget kaki dia!
tak mau mencarut kalo orang bawak kete macam pelesit.


Itu antara benda yang paling simple untuk dibuat. Nak berubah, kita ubah yang kecik dulu, jangan extreme terus drastik. Boleh buat tapi takut culture shock! hehehe

Ok semua, semoga Allah mudahkan urusan kalian, rahmati kalian, lindungi kalian daripada kesulitan dan fitnah dunia. Amin...

*Esok nak balik kampung, yeayyy!!!!!

Tuesday, September 1, 2015

Makan-makan pra raya haji


Hari Ahad, malam sebelum merdeka geng-geng Gegeh ajak gathering, makan-makan kat rumah Eirna. Tokey kek kalo dah open table, mestilah bersusun kek dia kan, marketing! haha

So, disebabkan aku confident rumah Eirna kat Putrajaya, so kasi lepas Zohor dulu baru gerak. Kang dah jumpa, sembang macam tak reti balik rumah! So, dah siap-siap pakai blusher bagai, tampar pipi sikit bagi effect merah tu kekal, aku pun start kereta jalan.

Bila dah masuk susur Putrajaya, call Eirna nak comfirmkan jalan sekali dia cakap rumah dia menghala ke Dengkil, bla, bla, bla.... Hah, mendapat! Tadi comfirm sangat tau jalan. Rupa-rupanya rumah dia nun jauh ke dalam, area Puchong tapi hampir nak ke Dengkil. Dahla signboard taman takde, gigih tanya makcik jual pisang goreng, pak guard dan akhirnya sampai jugak pukul 3pm.  

Aku ingatkan aku yang lambat, tapi cess, Shima sorang je yang dah sampai pukul 1pm tadi, lagi awal Shima. Ni mesti terbiasa pegi interview sampai awal sejam, hahaha. Kesian Shima terpaksa balik awal sebab En. husband dah penat tunggu, kalo nak tunggu budak-budak lain, boleh gadoh laki bini, haha.

Penat jugaklah menunggu mangkok-mangkok lain sampai, sampai aku hampir dapat pra gastric! Dalam pukul 4 lebih barulah muncul tanpa rasa bersalah! Dahla lambat, boleh pulak dok membahan aku je, sebab aku yang jarang jumpa....so, aku memang dah ready mental, terima jelah asakan bahan bertubi-tubi!

Dudu ni katil mate time form 5 dulu, perangai tetap serabai macam dulu!

Aku tak berapa suka kek, tapi yang ini memang aku suka sampai tak cukup satu slice! Aku syak Eirna ni dulu salah teknik, sepatutnya kena pegi Teknik ERT Rembau, amik course masak-masak, bukan civil engineering, haha

Makan nasi ayam, mihun sup tak sempat nak rasa, dah habis. Kek bermacam-macam jenis, brownies ada, semualah jenis ada, aku je tak tau nama. Tip top hospitality Eirna bagi, borak, gelak macam umur 16, 17 tahun. Lupa dah masing-masing anak, laki. Nasibla laki semua jenis redha bila geng Gegeh ni berkumpul. hihihi. Aku kena cari laki yang boleh geng ngan laki-laki kawan aku nih. Senang nak borak lama sikit,hohoho

Dari kiri Dudu, aku, Eirna, Intan, Siah and kawan Siah Nik.

Yeay, dapat bawak balik kek free. Thanks Eirna, muah ciked!!! 

Sape-sape nak rasa kek sedap and harga berpatutan boleh jenguk-jenguk instagram Eirna @rumah_cake. Sebut nama aku comfirm dapat harga laga bahu,haha
Ini baru half geng Gegeh, Kalo semua turun aku rasa mau pecah rumah masing-masing nak bercerita. Semua benda yang kita orang buat zaman-zaman firaun dulu habis dikorek, hahaha. Alhamdulillah lah kita orang masih lagi boleh maintain this relationship, even dah hampir 11 tahun kenal...Gila tua! hahaha

So, next gathering kena kumpul semua geng baru gempak. So, plan macam yang aku suka, BBQ, picnic, potluck ke, best kan.

* Kena tunggu raya hantu baru semua hantu ni boleh join, hahaha


Melayan dak Along


Selamat Hari Merdeka Malaysia.

Diri sendiri belum merdeka, merdeka dari hutang, merdeka dari dosa T_T ,huhu

Spa jelah aktiviti korang time cuti merdeka ni? Kalau aku balik rumah mesti dah hangkut penghuni-penghuni rumah pegi picnic kat air terjun ke, bakar-bakar ikan,ayam, borak-borak, minum kopi, mesti best kan! Nanti kita plan ramai-ramai sikit, time raya haji ke kan....=)
Semalam dah selamat hantar Along pegi jenjalan kat Korea. Huntongla kawan sponsor, tinggal packing seluar, baju je pegi sana...Kawan aku yang kat Kedah pun xde nak sponsor ajak aku melawat dia kat sana, haha. Doa jela Along sihat sepanjang bercuti, dapat dia release tension, tengok negara orang. Aku pun kena riki-riki tiket flight murah ni, nak pegi holiday jugak!!!

Hari Sabtu sebelum tu, pegi keluar makan, tengok-tengok barang kat IOI Putrajaya, buat sakit hati je kan bila jalan-jalan takde budget, sedih! Tapi nasib baik ada kupon free Nandos seekor ayam! Bolehla buat payung pakcik-pakcik yang kelaparan nih!

Dulu dak Long tak suka Nandos, tapi sekarang ni kalau keluar makan asyik tanya, "Ko ada dapat Nandos free tak?" Nyesal introduced! hahaha


Dapat payung kasut baru pun jadilah. Sukalah tu koleksi kasut dia dah bertambah!

Jalan-jalan IOI bukanlah best mana pun, setakat nak makan memang IOI terbaik sebab banyak pilihan makanan, western, chinese, Korean, Japanese, semua ada. Ada jugak kedai komik, agak heaven bagi orang macam aku yang tengah baca Budak Getah, koyak!

Esok, pukul 6.40am aku dah tercegat kat KLIA2, dak Long tak pernah pegi, tak tau nak self check in macam mana and aku yang uruskan booking ticket dia, so biarlah aku settlekan sampai dia boarding. Sempatlah makan bubur buat alas perut.

Mampu breakfast pandang kapal terbang? haha

Flight pukul 830am, masuk gate dalam pukul 745am. Dah lama gak dak long tak terbang, last pun time pegi Bandung bulan 3 aritu. Aku cakap pegi jalan-jalan, tak payah nak fikir apa, tengok negara orang, tengok budaya orang, hal rumah biar Kak Sally uruskan, hahaha. Trip paling sempoi untuk dak Long sebab dia bawak 1 beg je, haha. 
Haishhh, hantar orang pegi naik kapal terbang ni buatkan kita pun nak jugak pegi jenjalan. Insyaalah jika Allah izinkan hujung tahun ni kita berjalan ramai-ramai lagi, bulan 3 tahun depan nak guling-guling dekat banjaran Himalaya dengan Yenki, hahaha

*Passport valid 5 tahun, lama tuh!